1 SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFFAR SYAH AYER KEROH, 75450 MELAKA MINIT MESYUARAT GURU KALI-2 TAHUN 2024/2025 Tarikh : 14 Mei 2024 Masa/ Hari : 3.00 Petang / Selasa Tempat : Bilik Mesyuarat PENGERUSI Pn. Masita binti Salamat @ Samadon Pengetua KEHADIRAN: 1. Pn. Masita binti Salamat @ Samadon Pengetua 2. Pn. Hawa Naqiah binti Makmor PK Pentadbiran 3. En Husaini bin Zakaria PK Kokurikulum 4. En Mohd Suriandi bin Mohd Riffin GKMP Kemanusiaan 5. Pn Nor Sinasuria binti Mohd Nadzar GKMP Bahasa 6. Pn Taty Sutrianty binti A.Shukor GKMO Sains dan Matematik 7. Pn Norhaslina binti Harun GKMP Teknik dan Vokasional 8. Adyani Binti Ahmad 9. Azniza Binti Azmi 10. Erney Wati Binti Zailani 11. Hafiza Binti Zainal Abidin 12. Jelani Bin Marjono @ Abu Bakar 13. Mohammad Hasifian Harun 14. Norashikin Binti Mohammad 15. Norazlina Binti Senin 16. Nur Daliza Binti Che Daud 17. Nur Masniza Binti Mohd Mustaza 18. Rozinah Binti Md Dan 19. Siti Aisah Binti Hamdan 20. Tan Sue Fin 21. Zurina Binti Adnan 22. Noorwati Binti Sulieman 23. Amir Fahmi Bin Jaafar 24. Amirul Aiman Bin Mohamad Sulaimi 25. Nur Sa’adah Binti Kamaludin 26. Siti Hajar Binti Mohd Rais 27. Siti Norizaidah Binti Razali 28. Suriyati binti Yusoff 29. Munira Binti Mohamed Dum 30. Nur Athirah Binti Kamarulzaman 31. Nurul Afifah Binti Rosli
2 32. Hanita Binti Rahim 33. Johnny Fong Qui Yong 34. Jelani Bin Marjono TIDAK HADIR: 35. En Muhamad Lazim bin Ab Shukor Kursus Kepengetuaan 36. Rita Malina binti Ramat Mesyuarat NILAM 37. Dr Mohd Shahrul Azha bin Mohd Sharif Kursus di LPM 38. Erney Wati binti Zailani Kursus di LPM URUS SETIA JAWATAN ROZINAH BINTI MD DAN Setiausaha Kurikulum 1. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli mesyuarat yang hadir dalam mesyuarat kurikulum kali kedua bagi sesi 2024. 2. PERBINCANGAN 2.1 Pengetua 2.1.1 Pengetua memaklumkan bahawa Panitia Biologi akan mewakili sekolah untuk kajian tindakan di bawah pengurusan PPD Melaka Tengah. Makluman 2.1.2 Pengetua mengingatkan kepada semua akan perkara berikut: • Panitia yang sudah menggunakan duit PCG sehingga hari ini adalah panitia Biologi, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Geografi, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. • Panitia yang masih belum menggunakan duit PCG adalah Bahasa Melayu, Sains, RBT, PJK, Seni, Muzik dan Bahasa Antarabangsa. • Magic School perlu dilaksanakan oleh semua guru, mohon ketua panitia mengingatkan ahli panitia masing-masing. • Ujian Bertutur untuk Bahasa Melayu pada 11 Nov 2024 dan Ujian Bertutur untuk Bahasa Inggeris pada 25 - 26 Nov 2024. • Laksanakan ujian sebelum dan selepas PdP untuk melihat keberkesanan PdP dan juga untuk melihat tahap penguasaan murid. • Program Sinar Pagi perlu diteruskan dan hendaklah mengikut tajuk yang telah ditetapkan agar murid lebih terancang dan tidak
3 hanya membawa buku sahaja tanpa ada latihan yang ditetapkan. Makluman 2.2 Penolong Kanan Pentadbiran 2.2.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengingkatkan kepada semua ketua panitia yang hadir untuk mengadakan mesyuarat panitia kali kedua selepas mendapat maklumat ketika menghadiri mesyuarat kurikulum kali kedua ini. Makluman 2.2.2 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan kepada mana-mana ketua panitia yang masih belum menyerahkan PSO hendaklah segera mengambil tindakan kerana beliau perlu menyerahkan kepada pihak PPD Melaka tengah. Makluman 2.2.3 Penolong Kanan Pentadbiran mengingkatkan kepada semua ketua panitia agar mengingatkan ahli panitia masing-masing berkaitan RPT dan mohon selesaikan silibus mengikut perancangan yag telah dibuat. Makluman 2.2.4 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan kepada semua yang hadir untuk menggunakan waktu relief yang diberikan untuk mengajar ataupun mencari waktu relief bagi menggantikan kelas sekiranya guru aktif dengan aktiviti luar. Makluman 2.2.5 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan agar semua panitia sentiasa mengadakan sesi PLC bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran masing-masing. Makluman
4 2.2.6 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa guru yang mengajar mata pelajaran PJK akan mengalami rombakan kerana murid lelaki akan diajar oleh guru lelaki dan murid perempuan diajar oleh guru perempuan. Pn. Siti Halimah akan sepenuhnya mengajar mata pelajaran PJK manakala guru data yang dipegang oleh beliau akan diganti dengan guru yang lain. Makluman 2.2.7 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 10 Jun untuk semua murid. Utuk mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi murid menengah atas termasuklah Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar manakala bagi subjek elektif Tingkatan 5 termasuklah amali. Makluman 2.2.8 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa pihak SBP mohon agar penyedia soalan Tingkatan 5 hanya menguji tajuk-tajuk tingkayan 5 sahaja. Makluman 2.2.9 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa pada 20 Mei 2024 akan diadakan perjumpaan Guru Penyayang untuk semua murid, mohon semua guru melihat profile murid jagaan masing-masing yang melibatkan akademik. Makluman 2.2.10 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa sesi dialog Town Hall untuk murid tingkatan 2 dan 3 pada 22 Jun 2024. Makluman 2.2.11 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa sekiranya bumbung asrama perlu dibaiki akan ada PDPR untuk murid sehubungan itu mohon semua ketua panitia mengingatkan ahli panitia masing-masing untuk mengaktifkan semula medium Google Clasroom. Makluman 2.2.12 Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa seramai 21 daripada 61 orang guru telah berjaya menyelesaikan tugasan Magic School. Makluman 2.2.13 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan kepada semua ketua panitia untuk memastikan setiap ahli panitianya telah selesaikan memasukkan markah UD1 bagi tujuan pemprosesan markah murid. Makluman
5 2.2.14 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan kepada semua ketua panitia untuk memastikan setiap ahli panitianya melaksanakan PBD dan merekodkannya sebagai bukti PBD telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Makluman 3 Hal-hal Lain 3.1.1 Pn Nur Daliza memaklumkan bahawa Bahasa Melayu mengikut RPT yang dirancang dan semua topik akan diselesaikan mengikut perancangan takwim. Makluman 3.1.2 Pn. Nor Sinasuria memaklumkan dapatan daripada murid menengah atas bahawa murid suka dibahagikan kepada set-set yang lebih kecil ini dan murid lebih fokus. Makluman 3.1.3 Ustaz Suriandi memaklumkan bahawa Pendidikan Islam mengikut RPT yang dirancang dan semua topik akan diselesaikan mengikut perancangan takwim. Makluman 3.1.4 Pn Noorwati memaklumkan bahawa Sejarah mengikut RPT yang dirancang dan semua topik akan diselesaikan mengikut perancangan takwim, manakala silibus untuk tingkatan 1 akan lambat sedikit memandangkan murid tingkatan 1 mendaftar lewat berbanding murid tingkatan yang lain. Makluman 3.1.5 Pn Hafiza memaklumkan untuk mata pelajaran Kimia akan berusaha menyelesaikan silibus tingkatan 4 dan 5 mengikut perancangan takwim cuma untuk tingkatan 5 masa untuk membuat ulang kaji sangat terhad. Makluman 3.1.6 Pn Suriati memaklumkan bahawa untuk mata pelajaran Fizik semua ahli akan menghabiskan silibus kelas masing-masing dan sewaktu PKA akan dipercahkan kepada 2 bahagian untuk menghabiskan amali mengikut takwim agar tidak ada topik yang tercicir. Makluman 3.1.7 Pn Adyani memaklumkan untuk panitia biologi setakat hari ini silibus tingkatan 5 telah melebihi 1 topik dari yang sepatutnya manakala untuk tingkatan 4 terlewat 1 topik namun panitia biologi akan cuba menyelesaikan semua silibus mengikut takwim yang telah dibuat. Makluman
6 3.1.8 Pn Norhaslina memaklumkan untuk mata pelajatan Matematik dan Matematik Tambahan mengikut RPT yang dirancang dan semua topik akan diselesaikan mengikut perancangan takwim dan kelas tambahan yang telah dijadualkan akan digunakan untuk menghabiskan silibus. Makluman 3.1.9 Pn Norazlina memaklumkan untuk mata pelajatan Sains mengikut RPT yang dirancang dan semua topik akan diselesaikan mengikut perancangan takwim dam modul telah gunakan untuk membantu panitia menyelesaikan silibus mengikut topik. Makluman 3.1.10 Pn Zurina memaklumkan bahawa RBT mengikut RPT yang dirancang dan semua topik akan diselesaikan mengikut perancangan takwim, manakala silibus untuk tingkatan 1 akan lewat seminggu daripada perancangan takwim memandangkan murid tingkatan 1 mendaftar lewat berbanding murid tingkatan yang lain. Makluman 3. PENUTUP 3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dalam usaha menerajui kecemerlangan MOZAC. Beliau berharap semua aspek yang dibincangkan akan dilaksanakan secara optimum. 4.2 Mesyuarat Guru Bil 2 Tahun 2024 tamat pada jam 4.50 petang dan diakhir dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr. Disediakan Oleh: Disemak Oleh: ROZINAH BINTI MD DAN MASITA BINTI SALAMAT Setiausaha Kurikulum SM Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Pengetua, SM Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh, 75450 Melaka.