BAB 4
KESIHATAN MANUSIA
4.1 PENYAKIT BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT
Penyakit berjangkit Penyakit tidak berjangkit
Penyakit disebabkan oleh jangkitan Penyakit disebabkan oleh gaya
patogen hidup dan faktor genetik
Boleh berpindah dari seorang Tidak Boleh berpindah dari
individu kepada individu yang lain seorang individu kepada individu
yang lain
contoh : batuk,selesema, cacar air, Contoh: asma,kanser, serangan
demam kolera, dan demam denggi jantung, diabetes, strok, dan
kegagalan buah pinggang.
Bagaimanakah penyakit berjangkit disebarkan?
■ Penyakit berjangkit disebarkan oleh pathogen.
■ Patogen ialah mikroorganisma yang menyebabkan
penyakit seperti bakteria, virus,kulat dan cacing.
■ Patogen dipindahkan daripada mangsa kepada mangsa
yang lain melalui vector dan medium seperti air, udara
dan sentuhan.
Penyakit bawaan air
■ Penyakit bawaan air disebabkan penggunaan
air yang tercemar.
■ Antara punca pencemaran air ialah bahan kimia
berbahaya daripada aktiviti pertanian dan
kilang serta mikroorganisma daripada najis
manusia.
Langkah-langkah mencegah penyakit
bawaan air
■ Mengurus sampah dengan baik
■ Memasak air dengan sempurna
■ Membina tandas dengan sanitasi yang baik
■ Membasuh tangan sebelum makan.
Penyakit bawaan udara
■ Jangkitan titisan – percikan air dari hidung dan mulut
apabila bersin mungkin mengandungi pathogen dan di
sebarkan ke udara.
■ Jangkitan habuk – bakteria di dalam air ludah pesakit yang
telah kering akan membentuk spora dan disebarkan ke
udara.
■ Contoh penyakit: cacar air dan selesema.
Langkah-langkah mencegah
■ Menutup mulut dengan tisu ketika bersin atau batuk
■ Jangan berada di kawasan yang sesak.
■ Tidak meludah di merata tempat
Jangkitan melalui sentuhan
■ Jangkitan melalui sentuhan berlaku akibat sentuhan kulit.
■ Contoh penyakit ialah kurap dan panau.
■ Virus HIV disebabkan hubungan seks,darah dan perkongsian
jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.
Jangkitan melalui vektor
■ Haiwan yang memindahkan pathogen dikenali sebagai vektor.
Beberapa jenis penyakit, gejala penyakit, patogen,vektor
dan cara jangkitan
PENYAKIT GEJALA PATOGEN VEKTOR CARA JANGKITAN
Demam Menggigil, Plasmodium Nyamuk Gigitan
Malaria demam, dan malariae anopheles nyamuk
berpeluh
Kolera betina
/taun Cirit-birit dan
muntah Bakteria lalat Air dan
Vibrio makanan yang
Denggi Sakit sendi, cholerar Nyamuk tercemar
demam, sakit aedes
kepala dan virus Gigitan
konjunktivis nyamuk
Mekanisma untuk mengelakkan penyakit
berjangkit
Peringkat primer • Jaga kebersihan
Peringkat sekunder • Mengambilan vaksin
Peringkat tertier • Mengamalkan gaya hidup sihat
• Memberi rawatan awal kepada
pesakit.
• Mengasingkan pesakit dengan
orang lain.
• melakukan semburan untuk
membunuh lalat dan nyamuk.
• Memakai ubat nyamuk pada waktu
malam serta memakai pakaian
yang tebal.
4.2 Pertahanan badan
■ Patogen memasuki badan melalui:
■ i) system respirasi
ii) sistem pencernaan
iii) sistem perkumuhan
iv) kulit
Patogen ini mesti dimusnahkan oleh badan.
Kepentingan imunisasi
■ Imunisasi merupakan suatu usaha untuk memberikan daya
tahan secara aktif pada bayi, kanak-kanak dan dewasa
terhadap penyakit tertentu dengan memasukkan vaksin.