PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT.
Qistina Adriana binti Abdullah
Politeknik Metro Betong Sarawak
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS)
terhadap penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT. Kajian ini dilakukan terbuka
kepada semua pelajar PMBS dengan memberikan mereka mengisi jawapan mereka di sebuah platform
iaitu Google Forms. Secara khususnya, kajian ini dilakukan kerana kita ingin mengetahui persepsi
pelajar PMBS sama ada pada mereka penyalahgunaan bahan terlarang ini adalah satu jenayah ataupun
hanya perkara biasa sahaja yang biasa dilakukan dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar IPT supaya mereka dapat terhindar daripada
kegiatan buruk tersebut. Kajian ini juga akan mengambil tahu seberapa ramai pelajar IPT yang pernah
terpengaruh ataupun hampir terpengaruh denan rakan mereka dalam melakukan kegiatan ini. Keputusan
daripada Google Forms tersebut akan menunjukkan apakah tindakan mereka sendiri jika terdapat
dikalangan rakan mereka yang melakukan kegiatan seperti ini. Dengan berdasarkan persepsi pelajar
PMBS ini juga, kita akan dapat mengambil langkah-langkah untuk mencegah perkara ini daripada
berleluasa dalam kalangan pelajar. Oleh itu, ini dapat memberi mereka pengajaran dan peringatan atau
membantu mereka daripada terus terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah ini. Justeru, hal ini dapat
sama -sama kita mempelajari tentang apakah kemahuan sebenar yang diingini oleh kalangan pelajar
dalam melakukan hal sebegini.
Kata kunci: Persepsi pelajar PMBS, bahan terlarang, kalangan pelajar IPT.
1.0 PENGENALAN
Gejala penyalahgunaan bahan terlarang telahpun menjadi suatu masalah yang besar yang
mempengaruhi sesetengah lapisan masyarakat pada masa kini. Kegiatan seperti ini bukanlah masalah
yang baru muncul dikalangan masyarakat tetapi sudah wujud bertahun sudah lagi.
Penyalahgunaan bahan terlarang bukan sahaja melibatkan dadah semata-mata, tetapi ia juga
melibatkan penyalahgunaan rokok, minuman beralkohol mahupun apa-apa bahan yang memudaratkan
diri sendiri,
Di Malaysia, penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT bukanlah perkara
yang luar biasa tetapi kegiatan ini telah melibatkan ramai masyarakat di luar sana. Selain itu, perkara
ini bukan sahaja telah menjadi ancaman ataupun kesan kepada individu atau keluarga, bahkan telah
menjadi kesan terbesar juga kepada negara.
Sebagai pengetahuan, peningkatan kes penyalahgunaan bahan terlarang setiap tahun telah
menuntut pelbagai usaha untuk memerangi gejala ini yang sememangnya berhadapan dengan dugaan
mahupun cabaran yang begitu hebat.
Masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar
IPT di negara ini adalah satu masalah besar yang sentiasa mendapat tumpuan ramai terutama sekali oleh
pihak berkuasa. Justeru, golongan ini merupakan modal insan dan generasi yang diharapkan oleh negara
yang sangat berharga untuk membangunkan negara pada suatu masa akan datang.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN/ MASALAH KAJIAN
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dalam menangani
masalah penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, kadar penglibatan penyalahgunaan dadah tidak
berkurang malah makin meningkat dari semasa ke semasa. Golongan pelajar turut tidak terkecuali
menjadi salah satu golongan penyumbang terhadap kadar peningkatan penyalahgunaan dadah. Keadaan
ini terjadi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi penyalahgunaan dadah.
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan dengan jelas, kajian ini bertujuan
untuk mengetahui persepsi pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS) terhadap penyalahgunaan
bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi pelajar tersendiri
terhadap penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT. Objektif kajian yang dijalankan
adalah untuk ;-
1. Mengenalpasti pemahaman pelajar terhadap penyalahgunaan bahan terlarang.
2. Mengenalpasti faktor dan tujuan utama penglibatan pelajar dalam penggunaan bahan terlarang.
4.0 METODOLOGI KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan
kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan kaedah atau
proses menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Selain itu, metodologi penyelidikan merupakan kaedah, mengumpul dan menganalisis data
supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji).
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik
tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas
(terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
4.1 PENGEDARAN PAUTAN GOOGLE FORMS
Apabila kajian ini dijalankan, pengkaji akan mengedarkan pautan google forms kepada seberapa banyak
responden yang boleh mengisi iaitu terdiri daripada golongan pelajar daripada Semester 1 hingga
Semester 5 di Politeknik Metro Betong Sarawak. Kaedah ini digunakan untuk memudahkan
pelaksanaan kajian ini dan maklumat responden dikumpulkan bagi mendapatkan data. Kesemua
responden ini dipilih bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman mereka terhadap penyalahgunaan
bahan terlarang dan juga mengenalpasti faktor dan tujuan utama penglibatan pelajar dalam penggunaan
bahan terlarang. Dalam proses mengedarkan google forms ini, masalah yang dihadapi oleh pengkaji
adalah kebanyakan responden kurang memberi kerjasama mereka dan tidak mampu menjawab soalan
yang ditanya oleh pengkaji. Walau bagaimanapun, akhirnya pengkaji telah berjaya menyempurnakan
google forms atas kerjasama semua responden tersebut selepas masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Rajah 1.0 Carta pai mengikut jumlah peratus pelajar setiap semester.
Carta pai di atas adalah menunjukkan jumlah peratus pelajar setiap semester yang telah mengisi jawapan
mereka di dalam borang soal selidik iaitu google forms yang telah diedarkan. Soal selidik yang telah
dibuat telah mendapat respon sebanyak dari 30 orang pelajar. Berdasarkan carta tersebut, ia
menunjukkan peratus pelajar yang paling tinggi memberikan respon adalah daripada semester 2 iaitu
sebanyak 53.3%. Seterusnya, diwakili oleh semester 3 iaitu sebanyak 16.7%. Kemudian, diikuti juga
dengan jumlah seterusnya iaitu 13.3% daripada semester 4 dan yang kedua semester terakhir yang
mempunyai peratus terendah adalah daripada semester 1 iaitu sebanyak 10% dan semester 5 sebanyak
6.7%.
Soal selidik yang telah dilakukan mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian
C. Pada Bahagian A, ia adalah demografi responden. Seterusnya, pada Bahagian B pula adalah tentang
pemahaman pelajar terhadap penyalahgunaan bahan terlarang dan pada Bahagian C pula adalah tentang
mengenalpasti faktor dan tujuan utama penglibatan pelajar dalam penggunaan bahan terlarang.
Pada Bahagian B tersebut, contoh soalan pertama adalah bahan terlarang terdiri daripada alkohol,
tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, Lysergic Acid Diathylamide (LSD) dan
juga inhalan (bahan yang disedut), ini mendapat persetujuan daripada pelajar iaitu sebanyak 76.7% dan
mendapat sebanyak 3.3% yang tidak setuju. Contoh soalan kedua pula ialah pengambilan bahan
terlarang amat memberikan kesan yang buruk walaupun kadar pengambilannya hanya sedikit, ini
mendapat persetujuan sebanyak 73.3% dan tiada peratus bagi tidak setuju. Seterusnya, soalan yang
ketiga pula adalah arak dan dadah adalah sangat mahal, terutama jika anda menggunakannya dengan
banyak dan kerap. Penyalahgunaan dalam bahan terlarang ini bukan sahaja memberikan kesan buruk
kepada individu, malah ia juga memberikan kesan buruk terhadap keluarga, masyarakat dan juga
negara, mendapat persetujuan sebanyak 90% dan kosong peratus bagi tidak setuju. Contoh soalan yang
keempat, dengan mengambil bahan terlarang ini, ia dapat melepaskan tekanan dan dapat menenangkan
diri, soalan ini mendapat 34.5% tidak setuju dan 24.1% tidak pasti. Seterusnya, soalan yang kelima,
penglibatan dalam bahan terlarang ini adalah merupakan salah satu jenayah yang kerap berlaku pada
setiap tahun mendapat 62.1% persetujuan dan tiada peratus bagi yang tidak setuju. Soalan yang
keenam, pengambilan bahan terlarang ini akan menyebabkan ketagihan disamping itu menyebabkan
pembaziran wang, soalan ini mendapat 83.8% persetujuan dan tiada peratus bagi tidak setuju. Bagi
soalan yang terakhir pada Bahagian B, jika seseorang mengambil bahan terlarang seperti dadah atau
alkohol, individu tersebut berkemungkinan mengalami kecederaan fizikal atau terlibat dengan
kemalangan kereta. Lebih teruk lagi, ia juga mungkin akan meningkatkan risiko kematian dengan bunuh
diri dan membunuh, mendapat 73.3% persetujuan dan tiada peratus bagi tidak setuju.
Menerusi pula kepada Bahagian C, soalan yang pertama adalah penglibatan pelajar dalam
penyalahgunaan bahan terlarang adalah disebabkan oleh masalah keluarga yang dihadapi olehnya,
menperoleh persetujuan sebanyak 46.7% dan 3.3% bagi yang tidak setuju. Soalan yang kedua pula
ialah penglibatan pelajar dalam penyalahgunaan bahan terlarang adalah disebabkan oleh pengaruh
rakan sebaya yang memperoleh sebanyak 66.7% persetujuan dan tiada peratus bagi tidak setuju.
Seterusnya, soalan yang ketiga, tujuan pelajar mengambil bahan terlarang adalah untuk melepaskan
tekanan atau melupakan masalah, ini mendapat persetujuan sebanyak 46.7% dan 6.7% tidak setuju.
Bagi contoh soalan yang keempat, anda pernah terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang yang
dikatakan ini, mendapat persetujuan sebanyak 20% dan tidak setuju sebanyak 66.7%. Soalan yang
kelima, sekiranya rakan anda sendiri terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang ini, adakah anda
akan melaporkan kepada pihak berkaitan supaya dia boleh berubah, sebanyak 44.8% telah bersetuju
dan tiada peratus bagi yang tidak setuju. Soalan yang keenam pula ialah jika anda mendapati bahawa
rakan anda adalah bekas penagih dadah, adakah anda akan memberikan peluang kepada dirinya dan
teruskan berkawan, sebanyak 46.7% sangat setuju dan 3.3% tidak setuju. Soalan yang terakhir adalah,
individu yang mengambil bahan terlarang ini masih mempunyai peluang untuk berubah, sebanyak 70%
sangat setuju dan tiada peratus yang diperoleh bagi yang tidak setuju.
Daripada soal selidik yang telah dibuat, dengan ini dapat diringkaskan bahawa pemahaman pelajar
terhadap penyalahgunaan bahan terlarang dapat difahami oleh baik. Manakala, pengetahuan pelajar
dalam mengetahui faktor dan tujuan utama dalam penyalahgunaan bahan terlarang pula juga dapat
dikenalpasti dengan lebih lanjut oleh pelajar-pelajar.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulanya, bahan terlarang ini banyak mendatangkan keburukan kepada seseorang individu yang
mengambilnya terutama kepada pelajar tidak kira sekolah rendah, menengah mahupun institusi
pengajian tinggi. Ini kerana ia akan merosakkan masa depan seseorang pelajar itu. Oleh itu , kita sebagai
seorang muslim dan sebagai seorang pelajar yang prihatin terhadap diri sendiri dan sayang akan
kesihatan perlulah mempunyai kekuatan diri dan keimaman yang tinggi dan perlulah bijak memilih
rakan yang baik ketika berada di sekolah ataupun IPT atau dimana sahaja kita berada. Ini kerana, jika
kita tersilap memilih kawan maka buruklah padahnya. Ini juga adalah asbab mengapa Allah itu
mengharamkan hambanya untuk mengambil barang yang boleh memudaratkan diri sendiri kerana
dalam islam kita di ajar supaya tidak memudaratkan diri sendiri kerana Allah sudah menganugerahkan
akal yang waras kepada manusia jadi kita perlulah manfaatkan dengan sebaiknya.
7.0 LAMPIRAN
Rajah 1.1 Contoh dadah yang dapat kita lihat.
Rajah 1.2 Contoh keratan akhbar mengenai duit PTPTN yang
disalahgunakan oleh pelajar IPT dengan membeli dadah.
Rajah 1.3 Contoh harga satu dadah iaitu jenis syabu.
Rajah 1.4 Akibat penyalahgunaan bahan terlarang
yang melibatkan kemalangan.
Rajah 1.5 Rampasan dadah yang dilakukan oleh
PDRM iaitu sebanyak RM29.3 juta.
8.0 PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa,
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya yang amat saya
hormati, En Abdul Fattah bin Hamden kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap
pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
9.0 RUJUKAN
1. http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/
2. https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html
3. http://aadkdaerahperaktengah.blogspot.com/2018/02/apakah-itu-dadah.html
4. http://ubksmkkotakemuning.blogspot.com/2014/03/dadah-membawa-padah.html
5. https://www.sinarharian.com.my/article/108916/BERITA/Nasional/Remaja-paling-berisiko-
terlibat-dadah
6. https://iluminasi.com/bm/anda-sebenarnya-penagih-dadah-tanpa-disedari.html
7. https://www.benarnews.org/malay/berita/my-dadah-fuzi-190114-01142019170018.html
8. https://aadksabah.wordpress.com/2011/04/05/guna-duit-ptptn-untuk-beli-dadah-3/
9. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-mabuk-adakah-hukuman-berat-
mampu-menanganinya-245360
10. https://sarawaknewsnetwork.com/9-tips-untuk-ibu-bapa-mengetahui-dadah-jenis-syabu/