The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lionggean23, 2021-07-20 09:27:36

FLIP BOOK KADET POLIS LIONG GE AN

NONE

FLIPBOOK BUKU LOG

PASUKAN BADAN
BERUNIFORM KADET POLIS

Nama:LIONG GE AN
KELAS:5AL-ALUSI

Guru penasihat Kadet Polis:
1. Siti 'Aisyah binti Ismail
2. Norzaimah binti Ismail
3. Mahizun binti Omar
4. M. Rizal bin Kasmon
5. Mohammad Azri bin Abdullah
6. Mohd Nor Akmal bin Salleh
7. Noorazila binti Mat Isa
8. Farhana Nabila binti Samsuddin

KANDUNGAN

PERKARA M/S

LOGO KADET POLIS 3

MAKSUD LOGO KADET 4
POLIS 5
6
SEJARAH PENUBUHAN 7
KADET POLIS

TUJUAN PENUBUHAN
KADET POLIS

PANGKAT

LAGU KADET POLIS 8

ORGANISASI KADET POLIS 9

LATIHAN/KEAHLIAN 10
PAKAIAN KADET POLIS 11

LOGO KADET POLIS

MAKSUD KADET POLIS

Bulan dan bintang
Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi
kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan.
Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan
Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan
keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara,
bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris dan parang
Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh
pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta
selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke
seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand,
Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit
yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah
Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri
Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang
berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau
Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM
dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa
sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas
pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan
dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi
Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

SEJARAH

PENUBUHAN KADET POLIS

Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh
Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed
Salleh bin Ismail ketika merasmikan
Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham
dalam ucapannya yang berbunyi:

"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen
of the future. He must yield a strong and healthy influence
among his colleagues, friends and family so that in the years
ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens
contributing to nation building."

Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan
kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab
dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh
dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan
dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan
adanya satu baka barunya, warganegara yang baik
menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.

Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari
murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk
ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah
guru-guru sekolah tersebut dan Pegawaipegawai Pelajaran
Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.

TUJUAN PENUBUHAN
KADET POLIS

Peranan Belia Di Dalam "Nation Building.

• Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan
bangsa dan negara. Merekalah yang akan
membentuk tulang belakang dalam pembangunan
negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik,
mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara
bertujuan melahirkan masyarakat belia yang
berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.

Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah.

• Membangunkan murid-murid sekolah dari segi
sosial, emosi, moral, mental dan fizikal.

• Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan
serta kebijaksanaan murid-murid sekolah

• Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah.

PANGKAT

Kadet/Pelajar(Menengah)

❖ Kadet sekolah menengah memakai pangkatnya
pada kedua-dua belah tali bahu. Pangkat
tertinggi bagi kadet sekolah menengah ialah Sub
Inspektor.

❖ Pangkat bagi Lans Koperal adalah dianugerahkan
dalam ujian berasaskan sekolah dan sangat berbeza
sangat dari sekolah ke sekolah. Bagi pangkat Koperal,
Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub Inspekto, pelajar perlu
mengikuti kursus yang diadakan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah dan mereka yang lulus akan
dianugerahkan dengan sehelai sijil menyatakan
kenaikan pangkat. Kadang-kadang, kursus Koperal
diadakan bersama dengan kursus Sarjan.

LAGU KADET POLIS

Menyahut seruan negaraku
Negara yang tercinta
Kami bersatu bergerak maju
Berkhidmat kepada semua

Pasukan Kadet Polis Diraja
Membuktikan jasanya
Taat setia menurut arahan
Walau diri terkorban

Satu wawasan satu tujuan
Aman bahagia untuk semua
Tidak kenal putus asa
Sentiasa berusaha

Sejahtera bangsaku Malaysia
Serumpun bangsa mulia
Tegas menegakkan keadilan Hingga
zaman berzaman.

ORGANISASI KADET POLIS

Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun
sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis
dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun
itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari
sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki
atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah
mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang
Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant
Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai
Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander
Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat
Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.

Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat
Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun
adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang
pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang
koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor
adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.

Latihan/Keahlian

Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid
sekolah menengah, yang berumur antara 13 tahun hingga 21
tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja
akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang
terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang
dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran badan mereka. Selain
daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga
tahun.

Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini
adalah:-

• Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian
senjata dan kawad kaki.

• Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
• Pertolongan Cemas
• Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir

jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari
dipengaruhinya
• Perkhemahan tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan
latihan-latihan amali
• Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek
kemasyarakatan.

PAKAIAN
KADET POLIS

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version