Jenis Bacaan
Bacaan Mekanis
Bacaan bersuara yang menyuarakan
tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang, dengan intonasi dan irama
mengikut gaya membaca yang betul
dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan.
Jenis Bacaan
Bacaan Intensif
Bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam
meniliti, memahami dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat.
Jenis Bacaan
Bacaan Ekstensif
Bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam
meniliti, memahami dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat.
Standard Kandungan dan
Standard pembelajaran
Bacaan Mekanis
Cara
Aktiviti Dilaksanakan
1.Guru memulakan induksi set dengan
memaparkan contoh-contoh cerpen kepada
murid.
2.Guru mengaitkan paparan tersebut dengan
pembelajaran hari ini.
ARAS RENDAH:
Guru bersoal jawab dan membantu murid-
murid dengan perkataan dan rangkai kata
yang susah sama ada dari segi sebutan atau
makna perkataan-perkataan itu (Buka
Tutup, Buka Kata).
Guru membaca sebagai contoh dan murid-
murid menyemak bacaan guru.
Guru memandu murid-murid membaca secara
individu dengan bergilir-gilir.
Cara
Aktiviti Dilaksanakan
ARAS SEDERHANA:
Guru bersoal jawab dengan murid tentang
kandungan teks cerpen Segenggam Tanah
menggunakan aplikasi Git-Mind untuk
menyenaraikan pendapat mereka.
ARAS TINGGI:
Murid perlu membuat undian berdasarkan
Papan Interaksi Bahasa untuk
mendapatkan satu perkataan dan membuat
ulasan berdasarkan perkataan tersebut.
Guru merumuskan isi pelajaran dan sekali gus
memberi kesimpulan terhadap isi pelajaran.
Standard Kandungan dan
Standard pembelajaran
Bacaan Intensif
Cara
Aktiviti Dilaksanakan
1.Guru memulakan set induksi dengan bertanya
kepada murid tentang isu kemalangan jalan
raya.
2.Guru menunjukkan video berkaitan topik
kemalangan yang berlaku di jalan raya.
3.Guru mengaitkan isu tersebut dengan
pembelajaran hari ini.
4.Guru bersoal jawab dengan murid tentang
video tersebut.
5.Guru memaparkan slide tentang gambar-
gambar kemalangan jalan raya.
6.Guru menerangkan konsep kemalangan jalan
raya dan punca-punca kemalangan jalan raya.
7.Murid diberikan Jigsaw puzzle.
ARAS RENDAH:
Murid berfikir dan memilih satu perkataan
berdasarkan bahan grafik yang ditunjukkan.
Cara
Aktiviti Dilaksanakan
ARAS SEDERHANA:
Guru menggunakan Quiz Maker tentang
soalan berkaitan bahan grafik tentang
Kemalangan Jalan Raya.
Murid menulis jawapan pada sehelai kertas.
ARAS TINGGI:
Murid melempar dadu untuk membolehkan
mereka memilih Jigsaw puzzle yang perlu
diselesaikan.
Murid bekerjasama menyambung puzzle
yang akan menghasilkan sebuah gambar
bertemakan jalan raya (Punca-punca
Kemalangan Jalan Raya).
Murid secara bergilir-gilir membuat ulasan
berkaitan bahan grafik tersebut.
8. Guru merumuskan isi pelajaran dan sekali
gus memberi kesimpulan terhadap isi
pelajaran.
Standard Kandungan dan
Standard pembelajaran
Bacaan Ekstensif
Cara
Aktiviti Dilaksanakan
1.Guru memulakan induksi set dengan
dengan bertanya kepada murid berkaitan
cerpen daripada cerita-cerita rakyat
yang diketahui oleh murid.
2.Guru memaparkan slide contoh-contoh
cerita rakyat.
3.Guru mengaitkan dengan tajuk
pembelajaran hari ini.
4.Guru menerangkan maksud cerpen.
5.Murid diedarkan dengan teks cerpen
Sang Kancil dan Sang Gajah.
ARAS rendah:
Murid membaca teks cerpen yang
berjudul Sang Kancil dan Sang Gajah.
Cara
Aktiviti Dilaksanakan
ARAS sederhana:
Murid mengenal pasti tema cerpen.
Murid membina soalan-soalan berkaitan
teks cerpen.
ARAS tinggi:
Murid diminta melakonkan watak
menggunakan topeng haiwan.
Murid memuat naik video lakonan
tersebut menggunakan aplikasi yang
telah ditetapkan.
6. Guru meminta murid membuat kesimpulan
terhadap isi pelajaran pada hari ini.
7. Guru memaparkan video cerita Sang Kancil
dan Sang Gajah.
Sekian,
terima kasih.