The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan (SPKT) 2022 terbuka kepada semua guru SMK Kota Masai 2 dan sekolah-sekolah jemputan dalam daerah Pasir Gudang.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60040262, 2022-11-08 15:15:24

SEMINAR PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN SMK KOTA MASAI 2 PERINGKAT DAERAH 2022

Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan (SPKT) 2022 terbuka kepada semua guru SMK Kota Masai 2 dan sekolah-sekolah jemputan dalam daerah Pasir Gudang.

SEMINAR PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN SMK KOTA MASAI 2
PERINGKAT DAERAH 2022

Anjuran: Unit Kurikulum, SMK Kota Masai 2

SYARAT AM PENYERTAAN
1. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan (SPKT) 2022 terbuka kepada semua guru
SMK Kota Masai 2 dan sekolah-sekolah jemputan dalam daerah Pasir Gudang.
2. Kertas kajian tindakan merangkumi Kategori Pengajaran dan Pembelajaran, dan
Kategori Pengurusan Pendidikan.
3. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. Hanya seorang pembentang
sahaja bagi penyertaan berkumpulan. Senarai nama keahlian tidak boleh diubah
selepas sesi pembentangan.
4. Urus setia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan
mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa.
5. Keputusan Panel Penilai SPKT 2022 terhadap pemenang adalah muktamad.

SYARAT KHUSUS PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN
1. Template kertas penyelidikan kajian tindakan SKT 2022 adalah seperti di Lampiran
1.
2. Pembentangan kertas kajian tindakan akan dilaksana secara bersemuka bersama panel
penilai di hari pembentangan pada 12 November 2022 mengikut sesi sidang selari.
3. Giliran pembentangan adalah mengikut susunan yang akan ditentukan oleh urus setia
berdasarkan kesesuaian.
4. Format pembentangan adalah 5 SLAID 5 MINIT, oleh itu pembentang perlu
menepati masa pembentangan selama 5 minit dan diikuti sesi Q&A 2 minit.

TARIKH-TARIKH PENTING SEMINAR

• Tarikh tutup pendaftaran : 10 November 2022

• Tarikh akhir penghantaran tajuk dan abstrak : 10 November 2022

• Tarikh pembentangan : 12 November 2022

• Tarikh majlis penutup : 12 November 2022

PENDAFTARAN PENYERTAAN

Setiap penyertaan SPKT 2022 perlu mengisi borang pendaftaran secara dalam talian -----------
------- selewat-lewatnya pada 10 November 2022. Permohonan yang diterima selepas daripada
tarikh tersebut tidak akan diterima.

HADIAH DAN SIJIL

Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan seperti berikut:
• Kertas Kajian Tindakan Terbaik mengikut kategori
• Sijil Emas, Sijil Perak dan Sijil Gangsa
• Pembentang Kajian Tindakan Terbaik

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan:
Cikgu Mohamad Ariffin – 019-9125651 atau
Cikgu Azliana– 017-7262359

Lampiran 1

Format Penulisan Kajian Tindakan:

TAJUK KAJIAN
(Uppercase, Bold, Font: TNR, Size 12, centre )

Nama Penulis
(Font: TNR, Size 12, centre )

Nama Institusi Penulis

ABSTRAK
(tidak melebihi 300 patah perkataan, Font: TNR, Size 12, justify, 1.0 spacing)

1.0 PENGENALAN
2.0 ISU KEPERIHATINAN/ PENYATAAN MASALAH
3.0 FOKUS KAJIAN
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 KUMPULAN SASARAN
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8.0 RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Rujukan

Maklumat tambahan:
1. Penulisan kajian sepenuhnya perlu menggunakan font Times New
Roman bersaiz 12, 1.5 spacing.
2. Penggunaan bahasa yang kontra perlu di italic kan. Perkataannya.
3. Setiap tajuk sub-seksyen perlu menggunakan huruf besar dan diboldkan
semua perkataan.
4. Semua gambarajah dan jadual yang diletakkan perlu diberi tajuk dan nombor
gilirannya.
5. Penulisan kajian tindakan anda tidak boleh melebihi 15 mukasurat.
6. Penghantaran laporan kajian tindakan penuh adalah sebelum 30 November
2022 dan perlu diemailkan kepada: [email protected]


Click to View FlipBook Version