The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ndamia349, 2021-03-25 07:35:36

KRAF TANGAN TEMBIKAR

KRAF TANGAN TEMBIKAR

SEJARAH TEMBIKAR

Imbasan kembali mencatatkan bahawa Malaysia mempunyai sejarah tembikarnya
yang tersendiri sejak 35,000 tahun dahulu lagi. Penemuan tembikar zaman purba
ditemui di ;

Gua Cha, Kelantan
Gua Niah, Sarawak
Bukit Tengku Lembu, Perlis
 Ulu Tembeling, Pahang
Antara tembikar tradisional di Malaysia;

Labu Sayong – Perak

Tembikar Mambong – Kelantan

Pasu Sarawak – Sarawak

TAHAP KOMERSIAL TEMBIKAR

MASA KINI

Jika tidak dibantu, kemungkinan perusahaan tembikar di seluruh Malaysia
akan terhapus seperti yang berlaku terhadap perusahaan tembikar tradisional
di Pperlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Namun dengan kesedaran awal oleh pihak kerajaan, usaha-usaha yang
bersungguh-sungguh telah dijalankan bagi memastikan seni kraftangan ini
terus dikekalkan.

Kesannya, perusahaan membuat tembikar di Malaysia hingga ke hari ini
boleh dikatakan telah berkembang dengan amat pesat dan menguntungkan.
Daripada ciptaan awalnya sebagai alatan untuk kegunaan sendiri, sekarang ia
telah berkembang sebagai satu produk pengeluaran komersial yang
menguntungkan dan menjadi sumber pendapatan lumayan.

Menurut sumber dari PKKM, walaupun kini pasaran tembikar belum lagi
sampai ke peringkat eksport ke luar negara, permintaan daripada pasaran
tempatan adalah amat baik.

BAHAN &ALATAN UNTUK
MENGHASILKAN TEMBIKAR

“Bahan Utama”

Tanah Liat
“Alatan”

Pengayak Batu Sungai Dawai Pemotong

Capah Piring

PROSES PENGHASILAN TEMBIKAR

(i)Penyediaan Tanah Liat

 Mengasingkan benda asing yang tidak diperlukan.
 Dijemur untuk dikeringkan.
 Ditumbuk dengan lesung kaki hingga menjadi serbuk & diayak dengan ayak

tepung.
 Dicampurkan dengan air daun pepulut & diperam semalaman.

(ii)Proses Menguli Tanah
 Tanah liat diuli dengan sebati.
 Kemudian tanah liat dipotong dengan dawai.

(iii)Proses Membentuk
 Tekan & ratakan, bentukkan kepingan untuk dijadikan tapak.
 Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan
datar.
 Garis bahagian tepi tapak & bahagian lingkaran dengan jarum, sapu dengan
lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus.
 Cantumkan lingkaran & tekan pada bahagian tapak.
 Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki.
 Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan memodal.

(iv)Proses Membentuk
 Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu
permukaan masih dalam keadaan lembut.

(iv)Proses Melicinkan
 Kemudian dilicinkan dengan batu sungai. Tembikar yang telah siap dibiarkan
kering sebelum dibakar.


Click to View FlipBook Version