The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SADN1033 MALAYSIANS NATIONHOOS STUDIES <br>GROUP ASSIGNMENT<br>E-MAJALAH<br>TOPIK MAKANAN - MAKANAN TRADISIONAL - LEMPENG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jiashin, 2023-06-16 09:45:43

MAKANAN TRADISIONAL LEMPENG

SADN1033 MALAYSIANS NATIONHOOS STUDIES <br>GROUP ASSIGNMENT<br>E-MAJALAH<br>TOPIK MAKANAN - MAKANAN TRADISIONAL - LEMPENG

Keywords: MAKANAN,lempeng

MAKANAN TRADISIONAL EKS L PLOR E ASI KE M LAZATAN P MAKA E NAN TI N PIS DA G N DATAR


A H L I K U M P U L A N P E N G H A R G A A N P E N G E N A L A N M A K A N A N T R ADI S I O N A L P E N T I N G U N T U K DI W A R I S I S E C A R A T U R U N - T E M U R U N S E J A R A H L E M P E N G S E L U R U H DU N I A J E N I S - J E N I S L E M P E N G DI M A L A Y S I A R E S E P I - R E S E P I C A R A M E M P R O M O S I K A N M A K A N A N T R ADI S I O N A L K E S A N S E K I R A N Y A M A K A N A N T R ADI S I O N A L T IDA K DI W A R I S I K E S I M P U L A N I K L A N DI P A M E R R U J U K A N 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . 7 . 8 . 9 . 1 0 . 1 1 . 1 2 . ISI K A N D U N G A N


AHLI KUMPULAN TUAN MUHAMMAD FARHAN BIN TUAN RASHID 294569 NURFATHIAH ATIQAH BINTI AFENDY 292680 LEE MING LE, BRYAN 292395 QISTINA NATASHA BINTI MAQRUN FADZLI 294580 MUHAMMAD DANIEL HAIKAL BIN WAZI 295107 LIM JIA SHIN 294837 NUR KAISAH BINTI ABU BAKAR 295214 NURAISYA ELYSA SYAFIQAH BINTI MOHD ZIN 296794 MUHAMMAD IDHAM SHAH BIN FAZLI 296790 ALIA MAISARA BINTI MOHAMMAD SABUDIN 295226


PENGHARGAAN Segala pujian dan kesyukuran kami ucapkan kepada tuhan yang maha berkuasa, Allah SWT yang mengizinkan majalah ini berjaya diterbitkan dan sampai kepada tangan pembaca sekalian. Terima kasih buat ibu bapa, keluarga, rakan-rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dalam perjalanan E-majalah ini diterbitkan. Sungguh tanpa doa dan semangat daripada kalian, semua ini hanyalah anganangan semata. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus SADN 1033 Kenegaraan Malaysia iaitu Encik Mohammad Ismandi Wasli diatas kesudian memberi pandangan, bimbingan, panduan, tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Harapan kami semoga penulisan karya yang ada di dalam emajalah ini, dapat memupuk lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk cara sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal, rakaman atau cara-cara lain tanpa mendapatkan keizinan. Hak Cipta Terpelihara ( c ) 2023


PENGENALAN Tuntasnya, lempeng merupakan salah satu makanan tradisional yang tipis dan datar yang wujud sekian lama dan setiap pelosok dunia mempunyai keunikan dalam pembuatan lempeng itu sendiri. Hanya dengan memfokuskan lempeng ini di benua Asia sahaja, kita dapat memperoleh pengetahuan yang banyak dan belajar tentang jenis jenis lempeng yang ada di sini. Oleh itu, mari kita mendalami lagi makanan tradisional lempeng ini! Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang semakin mengejar kemajuan bertaraf dunia. Walaupun sibuk dalam menggapai pemodenan, namun masih banyak budaya dan juga tradisi yang membentuk bangsa masih kekal di dalam jiwa rakyat. Tidak hanya itu, malaysia juga dikenali dengan kepelbagaian kaum dan juga bangsa yang membentuk perpaduan dan mewujudkan tradisi yang hampir sama. Setiap kaum dan bangsa sudah tentu mempunyai tradisi dan budaya yang tersendiri. Namun, ingin ditekankan kepada satu makanan yang menjadi makanan tradisional untuk setiap kaum namun berbeza keunikannya, iaitu lempeng. Apabila dikatakan lempeng, pasti masyarakat Malaysia akan membayangkan lempeng adalah makanan yang perkataan awal pada namanya adalah lempeng seperti lempeng sagu , pek nga dan lempeng biasa. Namun, kewujudan lempeng ini sebenarnya tidak diketahui luas oleh masyarakat awam. Contohnya, makanan yang mempunyai perkataan awal selain dari nama lempeng seperti roti jala , roti puri dan apam balik juga boleh dikatakan sebagai lempeng kerana bentuknya yang rata dan datar atau bahan asas pembuatannya iaitu tepung atau cara memasaknya yang sama seperti lempeng. Oleh itu , e-majalah ini akan memfokuskan penceritaan terhadap tafsiran makanan-makanan tradisional yang boleh dipanggil sebagai lempeng kerana ia seperti penkek atau mempunyai kaitan dengan lempeng dari aspek ciri-cirinya. Di barat , lempeng dikenali sebagai penkek dan telah diguna pakai fungsinya untuk pelbagai jenis makanan seperti menjadi pembalut makanan. Bagi kaum india pula ,mereka juga mempunyai keunikan lempeng tersendiri, seperti idli, thosai dan juga apam. Lebih menarik lagi apabila kewujudan lempeng ini dikatakan telah ada sejak zaman Mesolitik lagi. Pada zaman itu, orang purba menamakannya sebagai ‘Tagenias’ yang bermaksud kuali leper.


MAKANAN TRADISIONAL PENTING UNTUK DIWARISI SECARA TURUN-TEMURUN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keunikan dari segi kepelbagaian kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang mengamalkan budaya dan warisan tersendiri sejak zaman dahulu hingga sekarang, contohnya makanan tradisional. Tidak dapat dinafikan bahawa makanan tradisional di negara Malaysia seperti nasi lemak, nasi daun pisang, roti canai, murtabak dan char kuey teow semakin hari semakin popular di peringkat antarabangsa. Rakyat Malaysia haruslah menyedari betapa pentingnya memelihara makanan tradisional. Makanan tradisional berkemampuan untuk memperkembangkan industri pelancongan di negara kita. Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan jolokan ‘syurga makanan’ dan negara yang unik dalam kalangan pecinta dan peminat makanan di seluruh dunia kerana kepelbagaian makanan tradisional mengikut kaum di negara kita. Makanan tradisional seperti nasi lemak, sate, laksa dan roti canai sering menjadi tarikan pelancong untuk datang berkunjung ke negara kita. Makanan-makanan ini diperbuat dengan kepelbagaian resepi dan rempah ratus yang menjadikan cita rasa Malaysia unik dan berbeza dari makananmakanan di negara asing. Kuih tradisional juga menjadi lambang keunikan di negara kita yang tiada di negara lain, dan membuka selera para pelancong untuk mengetahui rasanya. Hal ini akan membuatkan pelancong ingin membeli lagi makanan tersebut untuk dibawa pulang ke negara mereka sekaligus membantu dalam mempromosikan negara kita di persada antarabangsa dan menarik kedatangan lebih ramai pelancong lain. Selain itu, makanan tradisional memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita. Hal ini kerana makanan tradisi sesebuah kaum itu bukan hanya dinikmati oleh kaumnya sendiri, bahkan kaum yang lain turut menggemari makanan tersebut contohnya nasi lemak yang merupakan makanan tradisi orang Melayu. Nasi lemak lazimnya dihidangkan pada waktu pagi, akan tetapi sekarang nasi lemak boleh didapatkan pada waktu tengah hari, petang dan juga malam. Makanan kaum Cina seperti nasi ayam Hainan, char kuey teow dan yong tau fu juga menepati cita rasa masyarakat Malaysia. Tidak dilupakan, sajian kaum India seperti roti canai, roti naan dan nasi kandar yang boleh didapatkan di kedai mamak yang sering menjadi kunjungan pelbagai


Peribahasa Melayu ada mengatakan, “biar mati anak, jangan mati adat”, yang menunjukkan betapa pentingnya bagi rakyat Malaysia untuk memelihara kepelbagaian warisan dan budaya yang wujud di negara kita seperti makanan tradisional supaya tidak hilang ditelan zaman. Setiap kumpulan etnik mempunyai makanan tradisi tersendiri yang memiliki perbezaan dari segi warna dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat majmuk di Malaysia. Makanan tradisional merupakan salah satu elemen penting yang melambangkan identiti bangsa-bangsa di sesebuah negara. Salah satu caranya adalah dengan memperkenalkan makanan tradisional kepada tetamu semasa hari perayaan. Misalnya, masyarakat Melayu boleh menghidangkan ketupat, rendang, lemang dan roti jala semasa perayaan hari raya Aidilfitri. Melalui cara ini, generasi muda dari pelbagai kaum dapat mengetahui tentang keunikan makanan tradisional di kaum di negara kita pada harga yang berpatutan. Terdapat banyak cawangan kedai mamak yang boleh ditemukan di seluruh Malaysia kerana menjadi tempat pertemuan antara kaum untuk mengenali antara satu sama lain. negara kita dan akan berusaha bagi memelihara adat tradisi masyarakat supaya dapat dinikmati oleh generasi yang seterusnya.


SEJARAHNYA DALAM SELURUH DUNIA Lempeng adalah salah satu jenis makanan yang popular di banyak negara di seluruh dunia. Sebagai pengetahuan. lempeng adalah satu jenis roti datar dan tipis yang biasanya diperbuat daripada adunan tepung, air, garam, dan bahan tambahan lain, seperti telur atau susu. Kini, lempeng telah menjadi sebahagian signifikan dalam pelbagai tradisi kuliner di banyak budaya. Jadi, sejarah lempeng sebagai makanan tradisional boleh ditelusuri ribuan tahun yang lalu. Di Eropah, lempeng telah menjadi sebahagian penting dalam masakan di pelbagai negara. Misalnya, pancake di England telah wujud sejak abad ke-15. Pancake ini diperbuat daripada adunan tepung yang dicampur dengan ragi, telur, dan susu. Masyarakat England mengadakan perayaan Hari Pancake pada hari Selasa sebelum Hari Rabu , di mana orang England akan membuat pancake dan mengambil bahagian dalam perlumbaan melempar pancake di udara. Asal-usul lempeng boleh ditemui di pelbagai bahagian dunia. Sebagai contoh, di Asia Timur, lempeng telah menjadi sebahagian penting dalam masakan Cina selama berabad-abad. Di sana, lempeng yang dikenali sebagai "jianbing" telah wujud sejak zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Jianbing diperbuat daripada adunan tepung yang diisi dengan telur, daun bawang, dan bahan lain. Biasanya, lempeng ini digulung dan dimakan sebagai makanan ringan atau sarapan.


Di Malaysia pula, lempeng jugak menjadi salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Antara lempeng yang unik dan popular di Malaysia adalah roti canai, apam balik, roti jala dan lempeng kelapa. Sementelahan itu, lempeng ini mempunyai banyak variasi dan nama panggilan yang berbeza di negeri berlainan di Malaysia. Tamsilnya, terdapat tumpik lemantak ataupun lempeng sagu di Sarawak, pek nga ialah jenis makanan lempeng di Kedah manakala lempeng kabol untuk orang Muar di Johor. Justeru, Setiap lempeng memiliki cita rasa dan keunikan tersendiri dan mereka merupakan sebahagian daripada kepelbagaian hidangan tempatan yang boleh dijumpai di negara Malaysia. Di Amerika Syarikat, lempeng dikenali sebagai pancake atau hotcake, dan telah menjadi hidangan sarapan yang sangat popular. Pancake tradisional Amerika biasanya lebih tebal dan lazat, kerap disajikan dengan sirap maple, mentega, atau topping lain seperti buah-buahan segar atau krim kocok. Sejarah lempeng sebagai makanan mencerminkan kepelbagaian budaya dan inovasi kuliner di pelbagai negara. Walaupun bahan dan teknik penyediaannya berbeza di setiap kawasan, namun lempeng tetap menjadi hidangan yang popular dan disukai oleh banyak orang di seluruh dunia. Dengan itu, lempeng sebagai makanan telah melampaui batas budaya dan menjadi sebahagian penting daripada tradisi kulinari global. Dari lempeng tradisional hingga variasi moden, kelezatan dan kesederhanaannya menjadikan lempeng tetap menjadi hidangan yang disukai dan dinikmati oleh banyak orang di pelbagai bahagian dunia hingga kini. Seiring berlalunya masa, resipi dan variasi lempeng terus berkembang di pelbagai bahagian dunia. Terdapat lempeng yang diperbuat daripada adunan yang lebih pekat, seperti dosa dari India, yang diperbuat daripada adunan tepung beras dan lentil. Selain itu, terdapat juga lempeng yang diberikan rasa istimewa dengan penambahan coklat, keju, atau buah-buahan.


1 2 3 JENIS-JENIS LEMPENG 4 5 LEMPENG KABOL LEMPENG KACANG CHINA LEMPENG TUMPIK LEMANTAK PEK NGA NYIOR & PEK NGA PISANG ROTI JALA


Di samping itu, ia turut dicintai oleh penduduk tempatan yang menerima dengan rasa keterujaan.Kebolehannya untuk disimpan dalam keadaan biasa dengan daya tahan yang luar biasa, walaupun perubahannya sedikit mengubah rasa dan kelembutan semula jadi, tetap menyampaikan kepuasan kepada setiap ahli keluarga. Lempeng kabol atau dikenali sebagai Roti Puri, nama yang terilhami daripada perkataan Lempeng Kabol atau dikenali sebagai roti puri merupakan sejenis makanan yang terhasil daripada kecergasan tangan yang terampil. Dengan asas tepung yang terkemuka, hasilnya mencorak kelazatan dan kenikmatan yang tidak terperi.Ketidakmampuan untuk bergerak sendiri, Lempeng Kabol ini telah melalui pembentukan yang agung oleh tangan-tangan mahir yang berilmu. Lempeng Kabol yang LEMPENG KABOL dihidangkan dengan kuah kari yang bertaraf makmur, seperti kari daging lembu yang rancak atau kari ayam yang meriah, memenangi hati setiap penggemar dari pelbagai latar belakang masyarakat. Demi kebahagiaan dan kemanisan yang tidak terhingga, kari ikan sardin menjelma sebagai pilihan yang paling ringkas dan efisien.Sejarah gemilangnya meliputi penyebaran kepada penanggah dan ahli perewang di majlis perkahwinan yang bertempat di Muar dan Batu Pahat, memperlihatkan populariti yang jelas. "PURI" yang berakar umbi dari bahasa Sanskrit, telah melalui zaman ribuan tahun dalam evolusi rasa. Roti puri dikatakan sebagai lempeng kerana mempunyai ciri-ciri yang sama seperti lempeng. Cuma ia berubah wujud dengan gaya tersendiri. Di sini, ia berpadu dengan sambal tumis ikan bilis yang menjolok selera atau sambal sardin yang melengkapkan dengan sempurna.


LEMPENG KACANG CHINA Apam balik, atau lempeng kacang China, adalah makanan legendaris dan makanan yang berasal daripada lempeng yang diperkenalkan oleh Jeneral Tso, seorang pendatang Cina yang kemurahan hati. Dalam perjalanan kerjayanya semasa era dahsyat Pemberontakan Taiping di China pada tahun 1855, beliau mengkombinasikan kebaikan gula dengan kacang yang memikat jiwa, menghasilkan pancake yang teramat menawan bagi nikmat bibir tentera kekaisaran Manchu/Qing. Keunikan apam balik tidak hanya terletak pada berbagai jenis perisanya seperti apam balik tradisional, apam balik nipis, apam balik coklat, dan banyak lagi, tetapi juga dalam kemampuannya menyatupadukan masyarakat dari pelbagai latar belakang kaum, agama, dan bangsa. Kelazatannya yang memikat hati semua orang di Malaysia menjadikan apam balik sebagai makanan petang yang diiringi secawan teh, menjadi identiti negara yang unik. Kedudukan makanan ini tidak hanya dirasai oleh masyarakat Melayu, tetapi juga masyarakat India dan China turut menikmatinya. Dengan penambahan pelbagai perisa seperti coklat, apam balik berhasil menarik hati warga muda. Kelazatan makanan ini telah membuatnya menjadi makanan yang populer dan mudah didapati serta dibuat oleh semua orang.


TUMPIK LEMANTAK Lemantak atau tumpik mengikut sebutan Sarawak merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Sarawak terutama kepada masyarakat Melanau di Negeri Sarawak . Tumpik lemantak juga boleh dikenali sebagai lempeng sagu. Tumpik lemantak merupakan makanan yang berasal dari lempeng. Lemantak yang dihasilkan dari pokok rumbia atau sagu yang merupakan makanan utama masyarakat Melanau bermula pada suatu masa dahulu. Terdapat juga kepercayaan masyarakat menghormati makanan lemantak ini kerana ianya adalah makanan yang menjadi penyelamat masyarakat ketika zaman penjajahan Jepun di Borneo suatu ketika dahulu sehingga wujud panggilan “semandin” di kalangan masyarakat Sarawak kerana dipercayai mengundang kempunan sekiranya kita ingin terasa nak makan tetapi tidak merasa atau makan makanan ini. Kedai makan orang Melanau sahaja yang menjual tumpik ini. Ia tidak berbau dan berwarna, bagaimana pun hidangannya membangkitkan selera seseorang dengan rasanya yang enak dan mudah diubah suai mengikut sajian tertentu. Kelebihan hidangan dihasilkan daripada tepung lemantak yang berasakan sagu dan popular sebagai hidangan istimewa masyarakat Melanau. Tepung lemantak ini lazimnya digunakan untuk membuat sajian seperti linut, tebaloi dan lempeng. Dikenali sebagai makanan ruji masyarakat Melanau namun hidangan ini juga digemari suku kaum lain di Sarawak.


Pek nga, yang juga dikenali sebagai lempeng sememangnya menjadi santapan tradisi yang menggamit selera di wilayah Kedah yang termasyhur. Hidangan yang melimpah ini terhidang di hampir kesemua sudut negeri Kedah yang gemilang.Pek nga, yang biasanya dihidangkan beriringan dengan kari ikan kembung, memainkan peranan penting sebagai penggugah selera, terutama di kalangan petani padi pada zaman dahulu. Hidangan yang memikat ini menjadi sumber tenaga yang mendahului aktiviti menjunjung tanah sawah.Diberi nama Pek nga yang bermakna 'tempek atas belanga', hidangan ini tetap mendapat tempat dalam hati masyarakat Kedah sehingga ke hari ini. Meskipun sederhana dalam penyajiannya, ia berjaya memuaskan naluri kita yang tumbuh.Pek nga itu terbahagi kepada dua jenis yang masyhur, iaitu Pek nga nyior dan Pek nga pisang. Pek nga nyior kerap kali dinikmati dengan gulai ikan kembung, manakala Pek nga pisang lebih dikenali dalam bentuknya yang asli. Keistimewaan Pek nga nyior dan pek nga pisang ini telah mencetuskan minat peniaga di Kedah untuk menyediakan hidangan ini dan menerima pulangan yang memuaskan. Perbezaan yang ketara antara Pek nga di Kedah dengan di tempat lain adalah pada isinya. Di Kedah, Pek nga disediakan dengan kelapa muda dan pisang, manakala di negeri lain, Pek nga disajikan tanpa isi yang menyerlahkan keunikannya. PEK NGA NYIOR & PEK NGA PISANG


Mak Tam ataupun dikenali sebagai Puan Badariah , seorang pemilik warung yang bernama Warung Klasik yang menjual Pek nga,merupakan seorang usahawan yang berjaya dek kerana warungnya sangat terkenal di seluruh Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan kebijaksanaan Mak Tam dalam menggunakan sosial media "Faceebook" yang bernama "Warung Klasik". Mak Tam berjaya mempromosikan warungnya sehingga mendapat liputan luas oleh rakyat Malaysia. Jelas sekali hal ini mengubah keseluruhan hidup Mak Tam kerana kesemua pelancong tempatan mahupun asing mahu menikmati juadah di warung Mak Tam sebelum melancong ke tempat lain. Mak Tam turut berkongsi bahawa jualan hidangan ini mampu mendatangkan pulangan sehingga RM 4000 sehari. Namun begitu, walaupun pulangannya yang lumayan, modal yang diperlukan untuk memasak Pek nga juga tidak ternilai rendah. Mak Tam menyatakan bahawa beliau membeli 60 biji nyior muda atau kelapa muda setiap hari untuk menyediakan juadah ini. Selain itu, Mak Tam juga membeli 50 kg ikan kembung yang mencukupi untuk dua hari penggunaan. Sementara itu, untuk menyediakan Pek nga pisang, Mak Tam menggunakan pisang emas sebagai bahan utamanya. Hidangan Pek nga ini bukan hanya enak disantap bersama gulai ikan kembung, tetapi juga dapat dinikmati dengan pelbagai kombinasi manis seperti gula, susu, dan pelbagai lagi. Tepung merupakan bahan asas dalam penyediaan Pek nga, dan menurut Mak Tam, beliau menggunakan 4 kotak tepung, setiap kotak mengandungi 12 paket tepung, serta 6 kampit gula setiap hari untuk menyediakan juadah Pek nga yang memukau ini. Cara penyajian hidangan ini kepada pelanggan melengkapkan pek nga dengan kesan yang unik dan lazat untuk dinikmati. Mak Tam berkata bahawa setiap hari ketika kedai beliau dibuka seawal 7.30 pagi, pelanggan tidak pernah putus datang hingga petang menjelang. Pelanggan yang mengunjungi kedai Mak Tam turut meliputi pelbagai latar belakang masyarakat, agama, bangsa, dan warna kulit. Ini menunjukkan kepelbagaian yang terdapat dalam minat terhadap hidangan yang disediakan. Perbezaan yang ketara antara Pek nga di Kedah dengan di tempat lain adalah pada isinya. MAK TAM - Pemilik restoran Warung Klasik-


ROTI JALA Roti jala memang menjadi salah satu makanan kegemaran orang Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Roti jala boleh didapati di semua negeri di Malaysia. Menurut sejarah , roti jala boleh dipanggil lempeng kerana ciri-ciri dan bahan asas pembuatannya yang sama seperti lempeng iaitu tepung . Kata seorang ahli arkeologi ada suatu penemuan lempeng dalam perut mumia berusia 5,300 tahun di Itali yang mati sewaktu berperang. Dari situ lempeng berkembang ke setiap zaman dari generasi. Kisah roti jala sebenarnya berasal daripada sungai Johor. Roti jala terinspirasi daripada jala nelayan masyarakat di sungai Johor, warna roti jala yang berwarna kuning itu diilhamkan daripada jala yang dipakai nelayan zaman dahulu. Jala nelayan zaman dahulu di Johor menggunakan benang berwarna kuning ataupun benang berwarna jingga. Jala zaman dulu tidak sama dengan zaman sekarang kerana zaman dahulu menggunakan benang manakala jala zaman sekarang menggunakan tali tangsi. Roti jala juga diberi nama sedemikian kerana cara pembuatan seolah sedang menjala.


CARA-CARA 1. Masukkan tepung gandum, yis, garam, dan minyak masak ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. 2. Tambahkan sedikit demi sedikit air dan uli doh sehingga adonan tidak melekat. Tambahkan sedikit lagi air jika doh itu terlalu keras . 3. Seterusnya, bentukkan doh yang telah siap diuli itu sehingga membentuk bola pingpong dan perap ia selama 15 minit. 4. Setelah doh sudah diperap ,ambil satu satu dan lenyekkan doh sehingga nipis. 5. Panaskan minyak di dalam kuali sambil masukkan doh satu persatu. Sambil menunggu, simbah minyak diatas doh supaya doh menjadi kembung, sehingga warna kekuningan roti terhasil. 6. Roti puri atau lempeng kabul sedia untuk dinikmati dengan kuah kari sesuai cita rasa. RESEPI LEMPENG KABOL Tepung Gandum - 4 cawan Gula - 2 sudu Yis - 2 sudu Air panas - secawan Minyak Masak - 6 sudu BAHAN-BAHAN


CARA-CARA 1. Campurkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam kedalam bekas dan gaulkan kesemuanya sekali. 2. Seterusnya pukul telur yang telah dimasukkan gula sambil masukkan susu dan pewarna makanan dan kacau hingga sebati. 3. Masukkan ke semua adunan ke dalam bekas telur dan kacau sehingga adunan tepung itu menjadi licin dan tidak berketul. 4. Perap adunan itu selama satu jam. 5. Panaskan kuali dengan minyak dan tuangkan sesendok lebih adunan kedalam kuali dan biarkan buat seketika waktu sehingga gelembung udara pada lempeng naik . 6. Angkat kedalam pinggan dan apam balik sedia untuk dinikmati bersama taburan gula diatasnya dan kacang tanah. Tepung Gandum - 2 cawan Soda Bikarbona - 1 sudu teh Baking Powder - 1 sudu Pewarna Makanan Telur - sebiji Susu Full Cream/Susu Cair Air - 1 ½cawan Minyak/ Mentega/ Marjerin BAHAN-BAHAN - 1 ½ cawan RESEPI LEMPENG KACANG CHINA (APAM BALIK)


CARA-CARA 1. Masukkan 2 cawan tepung beras, ½ cawan tepung ubi kayu, ½ cawan gula pasir, dan ½ sudu teh garam kedalam sebuah mangkuk yang besar dan aduk semua bahan itu sehingga merata. 2. Ketika mengaduk adonan tambahkan air sedikit demi sedikit dan pastikan adonan itu licin tanpa gumpalan .tambahan gunakan saringan atau penapis untuk menyaring adonan agar tekstur yang halus dapat dihasilkan. 3. Tambahkan beberapa tetes pewarna ke dalam adonan dan aduk ia sehingga warna merata. 4. Panaskan wajan datar atau kuali mendatar dan letakkan sedikit minyak. 5. Tuangkan adunan secukupnya dan ratakan secara menyeluruh untuk menghasilkan lempeng yang nipis. 6. Biarkan sekejap lempeng lumpik sehingga ia menjadi warna coklat dan pastikan lempeng itu tidak terlalu lama dan lempeng tidak terlalu kering 7. Angkat lempeng tumpik dari kuali dan lempeng lumpuk siap disajikan dan dinikmati dengan krim kelapa, gula merah cair, atau kuah santan manis . RESEPI TUMPIK LEMANTAK Tepung Beras - 2 cawan Tepung Ubi Kayu - ½ cawan Gula Pasir - ½ cawan Garam - ½ sudu kecil Air - 4 cawan Pewarna Makanan Minyak Masak BAHAN-BAHAN


CARA-CARA 1. Lenyek kesemua pisang yang sudah masak ranum itu sehingga lumat. Masukkan garam dan gula dan gaul sehingga sebati . 2. Masukkan tepung kedalam bekas dan gaul ia sehingga sebati bersama pisang tadi. Tambahkan ¼ cawan air sedikit demi sedikit jika adunan terlalu pekat. 3. Setelah adonan siap, letakkan sesendok adonan sesuai cita rasa di atas daun pisang yang telah disapu minyak. Ratakan adunan dan tabur sesudu kelapa parut di atas. 4. Panaskan kuali diatas api yang sederhana besar dan seterusnya letakkan daun pisang yang telah diletakkan adunan tadi dan masak sambil membalikkan pek nga itu sehingga warnanya bertukar perang keemasan. 5. Tambahkan kelapa parut d iatas pek nga setelah siap dan pek nga dapat dihidangkan. RESEPI PEK NGA PISANG Pisang Berangan (yang sudah masak ranum) Gula perang - 10 sudu Kelapa Parut Putih - ¼ cawan (yang sudah campurkan dengan garam ) Garam - ½ sudu teh Tepung Gandum - ¾ cawan Air - sedikit Minyak Masak - sedikit Daun Pisang BAHAN-BAHAN - 6 biji


CARA-CARA 1. Masukkan ke semua tepung gandum, kelapa parut, santan dan garam kedalam bekas atau mangkuk dan gaulkan rata. 2. Masukkan secawan air kelapa muda atau air biasa dan gaul sehingga adunan itu sebati. 3. Panaskan kuali diatas api yang sederhana itu untuk dimasak dan letakkan sesendok adonan ke dalam kuali sesuai cita rasa kita sendiri. 4. Balikkan kedua dua bahagian atas dan bawah pek nga kelapa itu sehingga warna kuning keperangan. 5. Pek nga sedia untuk dihidang bersama kuah kegemaran anda. RESEPI PEK NGA NYIOR Tepung Gandum - secawan Kelapa Muda - 2 cawan Santan - ¼ Garam - sedikit Air Kelapa Muda - secawan Air - secawan BAHAN-BAHAN (yang telah dikarut)


CARA-CARA 1. Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air. 2. Kacau bancuhan itu sehingga rata supaya tiada ketulan ketulan. 3. Seterusnya jika adunan masih berketul gunakan penapis untuk membuang ketulan lebihan itu. 4. Panaskan kuali dengan api yang sederhana besar, dan letakkan sedikit minyak supaya roti jala tidak melekat. 5. Kiraikan di atas kuali dan apabila warna roti jala kelihatan agak kekuningan dan garing sedikit. 6. Angkat dan gulung roti jala 7. Roti jala sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari. RESEPI ROTI JALA Tepung Gandum - 2 cawan Telur - 2 biji Air - 1 ½ Cawan Susu Cair/Santan Sederhana Pekat - secawan Mentega Cair - 6 sudu/½ cawan Garam - 1 sudu teh Serbuk Kunyit - 1 sudu teh BAHAN-BAHAN


Tidak dapat dipungkiri lagi bahawa makanan tradisional Malaysia telah mendapat pengiktirafan di kalangan masyarakat global seperti di Perth, London, Indonesia, Singapura, dan tempat lain yang menggemari cita rasa makanan tradisional Malaysia. Bagaimanakah kita dapat mempromosikan makanan tradisional ini agar dikenali oleh lebih ramai orang? Media massa memainkan peranan penting dalam mempromosikan makanan tradisional Malaysia ke seluruh dunia. Melalui iklan di majalah, buku, televisyen, dan media sosial, ia dapat meningkatkan reputasi dan populariti makanan tradisional tersebut. CARA-CARA MEMPROMOSIKAN MAKANAN TRADISIONAL Dalam era globalisasi ini, Malaysia menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lazat. Antara yang membanggakan Malaysia ialah warisan makanan tradisionalnya yang unik. Makanan tradisional Malaysia memiliki ciri khas dan keunikan yang tidak dapat disangkal. Ia merupakan warisan yang harus dijaga dan diteruskan kepada generasi akan datang. Peribahasa "tak kenal maka tak cinta" menggambarkan betapa pentingnya pengetahuan dalam membangkitkan kecintaan. Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa adalah memperkenalkan makanan tradisional kepada generasi muda agar mereka dapat meneruskan tradisi dan mempromosikannya di masa depan. Selain itu, usaha generasi muda juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan makanan tradisional ini kepada khalayak.


Secara kesimpulannya, masyarakat perlu bersatu padu dalam usaha mempromosikan makanan tradisional Malaysia kepada dunia. Dengan semangat kerjasama dan keyakinan kepada kehendak Tuhan Yang Maha Esa, kita yakin bahawa warisan makanan tradisional nenek moyang dapat dikekalkan dan tidak akan dilupakan seiring berjalannya waktu. Selain itu, terdapat sebuah kedai yang terkenal dengan makanan tradisional Malaysia di London yang bernama Kafe Rasa Malaysia. Kafe ini ditubuhkan oleh Puan Noor Azlina binti Zainal Abidin, seorang daripada Pulau Pinang. Kafe ini menawarkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti jala, asam laksa Pulau Pinang, martabak daging, kuih-muih, dan banyak lagi. Dekorasi dan konsep kedai kopi yang mencerminkan budaya Malaysia menarik minat pelanggan dari dalam dan luar negara untuk mencuba hidangan tradisional Malaysia yang unik dan enak. Setelah kajian yang teliti, saya setuju bahawa rasa sayang yang mendalam terhadap makanan tradisional perlu ditanamkan agar generasi muda dapat menjadi usahawan yang dikenali di peringkat global dan pada masa yang sama mempromosikan makanan tradisional. Dengan kata lain, kita boleh membuka kedai atau restoran yang menghidangkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia dari pelbagai etnik. Contohnya, makanan Melayu yang popular seperti nasi lemak dan apam balik.


Noun ending: -ity→ identity -ness→ faithfulness Makanan tradisional memainkan peranan yang penting dalam budaya dan identiti sesebuah negara atau kawasan. Ia merupakan warisan yang berharga dari generasi terdahulu yang mencerminkan sejarah, nilai-nilai, dan keunikan setiap kumpulan masyarakat. Namun, dalam dunia yang semakin moden dan berubah dengan cepat, warisan makanan tradisional sering terancam dan tidak diwarisi sepenuhnya. Terdapat beberapa kesan yang mungkin berlaku sekiranya makanan tradisional tidak diwarisi dengan baik. KESAN SEKIRANYA MAKANAN TRADISIONAL TIDAK DIWARISI SECARA TURUN-TEMURUN Kesan yang pertama, jika makanan tradisional tidak diwarisi, kita akan kehilangan sebahagian besar sejarah dan identiti budaya kita. Setiap hidangan tradisional memiliki cerita di belakangnya. Cara mereka menyediakan, bahan-bahan yang digunakan, dan makna simbolik yang terkandung di dalamnya. Makanan tradisional mencerminkan kehidupan dan pengalaman leluhur kita. Ia adalah cara untuk memahami jalan yang telah ditempuh oleh nenek moyang kita dan mewarisi nilai-nilai penting kepada generasi yang akan datang. Bukan itu sahaja, jika makanan tradisi kita tidak diwaris, turut terancam juga kepelbagaian budaya. Setiap kawasan atau negara mempunyai hidangan khas yang membezakan mereka daripada yang lain. Ini membawa kepada kekayaan dan kepelbagaian yang menarik dalam dunia kuliner. Jika makanan tradisional tidak diwarisi, kita mungkin terjebak dalam homogenisasi dan hilangnya keragaman dalam hidangan yang kita nikmati. Makanan tradisional adalah jendela kepada budaya dan kehidupan masyarakat yang unik.


Noun ending: -ity→ identity -ness→ faithfulness Examples: Singkat kata, terdapat seribu satu keburukkan jika makanan tradisional tidak lagi diwarisi oleh masyarakat sekarang. Oleh itu, makanan tradisional ini haruslah sentiasa dikekalkan dan tidak boleh diabaikan oleh sesiapa pun, kerana makanan tradisi dapat menunjukkan identiti dan budaya kepada setiap kaum. Ketiga, tidak mewarisi makanan tradisional boleh mempengaruhi ekonomi tempatan. Banyak kawasan atau negara mengandalkan pariwisata makanan sebagai sumber pendapatan. Pelancong dari seluruh dunia ingin mencuba hidangan tradisional ketika mereka mengunjungi satu tempat. Jika makanan tradisional hilang atau tidak popular lagi, akan ada kesan negatif terhadap industri pelancongan dan perniagaan tempatan yang berkaitan dengan makanan tradisional. Selain itu, makanan tradisional sering kali juga mempunyai nilai pemakanan yang penting. Bahanbahan tradisional yang digunakan dalam hidangan tersebut sering kali diketahui mempunyai manfaat kesihatan tertentu. Jika makanan tradisional tidak diwarisi, kita mungkin kehilangan pemahaman dan akses kepada makanan yang baik untuk kesihatan kita. Ini dapat memberi impak negatif kepada keadaan pemakanan dan kesihatan generasi akan datang.


+6012-456-7890 @PancakeCrust Pasir Gudang, Johor order now! Local' s Special cuisine Pancake Crust Restaurant LIMITED TIME OFFER UP TO 40% OFF S A G O P A N C A K E B A N A N A P A N C A K E


Lempeng tradisional Malaysia juga mencerminkan semangat kepelbagaian budaya dalam negara ini. Dengan pengaruh dari pelbagai etnis seperti Melayu, Cina, India, dan etnis-etnis lainnya, lempeng tradisional Malaysia menyatukan beragam cita rasa dan teknik masak yang unik, menciptakan harmoni dalam makanan tradisi Malaysia yang menakjubkan. Kesimpulannya, hidangan lempeng di Malaysia telah mengukuhkan posisinya sebagai salah satu jenis masakan kulinari yang tidak boleh ditandingi terutama dalam kreativiti, fleksibiliti, dan kelazatannya. Bermula dari cita rasa tradisional yang asli hingga inovasi moden yang bervariasi, makanan lempeng terus menempah tempat dalam hati para pecinta makanan di seluruh negara. KESIMPULAN Lempeng tradisional Malaysia adalah sejenis makanan warisan yang tidak ternilai harganya. Dengan menawarkan rasa dan kelazatan yang tersendiri, lempeng tradisional Malaysia telah menjadi aspek yang signifikan dalam warisan masakan tradisi di negara ini. Bermula dari lempeng tumpuk lemantak, pek nga pisang, pek nga nyok, lempeng kabol, roti jala , apam balik, murtabak, lempeng tradisional Malaysia menghadirkan variasi yang pelbagai dalam cita rasa, tekstur, dan cara penyajiannya. Setiap lempeng mempunyai ciri khasnya sendiri, terinspirasi dari budaya dan tradisi daerahnya masing-masing. Dalam proses perkembangannya, makanan lempeng tradisional Malaysia telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa . Variasi rasa, tekstur, dan tampilan makanan lempeng terus berkembang, dari hidangan sederhana yang dijual di warung pinggir jalan hingga menu istimewa yang disajikan di restoran mewah.


RUJUKAN LAMAN WEB Delachieve. (2018). Lempeng Sejarah. A Lawatan Ringkas Ke Masa Lalu Yang Jauh. Retrieved from https://ms.delachieve.com/ lempeng-sejarah-a-lawatan-ringkas-ke-masa-lalu-yang-jauh/ Manja, A. (2021). Lempeng kelapa | Peknga nyok | lembut dan sedap. MALAY Kitchen. http://malaykitchen.my/lempeng-kelapa-peknganyok-lembut-dan-sedap/ Maryatichef. (n.d.). LEMPENG PISANG TRADISIONAL. https://maisepinggan.blogspot.com/2012/11/lempeng-pisangtradisional.html Unknown. (n.d.). RESEPI LEMPENG LEMANTAK / TUMPIK. KOMPILASI HIMPUNAN RESEPI. https://kompilasiresepi. blogspot.com/2016/02/resepi-lempeng-lemantak-tumpik.html Aziz, N. D. A. (2019, August 16). Resepi Roti Puri (Rangup dan Sedap!) - Saji.my. Saji.my. https://saji.my/resepi-roti-puri/ Tumpik. Bestway Tours. (n.d.). http://bestwaykuchingtour.blogspot .com/2016/05/tumpik.html Tumpik Sarawak - Makanan unik. (n.d.). Anim Agro Technology. https://animhosnan.blogspot.com/2022/03/tumpik-sarawakmakanan-unik.html


Click to View FlipBook Version