The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tniejamad, 2021-10-27 09:20:48

NOTA E-MEL

NOTA E-MEL

KERTAS 1 (1103/1)
BAHAGIAN A
30 MINIT
30 MARKAH





E-MEL RASMI

CIRI-CIRI E-MEL RASMI

• Bersifat formal
• Ditulis untuk urusan rasmi
dengan pejabat pemerintah,
syarikat swasta atau
pertubuhan tertentu.

TUJUAN E-MEL RASMI



ALAMAT E-MEL
PENGIRIM

MENYATAKAN ALAMAT E-MEL
HARAPAN PENERIMA

PERKARA-PERKARA
PERLU ADA DALAM

E-MEL RASMI

TANDATANGAN PERKARA/
PENGIRM SUBJEK

MENYATAKAN
TUJUAN

PENDAHULUAN • Mulakan dengan panggilan 'tuan'
• Perkenalkan diri
• Nyatakan tujuan e-mel ditulis
• Konteks : Masalah yang dihadapi, tempat dan masa kejadian

• Kemukakan 2 isi

ISI • Sebab-sebab/ saranan/ manfaat

• Huraikan isi

PENUTUP • Rumuskan idea
• Harapan
• Ucapan terima kasih
• Nama pengirim dan tandatangan

ETIKA MENULIS E-MEL RASMI
PERKARA YANG PERLU DITITIKBERATKAN

1) Kenalkan diri anda 2) Berikan butiran tentang
masalah yang dihadapi
(contoh : pelajar,
penduduk, pelanggan) (contoh : tempat, masa)

3)Nyatakan 4) Gunakan 4) Gunakan 5) Pastikan anda
tujuan e-mel bahasa yang panggilan 'Tuan' merumuskan
dikirimkan sepanjang e-mel harapan dan
sopan penyampaian
formal anda dalam e-
mel tersebut

ETIKA MENULIS E-MEL RASMI
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

1) Memulakan e-mel tanpa 2) Tidak menyatakan tujuan
perkenalkan diri anda
e-mel

(Contoh : aduan,
permohonan)

3)Tidak memberikan 4) Menggunakan 4)Jangan gunakan 5) Mengucapkan
butiran tentang frasa berbentuk kata ganti nama terima kasih tanpa
masalah yang paksaan seperti yang tidak sesuai
dihadapi kepada penerima e- menyatakan
'Tuan haruslah, tuan harapan
(contoh : tempat, mestilah..' mel formal
masa)
(Contoh : awak,
engkau, kamu)

E-mel
Tidak Rasmi

Ciri-ciri E-mel Tidak Rasmi

• Biasanya ditulis untuk tujuan tidak formal
dan bersifat peribadi

• Lazimnya dihantar kepada ahli keluarga dan
sahabat untuk bertanyakan khabar atau
menceritakan pengalaman dan berkongsi
pandangan tentang sesuatu perkara.

•Ciri-ciri E-mel Tidak Rasmi

•Bahasa yang digunakan hendaklah bersifat
baku, tepat, padat dan sesuai
•Penulisan e-mel tidak rasmi merupakan salah
satu karangan jenis berformat. Justeru, murid
hendaklah mematuhi format penulisan e-mel
tidak rasmi yang telah ditetapkan.

E-mel tidak rasmi lazimnya
menggunakan kata panggilan seperi
berikut : ayah, ibu, nenek, sahabat,
kakak, abang, adik, awak dan
sebagainya

TUJUAN
PENULISAN

E-MEL
TIDAK RASMI

TUJUAN PENULISAN E-MEL TIDAK RASMI

•Memberikan ucapan tahniah
•Memberikan ucapan takziah
•Memberikan nasihat
•E-mel balasan
•E-mel undangan/ jemputan

FORMAT
PENULISAN

E-MEL
TIDAK RASMI

Daripada
Kepada
Subjek
Kata Ganti Nama Penerima ( kakak, abang, sabahat)

• Bertanya khabar
• Nyatakan tujuan
• Akui e-mel sebelumnya telah diterima dan dibaca

• Huraikan

• Huraikan

• Mengucapkan salam/ minta balasan

• Contoh: Yang benar/ Yang ikhlas

TIP
PENULISAN
E-MEL YANG

BAIK

TIP PENULISAN E-MEL
YANG BAIK

CONTOH
ITEM

SOALAN 1

SOALAN 2

CONTOH
JAWAPAN

Daridada : [email protected]

Kepada : [email protected]

Subjek : Usaha-usaha untuk mempopularkan tarian tradisional dalam kalangan masyarakat

Rahman,

Apa khabar Rahman sekeluarga di sana? Saya berharap Rahman sekeluarga sihat-sihat sahaja. E-mel awak telah saya
terima tiga hari yang lalu. Benar kata awak, pada realitinya remaja kini lebih tertarik dengan keunikan tarian negara luar.
Sebelum nasi menjadi bubur, terdapat usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk mempopularkan tarian tradisional dalam
kalangan masyarakat.

(Is)Antara usaha tersebut termasuklah pihak kerajaan mewujudkan sekolah seni di setiap negeri. (Ba)Seperti yang kita
sedia maklum, sekolah seni dapat mengembangkan bakat kesenian generasi muda. (Se)Sekiranya kerajaan memandang
acuh tak acuh dalam hal ini sudah pasti usaha mempopularkan tarian tradisional akan terbatas. (Co)Contoh sekolah seni
yang terdapat di negara ini ialah Sekolah Seni Malaysia Johor dan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur. (Pe)Jelaslah,
kerajaan mewujudkan sekolah seni di seluruh negeri merupakan usaha ampuh mempopularkan tarian tradisional ini.

Selain itu, (Is)usaha untuk mempopularkan tarian tradisional dalam kalangan masyarakat ialah media massa
mempromosikan keunikan tarian tradisional. (Ba)Umumnya, media massa merupakan medium yang paling ampuh untuk
mempromosikan keunikan tarian tradisional. (Se)Sekiranya media massa tidak mempedulikan perkara ini, sudah tentu
tarian tradisional negara kita terus dipinggirkan. (Co)Contoh Tarian Sumazao, Tarian Kuda Kepang dan Tarian Mak Yong
merupakan antara tarian unik yang boleh dipromosikan oleh pihak media massa. (Pe)Tuntasnya, media massa merupakan
salah satu wadah untuk menjayakan usaha ini.

(Si)Konklusinya, terdapat banyak usaha untuk mempopularkan tarian tradisional dalam kalangan masyarakat.
(Ca)Sehubungan dengan itu, semua pihak hendaklah bersatu padu untuk menjayakan usaha murni ini (Ha) agar budaya
warisan berzaman ini tidak terus dipinggirkan. Saya berharap semoga tarian tradisional ini akan kembali gah (P)bak kata
pepatah tak lekang di panas, tak lapuk di hujan.
Sahabatmu,
Khairul

(198 patah perkataan)

Sumber Bahan:

1) Slide LPM
2) Set Soalan Modul Oasis SPM/ Kertas 1
3) Cikgu Asmiliza (Cikgu Fifie)
4) Cikgu Mohd Afdzal Che Pa @ Abd Rahman
5) Cikgu Hazeem (gambar latar)

Disediakan dan disusun oleh:

1. Cikgu Mohd Afdzal Che Pa
2. Cikgu Hartini binti Jamad

Jangan sesekali memilih jalan
menjadi bodoh sebaliknya

pilihlah jalan menjadi pandai...

-Cikgu Afdzal Che Pa-



SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version