The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nharyati, 2023-03-24 10:15:25

NMA FOOD

NMA FOOD

Nama Usahawan : Muhammad Kahirul Ariffin bin Zaki Nur Syahida binti Mohamad Salleh Nama Syarikat : NMA Food Resources No. Pendaftaran : 202203267740 (TR0273645-X) Alamat Perniagaan : 1046-B, Kampung Pengkalan Setar 20050 Kuala Terengganu, Terengganu Produk : Keropok Keping ​Modal Asal : RM 10,000.00 Tahun Ditubuhkan : 2022 Jualan Sebulan : RM 66,000.00 Jumlah Pekerja : 6 orang LAPORAN LAWATAN KERJA PENGARAH MARA NEGERI TERENGGANU KE PREMIS PENGUSAHA KEROPOK KEPING KAMPUNG PENGKALAN SETAR, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU


Syarikat NMA Food Resources merupakan syarikat perkongsian suami dan isteri iaitu Encik Muhammad Khairul Ariffin bin Zaki dan Puan Nur Syahida binti Mohamad Salleh. Syarikat ini baharu ditubuhkan pada tahun 2022 menggantikan nama asal syarikat iaitu Muhammad Khairul Ariffin bin Zaki. Syarikat ini beroperasi di 1046-B, Kampung Pengkalan Setar, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu dengan dibantu oleh 6 orang pekerja. Jenis perniagaan utama syarikat ini ialah pembuatan keropok keping. Pasaran keropok ialah di seluruh Malaysia dan juga di luar negara iaitu di Australia. Kapasiti pengeluaran keropok untuk pasaran di dalam Malaysia adalah sebanyak 3 tan sebulan. Manakala kapasiti pengeluaran keropok untuk pasaran eksport pula ialah sebanyak 6 tan sebulan.


Hasil lawatan Pengarah MARA Negeri Terengganu ke premis pada 20 Mac 2023 didapati bahawa syarikat memerlukan tambahan modal untuk pembelian mesin bagi mempercepatkan proses pembuatan keropok dan freezer untuk penyimpanan stok isi ikan. Anggaran tambahan modal yang diperlukan adalah sebanyak RM50,000.00. Kami telah mencadangkan supaya usahawan ini membuat permohonan pembiayaan perniagaan MARA di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) memandangkan syarikat ini masih lagi dalam proses untuk mendapatkan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk premis mereka.


Click to View FlipBook Version