The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsyazana218, 2021-12-22 22:48:46

EBOOK ETIKA (2)

EBOOK ETIKA (2)

PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK

DI MALAYSIA

SESI 2021/2022

ABDUL HARITH 23DLS21F1054
NUR ZAKWAN 23DLS21F1064
SITI AISHAH 23DLS21F1040
NORSYAZANA 23DLS21F1014

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 3

pengenalan 4

Sejarah dan Latar Belakang 5 - 10

Pendapat tokoh tentang 11 - 12
konsep masyarakat majmuk

FAKTOR- FAKTOR 13 - 16
PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK

KESAN PEMBENTUKAN 17 - 20
MASYARAKAT

1

RUSUHAN KAUM 13 MEI 21- 25
26-27
rumusan 28
sumber rujukan

2

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan Efolio ini .
Kami ingin memberikan ucapan penghargaan kepada En Asri
Abd Ghani selaku pensyarah matapelajaran Penghayatan Etika
Dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau
membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada kami
menyiapkan tugasan ini .

Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami
yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kami
sepanjang penghasilan tugasan ini sehingga selesai. Kami juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses serta banyak memberikan informasi
kepada kami. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di
tunjukkan oleh semua pihak teryata membuahkan hasil dengan
kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang banyak
membantu kami. Semoga kita Bersama sama mengorak
langkah menuju kemajuan dari segi segala aspek dan menjadi
seorang warganegara Malaysia yang berpendidikan serta
berpengetahuan luas .

3

PENGENALAN

KONSEP MASYARAKAT

Masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada
sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu
tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta
berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.
Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri
daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai
kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri.

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang
kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti
yang berbeza. Negara Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang
tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh
pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga
ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku
disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan
perubahan struktur politiknya. Dengan adanya
kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian
adat resam, budaya, bahasa, agama dan
sebagainya.

4

SEJARAH/LATAR BELAKANG

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur
masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh
fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat
faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor
penolak di negara asal masing-masing yang
bertanggungjawab mencernakan perubahan yang
berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat
di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi
daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik.
Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi
faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar
terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya, masyarakat

Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar

daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan

penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar

berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Pengaruh

masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah

corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga

masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan

masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah

membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya

dan Cina Muslim. 5

Migran kedua terbesar selepas China adalah
kelompok daripada India. Kebanyakan mereka
berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam
dan Madras. India juga mengalami masalahnya
tersendiri yang menyebabkan penduduknya
berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong
penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain
termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India
datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris.
Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai
negeri-negeri Melayu.

Setelah kemasukan migran daripada luar,
bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.
Proses pembentukan masyarakat pada mulanya
sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan
etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang
berlaku dalam proses pembentukan ini seperti
peristiwa 13 mei 1969.

6

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula
apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos
1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-
besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang
semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu
selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786
hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki
oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan
mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah
Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen
utamanya.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
bermulanya apabila kemasukan migran daripada luar
iaitu cina dan india seterusnya berterusan sehingga
penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud
masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di
Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab
resam, bahasa dan latar berlakang
kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan
negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

7

KAUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

KAUM MELAYU

Orang Melayu beragama Islam. Agama Islam adalah
agama rasmi di Malaysia. Penganut agama Islam
diwajibkan solat lima kali sehari, Pada hari jumaat,
semua penganut beragama Islam perlu menunaikan solat
di masjid ( solat jumaat ).Perayaan bagi kaum melayu
ialah mereka menyambut hari raya aidilfitri dan hari raya
aidiladha. Hari Raya Aldilfitri adalah salah satu perayaan
utama yang disambut oleh orang Melayu yang beragama
Islam atau Muslim di Malaysia manakala Hari Raya
Aidiladha , Hari Raya
Kurban atau Hari Raya Haji juga
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam
Islam selain Aidilfitri

8

KAUM CINA

Kaum Cina beragama Buddha atau Kristian. Bagi
Penganut buddha, mereka akan hadir ke kuil atau
tokong untuk bersembahyang. Kebiasaannya mereka
bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada
kalendar cina setiap bulan. Penganut buddha atau
buddhist menyambut Hari Wesak.Bagi Kaum Cina yang
beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada
hari Ahad untuk bersembahyang. Penganut Kristian
akan menyambut Hari Krismas . Hari krismas adalah
perayaan terbesar untuk penganut agama , disambut
setiap tahun pada tarikh 25 Disember.Perayaan bagi
kaum cina ialah mereka menyambut tahun baru cina dan
Hari Chap Goh Mei iaitu hari terakhir tahun baru cina.

9

KAUM INDIA

Kebanyakan kaum India Malaysia
beragama Hindu dan diikuti Kristian
dan Islam. Terdapat juga komuniti
Punjabi yang beragama Sikh. Orang
India menyambut Hari Thaipusam
dan Hari Deepavali atau dikenali
sebagai Dawali.

10

PENDAPAT TOKOH TENTANG KONSEP
MASYARAKAT MAJMUK

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang
mengemukakan konsep masyarakat majmuk
berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma.

Menurut Furnivall, masyarakat majmuk terdiri
daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam
yang tersendiri.


Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di

bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan
mereka adalah berasingan dan hubungan mereka
hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis
ras.




M.G. Smith juga menganggap masyarakat

majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai

pelbagai budaya, perpecahan sosial dan

perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat

majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang

mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith

juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas

dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar

nilai bersama.

11

P.L. Van Den Berghe juga memberikan
sumbangan terhadap perbincangan mengenai
konsep masyarakat majmuk. Beliau
membezakan kemajmukkan sosial iaitu
masyarakat dipecahkan kepada kelompok
korporat dan bukannya budaya daripada
kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada
beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan
sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk.

Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan
fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud
atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian,
tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori
masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional.

teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan
untuk membentuk satu teori secara umum mengenai
hubungan ras.

Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke
dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan
merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan
ras.

12

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK

Perbezaan Fungsi Ekonomi

Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengalaman
kaum mengikut kegiatan ekonomi mereka. Perkembangan
ekonomi komersial didorong oleh golongan imigran Cina
yang terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan
bijih timah. Imigran India pula tertumpu di kawasan
ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar untuk
bekerja sebagai kerani dan buruh di pelabuhan. Orang
Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional
dengan bekerja sebagai petani dan nelayan.

13

Dasar Pecah dan Perintah

British mengamalkan dasar pecah dan perintah demi
menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah
Melayu. British ingin terus mengekalkan orang Melayu
dalam ekonomi tradisional kerana tidak mahu masyarakat
Melayu terdedah kepada pengaruh luar. British berasa
bimbang jika pendedahan kepada pengaruh luar akan
melahirkan golongan penentang dalam masyarakat Melayu.

British juga menggalakkan kemasukan pelabur asing dan
penghijrahan golongan buruh dari Cina dan India yang
terlibat dalam ekonomi moden. British tidak menggalakkan
sebarang usaha asimilasi dalam kalangan tiga kaum di Tanah
Melayu pada masa itu.

14

Sistem pendidikan

Masyarakat peribumi, iaitu orang Melayu Sekolah Vernakular Melayu
mendapat pendidikan berdasarkan
agama Islam di sekolah-sekolah pondok.
British juga menubuhkan sekolah-
sekolah Melayu. Sistem pendidikan
tempatan kurang berkualiti dimana
mereka hanya diajar membaca, menulis
dan mengira.

Sekolah Vernakular Cina Pendidikan orang Cina pula
berasaskan negara China dan
menggunakan bahasa pengantar
bahasa Cina. Guru–guru, sukatan
pelajaran dan buku yang digunakan
juga dibawa dari negara China.

Orang India pula menubuhkan sekolah – Sekolah Vernakular India
sekolah Tamil di ladang – ladang untuk
memberikan pengetahuan asas kepada
orang India. Guru-guru, sukatan pelajaran
dan buku yang digunakan juga dibawa dari
negara India.

15

perbezaan agama

Setiap kumpulan etnik menubuhkan institusi dan tempat
beribadat masing – masing. Masyarakat Melayu yang beragama
Islam membina surau dan masjid.

Masyarakat India yang beragama Hindu pula membina kuil di
ladang – ladang untuk beribadat dan menjalankan upacara
keagamaan. Masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha
dan menyembah nenek moyang pula membina tokong dan pagoda
mereka di bandar.

Setiap kaum menubuhkan institusi sosial dan persatuan masing –
masing untuk menjaga kepentingan sendiri. Penubuhan persatuan
– persatuan tidak rasmi juga mampu melindungi dan
mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah Melayu.

16

KESAN PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan
telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi.
Pada tahun 1997,dianggarkan penduduk di negara
ini berjumlah 21 665 500, di mana orang
warganegara beranggaran seramai 20 196600 dan 1
468 900 orang bukan warganegara. Daripada
jumlah warganegara, 11.95 juta orang terdiri
daripada kaum bumiputera, 5 445 100 orang kaum
Cina, 1 541 700 orang kaum India dan 685 700
orang kaum-kaum yang lain. Dalam kumpulan
kaum bumiputera, orang Melayu dianggar
berjumlah lebih daripada 10 233200 orang. Pada
awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia
mencapai 27 juta orang.

17

Masyarakat melayu:

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di
Malaysia iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang
Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’
bersama-sama dengan penduduk peribumi yang
lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk
kepada orang yang bertutur bahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama
Islam.

Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan ini memberi
implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’
asal sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu,
apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam,
seseorang itu dianggap secara automatik fasih
berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil
daripada pergaulannya dengan orang Melayu.

Tafsiran kebudayaan pula menganggap
‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara
mudahnya kepada satu rumpun bangsa yang
memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya
kan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan
berketurunan ras Melayu.

18

Masyarakat cina:

Orang Cina memasuki Malaysia pada akhir abad ke-18 dan
awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura telah
menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya
dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Tetapi,
orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai
peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di
bawah kekuasaan Johor.

Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam

yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi

kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk

membuka ladang. kedatangan buruh Cina semakin hebat pada

akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 seiring dengan

perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Pada tahun 1930-

an, timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap

di negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China

yang tidak stabil.




Ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu

menyebabkan bermulanya tanda-tanda perubahan

terhadap kependudukan di negara ini. Kedudukan orang

Cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan

Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian Tanah

Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi

warganegara. Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta

orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum

kedua terbesar.

19

Masyarakat india :

Golongan awal orang India yang datang ke negara ini
dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke
Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang
dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang
tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar
terhadap komposisi besar terhadap komposisi di
negara ini. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,
British membawa masuk orang India dari Bangkahulu
(Bengkulen).

Golongan ini merupakan orang tahanan dalam
proses pertukaran tawanan ekoran daripada
perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk
bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah,
jalan raya dan jambatan.

Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi
kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh
ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley).
Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19 terdapat
dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu
buruh tawanan perang dan buruh ladang.

20

RUSUHAN KAUM
13 MEI 1969

Latar Belakang Peristiwa

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya
daripada parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka. Sebab terjadinya
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan
parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina.
Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP
(kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.

21

Kaum Cina Meraikan Kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman
keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr.
Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang
besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau telah
meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di Selangor.

Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke
Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke
Kampung Baru. Kampung Baru diduduki lebih 30,000
orang Melayu yang menjadi kubu UMNO. Mereka
berasa terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang dan di sini letaknya rumah Menteri
Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak
dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.
Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu
(menyingkir) orang-orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi
yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah
dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

22

Perarakan Kematian Cina

Kematian seorang Cina akibat
sakit tua diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis di
Jinjang, Kepong. Namun
perarakan kematian bertukar
menjadi perarakan kemenangan
pilihan raya dengan menghina
Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh
Tech Chye selaku Presiden
Gerakan memohon maaf di
atas ketelanjuran ahli-ahli Parti
Gerakan melakukan
kebiadapan terhadap orang
Melayu semasa perarakan.
Malangnya permohonan maaf
sudah terlambat.

23

Orang Melayu Berkumpul

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di
Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu
cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang
berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang
dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris
untuk mengamuk .

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina
terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-
luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari
parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan kaum Cina
dari Gerakan dan DAP untuk menghina dan menghapuskan
orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman
bangsa Cina amat ketara ketika itu.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua
orang tidak boleh keluar dari rumah. Hal ini adalah kerana
perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-
dua pihak.

24

Kebakaran Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-
kongsi gelap bertindak mengepung
Panggung Odeon, di Jalan Tuanku
Abdul Rahman. Beberapa iklan
disiarkan di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan
bangsa Cina keluar dari panggung.
Iklan tersebut dalam bahasa Cina.

Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap
tersebut bertindak ganas dengan membakar panggung Odeon
setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut.
Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati.

194633m99912ach4t1emi31ildaukednseringntaaadhhe.aranan

25

RUMUSAN

Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar.
Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, kami menyokong pembentukan masyarakat

majmuk di Malaysia kerana ia telah menjadikan Malaysia
sebuah negara yang unik kerana terdapat pelbagai kaum, ras,
etnik dan agama wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik
dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya,

adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi
secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90%
penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada

pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal
Inggeris di Tanah Melayu.




26

RUMUSAN

Di samping itu, peristiwa 13 Mei 1969 telah membuka
mata semua masyarakat bahawa kepelbagaian etnik boleh

juga membawa kepada perselisihan faham dan
pergaduhan yang menyebabkan negara menjadi huru
hara. Secara umumnya, kami tidak dapat menerima
peristiwa 13 Mei 1969 kerana peristiwa tersebut telah
mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negara kerana pergaduhan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan

kerugian harta benda.

Oleh itu, amatlah penting bagi kita semua untuk cuba
sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami
antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,

hormat-menghormati agar kita terus memelihara
keharmonian dan keamanan negara. Diharapkan kita
sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu
padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat
negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-
sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini

27

SUMBER RUJUKAN

http://ohmypengajianadui.blogspot.com/



http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/k
ronologi-pembentukan-masyarakat-majmuk.html



https://www.academia.edu/32671012/SEJARAH_PE
MBENTUKAN_MASYARAKAT_MAJMUK_DI_MALAYSI

A


http://ohmypengajianadui.blogspot.com/2015/09/ke
simpulan.html


https://www.slideshare.net/wakanuk/konsep-
masyarakat-majmuk


https://etikamasyarakat.blogspot.com/p/kesan-
pembentukan-masyarakat-majmuk-di.html


http://ahmadyaakobsmkjengka2.blogspot.com/2016
/10/2-terangkan-faktor-faktor-yang.html

28


Click to View FlipBook Version