The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iipew25, 2021-09-18 11:36:06

Hari Guru Peringkat Daerah Tambunan

Buku Aturcara

Keywords: Aturcara,Hari Guru,PPD Tambunan

Selamat Hari Guru
2021

“Berguru Demi Ilmu,
Bina Generasi Baharu”

Tambunan MONOT OS mendepani Perubahan

DOA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

‫ِب ْس ِم الل ِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬
‫ َوال َّصلاَة ُ َوال َّسلاَ ُم َعلَى َسيِ ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آ ِل ِه َوأَ ْص َحا ِب ِه أَ ْْ َم ِع ْي َن‬, ‫اَ ْل َح ْم ُد ِّل َِّلِ َر ِب ا ْلعَالَ ِم ْي َن‬

Ya Allah, pada hari yang penuh bermakna ini, kami berhimpun dengan penuh rasa
kesyukuran, di atas nikmat kesihatan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran
yang Engkau kurniakan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersempena dengan Program MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH
TAMBUNAN TAHUN 2021, kami pohon Engkau permudahkanlah urusan kami, agar
program ini berlangsung dengan teratur serta tercapai segala objektifnya.
Kurniakanlah kami keazaman untuk bekerja dengan tekun dan penuh
kesungguhan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih,
Suburkanlah pada diri kami rasa cinta, kasih sayang, kegembiraan, rasa
bertanggungjawab serta semangat saling menghormati sesama manusia, agar
kami dapat memenuhi amanah dan menyantuni para pelanggan dengan tenang,
dedikasi dan penuh keikhlasan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar,
Perkukuhkanlah keazaman, permuafakatan dan persefahaman antara kami, agar
kami mampu merealisasikan slogan keramat : “SABAH HEBAT. KATAKAN TIDAK
KEPADA NOMBOR 16, KATAKAN YA KEPADA 10 TERBAIK”. Justeru itu, jadikanlah kami
warga pendidikan yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan dan budaya
kerja yang berkualiti di setiap peringkat. Jadikanlah kami penjawat awam yang
sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi, membenci rasuah, serta menghindari
segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa. Begitu juga setiap masa,
memperbaiki kelemahan dan melaksanakan penambahbaikan berterusan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa,
Anugerahi kami kekuatan dan kesihatan untuk terus menyumbang jasa bakti di
mana jua kami berada. Peliharalah kami dari perkara-perkara yang negatif, fitnah,
perselisihan dan dari segala kejahatan. Semoga kami merasa aman, tenang dan
produktif dalam melaksanakan tugas-tugas kami.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemberi Kesejahteraan,
Jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang dirahmati, dan perpisahan
kami selepas ini perpisahan yang terpelihara dari segala bencana.

ِ ‫َربَّنَا َءا ِتنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َو ِفي الأ ِخ َرةِ َح َسنَة ً َو ِقنَا َع َذا َب النَّار‬
‫ َوا ْل َح ْم ُدِّلَِّ ِل َر ِب العَالَ ِم ْي َن‬، ‫َو َصلَّى اللهُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو َص ْح ِب ِه َو َسلَّ َم‬

SEKAPUR SIRIH

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

Asalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan salam sejahtera.

Salam JPN Sabah HEBAT, Katakan Tidak Kepada No 16, dan Katakan Ya Kepada 10
Terbaik dan Salam Tambunan MONOTOS Mendepani Perubahan. Yang Berhormat
Datuk Dr Jeffery Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian
dan Perikanan Negeri Sabah. Yang Berbahagia Datuk Dr. Mistrine binti Radin, Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Yang Berusaha En. Haison bin Jahudin, Pegawai
Pendidikan Daerah Tambunan, Timbalan-Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Tambunan, Pegawai-Pegawai SIPartner, Pegawai-Pegawai SISC+, Penolong-Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar dan
seterusnya warga pendidik yang dihormati.

Datuk, tuan / puan dan Sidang yang dihormati,

Alhamdullilah, marilah kita melafazkan kesyukuran ke hadirat Allah SWT kerana sekali
lagi, kita dapat meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tambunan 2021.
Tanggal 16 Mei setiap tahun, mengingatkan kita terhadap peranan para guru yang
telah diberikan kepercayaan mendidik anak bangsa untuk membentuk modal insan
yang sempurna. Sempena hari yang istimewa ini, saya dengan rendah hati
merakamkan ucapan penghargaan dan setulus kasih kepada seluruh warga pendidik
di Daerah Tambunan atas segala usaha dan khidmat bakti terhadap kecemerlangan
Pendidikan di Daerah Tambunan khususnya.

Pada tahun ini, sambutan Hari Guru bertema “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI
BAHARU”. Tema ini, bersesuaian dengan peranan guru dalam memperkasa keilmuan
dan profesionalisme bagi membina generasi baharu, yang dapat memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Datuk, Tuan / Puan dan Sidang yang dihormati.

Dalam kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Guru Besar
dan semua guru atas penyertaan dalam pelaksanaan Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Tambunan Tahun 2021, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung sehingga majlis Sambutan Hari Guru terlaksana dengan jayanya.

Semoga dengan sambutan ini, akan meningkatkan iltizam guru-guru untuk terus
mendidik anak bangsa dengan penuh semangat dan keikhlasan demi mewujudkan
sistem Pendidikan yang berkualiti. Semoga segala harapan dan usaha kita dalam
membina kecemerlangan pendidikan di Daerah Tambunan khususnya, dan Negeri
Sabah amnya diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.

Sekian dan terima kasih.

JIRO NASRUDDIN SEONG
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN, SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
KETUA PENYELARAS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH TAMBUNAN TAHUN 2021

UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis;

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat Pagi Salam Sejahtera, Salam Damai, Salam JPN Sabah Hebat katakan
tidak kepada No 16 dan katakan ya kepada 10 terbaik, Salam PPD Tambunan
MONOTOS mendepani perubahan.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja memiliki taktha,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Ucapan saya mulakan dengan deklamasi sajak yang dikarang begitu indah dan
mendalam maksudnya oleh A. Samad Said ini, begitu sinonim dengan setiap kali
tibanya Sambutan Hari Guru. Sajak tersebut kalau direnung-renungkan
sememangnya mengenai guru dan jasanya. Dalam konteks yang lebih mendalam,
saya mendapati bahawa penyajak ingin mengutarakan guru merupakan tulang
belakang utama sesebuah negara.

❖ Yang Berhormat Datuk Dr Jeffrey Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri
merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah

❖ Yang Berbahagia Dtk Dr. Mistirine Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri
Sabah

❖ Yang dihormati Tuan Jumain Abdul Ghani, Pegawai Daerah Tambunan
❖ Yang dihormati Para Pemimpin Masyarakat Daerah Tambunan,
❖ Barisan Timbalan Pegawai Pendidikan
❖ Semua Pegawai Cemerlang SIP+ dan SISC+,
❖ Semua Penolong Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah

Tambunan,
❖ Yang dihormati Pengerusi Persatuan Pengetua dan YDP Majlis Guru Besar

Daerah Tambunan
❖ Barisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Tambunan,
❖ Guru-Guru
❖ Barisan Anggota Kumpulan Pelaksana
❖ Para Jemputan,
❖ dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan izin dan limpah-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tambunan Tahun 2021.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan Syabas! dan
Tahniah! Kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk
menjayakan majlis ini dengan begitu cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Dr.
Jeffrey Dtk. Kitingan, Yang Berbahagia Datuk Dr. Pengarah Pendidikan, Para
Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru serta tuan - tuan dan puan-puan yang
dimuliakan kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama hadir menjayakan
Majlis Sambutan Hari Guru pada hari ini walaupun dilaksanakan secara dalam
talian ataupun di alam maya. Untuk itu, saya dengan rendah hati ingin
menzahirkan ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik di Daerah
Tambunan.

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda penghargaan
kepada semua guru yang bertungkus- lumus mendidik anak-anak murid ke arah
kejayaan. Kita semua maklum bahawa, tugas sebagai guru bukanlah mudah
kerana kita dituntut untuk menabur bakti dan memberikan manfaat kepada anak-
anak didik kita. Pada tahun ini, suasana sambutan Hari Guru agak berbeza dari
tahun-tahun sebelum ini kerana kita terikat dengan pematuhan SOP ekoran
daripada Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Namun demikian, ini
tidak menjadi penghalang bagi kita untuk meraikan Sambutan Hari Guru tahun ini
walaupun dalam situasi yang berlainan daripada kebiasaannya.

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa
guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada semua pelajar. Malahan
tugas guru pada masa kini semakin mencabar dan memerlukan kreativiti dan
inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Lebih-lebih lagi di kala pandemik Covid 19 yang sedang melanda
negara ketika ini, maka guru-guru dituntut untuk melaksanakan PdPR selaras
dengan norma baharu.

Para Hadirin Yang Saya Muliakan,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tema Sambutan Hari Guru pada Tahun 2021
ini adalah, “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Tema ini menyentuh
tentang peranan guru dan memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi
membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu
dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan,
kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong
learning). Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang
yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan
sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak
ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran seorang insan
yang bergelar Cikgu. Guru juga merupakan insan yang banyak membentuk
karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan satu proses pembelajaran berterusan dan tidak
berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini.
Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus
berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha
meneroka bidang ilmu baharu.

Dengan ini, akan dapat melahirkan lebih ramai ilmuan dan mereka produk serta
perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini, merupakan generasi pewaris masa hadapan
negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk menanam dalam jiwa muridnya
akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan
melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek
kehidupan.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin bahawa tema “Berguru
Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini dapat menyuntik semangat baharu kepada
guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu
dengan niat yang ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

Dalam hal ini, guru-guru dituntut untuk mendidik murid sehingga berjaya. Guru
sebagai kumpulan pelaksana sentiasa jujur, tabah dan sabar untuk mendidik anak
murid yang mempunyai pelbagai karenah di sekolah mahupun di rumah agar
kemenjadian murid dapat direalisasikan. Maka dengan itu, jasa guru sentiasa
dihargai oleh murid-murid yang berjaya.

Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Hadirin Sekalian,

Saya sangat bersyukur, berterima kasih dan mengucapkan Syabas! dan Tahniah!
Kepada semua Warga Pendidikan di Daerah Tambunan atas usaha, kesabaran
dan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing. Walaupun
terpaksa menempuh pelbagai cabaran semasa melaksanakan PdPR pada tahun
lepas, namun pencapaian SPM 2020 bagi Daerah Tambunan meningkat dan
menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan. Perbandingan peratus (%)
pencapaian daripada 87.96 pada tahun 2019 meningkat kepada 95.96 peratus (%)
pada tahun 2020. Peningkatan LMS sebanyak 8% merupakan satu peningkatan
yang sangat membanggakan. Manakala GPS Daerah daripada 5.41 pada tahun
2019 melonjak kepada 5.05 pada tahun 2020 juga melepasi KPI daerah dan JPN
Sabah. Lonjakan sebanyak 0.36 merupakan satu lonjakan yang baik dan kedua
tertinggi di Negeri Sabah, sekali gus menenpatkan rangking daerah kita di tempat
yang ke-7 daripada 24 PPD di Negeri Sabah. Tambah membanggakan, semua
mata pelajaran teras menunjukkan peningkatan peratus dan GPMP yang baik.
Maka dengan itu, saya ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada guru-guru
kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mendidik anak murid. Oleh itu, pada
tahun ini marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan menumpukan
komitmen untuk melakukan penambahbaikan agar pencapaian akademik murid
pada tahun ini akan lebih cemerlang.

Bagi sekolah rendah pula, walaupun UPSR telah dimansuhkan tetapi guru-guru
harus mantapkan pelaksanaan PBD dari Prasekolah sehingga ke Tahun Enam.
Pastikan Tahap Pencapaian murid berada di Tahap 3 dan ke atas bagi kesemua
mata pelajaran. Selain itu, mantapkan pengajaran dan pembelajaran murid
melalui PdPR sehingga keadaan negara pulih dan kembali melaksanakan PdPC
secara bersemuka demi melahirkan murid yang bijak, cerdik, cerdas dan berfikiran
aras tinggi.

Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Hadirin Sekalian,

Dalam memantapkan sistem pendidikan di Daerah Tambunan, kita perlu
menjalinkan hubungan dengan pihak agensi luar. Maka dengan adanya
hubungan yang baik antara kedua belah pihak, maka hasrat PPD Tambunan untuk
melihat kerjasama yang erat di antara warga sekolah, ibu bapa, komuniti dan
pihak-pihak luar seperti NGO dapat dicapai. Seterusnya kita akan dapat
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia sekali gus dapat melahirkan
insan yang cemerlang dan terbilang khasnya di Daerah Tambunan. Untuk itu, sekali
lagi saya memohon kepada semua warga pendidik supaya akan terus menyokong
pucuk kepimpinan yang menerajui kerajaan ketika ini, supaya wujud satu
kesepakatan untuk membangun dan mencemerlangkan pendidikan di Daerah
Tambunan.

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Tidak dilupakan ucapan setinggi-tinggi Tahniah! Kepada semua penerima
anugerah pada tahun 2020 dan tahun 2021.

- Tokoh Guru 2021
- Tokoh Kepimpinan 2021
- Anugerah-Anugerah Hari Guru 2021

Semoga dengan penghargaan ini akan menyemarakkan lagi semangat para guru.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU dan TERIMA
KASIH CIKGU kepada semua Warga Pendidik di Daerah Tambunan ini. Harapan
saya, agar guru-guru di daerah ini dapat memartabatkan profesion keguruan ke
tahap yang tertinggi dan mulia. Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti
bertunjangkan bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan
kesabaran. Semoga para guru sekalian akan terus dilimpahi rahmat dan diberikan
keupayaan oleh Allah S.W.T untuk terus istiqomah menabur benih-benih ilmu
membugar keluhuran akhlak insan dalam bidang pendidikan.

Dengan ini saya akhiri dengan serangkap pantun..

Dingin air penuh serikandi,
Dibawa putera berwajah cerlang;
Andai guru ikhlas berbudi,
Aspirasi negara pasti gemilang.

TERIMA KASIH CIKGU.

Sekian, Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

TUAN HAISON BIN JAHUDIN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN

UCAPAN PERASMIAN

Terima kasih pengacara majlis.

Salam sejahtera, selamat pagi dan salam damai, Salam Sabah Maju Jaya.

❖ Yang Berbahagia Datuk Dr. Mistrine Binti Radin, Pengarah Pendidikan
Negeri

❖ Yang Berusaha Tuan Haison Bin Jahudin, Pegawai Pendidikan Daerah
Tambunan

❖ Yang Dihormati Tuan Jumain Abdul Ghani, Pegawai Daerah Tambunan
❖ Yang Dihormati Barisan Pemimpin Masyarakat Daerah Tambunan
❖ Semua Timbalan Pegawai Pendidikan
❖ Semua Pegawai SIP+ dan SISC+
❖ Semua Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah

Tambunan
❖ Pengerusi Majlis Persatuan Pengetua dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar
❖ Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Tambunan
❖ Semua warga pendidik daerah Tambunan
❖ Anggota Kumpulan Pelaksana Pejabat Pendidikan dan Sekolah-Sekolah

Daerah Tambunan
❖ Para Jemputan Khas
❖ Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya kita semua diberikan
kesempatan untuk berhimpun dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Tambunan bagi tahun 2021. Sambutan Hari Guru merupakan tanda pengiktirafan
tertinggi negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak
bangsa. Oleh itu, saya merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus
penghargaan kepada semua guru di Daerah Tambunan atas segala jasa, bakti
dan sumbangan anda semua.

Syabas! dan Tahniah! Diucapkan kepada pihak pengelola kerana berjaya
menganjurkan majlis yang sungguh bermakna kepada guru-guru yang diraikan
pada hari ini. Sesungguhnya tanpa perancangan yang teliti dan usaha yang gigih,
sudah pasti majlis seumpama ini tidak dapat dilaksanakan dengan begitu jaya
dan cemerlang.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak
pengelola majlis kerana sudi menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan
Majlis Sambutan Hari Guru sekali gus mengiktiraf jasa dan sumbangan semua guru
di daerah ini. Maka dengan itu, saya dengan rendah hati ingin menzahirkan
ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik anak bangsa yang ada di
hadapan saya ini. Jasa guru wajar dihargai pada setiap masa dan di mana-mana
jua . Kerana tanpa guru, siapalah kita pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan
merupakan insan bertuah kerana berada dalam lapangan yang cukup mulia dan
sentiasa signifikan sepanjang zaman. Oleh sebab itu, Hari Guru yang disambut
pada 16 Mei setiap tahun amat wajar diraikan sebagai tanda penghargaan
terhadap jasa guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah
kejayaan.

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Tugas sebagai pendidik ibarat berada di sebuah ladang. Guru menanam benih-
benih keinsanan, menyiram air kasih sayang, membajainya dengan luhur budi agar
terus subur dan membesar dengan sempurna. Pohon yang membesar dengan
sempurna itu pula akan menghasilkan buah bakti yang akan terus memberi
manfaat kepada orang lain. Alangkah besar pengorbanan dan tugas seorang
guru. Jika dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, sudah pasti ganjaran yang besar
akan menanti di alam yang kekal abadi. Terima Kasih Cikgu.

Saya dimaklumkan, tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah Berguru Demi
Ilmu, Bina Generasi Baharu. Tema ini memberi penekanan terhadap peranan
penting guru dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan membina generasi
baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas guru pada masa
kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Dengan harapan guru-
guru dapat melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu
berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Saya Hormati Sekalian;

Dalam mendepani dunia tanpa sempadan ini, corak dan gaya pengajaran guru di
dalam bilik darjah seharusnya berubah seiring dengan kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi yang kita kecapi pada hari ini. Guru-guru sewajarnya
memanfaatkan segala wahana yang ada seperti capaian Internet dan teknologi
komputer dalam tugas menyampaikan ilmu lebih-lebih lagi pada masa pandemik
covid 19 ini guru-guru terpaksa melaksanakan corak pengajaran dalam norma
baharu iaitu PdPR. Oleh itu, pengajaran guru haruslah mampu memberikan
keberkesanan yang ampuh dari segi pemahaman murid dan pengaplikasiannya.
Saya amat yakin dan percaya guru - guru amat arif tentang hal ini dan sudah pun
mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam hal
ini, sekiranya masih ada kawasan sekolah yang tidak mempunyai capaian internet
yang baik, bolehlah mengemukakan masalah kepada pihak PPD supaya pihak
PPD dapat menyampaikan isu ini kepada pihak yang berwajib.

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Dalam konteks Malaysia, tranformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada
hasrat melahirkan warga global. Jesturu itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk
berubah melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa,
berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta World Class thinking. Oleh
itu, saya turut berbangga kerana guru-guru di Daerah Tambunan ini telah
mencapai satu tahap yang membanggakan dan berjaya membuktikan guru- guru
di daerah ini juga cukup berketerampilan, dinamik dan bertaraf dunia. Saya
difahamkan, pencapaian SPM pada Tahun 2020 telah meingkat dan sangat
membanggakan apabila kedudukan Daerah Tambunan berada dalam top 10.
Pencapaian ini sudah tentu telah menjadi kebanggaan kepada seluruh warga
pendidik di Daerah Tambunan khususnya dan masyarakat di Daerah Tambunan
amnya. Syabas! dan Tahniah! Kepada seluruh warga pendidik. Mudah-mudahan
pada tahun 2021 pencapaian SPM akan lebih cemerlang. Dalam hal ini, guru-guru
sekali lagi diseru untuk terus berusaha dalam membina anak bangsa gemilang.

Mudah-mudahan akan dapat melahirkan para pelajar yang holistik, berdaya saing
dan memiliki minda kelas pertama. Bijak pandai mengatakan, sebuah negara tidak
akan tumbuh besar jika guru di negara tersebut tidak tumbuh besar. Sebuah
negara tidak akan sejahtera jika guru mereka tidak sejahtera. Kehebatan sebuah
negara tergantung kehebatan guru mereka.

Dalam kesempatan ini juga, saya memohon kepada semua warga pendidikan di
Daerah Tambunan supaya akan terus mendokong dan menyokong pucuk
pimpinan yang sedang menerajui kerajaan ketika ini. Mudah-mudahan saya
sebagai pemimpin masyarakat di daerah ini akan terus menyokong usaha-usaha
PPD Tambunan dalam memenuhi keperluan jabatan, guru-guru dan murid-murid
demi mencemerlangkan pendidikan dan kemanjadian anak- anak didik di Daerah
Tambunan ini.

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Tidak dilupakan ucapan Syabas! dan Tahniah! Kepada semua penerima anugerah
tahun ini iaitu: Tokoh Guru 2021, Tokoh Kepimpinan 2021, Anugerah-Anugerah Hari
Guru 2021. Semoga dengan penghargaan dan penganugerahan ini akan
menyemarakkan lagi semangat para guru pada masa-masa akan datang.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU yang
bertemakan “ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” dan TERIMA KASIH CIKGU!
Kepada semua warga pendidik di Daerah Tambunan ini. Harapan saya, jadilah
pendidik yang dapat memartabatkan profesion keguruan ke tahap yang cukup
tinggi dan mulia. Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan
bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Semoga
para guru sekalian akan terus dilimpahi rahmat dan diberikan keupayaan oleh
Tuhan untuk terus menabur benih-benih ilmu dan membugar keluhuran akhlak
insan di ladang pendidikan yang subur ini. :

Subur gaharu pinggiran anjung,
Tempat merbah membuat sarang;
Budimu guru mekar setanjung,
Sepanjang zaman dikenang orang.

Dengan rasa syukur, maka dengan ini, saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Tambunan 2021.

Sekian dan terima kasih.

YB DATUK SRI PANGLIMA JEFFERY G. KITINGAN
TIMBALAN KETUA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PERTANIAN & PERIKANAN NEGERI SABAH
ADUN N39 TAMBUNAN, AHLI PARLIMEN P180 KENINGAU

ATURCARA MAJLIS

MASA PERKARA

10.00 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku

Bacaan Doa

Ucapan alu-aluan
Yang Berusaha Tuan Haison Bin Jahudin
Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan

Ucapan Perasmian
YB Datuk Sri Panglima Jeffery G. Kitingan
Timbalan Ketua Menteri
Merangkap Menteri Pertanian & Perikanan Negeri Sabah
Adun N39 Tambunan, Ahli Parlimen P180 Keningau
Penghargaan sumbangan daripada
YB Datuk Sri Panglima Jeffery G. Kitingan
Timbalan Ketua Menteri
Merangkap Menteri Pertanian & Perikanan Negeri Sabah
Adun N39 Tambunan, Ahli Parlimen P180 Keningau
kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan

Tayangan Montaj Pelancaran Sambutan Hari Guru

Bacaan Ikrar Guru Malaysia

Tayangan Video Aktiviti-Aktiviti Hari Guru Peringkat
Daerah Tambunan

Penyampaian Anugerah – Anugerah Guru Sempena Hari
Guru Peringkat Daerah Tambunan 2021

➢ Anugerah ikon
➢ Anugerah Khas Pendidikan
➢ Anugerah Guru Cemerlang
➢ Anugerah Guru Inovatif
➢ Anugerah Utama:Tokoh Guru & Tokoh Kepimpinan

Lagu Guru Malaysia

Tayangan Klip Video Ucapan Hari Guru daripada warga
Pendidikan

12.30 Petang Majlis selesai

JAWATANKUASA INDUK

Penaung
YBhg. Datuk Dr. Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri

Sabah

Pengerusi
En. Haison Bin Jahudin, Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan

Timbalan Pengerusi
En. Jiro Bin Seong , TPPD Sektor Pengurusan Sekolah

Naib. Pengerusi
En. Abd Aziz HJ Mohd Banting, TPPD Sektor Perancangan

En. Hadili Muhadi, TPPD, Sektor Pembelajaran
En. Applonius Jaimi TPPD, Sektor Pembangunan Murid
En. Sofri Anuar Abdullah, Pengerusi PPSM Daerah Tambunan
En. Mohd Yasin Mohd Yunus, Pengerusi MGB Daerah Tambunan

Setiausaha
Pn. Rosneh Wasli, Penolong Pegawai SPS, Menengah dan

Tingkatan 6

Penolong Setiausaha
Pn. Bernedette Rensin (Pembantu Tadbir Sektor Pembelajaran )

Bendahari
Pn. Juhilo Sikul (PT Kewangan)

Penolong Bendahari
Pn. Rosalia Aegidius (Pegawai Eksekutif Kanan )

Ahli Jawatankuasa
Pegawai SIP+ dan Pegawai SISC+
Penolong Pegawai PPD Tambunan

Pengetua
Guru Besar

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengelola
Ahli Jawatankuasa Induk Hari Guru

Majlis Perasmian/penutup (floor Teks Ucapan
manager) Pn. Jalinah Lucy Ombou. (K)
En. Jasli Dumin Pn. Noemi Justin

Pengacara Majlis Bacaan Doa
Cik Rose Vitus Ust. Salleh Hudin Rusinin

Buku Program /Aturcara Penerima Hadiah
Pn. Irene Ipew (K) Pn. Masusyta Awang (K)
Cik Jovinia Yulus Pn Hilda Mulakim
Pn. Rosneh Wasli Pn. Siti Aisah Ibrahim

Publisiti dan Seranta Backdrop
En.Ajmain Bin A.Rahim (K) En. Applonius Jaimi (K)
En. Raynold David Oyoh En. Albert Ikon

Gimik/Montaj Pelancaran/ Teknikal / Hadiah /Cenderamata/Sijil
klip video/ rakaman, dokumentasi , Pn. Rozita Francis (K)
dan Pembentangan Profile Penerima Pn. Marcella Michael
Anugerah Pn. Lucia Francisca Peter
En. Azmi Sidek (K) Pn. Jennefer Ann Bernad
En. Alfred Joumil Cik Lesia Ukor
En. Redzam Laugan
En. Oswald Bin Jaipul

Bacaan Ikrar Anugerah Hari Guru Tahun 2021
En. Hadili Muhadi (K) En. Abd. Aziz Bin Hj.Mohd Banting (K)
En. Sofrie Anuar Abdullah (Pengerusi Cik. Emily George
PPSM Daerah Tambunan) En Jasli Dumin
En. Mohd Yasin b. Mohd Yassin
(Pengerusi MGB Daerah Tambunan)

Penajaan dan Sumbangan Pendaftaran
En. Oswald Jaipul (K) Pn. Doreen Kunsong (K)
Pn Juhilo Sikul Pn. Glory Cleophas
En. Raju Udin B Mohd. Ajay

AJK PELAKSANA AKTIVITI

Pelancaran Gerakan Massa: En. Appolonius Jimmy
Terima Kasih Cikgu En. Raju Udin Mohd Ajay
En. Rodney Samuil
SMK Nambayan

Pameran Pendidikan / Pameran Digital En Azmi Sidek
En. Jasli Dumin
SM ST Martin

Showcase Inovasi Pendidikan En. Christian J. Lajangan
#inovasipendidikan / Cikgootube / Bedah En. Adabert Kanor
buku / MOE TED Talks En. Albert Ikon
SMK Tambunan

Bicara Profesional Pendidikan / Diskusi / Drs. Bahaman B. Ismail.
Forum En. Awang Dani
SMK Desa Wawasan

Sukan & Riadah / Teacher’s FunRide / Run / En. Alfred Jaumil
eSport En. Ridhwan Abdullah
Pn. Alison Marie
SK Pegalan Kusob

Ziarah Prihatin Pengurusan Tertinggi Cik Linda Cladius J.
PPD Tambunan Pn. Rosneh Bt Wasli
Pn. Sabina Santiu
Pn. Lucia Francisca Peter
Urus setia HGPPD

Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan Urus setia HGPPD
dan Tokoh Guru JK Anugerah Hari Guru
Tahun 2021

Majlis Kemuncak Sambutan Hari Guru Urus setia HGPPD

Penyampaian
Anugerah

Sambutan Hari Guru

2021
21 September (Selasa)

Tahniah!!

PENERIMA ANUGERAH HARI GURU

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN (MENENGAH)

JENIUS @ KOW BIN RANTISAN PENGETUA SM. ST. MARTIN

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN (RENDAH)

GEOFFERY JOSEPH @ CHONG LIP KOK GURU BESAR SK. KIAWAYAN

SEKTOR PEMBELAJARAN (SPb)

ANUGERAH IKON GURU INOVASI

JOSEH ANTHONY SM. ST. MARTIN

ANUGERAH IKON GURU STEM (SM)

FRENYSIA FRANCIS SMK TAMBUNAN

ANUGERAH IKON GURU STEM (SR)

WALTER S. LINGGAHAN SK. SUNSURON

ANUGERAH IKON GURU BAHASA

SABRINA PETRUS SMK. NAMBAYAN

RUSINAH YUNUS SMK. NAMBAYAN

MOHD REDZUAN MD TAIB SMK. DESA WAWASAN

NANCY LIGING SM. ST. MARTIN

ANUGERAH IKON GURU TVET

CHIN SIEW YUN SM. ST. MARTIN

ANUGERAH IKON GURU SAINS SOSIAL

JAMUDIN LAMSIN SMK. DESA WAWASAN

ANUGERAH IKON GURU PENDIDIKAN ISLAM

USTAZ MOHD. HATTA ROSLI SK. PEKAN

ANUGERAH IKON GURU PENDIDIKAN MAYA

BABRA ANDREAS SMK. NAMBAYAN

ANUGERAH IKON GURU PEMULIHAN KHAS

MOHD. FARHAN BIN KHIR SK. TIONG WIDU

ANUGERAH IKON GURU PRA SEKOLAH

YAHINA @ SABRINA INGGIT SRK. ST. DAVID TOBOH

PENERIMA ANUGERAH HARI GURU

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID (SPM)

ANUGERAH IKON SUKAN

WALTER RALEIGH MICHAEL SM. ST. MARTIN

JOEL JOSEPH SMK. TAMBUNAN

ANUGERAH IKON KOKURIKULUM

ANN DOREEN DORALL SMK. TAMBUNAN

ANUGERAH IKON SENI BUDAYA

FREDAUS JOHARI SK. KIAWAYAN

JUNIPAH DUBIS SK. KIAWAYAN

SUZAN SICHAM SK. KIAWAYAN

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada Masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra Putri negara kita

Pada seri paduka
Kita tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap Bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

PENGHARGAAN
PPD Tambunan mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas Kerjasama
dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua
ahli jawatankuasa serta pihak -pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat

daerah Tambunan tahun 2021.

https://tinyurl.com/Pendaftaranhariguru


Click to View FlipBook Version