The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Kuliah Subuh Habib Umar di Faidur Rahmah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mawi Syafie, 2023-06-09 09:39:26

Nota Kuliah Subuh Habib Umar di Faidur Rahmah

Nota Kuliah Subuh Habib Umar di Faidur Rahmah

Keywords: KULIAH SUBUH 1

Nota Kuliah Subuh bersama Habib Umar bin Hafidz Terjemahan : Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid Khamis, 25 Mei 2023 @Faidur Rahmah Kupasan kitab Tasawuf & Sufi; Suatu Pengenalan Muqadimah Segala puji bagi Allah swt atas besarnya pemberianNya, dan luasnya anugerahNya Kitab ini ialah kitab yang membahaskan akan hakikat tasawuf dan tanda2 orang yang bertasawuf. Kitab ini membahaskan tentang beberapa istilah dan terminologi tentang tasawuf yang ada pada abad yang kedua dan ketiga di mana kesemua istilah ini diambil dari al-Kitab dan Sunnah. Oleh kerana intipati perbahasan tasawuf menyentuh tentang aqidah, menyentuh tentang tauhid, juga menyentuh tentang bagaimana seseorang yang memiliki sikap mengawas diri atau muraqobah kepada Allah swt, dan tentang akhlak yang mulia. Maka penulis memulakan kitab ini dengan ayat2 yang dibacakan sebentar tadi. Dimulakan dengan maksud daripada ayat tersebut ; “Dialah Allah, Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui akan segala ciptaanNya.” Dan ketika menyebutkan bahawa Allah itu Maha Mengetahui akan sifat2 hati, maka Allah menyebutkan pada ayat ini, Allah Maha Mengetahui akan apa yang ada di dalam hati dan jiwa kamu, maka hendaklah kamu berhati2.


Lalu kemudian disebutkan dalam kitab ini ucapan dua kalimah syahadah dan disebutkan ayat yang isi kandungannya bahawasanya Allah swt sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya. Allah berfirman tiadalah perbicaraan secara senyap yang tidak diketahui orang lain melainkan diketahui oleh Allah swt. Apabila berbicara tiga orang maka yang keempatnya ialah Allah swt. Apabila berbicara lima orang maka yang keenamnya ialah Allah swt. Kurang daripada itu atau lebih daripada itu, Allah bersama mereka di mana sahaja mereka berada. Lalu Allah akan mendedahkan apa yang mereka lakukan itu di hari kiamat. Lalu menyebutkan tentang kesaksian akan kenabian Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم Dan ini menunjukkan akan hakikat keyakinan dan risalah-risalah juga yang diberikan oleh Allah kepada Nabi2 dan Rasul2 terdahulu. Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم diutus untuk membenarkan juga risalah2 terdahulu, dan menjadi penutup kepada seluruh para Nabi. Allah berkehendak untuk menzahirkan beliau dalam keadaan apapun juga walau orang2 musyrik itu tidak mengkehendakinya. Lalu Allah menyebutkan tentang ayat2 yang disampaikan oleh Allah swt kepada RasulNya dan sifat beliau. Dalam ayatnya Allah swt berfirman, “Wahai seorang nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai pembawa berita gembira dan memberi peringatan dan mengajak manusia kepada Allah dengan izinNya dan baginda Rasulullah ialah cahaya yang menyinari. Sampaikan khabar gembira kepada orang2 yang beriman bahawasanya bagi mereka anugerah yang besar dari Allah swt. Di dalam menyebutkan tentang akhlak, kesemua nilai2 murni ataupun akhlak itu dihimpunkan oleh Allah kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم Allah bersumpah untuk menyebutkan yang demikian di dalam al-Quran. Seperti disebutkan oleh Allah swt dalam surah al-Qalam, Allah swt bersumpah demi qalam dan apa yang dituliskan, lalu menyebutkan setelah bersumpah itu, sesungguhnya Nabi Muhammad itu berada dalam akhlak yang agung.


Sebahagian ulama2 tasawuf mengatakan; Tasawuf itu ialah akhlak, barangsiapa yang akhlaknya bertambah, maka bertambah tasawufnya. Allah swt berfirman dalam al-Quran mensifatkan tentang NabiNya, sesungguhnya Allah swt telah menganugerahkan orang2 yang beriman seorang Rasul bahagian dari diri mereka sendiri. Tugasnya membacakan kepada mereka ayat2 Allah, dan mensucikan hati dan jiwa mereka, dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, walaupun mereka sebelum ini berada dalam kesesatan yang nyata. Disebutkan dalam ayat ini ‘mensucikan hati dan jiwa’, tujuannya adalah untuk memberikan perhatian tentang pentingnya tasawuf dan hakikat tasawuf. Hakikat daripada ilmu tasawuf itu adalah seseorang yang mensucikan hati dan jiwanya, maka merekalah orang2 yang bertasawuf. Disebutkan dalam ayat yang lain, Allah swt berfirman tentang sifat NabiNya; Telah datang kepada kamu seorang Rasul bahagian daripada diri kamu yang sifatnya beliau itu merasa berat akan musibah yang menimpa kamu, bersungguh2 untuk menyelamatkan kamu, dan memiliki sifat belas kasihan kepada orang2 yang beriman. Lalu disebutkan dalam kitab ini selawat kepada junjungan besar Rasulullah صلى الله عليه وسلم di mana selawat itu bahagian daripada wasilah untuk seseorang itu dapat mensucikan hati dan jiwanya Hendaklah seorang mukmin itu benar2 berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dengan penuh rasa ta’zim, kerana akan dibersihkan oleh Allah swt, dan akan dimudahkan untuk dekat kepada NabiNya dan hampir kepadaNya. Telah berkata salah seorang sahabat mengenai selawat; Saya akan jadikan semua waktu saya untuk berselawat kepada engkau wahai Rasulullah, maka dikatakan kepada sahabat itu dengan begitu akan dicukupkan cita-citamu dan akan diampunkan dosadosamu Definisi Tasawuf Disebutkan dalam kitab ini secara ringkas mengenai hakikat tasawuf agar mudah diambil faedah. Walaupun banyak sekali disebutkan tentang definisi tasawuf, sebahagian definisi itu menjelaskan bahagian2 tasawuf, ada juga menyebutkan natijah atau buah tasawuf. Definisi yang ada dalam kitab ini merangkumi banyak definisi lain tentang tasawuf. Definisi pertama bahawa tasawuf itu ialah kesungguhan dalam mengamalkan dan menerapkan ciri2 yang dituntut oleh Allah swt dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara merasai dan menjiwai akan sifat atau akhlak, ataupun dalam amal yang baik itu. Dengan definisi ini, ia definisi yang mencantumkan tentang tasawuf dan orang2 yang ahli dalam tasawuf. Ini merujuk kepada seseorang yang dapat merealisasikan hubunganNya dengan Allah melalui ihsan, melalui tangga2 Islam dan juga iman.


Dengan dasar itu seseorang itu akan sempurna dan terpandu dalam beramal, dan dalam memilih sifat sehingga pada amal yang baik dan dasar yang betul. Maka lalu menjadi sebab cintanya Allah swt kepadanya. Sehingga orang yang beramal dan bersifat tadi, menghayati akan amal dan sifatnya dan menjiwainya, dan melakukan secara sempurna sehingga amal dan sifat itu menjadi hakikat akan dirinya. Dengan kita mengetahui definisi tasawuf seperti ini, maka seseorang itu apabila merealisasikan akan sifat tersebut akan terhiasi amalnya dan sifatnya dan menjadi mulia kerananya. Definisi kedua tasawuf ialah meninggikan atau meluaskan ilmu keyakinan sampai kepada peringkat ainul yaqin dan memahami hakikatnya. Erti daripada ilmu yaqin ialah orang yang kuat hatinya dan keyakinannya dan pegangannya dalam kebaikan. Ini merupakan mukadimah kepada tasawuf. Apabila seseorang itu naik dari ilmu yaqin kepada ainul yaqin iaitu melihat sesuatu yang ghaib itu menjadi nyata. Kedudukan ainul yaqin itu adalah khusus kepada orang2 yang mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah swt. Apabila seseorang itu mantap dalam ainul yaqinnya, maka akan lebih tinggi kedudukannya sampai kepada kedudukan haqqul yaqin di mana kedudukan ini diberikan kepada para Anbiya dan orang2 yang mantap keyakinan dan keimanannya daripada golongan para siddiqin dan auliya’. Perumpamaan akan ilmu yaqin dan ainul yaqin dan haqqul yaqin itu adalah; Kalau ada seseorang memberitahu kepada saya di tempat ini ada gelas yang di dalamnya diisi air. Kalau yang memberi khabar tentang hal itu adalah seseorang yang saya tiada kepercayaan kepadanya, maka saya tidak meyakini apa yang dikata dengan begitu tidak berlaku Ilmu yaqin, yang berlaku adalah ragu2. Akan tetapi jika yang memberitahu kepada saya ialah orang yang dipercayai dan jujur dan saya mempercayainya maka di sini saya telah mendapatkan ilmu yaqin. Jika yang memberitahu saya khabar itu itu orang yang kedua atau ketiga yang dipercayai maka dengan itu semakin kuat keyakinan saya dalam pengetahuan khabar tersebut. Apabila ada orang yang memberitahu kepada saya akan berita tadi dengan memukul gelas sehingga terdengar bunyinya dan saya mendengarnya, maka semakin mantap keyakinan saya dalam Ilmu yaqin. Ini yang saya sebutkan tadi ialah kedudukan yang perbezaan yang berbeza2 hanya dalam ilmu yaqin. Demikian juga apa yang disampaikan oleh Allah swt kepada kita semua dari hal Islam, Iman, tentang beriman kepada hari akhirat, tentang rukun Iman itu, semua itu adalah berita daripada Allah swt di mana keyakinan orang beriman kepada berita itu berbeza2 satu sama lain dalam ilmu keyakinannya. Saya tadi yang mendengar kalau dalam tempat ini ada gelas berisi air dan apabila saya masuk ke tempat ini saya melihat memang ada gelas berisi air, maka berubahlah pengetahuan saya dari ilmu yaqin kepada ainul yaqin, iaitu saya menyaksikan. Maka semakin saya mendekati kepada cawan itu maka semakin dekat dan semakin jelas, dan semakin bertambah keyakinan saya kepada ainul yaqin. Kalau saya sentuh cawan itu dan mengangkatnya dan melihatnya, maka semakin lengkap dan semakin tinggi saya


dalam kedudukan ainul yaqin. Dan kedudukan ini adalah menjadi kedudukan banyak sekali para auliya daripada umat ini. Akan tetapi golongan yang khusus daripada mereka para auliya akan tinggi pengetahuannya sampai kepada haqqul yaqin. Apabila saya yang sudah memegang kepada cawan itu dan melihatnya, saya dekatkan cawan itu ke mulut saya dan saya meminumnya dan saya merasai apa yang saya minum, maka dalam hal ini meninggi kedudukan itu daripada ainul yaqin kepada haqqul yaqin. Oleh sebab itu disebutkan oleh Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad di dalam bait2 syairnya, lazimkanlah dirimu akan kitabullah iaitu al-Quran dan ikutilah sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم dan ikutilah para salaf iaitu mereka golongan haqqul yaqin. Iaitu mereka yang sampai kepada peringkat ainul yaqin, kemudian haqqul yaqin, di mana mereka sampai kepada hakikat sesuatu marifah iaitu hubungannya dengan Allah. Rasa daripada keyakinan itu ialah minuman yang paling manis bagi kami. Maka minumlah kamu dan mabuklah kamu dengan minuman itu yang kamu tidak dapat membayangkan. Semoga Allah swt mengurniakan minuman kepada kita daripada keyakinan, dan juga kata2 kami daripada ilmu keyakinan. Angkatlah pengetahuan kami semua daripada pengetahuan ainul yaqin, dan tambahkanklah sifat pemurahMu kepada kami semua hingga sampai kepada peringkat haqqul yaqin. Tidak ada yang lebih mulia daripada keyakinan apapun yang turun dari langit ke bumi. Ya Allah kami ini berhimpun bersama semua yang hadir di tempat ini menadahkan tangan kepada Engkau untuk kami meraih redha daripadaMu dan Engkau kurniakanlah kepada kami daripada ilmu yaqin kepada ainul yaqin dan kemudian haqqul yaqin. Dan sempurnakanlah pemberianmu kepada kami untuk kami bersama dengan orang2 haqqul yaqin. Sesungguhnya kami berhimpun di tempat ini semata2 kerana Engkau. Kabulkanlah dengan apa yang ada pada diri kami. Disebutkan definisi yang ketiga daripada tasawuf iaitu usaha dan naik meninggi melalui tangga2 Islam dan Iman untuk meraih satu kedudukan dekat dengan Allah dan ma’rifah kepada Allah secara khusus dan meraih kasih sayang dan cinta daripada Allah kerana Allah. Oleh sebab itu disebutkan al-Imam Abdur rahman bin Abdullah bilFaqih, zahirnya Islam dan Iman dan Ihsan, dan ditambah yang keempat iaitu ma’rifah kepada Allah swt. Definisi tasawuf ini saling melengkapi satu dengan yang lain. Dan disimpulkan definisi itu dengan yang paling lengkap dan paling merangkumi yang paling sempurna; iaitu sempurna dalam mengikuti kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم Dan untuk meraih buah daripada mengikuti Nabi صلى الله عليه وسلم iaitu kasih sayang Allah swt seperti yang disebutkan dalam al-Quran yang bermaksud; Katakanlah wahai Muhammad kalau mendakwa cinta kepada Allah maka ikutilah aku, maka Allah akan cinta kepadamu. Ketahuilah bahawa segala kebaikan itu terhimpun dengan mengikuti Nabi صلى الله عليه وسلم yang memberi syafaat. Definisi Sufi Sekarang kita sudah mengetahui definisi tasawuf, maka siapakah sufi itu?


Dikatakan bahawa sufi itu adalah orang yang sampai kepada peringkat yang mendapat buah daripada amal, iaitu buah daripada sifat2 yang mulia disebabkan melakukan amal itu sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Allah swt secara hakikat. Maka mendapatkan buah dari amal itu dan mendapat ridha dan cinta Allah swt maka orang itu adalah sufi. Orang itu tidak boleh dikatakan sufi selagi mana dia belum sampai kepada peringkat ainul yaqin, dan orang sebegini dikatakan sebagai mutasawwif iaitu orang yang mencari jalan untuk menjadi sufi. Ketika orang2 yang keliru dalam memahami tentang tasawuf atau sufi ini bertanya kepada seorang alim bernama Sheikh Muhammad Abduh Yamani; Adakah kamu seorang sufi? Maka dijawab beliau; Andailah saya ini menjadi sufi, yakni saya ini bukan seorang sufi tetapi saya ini orang yang mencintai mereka. Oleh sebab itu ketika dihebohkan dengan pemahaman yang keliru tentang sufi atau tasawuf itu, mereka yang menimbulkan kekeliruan itu berdasarkan kejahilan mereka sendiri untuk tujuan2 tertentu. Mereka melakukannya dengan pemahaman yang salah maka ia terkadang dapat mempengaruhi sebahagian daripada kaum muslimin. Maka tangga2 untuk sampai kepada peringkat sufi, maka dijelaskan dalam hadith tentang konsep al-Ihsan iaitu hendaklah kamu menyembah kepada Allah swt seolah2 kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Allah melihatmu. Adapun orang2 yang mencintai orang2 sufi dan berusaha mengikuti mereka dengan bersungguh2 dan berusaha, tetapi belum sampai darjat mereka kepada ainul yaqin, maka mereka itu ialah golongan orang mutasawwif iaitu orang yang berusaha untuk menjadi sufi. Adapun orang2 yang cinta kepada orang2 tasawuf atau sufi tetapi tidaklah usaha mereka itu sempurna dan perjalanan mereka itu tidak sempurna, tetapi mereka suka kepada orang2 tasawuf atau orang sufi. Maka mereka itu bukan sufi, bukan mutasawwif, tetapi orang yang menyerupai dan suka kepada orang sufi. Disebutkan dalam satu hadith mengenai hal ini, “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka mereka tergolong dari kaum tersebut”. Hadith ini menjelaskan betapa agungnya akan sifat meniru dan menyerupai. Kerana orang yang menyerupai orang lain itu, memberi peluang kepadanya untuk masuk kepada golongan orang yang ia menyerupai kepadanya. Dan dinukilkan disini, kata2 daripada Sultan al-Mala, al-Imam Abdullah bin Abu Bakar al-Aydrus, seorang yang arif dan tinggi kedudukannya yang menyebutkan tentang hakikat sufi. Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad mengatakan, betapa besar kedudukan al-Imam Abdullah bin Abu Bakar al-Aydrus yang dihayati olehnya sehingga terbuka olehnya akan hal2 yang belum ternampak sebelumnya. Beliau (al-Imam Abdullah bin Abu Bakar al-Aydrus) mengatakan bahawa sufi itu seorang yang mengambil jalan dan menghayati jalan yang diambil untuk sampai kepada Allah.


Orang yang menyerupai kepada sufi, ialah orang yang berpegang kepada jalan2 sufi dan cinta kepada mereka. Adapun yang ketiga ialah orang yang menyerupai orang yang cinta kepada orang tasawuf, iaitu seorang mukmin yang mengambil jalannya orang2 tasawuf tetapi pegangannya tidak seperti yang pertama, iaitu pegangannya tidak kuat seperti orang yang sebelumnya. Maka dia dipanggil ‘mutasyabbihu al-mutasyabbih’. Maka disebutkan dalam sebuah hadith, “Barangsiapa mencintai sesuatu kaum, maka ia akan digolongkan ke dalam kaum tersebut.” Mengenai tentang cinta kepada golongan orang2 yang mulia ini di sisi Allah, diambil juga daripada hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,seorang bertanya kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم; Wahai Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada seorang yang mencintai akan sesuatu kaum tetapi amalnya tidak sama dengan kaum tersebut. Maka baginda صلى الله عليه وسلم menjawab, seseorang itu akan bersama dengan orang yang ia cintai (al-mar’u ma’a man ahab). Ciri pengamal tasawuf yang pertama : Pengetahuan tentang al-Quran dan as-Sunnah Disebutkan dalam kitab ini tanda2 orang bertasawuf; yang pertama sekali mengetahui isi kandungan al-Quran dan Sunnah. Yang demikian itu adalah asas kepada tasawuf, kerana tanpa Kitab dan Sunnah tidak mungkin seseorang itu sempurna amalnya dan dalam memilih sifat yang baik. Ini yang disebutkan di awal tadi tentang definisi tasawuf. Dan tidak mungkin juga hanya sekadar amal dan sifat, apatah lagi untuk menyempurnakan kepada ihsan. Maka jika amal, sifat dan ihsannya tidak sempurna, bagaimana untuk merasai hakikat hubungan kepada Allah tanpa al-Quran dan Sunnah. Lalu disebutkan dalam kitab ini juga akan hakikat yang ada di tengah2 umat ini, di dalam memahami al-Kitab dan Sunnah. Tidak ada mana2 rujukan dalam memahami Kitab dan Sunnah, melainkan di dalam sanadnya itu terdiri daripada orang2 yang ahli dalam tasawuf ataupun orang2 yang cinta kepada ahli tasawuf. Contohnya ialah orang yang mempelajari ilmu qiraat, baik itu qiraat tujuh atau qiraat sepuluh, melainkan dalam kajian pembelajarannya akan mendapati bahawa ulama2 yang diambil ilmunya itu adalah dari golongan orang2 tasawuf. Yanng mana mempelajari ilmu qiraat ini mempunyai sanad yang bersambung daripada lisan kepada lisan sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di mana lisan2 itu ialah mereka yang merupakan ahli tasawuf. Selain daripada ilmu qiraat tadi ialah ilmu tafsir. Baik dari para sahabat, dan yang setelah mereka, di mana jika kita mengkaji, bahawa ilmu yang diambil dari ahli tafsir; mereka ahli tafsir itu sendiri adalah orang2 tasawuf. Begitu juga dalam mendapatkan hadith, kita tidak mungkin mendapatkan sesuatu hadith melainkan mereka yang menyampaikan hadith itu ialah dari golongan ahli tasawuf. Begitu juga apabila kita ingin mempelajari kitab al-Muwatta daripada Imam Malik, mereka yang mempelajari daripada Imam Malik ialah orang2 tasawuf. Demikian juga kitab Musnad oleh Imam Ahmad bin Hanbal, dan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.


Dalam muqadimah Sahih Muslim yang disyarahkan oleh Imam an-Nawawi maka didapat sanad ulama yang diambil ilmunya ialah ulama2 daripada ahli tasawuf. Demikian juga kitab2 hadith daripada sunan2 yang empat dan kitab2 hadith yang lainnya. Selain daripada ilmu hadith yang dijelaskan oleh orang tasawuf, ia juga sama untuk ilmu fiqh. Kita tidak mungkin dapat memahami ilmu fiqh, baik itu mazhab Imam Shafie, Imam Abu Hanifah , Imam Ahmad bin Hanbal; melainkan mereka ulama2 yang menjelaskan ilmu itu ialah ulama2 dari golongan ahli tasawuf. Dengan apa yang saya jelaskan tadi, cukup dapat disimpulkan bahawa, tidaklah ada orang yang dapat menjelaskan akan ilmu2 agama dan perinciannya sepertimana yang dijelaskan dengan terperinci oleh ahli tasawuf. Mereka itulah penjaga dan pelindung kepada agama. Dinukilkan di sini kata2 daripada Imam Junaid ibn Muhammad yang merupakan ketua daripada orang2 tasawuf di Baghdad. Imam Junaid mengatakan barangsiapa yang tidak menghafal al-Quran dan tidak menulis akan ilmu hadith maka tidaklah dapat menjadi orang diikuti dalam hal ini kerana sebenarnya ilmu kami ini terikat dengan alQuran dan Sunnah. Yang kedua beliau mengatakan bahawasanya ilmu kami ini terbina dengan hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم .Beliau juga mengatakan saya ini tidak mudah untuk mempercayai apa2 sahaja daripada hal yang luar biasa seperti mimpi melainkan apa yang disampaikan itu didatangkan bukti daripada dua iaitu al-Kitab dan Sunnah. Maka akan dikatakan seseorang itu berdusta walaupun ia mendakwa kasyaf, walaupun dapat menunjukkan hal2 di luar kebiasaan selagi perbuataannya bertentangan dengan alQuran dan Sunnah. Dan dengan demikian itu kamu pasti akan tahu akan kebodohan orang yang mempercayai orang itu. Diambil dari hal ini pemahaman daripada hadith Nabi صلى الله عليه وسلم ;Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan kehendak yang baik maka dia akan difahamkan akan agamanya. Dikatakan bahawa Allah swt itu tidak akan menjadikan seseorang itu wali dari orang2 jahil, kalau jika ingin dijadikan Allah dia wali maka pasti akan diajarkan ilmu kepadanya. Dan menukil juga kata2 al-Imam al-Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aydrus ; Bahawasanya saya melihat jalan2 yang menuju kepada hakikat itu sedikit sekali orang2 yang mengambilnya. Sehingga menjadilah ramai orang2 bodoh mendakwanya kedudukan hakikat itu tanpa usaha dan kebenaran. Tanpa ilmu dan amal mustahil seseorang itu akan sampai kepada peringkat hakikat. Dalam kata2nya yang lain bahawasanya hakikat kepada ma’rifah itu ; tidak ada yang dapat mencapai kedudukan itu kecuali daripada setiap 70,000 orang hanyalah satu. Kata2 ini menunjukkan betapa tingginya kedudukan itu dan betapa sukarnya untuk sampai ke situ. Dan menukil daripada kata2 datuknya al-Imam Abdurrahman as-Saggaf tentang alHabib Abu Bakar al-Adni ; mereka sampai kepada kedudukan yang kuat dan mantap


yakni terhimpun kepadanya hakikat keyakinan, dan tergabung padanya syariat dan keyakinan. Al-Imam Abdurrahman as-Saggaf mengatakan setiap ilmu tanpa amal itu batal. Setiap ilmu dan amal tanpa niat itu sia-sia. Dan setiap amal dan ilmu dan niat tanpa adanya menyerupai dan menepati kepada sunnah maka ia tertolak. Dan setiap ilmu, amal, niat dan sunnah tanpa adanya sifat wara’ maka itu kerugian bagi seseorang itu kerana dikhuatiri bahawa orang itu boleh jatuh dan hina ketika berhadapan dengan perhitungan nanti. Dan ini yang dijelaskan tadi daripada ringkasan dari jalan menuju Allah swt. Ketika Habib Ahmad bin Zainal al-Habsyi bertanya kepada gurunya Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad tentang hakikat tasawuf, maka dijawab ada 5 ;ilmu, amal, rasa takut kepada Allah swt dan juga ikhlas, dan sifat wara’. Yang dijelaskan tadi itu adalah satu daripada sifat2 orang tasawuf. Semoga Allah swt anugerahkan kepada kita sifat itu. Berbicara tentang pentingnya mempunyai hubungan dengan al-Quran, Imam Abdurrahman as-Saggaf ialah salah seorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Quran dan sering membacanya sehingga mudah dan ringan lisannya itu membaca al-Quran. Beliau mengkhatamkannya di waktu pagi dan petang. Lalu bertambah khatamnya 2 kali diwaktu siang dan 2 kali di waktu malam, kemudian bertambah lagi 3 kali siang, 3 kali malam. Kemudian bertambah lagi, 4 kali siang dan 4 kali malam. Mereka itu ialah orang2 yang sentiasa beriringan dengan al-Quran. Dan mereka ialah ahli al-Quran. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda ahli al-Quran itu ialah orang2 yang hampir dan dekat dengan Allah swt. Sheikh Abdurrahman as-Saggaf mempunyai seorang saudara bernama Sheikh Ali. Beliau Sheikh Ali bertanya kepada ayahnya; kenapa saudara saya mendahului saya dalam kedudukan. Maka ditunjukkan di dalam mimpi bahawa malaikat menunjukkan kedudukan Sheikh Abdurrahman as-Saggaf di tempat yang tinggi dan tertulis dari kepalanya ke kakinya akan kalimah ‘Lailaahaillah’ dan surah al-Ikhlas. Mereka tidak mempunyai maksud selain daripada Allah, dan mereka sentiasa beriringan dengan alQuran. Dan diakhiri du’a.


Click to View FlipBook Version