The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suziyanti Marjudi, 2020-11-11 23:46:46

Travelog Haji Furada

Hajj 1439M-2018M

Travelog Haji
2018M/1439H

#hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada

Suhaimi Abdul Rahman &Suziyanti Marjudi

Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti

disclaimer:

hanya catatan peribadi sepanjang kami mengerjakan haji, semoga dapat beri manfaat kepada semua

kami bukan duta/agen TA

tiada sebarang promosi berbayar, kalau ada mungkin hanya perkongsian/testimoni secara tak langsung

Episod 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157385266353538&id=785348537

Episod 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157386147658538&id=785348537

Episod 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157386308638538&id=785348537

Episod 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157387528883538&id=785348537

Episod 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157386640338538&id=785348537

Episod 6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157390127083538&id=785348537

Episod 7
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157390639298538&id=785348537

Episod 8
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157392474233538&id=785348537

Episod 9
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157393733463538&id=785348537

Episod 10
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157394688953538&id=785348537

Episod 11
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157397173838538&id=785348537

• Episod 12
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157399727738538&id=785348537
Episod 13
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157421364038538&id=785348537
Episod 14
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157437753153538&id=785348537
Episod 15
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157440197403538&id=785348537
Episod 16
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157459388788538&id=785348537
Episod 17
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157390639298538&id=785348537
Episod 18
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157465171828538&id=785348537
Episod 19
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157469376258538&id=785348537
Episod 20
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157474867523538&id=785348537
Episod 21
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157495596213538&id=785348537
Episod 22
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157527056253538&id=785348537
Episod 23
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157535054138538&id=785348537
Episod 24
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157536763988538&id=785348537
#visahajifurada
#haji2018

(episod 1)
*Persediaan menunaikan ibadah haji
Daftar haji - 2011
Giliran haji - 2039
Rayuan haji - 2016, 2017 & 2018
Umrah - 2012 (suami), 2014 (suami & isteri), 2017 (suami & isteri)
Kursus haji bersiri- setiap ahad 9pg-12tghari, Januari - April 2018
Hati tambah berkobar-kobar nak pergi tunai haji bila join kursus haji bersiri kat taman perumahan. Semangat buat rayuan muasasah Tabung Haji (TH)
sejak 3 tahun lepas, kecewa juga la rayuan tak berjaya. Pada tahun ini, boleh dikatakan sangat kerap kami buat follow up dgn TH. Kekerapan dimulakan
dengan setiap bulan, lepas tu setiap minggu suami akan hubungi call centre TH dan saya akan email bertanyakan status rayuan. Jawapan yang sama juga
kami dapat iaitu tunggu hingga akhir ramadan. Sekiranya tidak dapat makluman/panggilan maka rayuan tidak berjaya. Namun begitu, sehingga mula
penerbangan haji pun kami masih hubungi TH. Tahniah atas kesabaran staf TH melayan panggilan dan email, jawapan tetap "standard" :).
Sampai lah minggu sebelum penerbangan akhir (6/8/18, Isnin) dpt message telegram ada kekosongan tempat untuk jemaah haji visa furada kat TA
Zahafiz...
Apa itu visa furada? Visa furada ialah kuota visa tambahan yang diberi oleh Kerajaan Arab Saudi kepada individu/travel agent. Ada yang panggil kuota
menteri, VVIP dsbnya, kami kenal menteri tapi menteri tak kenal kami ... hihihi ... Segala urusan haji adalah berhubung terus dengan kerajaan Arab
Saudi. Tiada kaitan dengan kuota TH (tidak menggangu giliran daftar haji). Kami tak dapat segala kemudahan yang disediakan oleh TH untuk jemaah nya
seperti perkhidmatan klinik / pengeluaran duit dll. Kos? publish rate pada tahun ini lebih kurang RM44k+ hingga mencecah ratusan ribu, namun begitu
tertakluk kepada pilihan pakej TA, ada yang bagi diskaun/ditaja sebahagian kos oleh tuanpunya TA/individu ..Alhamdulillah rezeki masing-masing.
Petang isnin (6/8/18) tu suami call, staf Zahafiz kata datang je bawak passport. Tak tidur malam bermesyuarat suami isteri . Teringat ustaz kata,
tengok ada tak aset ke harta kita yang berlebihan ... sila lah gunakan utk perbelanjaan pergi haji ... Allah akan gantikan yang lebih banyak ...Congak2 .. ok
insyaAllah .. jom kita p hantar dokumen esok!
Selasa pagi (7/8/18) lebih kurang 11:30pg pergilah kami ke HQ Zahafiz di Shah Alam dengan kereta berasingan kerana saya ke kampus SA terlebih
dahulu. Suami dari rumah, sebelum tu uruskan pengeluaran simpanan/cairkan aset apa yang patut.. bawak je la passport (dan standby fail dokumen
peribadi)... rupanya kena ada dokumen lain mcm salinan sijil nikah yg disahkan, kad suntikan, gambar ... semua dokumen kena ada sebelum pukul
2pm sbb nak p hantar ke kedutaan Arab Saudi. Ok berpecah, isteri balik rumah (perjalanan sehala 45 min) ambil kad suntikan (sebab isteri ada kuasa
magik tau di mana lokasi kad itu ). Suami ke pejabat JAIS untuk sahkan sijil nikah. Alhamdulillah 130pm sampai semula di pejabat Zahafiz. Staf Zahafiz
terus serahkan surat penerbangan untuk urusan cuti dsbgnya. Terus hubungi boss maklumkan ingin memohon cuti haji. Pada masa yang sama
memohon juga cuti secara online. Borang manual isi & hantar keesokan harinya.
Jumaat 10/8/18 dapat makluman visa lulus. Lepas maghrib, staf Zahafiz hubungi dan maklumkan ada kekosongan untuk penerbangan ahad kerana ada
permohonan lain belum lulus. Kami terpaksa tolak dan ikut jadual asal penerbangan pada rabu (15/8/18). Kalutlah tak dpt g ahad sbb isnin saya kerja
lagi, parent & adik pun belum sampai dari kg. Nak handover keje lg. Petang jumaat tu baru singgah ke pejabat HR untuk serahkan surat cuti haji.
Sabtu 11/8/18 ada kursus & taklimat keberangkatan di HQ Zahafiz. Tamat sehingga sebelum asar. Selesaikan semua bayaran pakej haji, pakej ulang-alik
semasa masyaer haji dan bayaran dam haji tamattuk. Dapat beg Zahafiz beserta kain ihram (suami) dan telekung (isteri). Singgah sebentar ke kedai haji
umrah untuk beli sedikit barangan. Selebihnya recycle je guna yang sedia ada.
Ahad 12/8/18 misi menyiapkan beg untuk berangkat. Anak-anak di bawah jagaan mak dan abah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat
kedua ibu bapaku. Anak-anak (Sarah - 13 tahun, Syimir - 10 tahun, Syabil - 8 tahun & Aisya - 5 tahun) telah dipersiapkan mental dan fizikal. Mereka dah
dimaklumkan mama dan ayah akan pergi haji sejak beberapa tahun yang lalu. Aisya selalu ikut kami berkursus haji setiap minggu. Dia pun suka nak ikut
sebab ada makan dan minum katanya..hihihi .. semasa kursus ada rehat minum pagi. Pihak masjid ada menyediakan jamuan ringan dan ada jemaah
yang selalu bersedekah makanan juga. Umpama mimpi dalam mimpi dapat tunai haji pada tahun ini. Kami bersyukur ya Allah atas segala kurniaanmu ...



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 2)

• sambungan ...
• Ahad 12/8/18

Petang ahad, kami menerima kunjungan daripada sepupu Azri Salleh Jr. & isteri (Ain). Malam pula banglong Idham Abdul Rahman & kaklong Amirah Nazah Tayeb datang berkongsi kisah haji mereka. Sumber
inspirasi buat adik-adik untuk tunai haji semasa usia muda.
• Isnin 13/8/18
Saya masih ke pejabat untuk urusan handover kerja sementara saya bercuti haji. Sekurang-kurangnya diharap semasa ketiadaan saya nanti tidak menyusahkan orang lain. Risau juga bagi notis pendek. Terima
kasih kepada Dekan PM Dr Haslinda San, Timbalan Dekan PM Dr Syufiza Shukor, PM Dr Salyani Osman, Ketua Jabatan Dr Hema Subramaniam dan rakan sekerja. Boss auditor ISO EOMS, Dr Hashimah Ismail,
PM Dr Aza Azlina . Team geran kinect IC Fairuz Rauf ketua SIG madam Nur Amlya, team geran Tahfiz Suhana Sharudin, team geran BDA MadamRoziyani Setik, kekanda phd Marliza Abdul Malik dll. Terima kasih
juga kepada pn Hanan Zakaria yang membantu urusan cuti saya. Dan ramai lagi yang tak tertagged. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
• Tengahari isnin, mak, abah & adik sampai dari kampung. Perancangan awal, anak-anak bersekolah minggu ni. dan minggu depan akan balik kg cuti sekolah + raya haji.
• Malam kami terima tamu yang datang ziarah. Terima kasih jiranku kak Mazrina Ariffin, mem Norkumalasari Mat Zin, kak Azue Aisyah, kak Faizah Abdul Wahab, Ijan Ijan, Suazlan Mt Aznam dan sepupuku kak
mai & abg kamal.
• Malam itu juga dapat call & disusuli message oleh petugas Zahafiz maklumkan jadual penerbangan. Rupanya makin awal jadual, perlu bertolak ke Kompleks TH esok!
• Tarikh Berkumpul : 14/08/2018 (Selasa)
Waktu Berkumpul : 9 Malam
Tempat Berkumpul : Tiang 25 & 26 Kawasan Anjung Tinjau Kompleks TH Sepang (Hotel Movenpick)
Tarikh Penerbangan : 15/08/2018 (Rabu)
Waktu Penerbangan : 4.10 Pagi
No Penerbangan : MH8186
• Selasa 14/8/18
Sebelum bertolak ke kompleks TH, menerima kunjungan dari jiranku memi Ila MyKhalish, Rill MyKhalish, kak Wan Fazwin, kak Ani Zainal Abidin, Emma Maria Hafidza, Ck Yans, kak Marshita & abg Zack.
Sahabat fakulti PM Dr Haslinda San, PM Dr Syufiza Shukor, Dr Salyani Osman, kak Rohaya Abu Hassan, adiktwin Siti Fatimah Omar, pn kem Nahdatul Akma Ahmad, kak lijj.
• Lebih kurang jam 7 ptg kami bertolak ke kompleks TH dihantar oleh adik. Anak-anak ok shj, tinggal di rumah. Solat jamak maghrib isyak di hentian Elmina, Guthrie. Tiba di Kompleks TH lebih kurang jam 9
malam. Petugas Zahafiz sedang setup meja pendaftaran. Kami perlu berkumpul di Tiang 25 & 26. Teruja dengan bangunan baru TH yang baru beroperasi tahun ini. Alhamdulillah rezeki kami, sepatutnya
pemegang visa furada terus ke KLIA untuk check-in tetapi kami berpeluang menjalani proses seperti jemaah TH. Syukur ya Allah atas nikmatmu.
• Adik beradik suami datang meraikan keberangkatan kami. Terima kasih banglong, kaklong, kakngah Suhaila Abdul Rahman & suami Razaidi Rahim. Doa dari kejauhan adik beradik yang lain, ngah Amy
Suhaimi dan Muzammel Abd Rahman, dr Rusmawati Amsan dan acu Syuhada ARahman. Turut meraikan jiran lama kami tn Sofi Samuri.
• Debaran semakin terasa ...
bersambung ...
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 3)

• sambungan ...
• Selasa 14/8/18 - Rabu 15/8/18

Kami berkumpul di Kompleks Tabung Haji, Sepang. Petugas Zahafiz mengagihkan tag & beg kain yang berisi tentatif ringkas semasa masyaer haji serta air mineral, roti & gula2
• Taklimat oleh Dato Seri Zainal Abidin (Zahafiz Travel & Tours) pada jam 1030mlm.
• Selepas itu lebih kurang jam 1130mlm kami masuk ke balai berlepas. Menerima passport, tiket penerbangan dan transit pass (untuk menaiki bas ke klia). Selepas itu proses imbasan

10 jari dan terus ke dewan menunggu dalam balai berlepas. Sementara menunggu jemaah lain melalui proses imbasan 10 jari, ada dijual makanan dan minuman di luar dewan
menunggu.
• Selesai semua jemaah melepasi proses imbasan 10 jari, taklimat dlm balai berlepas dijalankan. Selalu tengok fb live TH sahaja ...
• Setelah tamat taklimat, jemaah dipanggil baris demi baris untuk menaiki bas ke klia. Allahuakbar, syahdu rasa dapat nikmat naik bas konvoi ke KLIA diiringi oleh polis trafik. Kalau tak
silap ada 9-10 buah bas berkonvoi. Terasa sangat istimewa terima jemputan Allah ... para dyufurrahnan ...
• Setibanya di KLIA kami terus dibawa ke gate menunggu kapalterbang. Di sini la ada kelainan sedikit dengan jemaah TH. Walaupun telah melalui imbasan 10 jari / pre-authorization,
kami jemaah haji visa furada masih perlu melepasi proses di immigration Saudi di Jeddah Airport nanti. Sambil menunggu kapalterbang, boleh melawat kaunter (meja) staf bank islam
untuk tukar duit riyal.
• Lebih kurang jam 5 pagi waktu Malaysia kami berlepas dari Kuala Lumpur (KUL) ke Jeddah (JED). Jemaah semua telah siap berihram, dan perlu bermiqat niat umrah (bagi yang buat
Haji Tamattuk) atau niat Haji (bagi yang buat Haji Ifrad) di Qarnul Manazil. Lebih kurang sejam sebelum tiba di Jeddah, pilot akan buat pengumuman telah tiba di Qarnul Manazil.
Sekiranya jemaah risau tertidur, eloklah niat siap2 sebelum tido dalam kapal tu. Bermulalah 13 larangan ihram untuk umrah wajib haji kami.
• Di sebelah kerusi saya, kak Salamah. Jemaah visa furada tetapi travel agent lain. Datang seorang diri kerana suaminya telah menunaikan fardhu haji. Sangat merendah diri orangnya.
Pada mulanya kelihatan dia seperti kekok dalam kapalterbang. Sehinggakan bertanya kepada saya bagaimana nak ketatkan tali keselamatan dan dia maklumkan dia orang kampung.
Tapi bila bersembang lama-lama terkeluar cerita Maybank2u. Saya mengagak bukan calang-calang orang kampung ni. . Rupanya kak Sal ni pesara guru.
• Alhamdulillah penerbangan lebih kurang 8 jam berjalan lancar.
• bersambung ...
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 4)

• selingan sebelum sambung kisah haji kami
• Ada sahabat yang bertanya, apa beza Visa Haji Furada dengan Visa Haji menggunakan perkhidmatan Travel Agent (TA)

ataupun Tabung Haji (TH)?
• Saya cuba jawab dengan ayat/kefahaman saya ye. Setiap negara dapat kuota haji dari kerajaan Arab Saudi. Kiraannya

adalah 0.1% dari jumlah penduduk negara tersebut. Kuota rasmi bagi negara Malaysia pada tahun ini ialah 30,200. Pada
tahun lepas pun sama, kedengaran ada juga kuota tambahan bagi jemaah TH. Tahun-tahun sebelumnya kuota
dikurangkan kerana sedang dalam fasa renovasi/pembesaran MasjidilHaram. Bakal haji (BH) yang terpilih mengikut sistem
giliran pendaftaran boleh memilih samada menggunakan pakej haji muasasah TH (kos selepas subsidi ialah RM9980) atau
pun pakej haji swasta (harga tertakluk kepada pilihan pakej seperti saya lampirkan contoh flyers/iklan pakej haji yang
boleh didapati secara online). Semua jemaah ini adalah termasuk dalam kuota haji TH. BH dapat menggunakan segala
kemudahan yang ditawarkan oleh TH.
• Jemaah haji visa furada pula di bawah kuota haji tambahan kerajaan Arab Saudi yang diberikan kepada individu/travel
agent. Tidak berkaitan dengan kuota haji rasmi yang diberi kepada negara-negara dan tidak mengganggu giliran daftar haji
kita di TH. Koslebih tinggi dan jangkamasa di Mekah/Madinah adalah lebih singkat (<30 hari) berbanding jemaah haji TH
(>40 hari).
• Yang penting pastikan Travel Agent adalah dalam senarai/diluluskan oleh TH. Boleh terus hubungi TA untuk mengetahui
lebih lanjut kos dan pakej yang ditawarkan.
• PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH) 1439H
PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI MUSIM HAJI 1439H/2018M
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 5)

• Rabu 15/8/18
• Antara perbezaan jemaah TH dan jemaah visa furada ialah proses pre-authorization jemaah TH selesai di Malaysia. Sejurus tiba di airport Jeddah,

jemaah terus dibawa ke hotel. Tak perlu melalui proses imigresen Saudi sebab semua dah buat di Malaysia. Alhamdulillah, kemudahan bagi
jemaah TH Malaysia.
• Bagi kami jemaah visa furada panjang lagi kisahnya . Kami tiba di Jeddah pada pukul 8pg waktu Mekah. Perbezaan waktu Malaysia dan Mekah
ialah 5 jam. 8pg Mekah bersamaan 1ptg Malaysia. Seperti biasa bas transit akan mengambil jemaah dari kapal terbang dan bawa ke terminal haji.
Namun begitu, hanya sebahagian sahaja jemaah yang dah turun. Kami masih menunggu ketibaan bas transit yang tidak kunjung tiba. Agak lama
juga kami perlu menunggu. Pilot dan pramugari pun pelik juga. Tidak pernah berlaku. Melalui pengalaman umrah yang lalu, kami turun flight di
sini pun tak pernah terjadi kes bas transit yang delay. Selalunya bas transit laju je ulang-alik ambil hantar jemaah. Melihat jemaah dah resah
gelisah menunggu di jadapan pintu keluar, pramugari menjemput jemaah yang nak ronda-ronda kapalterbang dipersilakan. Boleh duduk
menunggu di seat bussiness class mahupun guna toilet VIP. Kapalterbang A380 ni jenis besar, 2 tingkat. Sempat la saya "merayau" ke toilet VIP di
tingkat atas sebab toilet bawah penuh ... agaknya inilah "rezeki" dapat melihat/menggunakan toilet mewah. Saiz keluasannya 2-3 kali ganda
saiz toilet economy class .
• Sempat juga bersembang dengan jemaah lain/TA lain . MasyaAllah ramai rupanya tinggal di kejiranan yang berhampiran.
• Setelah menunggu lebih setengah jam, akhirnya bas transit tiba. Kami dibawa ke bilik tamu VIP. Allahuakbar, tak pernah lagi dapat layanan
istimewa begini. Syukur Alhamdulillah, selepas itu terus melalui kaunter imigresen. Sangat lancar dan seterusnya ambil bagasi masing-masing.
• Keluar dari balai ketibaan, kami perlu serahkan passport kepada petugas Zahafiz untuk urusan pendaftaran/bayaran menaiki bas oleh muasasah
Saudi. Antara ujian kesabaran & penantian.Kami tidur, bangun tidur di kerusi menunggu. Masuk waktu Zuhur terus solat jamak sekali Asar.
Kumpulan jemaah kami menunggu lebih kurang 4-5 jam untuk menaiki bas dari Jeddah ke Mekah. Passport keluar sedikit demi sedikit. Jemaah
dah keletihan, perjalanan sejak semalam (hampir 24 jam). Dah naik bas terpaksa menunggu lagi lebih sejam. Tetapi syukur dalam bas ada aircond
& charger usb .
• Perjalanan ke Mekah dari airport Jeddah hanya lebih kurang sejam sahaja, tetapi perlu berhenti sebentar di checkpoint pilgrim untuk urusan
passport dengan muasasah. Dapat air zamzam botol kecil. Alhamdulillah ...
• Kami masuk Mekah hampir waktu maghrib maka terpaksa menunggu dalam bas sehingga isyak kerana jalan tutup ke hotel.
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada

visahajifurada

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 6)

• Rabu 15/8/18
sambungan kami baru tiba di Mekah.

• Allahuakbar gembiranya hati bila dapat melihat rumah Allah, tiba di tempat yang penuh barakah, tempat lahirnya Nabi
Muhammad S.A.W, tempat diturunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan pelbagai lagi sejarah tamadun Islam.

• Bas kami tiba selepas waktu Isyak di Hotel Rayyana Ajyad Mekah. Berduyun-duyun dyufurrahman baru pulang dari
MasjidilHaram.Dari pandangan mata terlihat jelas pintu/bangunan/lampu MasjidilHaram. Allahuakbar, terasa seperti nak
berlari je menuju ke kaabah. Rindunyaaa...

• Para jemaah bas kami dibawa makan ke tingkat "R" untuk makan malam. Selepas itu ke kaunter petugas Zahafiz di lobi
untuk mengambil kunci bilik masing-masing. Jemaah ada yang ditempatkan di hotel-hotel lain seperti Mira Ajyad, Saraya
Hotel, Malaq Hotel, Movenpick dll (mengikut pakej masing-masing).

• Kami ditempatkan di Rayyana Ajyad Hotel. Suami bilik No. 504 dan saya bilik No. 507. Alhamdulillah dapat rezeki hotel
yang selesa, jarak lebih kurang 300m, dapat ulang-alik solat jemaah 5 waktu .

• Antara doa sebelum pergi haji ni penting kena doa banyak2 semoga dapat roomate yang baik2 ... nak dok sama-sama
agak lama juga ... hehehe... Alhamdulillah roomates best! Terima kasih kak hajjah Ida, kak Nik dan Cik Timah ... seronok
dalam bilik ada miss 30s, 40s, 50s & 60s tapi Alhamdulillah sefahaman

• Masuk ke bilik sekejap dan terus bersiap pergi ke MasjidilHaram untuk selesaikan kerja umrah. Alhamdulillah sebelum
subuh selesai tawaf, saie & tahallul. Maka terlepaslah 13 larangan ihram. Syukurrr, terus tunggu masuk waktu subuh.

• "Fasabbrunnn jameeellll" (sabarrrr itu indah)
• #hajj2018

#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 7)

• Khamis 16/8/18
• Pada musim haji terutama hampir hari wukuf, sangat padat dengan jemaah dari seluruh dunia. Kepadatan jemaah sangat luar biasa, tak macam bila kita datang umrah pada bukan bulan haji.
• Untuk melaksanakan 7 kali pusingan tawaf di dataran pada musim umrah biasa selalunya dalam setengah jam selesai tetapi pada musim haji ni makan masa hingga sejam. Kita terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana laluan sangat sesak. Jemaah asia seperti orang Malaysia ni bersaiz comel2,

insyaAllah boleh menyelit2 asalkan tidak menggangu ibadah orang lain. Ada juga jemaah yang suka menolak2/"melekap" di belakang kita, maka bagi je diorang jalan dulu .
• Untuk buat solat sunat selepas tawaf pun terpaksa cari kawasan yang agak "selamat" dan tidak mengganggu laluan orang lain. Kalau tidak memang meriah kedengaran jeritan "thariq thariq thariq ...".
• Untuk Saie (ulang-alik bukit Safaa - Marwa) tiada masalah, walaupun jemaah padat tapi trafik lancar . Terasa sangat meriah bila jemaah Indonesia bersama-sama buat Saie sebab mereka akan sama-sama baca doa ikut mutawwif/leader mereka.

Saya suka tengok "uniform" mereka. Senang nak kenalpasti kumpulan jemaah.
• Selepas selesai umrah wajib haji dan menunaikan solat subuh di MasjidilHaram, kami pun balik ke hotel.

Sarapan secara buffet disediakan selepas subuh.
• Selalunya kami antara jemaah yang lambat juga sampai dewan makan sebab selalu tunggu laluan agak clear terlebih dahulu baru keluar MasjidilHaram.
• Sementara menunggu pergerakan ke Arafah pada hari sebelum wukuf iaitu pada 19 Ogos 2018, aktiviti harian kami seperti berikut:
• Pagi

*bertolak sejam awal ke MasjidilHaram sebelum Subuh iaitu lebih kurang jam 330pg
*solat sunat tahajjud/taubat/hajat/tasbih dll
*mengaji Al-quran & baca terjemahan
*subuh berjemaah
*balik hotel, sarapan
*rehat di bilik / cuci pakaian
• Tengahari
*bertolak sejam awal ke MasjidilHaram sebelum Zuhur iaitu lebih kurang jam 11pg+
*solat sunat dhuha/hajat dll
*mengaji Al-quran & baca terjemahan
*Zuhur berjemaah
*balik hotel, makan tengahari
*rehat
• Petang - malam
*bertolak 45min awal ke MasjidilHaram sebelum Asar iaitu lebih kurang jam 3ptg+
*mengaji Al-quran & baca terjemahan
*Asar berjemaah
*Tawaf sunat
*ronda-ronda MasjidilHaram (time ni la nak snap2 gambar buat kenangan)
* Maghrib berjemaah
*Isyak berjemaah
*balik hotel, makan malam
*kuliyyah / revision haji di Dewan Makan
• Debaran semakin memuncak bila hampir hari wukuf ...
• bersambung
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 8 )

• Ahad 19/8/18 (8 Zulhijjah 1439H)
Barang-barang untuk dibawa ke Arafah telah disiapkan. Kami memilih pakej ulang-alik (jemaah akan tidur satu malam di khemah Arafah, mabit di Mudzalifah, berulang-alik Mekah-
Mina (mabit) dan melontar jamrah)

• Antara senarai barang keperluan yang dibawa ke Arafah:
1. berus gigi, sabun, tissue, gunting, hanger
2. ubat-ubatan
3. buku panduan doa / quran
4. towel kecil / ringan
5. spray wudhu
6. sejadah
7. tikar lipat / kerusi lipat
8. sepasang baju/sepersalinan/kain ihram (lelaki)
9. kasut yg sesuai
10. cermin mata hitam
11. Bekalan makanan - sambal/cili sos (terima kasih kak sal & sahabat GST)

• Seusai solat Zuhur dan makan tengahari, kami dimaklumkan bas muasasah telah tiba untuk membawa kami jemaah ulang-alik ke Arafah. Hati dah berdebar-debar. Bakal bermulalah
kerja haji kami. Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan semua jemaah mengerjakan haji pada tahun ini. Semua telah bersiap-sedia (mandi sunat, solat sunat ihram dan pakai
kain ihram bagi jemaah lelaki). Di dalam bas, mutawwif mengingatkan jemaah untuk berniat haji (bagi yang membuat haji tamattuk).

• Kami tiba di Arafah lebih kurang jam 3 petang. Melihat keadaan padang Arafah terpasang banyak sungguh khemah / Marque Tent. Jemaah dibahagikan mengikut maktab masing-
masing. Dalam maktab berpagar ada banyak khemah. Kami ditempatkan di Maktab 78 (Jemaah pakej ulang-alik Zahafiz). Syukur keadaan di dalam khemah sangat selesa. Jiran-jiran
tilam pun best2. Macam2 gaya macam2 ragam. Rindu semua aktiviti kita di sana. (kak ida, Datin Atee, Datin Roy, kak Lyza, kak Ima, kak Jah, kak Loy, kak Wan, Cik Asmah dan ramai
lagi .. tak tertulis nama). Masing-masing bukak bekalan untuk dikongsi bersama. Bekerjasama menjaga keharmonian khemah .. hehehe...

• Pada masa ini, jemaah lain tiba berperingkat. Belum padat mahupun panjang barisan di tandas lagi. Kami solat Asar berjemaah di dalam khemah Arafah.
• Sedang kami solat jamak Maghrib & Isyak, kedengaran angin sangat kuat diluar khemah dan blackout. Rupanya ribut pasir di luar dan bekalan elektrik diputuskan untuk keselamatan.

Masing-masing tidak putus berdoa agar Allah melindungi semua.
• Ada yang WA bertanya keadaan kami, banyak video dan berita yang lebih laju sampai di tanahair. Alhamdulillah kami OK.
• bersambung ...
• #hajj2018

#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 9)

• Isnin 20 Ogos 2018 (9 Zulhijjah 1439H)
• Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua. Hari kemuncak haji iaitu berwukuf di Arafah. Jutaan jemaah berkumpul di sini. Bagaikan di padang mahsyar. Semua orang sama

berpakaian putih, berihram. Tidak kira pangkat dan usia. Semua mengharapkan keredhaan Allah, semoga Allah terima amal ibadat...
• Pagi sebelum subuh sudah agak panjang barisan di WC (water closet) aka tandas/bilik air. Kami beratur (kak ida, kak atee dan saya), plan sama-sama nak mandi lepas subuh nnt sebab

nak cepat/pendekkan barisan. Masuk toilet sekejap je utk menunaikan hajat kecil dan gosok gigi . Tempat ambil wuduk di luar bilik air. Ada juga yang gosok gigi di situ.
• Alhamdulillah dapat subuh berjemaah di dalam khemah. Seusai solat terus ke WC. Memang clear! Boleh terus masuk toilet dan mandi (takde lah beriya2 mandi, setakat

mbasahkan/menyegarkan badan). Alhamdulillah nikmat ...
• Selepas itu bersarapan. Boleh bancuh air panas. Setiap jemaah dapat set cawan plastik dan paket2 teh/kopi/gula/krimer yang dibekalkan oleh Muasasah untuk sepanjang berada di

Arafah & Mina (Masyaer Haji).
• Aktiviti selepas sarapan adalah bebas. Ada yang mengaji, tunaikan solat sunat dhuha/hajat, berzikir dll. Jemaah juga dinasihatkan untuk berehat/nap sebelum zuhur. Selepas itu kami

diarahkan untuk mengemas kawasan tempat tidur, tilam disusun di tepi untuk dijadikan kawasan surau (tirai kanvas antara jemaah lelaki & perempuan dibuka).
• Apabila tiba waktunya, masing-masing dah bersedia untuk mendengar khutbah Arafah. Semua jemaah tekun mendengar dari speaker di khemah masing-masing. Masuk waktu Zuhur,

solat jemaah jamak tamam Zuhur & Asar. Zikrullah dan doa semasa berwukuf dipimpin oleh Ustaz Fauzi.
• Hati dah sebak memikirkan betapa banyaknya dosa sepanjang hidup ni namun Allah masih beri peluang untuk bertaubat dan pilih jadi tamuNya... Allahuakbar ...
• Selepas itu jemaah yang datang bersama suami dipanggil untuk mencari/mohon maaf kepada pasangan masing-masing. Berjujuran airmata
• Selepas asar, jemaah keluar dari khemah dan mencari tempat masing-masing untuk berdoa. Mohon lah kepada Allah bersungguh-sungguh. Senarai kiriman doa pun dibaca.
• "Ya Allah! Inilah doaku, Engkau sahaja yang layak memperkenankannya dan inilah juga kesungguhanku ... hanya kepadaMu aku bertawakkal ..."
• bersambung ...
• #hajj2018

#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 10)

• Isnin 20 Ogos 2018M (9 Zulhijjah 1439H)
• Apabila masuk nya waktu maghrib maka berakhirlah wukuf di Arafah. Macam-macam perasaan ada, hiba, sedih mengenangkan entah bila lagi akan merasai suasana ini, saat semua doa diangkat Allah dan gembira/terharu dapat melaksanakan Rukun Haji yang utama.
• Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW:
• ‫ا ْل َح ُّج َع َرفَة‬
• Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''
• Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad.
• Selepas solat Maghrib & Isyak berjemaah (Jamak Tamam), kami terus bersiap-siap untuk bergerak ke Mudzalifah. Jemaah dibahagikan mengikut bas masing-masing yang disewa khas oleh pihak Zahafiz.
• Sebelum kerja haji bermula lagi kami telah diberi taklimat berkenaan pergerakan pakej ulang-alik dan permasalahan yang mungkin menjadi kesukaran kepada jemaah-jemaah. Maka kami telah menyiapkan fizikal dan mental bakal memerlukan pergerakan yang pantas dan banyak berjalan kaki

dari satu point ke satu point.
• Jarak antara khemah kami ke bas lebih kurang 500-1000 meter. Bas sewa khas terpaksa ditempatkan di seberang jalan dan jemaah terpaksa melintas pembahagi jalan yang agak tinggi untuk ke bas. Masa tu memang rasa sangat bersemangat bagaikan pasukan beruniform yang ada aktiviti

menyusup2 pagar ni (Mak aji - mak aji semua fit steady langkau tembok tinggi & susup pagau ). Keadaan lalulintas adalah sibuk namun petugas ada untuk bagi hint ok lintasssss.
• Selepas itu bas bergerak ke Mudzalifah untuk bermabit. Masing-masing agak keletihan juga sebab daripada sebelum zuhur memang full swing tenaga fokus untuk aktiviti berwukuf di Arafah. Cukup masa bermabit di Mudzalifah, bas pun bergerak ke hotel. Namun berikutan jalan banyak

ditutup, kami diturunkan di terowong bawah tanah dan naik melewati hotel Swissotel terus ke Rayyana Hotel. Tiba di hotel kami letak beg-beg sahaja dan siapkan diri untuk ke masjid.
• Jam hampir 3pagi namun kami semangat untuk terus ke MasjidilHaram menyelesaikan rukun haji (tawaf, saie serta bergunting/bercukur) bagi Tahallul Awwal (terlepas 10 larangan ihram).
• Kami terus menuju ke kaabah dan mulakan tawaf haji.Cukup 7 pusingan, beredar luar pusingan tawaf dan tunaikan solat sunat tawaf. Selepas itu kami melaksanakan saie (ulang alik 7 kali antara bukit Safaa & Marwa). Apabila kepenatan kami berhenti sebentar minum air zamzam & nap

sekejap. Rasa mengantuk sangat. Selesai saie, saya bergunting. Syukur saya selesai bertahallul awwal. Suami tunggu nak terus bercukur kepala di luar nanti.
• Solat subuh berjemaah & solat jenazah di kawasan Saie. Kedengaran jemaah bertakbir raya. Allahuakbar sayunyaaa hati ...

baru teringat anak2, mak abah, adik beradik ipar duai, anak sedara, sedara mara, jiran-jiran, kawan-kawan, raya, ketupat, rendang, lembu korban dll
• Lebih kurang jam 630pg imam mula berkhutbah raya & terus dirikan solat sunat raya aidil-adha.
• Selepas itu kami balik ke hotel. Kami telah dimaklumkan sepanjang masyaer haji hingga 12 Zulhijjah (Arafah-Mudzalifah - Mina) ini makanan tidak disediakan di dewan makan (kerana semua allocation makanan jemaah disediakan oleh Muasasah Arab). Maka kami beli makanan di gerai

berhampiran hotel dan makan di dewan makan.
• Allahuakbar. Kenangan manis beraya di tanah suci Makkah al-Mukarramah.
• bersambung ...
• #hajj2018

#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 11)

• Selasa 21/8/18 (10 Zulhijjah 1439H)
Selepas bersarapan di Dewan Makan, kami naik ke bilik masing-masing dan berehat.

• Lebih kurang jam 11pg bergerak ke MasjidilHaram untuk solat Zuhur. Kemudian balik ke hotel.
• Solat asar pula semua jemaah ulang-alik dinasihatkan untuk standby bas akan tiba bila-bila masa. Sebelum azan asar petugas maklumkan bas telah tiba di Hotel Mira. Ada jemaah

terus ke Hotel Mira & solat di sana. Kami solat berjemaah di lobi Hotel Rayyana kemudian bergerak pantas ke Hotel Mira. Jalan kaki lebih kurang 600m. Sampai di sana dah beratur
bas untuk membawa kami ke Mina ( Jamrah) untuk bermabit.
• Bas bergerak membawa jemaah ulang-alik. Kalau tak silap ada 4 bas. Sepanjang perjalanan nampak ada jemaah berjalan kaki dari Mina ke Mekah/Mekah ke Mina.
• Bas tidak berhenti di hadapan Jamrat. Maka jemaah perlu berjalan kaki menuju kawasan Jamrat. Jumlah jarak lebih kurang 1km. Ada lalu terowong dari arah Shisa yg jarak lebih
kurang 760m. Namun begitu ada perkhidmatan kerusi roda untuk jemaah yang tak larat (bayaran sendiri). Memang best tgk petugas2 kerusi roda ni sorong. Laju betul!
• Keluar dari terowong tu tak jauh dah tempat melontar Jamratul Kubro (Aqobah). 7 biji batu dah diagihkan semasa di hotel sebelum naik bas tadi (boleh juga ambil lebih utk
standby ). Berdebar juga, pertama kali nak melontar ni.
• "Bismillahi wallahu akbar..."
• Alhamdulillah selesai melontar Jamratul Kubro (Aqobah).
• Kemudian kami dibawa ke kawasan khemah 112. Dan jemaah boleh ambil tempat di sekitar/tepi jalan/padang etc. Semasa bermabit, pihak polis akan datang mengarahkan jemaah ke
tempat lain atau membunyikan siren sekiranya kawasan tersebut terlampau sesak. Maka terpaksa berpindah cari tempat lain. Bersyukur sangat bawa kerusi lipat Mr DIY. .
Berehat, mengaji, berzikir, makan, minum, solat maghrib & isyak di tepi jalan bersama jemaah Zahafiz dan negara lain pun ada.
• Kelihatan juga jemaah-jemaah lalu lalang menuju jamrah sambil bertakbir raya. Sambung syahdu ...
• Cukup masa bermabit, kami bergerak ke bas. Berjalan kaki lebih kurang 1km ke bas di seberang terowong nunnn. Dan pulang ke hotel. Seperti dijangka banyak jalan ditutup, kami
terpaksa tukar bas merah (Saptco) dari Kudai ke hentian di belakang Clock Tower. Jalan kaki lebih kurang 500m juga la ke hotel sambil tersengguk-sengguk mengantuk tengah2
pagi
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada




• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 12)

• Rabu 21/8/18 (11 Zulhijjah 1439H)
• Solat Zuhur dan Asar seperti biasa berulang-alik ke MasjidilHaram.
• Solat maghrib & isyak pula berkumpul di lobi dan terus bergerak dari Hotel Rayyana ke bus stop movenpick (di belakang clock tower)
• Batu-batu untuk melontar jamrah (jamatat ula, wusta dan kubro) diagihkan sementara menunggu bas Saptco merah untuk tukar bas sewa khas Zahafiz. Kami perlu ambil batu untuk

lontaran 11 & 12 Zulhijjah. Jumlah batu yang perlu diambil sekurang-kurangnya 42 biji (7 biji x 3 jamrah x 2 hari).
• Kemudian kami naik bas Saptco merah ke hentian bas Kuday. Jam 10mlm bas sewa khas tiba dan bergerak ke Mina.
• Tiba di sana, seperti semalam kami diturunkan berhampiran terowong (King Fahd Road Tunnel) dan berjalan kaki menuju kompleks Jamrah. Kami diarahkan untuk menaiki eacalator

dan pergi ke tingkat paling atas untuk melontar jamrah. Semalam di aras bawah sahaja. Alhamdulillah lebih kurang 1145mlm kami selesai melontar 3 jamarat (jamarat ula, wusta,
kubro).
• Selepas itu jemaah perlu bermabit di kawasan sekitar sehingga menjelang subuh esok pagi untuk melontar 3 jamarat lagi dan selesai Nafar Awwal.
• Kali ini kami tak bawa bekalan makanan seperti semalam sebab dah merancang nak beli set Al-Baik . Sementara bermabit boleh la menunggu beratur di Al-Baik. Lagi pun dah
makan sebelum bertolak ke Mina.
• Khamis 22/8/18 (12 Zulhijjah 1439H)
• Pada tengah malam ni agak mengantuk yang extreme sebab betul-betul kena waktu tidur. Cari tempat strategik dan saya dapat tidur dengan nyenyak! Alhamdulillah, nikmat tidur
semasa bermabit (tanpa dihalau polis ). Sebelah kami jemaah arab wanita, ada anak2 comel sekali main-main dengan kami ... mereka berselawat/berzikir .. kita pun boleh join
sekali ...
• Apabila masuk waktu subuh, kami solat berjemaah di tepi jalan. Berhampiran laluan nak masuk naik escalator ke tempat melontar semalam.
• Sesudah itu kami pun beramai-ramai pergi melontar melontar 3 jamarat (jamarat ula, wusta, kubro). Dan niat meninggalkan Mina pada musim haji tahun ini untuk Nafar Awal. Hati
bercampur baur sebak gembira Alhamdulillah secara rasminya tamatlah sudah kerja haji kami. Syukur Allah permudahkan segala urusan ...
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



13

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 14 : Umrah & Ziarah Luar)

• 24 Ogos - 6 September 2018M @ Makkah Al Mukarramah
• Selepas selesai kerja haji, barulah kami mengerjakan umrah sunat/badal umrah/niat pahala umrah utk arwah (arwah ibu bapa mertua/arwah kak

ani/arwah datuk & nenek). Pihak TA (travel Agent) ada menyediakan bas/van untuk bermiqat dan boleh juga pergi sendiri menaiki taxi Ajrah atau
pun bas Saptco.
Antara tempat bermiqat (niat umrah) pada musim haji ini (1439H):
-Qarnul Manazil (dalam pesawat dari Malaysia terus ke Makkah pada 15 Ogos 2018)
- Tan'iem
- Ji'ranah
- Hudaibiyah
• 28 Ogos 2018
Antara aktiviti ziarah luar iaitu melawat Muzium Haramain dan para jemaah yang ingin menunaikan umrah boleh terus bersiap sedia untuk
berihram dan bermiqat di Masjid Hudaibiyah.
• 29 Ogos 18
Ziarah manasik haji
Jabal Tsur - Jabal Rahmah - arafah - mudzalifah - kompleks jamrat
• Allahuakbar sayu hati melihat kembali tempat semua umat islam berkumpul mengerjakan fardhu haji pada minggu lepas. Terbayang-bayang
suasana wukuf di Arafah, sebelum itu kejadian ribut pasir. Kemudian mabit di mudzalifah dan ulang-alik Mekah - Mina, melontar jamrah di
kompleks Jamrah. Alhamdulillah syukur ya Allah atas segala nikmat yang kau berikan ya Allah. Semoga Allah terima kerja haji kami ...
Semoga kami diberi peluang untuk jadi tamu Allah lagi dan lagi hingga pengakhiran hayat kami ...
• Selepas lawatan, kami di bawa untuk bermiqat di Ja'ranah.
• Pada hari-hari seterusnya jemaah kebanyakan memilih untuk bermiqat di Masjid Tana'im kerana lokasinya yang paling hampir ke tanah halal di
Makkah. Sekiranya menaiki taxi ajrah kos lebih kurang SAR50 atau bas merah saptco hanya SAR3.
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 15 - memori I)

• Jadual rutin kami di Makkah adalah ulang-alik ke masjidilharam pada waktu Subuh, Zuhur & Asar - Isyak.
Alhamdulillah, Allah maha mengasihi dengan rezeki saya yang tidak dapat berlama-lamaan di tanah haram sepanjang musim haji ini (hanya 26 hari sahaja kerana menggunakan pakej
haji visa furada), jadual ABC saya tidak kena pada sepanjang tempoh di sana. Maka kami dapat memaksimumkan masa di masjidilharam dan umpama tertutup pula hati nak
"melontar/tawaf kidai". Tapi saya sangat seronok melihat jemaah balik masjid bawak berbondong2 hasil tangkapan / membeli untuk insan tersayang di tanahair. Semoga
diperluaskan rezeki mereka dapat menggembirakan orang lain/beri hadiah... Selalunya lepas asar tak balik hotel tetapi keluar masjid utk ke toilet atau jalan2 sekitar bin dawood nak
beli makanan/minuman atau ronda2 dalam masjid shj. Dan masuk kembali ke masjid cepat2 risau petugas tutup akses ke ground floor atau first floor.

• Pada 3 September 2018, sejurus solat maghrib, seperti biasa saya dan suami akan mencari "port lepak" sementara menunggu waktu solat isyak pula. Antara aktiviti yg dibuat ialah
mengaji AlQuran, baca tafsir, discussion (almaklum bilik berasingan), hubungi anak2 guna video call WA atau IMO, check/update perkembangan terkini dll.

• Tiba-tiba seorang makcik (dari pengenalan diri/beg kuning senang nak kenalpasti jemaah muasasah TH) datang bertegur-sapa dan bercerita dia dan suami baru lepas tawaf sunat, nak
cari pintu 84 untuk keluar balik hotel Land Premium. Suami bagitau takpe lepas solat Isyak nanti boleh ikut kami. Kami pun pelawa duduk je dulu kat port kami ni. Makcik menolak
dan maklumkan dia dah janji ngan pakcik kat tempat solat perempuan (dekat je situ). Saya pun ok je sambil keep on eyeing makcik dah duduk kat saf. Kelihatan sekejap2 mengurut
kaki dan melihat2 kami sambil berwajah gelisah/kerisauan. Lebih kurang 15 minit kemudian saya pun duduk sebelah makcik. Makcik pun bersembang la bagitau lenguh kaki/penat
(berjalan kaki dgn kudrat tua nya dari hotel ke masjid lebih kurang setengah jam dan tawaf ambil masa sejam lebih juga). Tak lama lepas tu azan isyak berkumandang.

• Selesai solat isyak, solat jenazah & solat sunat ba'diah, kami pun ke arah suami yg sedang menunggu. Pakcik baru selesai solat di saf nya dan berdiri mencari isterinya. Suami menegur
pakcik dan bagitau nak tunjukkan jalan pintu keluar. MasyaAllah kelihatan dia bersyukur dan hampir menitiskan airmata dan berkongsi cerita selepas solat tadi dia berdoa sungguh2
dapat bantuan Allah untuk pulang ke hotel.
Dalam perjalanan keluar masjid dengan meredah jemaah yang sangat ramai, bersambung tangan makcik memegang erat tangan saya dan pakcik sambung kepada suami.
Alhamdulillah dapat keluar pintu yang dicari. Pakcik makcik sangat gembira, sehingga pakcik dah keluarkan duit riyal nak bagi upah. MasyaAllah pakcik makcik, tak perlu la upah2
kami pun nak keluar masjid juga balik ke hotel sama arah. Selepas itu kami pun berpisah menuju destinasi masing-masing. Semoga Allah kurniakan pakcik makcik kekuatan dan
kesihatan yang baik.

• Allahuakbar, bukannya memikirkan/nak bercerita kisah kami membantu jemaah lain ke apa tapi lebih muhasabah diri sendiri satu masa nanti kami pun akan tua (andai dipanjangkan
umur), bagaimanalah keadaan kami masa tu. Masih kuatkah kudrat nak ulang-alik masjid seperti sekarang. Semakin bertambah syukur dengan nikmat Allah berikan sekarang.
Allhamdulillah ❤

• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 16 - memori II)
Hujan Rahmat
Alhamdulillah sepanjang 3 minggu di bumi makkah kami merasa 3 kali hujan. Pertama kali semasa di Arafah, hujan beserta
ribut pasir.
Kali kedua kami di dalam masjidilharam. (lepas asar menunggu maghrib). Pada masa tu kami di mataf scooter (suka sangat
view dari sini sebab agak "lengang" dan dapat lihat view penuh kaabah). Awalnya tak perasan pun hujan sebab di dalam
bangunan, bila renung kaabah, masyaAllah kelihatan air hujan mencurah2 turun melalui pancur emas di atas kaabah ...
Allahuakbar seronoknya dapat hujan apabila terasa sejuk di dalam keadaan cuaca yang sangat panas/kering berbanding di
tanahair. Purata suhu di sana waktu subuh lebih kurang 35-36°c, tengahari pula menjangkau 49-50°c.
Kali ketiga selepas isyak. Selalunya selepas isyak kami bertolak lewat sedikit untuk mengelakkan "jammed" (jalan kaki pun

jammed musim haji ni ). Tetapi hari tu awal sikit terus gerak balik hotel. Singgah toilet (WC) sebentar, keluar tu dah rasa

angin kuat lain macam. Kami pun jalan beramai-ramai. Subhanallah merasa melayang-layang badan (walaupun tak berapa

kurus ). Kelihatan plastik/barang2 beterbangan. Allahuakbar, ribut pasir!. Kami terus berlari menuju ke hotel. Tak jauh..

tinggal 150m je tapi terasa beratnyaaa melangkah sbb dalam angin yg kuat (macam kita lari kat pasir tepi pantai). Terus
masuk hotel dan kedengaran air hujan pun turun ... Alhamdulillah kami selamat tiba di hotel, terus naik tingkat "R" untuk ke
dewan makan. Sampai atas terus ke tingkap, lihat ramai jemaah terperangkap dalam hujan, terpaksa berteduh di bawah
flyover. Tak lama selepas itu hujan pun reda. Selepas makan terus naik bilik. Cuci telekung & pakaian. Bertukar warna pasir

dah . Pengalaman bermakna sungguh.

#hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 17 Memori III)

• Dewan makan Hotel Rayyana Ajyad Makkah merupakan tempat merapatkan ukhwah sesama jemaah. Para tamu Allah yang menerima jemputanNya, hanya dengan keizinanNya kita
dapat berkumpul di sini. Pelbagai kisah yang dikongsi bersama, di sebalik ketibaan jemaah menunaikan fardhu haji pada musim haji tahun ini (1439H).

• Alhamdulillah dipertemukan dengan teman sebilik yang sangat baik. Masing-masing berbeza personaliti namun ada titik kesefahaman. Allah hadirkan kak hjh Ida jadi teman sebilik
dapat mengubat sedikit kerinduan arwah kakak (satu-satunya kakak kandung yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Karakter kak hjh Ida sgt sama dgn arwah kak ani. Sangat
ceria dan macam2 cerita setiap hari yang akan dikongsi bersama. Kak hjh che timah, kak hjh nik dan saya pendengar setia ...hihihi... bilik No 507, Hotel Rayyana Ajyad

• Teman sebilik suami pun baik-baik (Hj Tengku, Hj Ipin, & Hj Salim. Pasangan mereka (Hjh Pah, Hjh Nani & Hjh Siti) tinggal di bilik berhampiran, satu aras juga. Hj Ipin datang bersama
Hjh Nani dan anak perempuan (Hjh Iffah & Hjh Abby). Hj Salim datang bersama isteri Hjh Siti dan kakak Hj Salim iaitu Hjh Timah. Hj Tengku (Ku Mie/Ayah Ku) kerap juga makan semeja
dengan kami. Seronok dengar kisah dia dan kak hjh Pah membesarkan, mendidik anak-anak mereka. Sekarang anak-anak dah besar dan ada yang sudah berumahtangga. Tips yang
sangat bermanfaat boleh la kami ikut dalam fasa membesarkan anak-anak ni. bilik No 504, Hotel Rayyana Ajyad

• Selain teman-teman sebilik yang banyak berkongsi kisah suka duka di bumi yang penuh barakah, kami juga dipertemukan dengan insan hebat yang lain. Antaranya Hj Rossly dan Hjh
Asmah. Kami sangat kagum dengan cara Hj Rossly yang sangat menjaga/melayan isterinya. Tutur katanya yang penuh kelembutan dan sopan-santun. Seronok juga bersembang dgn
Hjh Asmah, macam2 kisah juga cerita perihal anak-anak dan rumahtangga. Rupanya Hj Rossly ni bekas juruterbang MAS. MasyaAllah sangat merendah diri orangnya.

• Pasangan hebat lain ialah Hjh Nazvin dan Hj Ezuwan. Teringat pertemuan pertama di dewan makan. Pada malam itu kami agak lewat tiba di dewan makan. Selalu lewat juga tapi
malam tu extra lewat sebab bertemu dengan sepupu kesayangan kak hjh Zureen. Bila sampai terus ambil makanan dan dapat meja berhampiran meja buffet. Kami baru mula makan
dan ada kuliah agama. Sambil makan dapat la mendengar kuliah malam tu. Hjh Nazvin & suami pun baru tiba dan terus duduk di meja kami. Hanya nampak suaminya bertongkat.
Selepas tamat kuliah kami pun bersembang. Subhanallah rupanya Hj Ezuwan kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan. Allahuakbar besar dugaan mereka sekeluarga.

• Kami juga direzekikan bertemu dengan Hj Zainuddin dan Hjh Mazwin. Allahuakbar, rumah mereka berhampiran dengan kediaman kami juga dan yang paling istimewa kami sama-
sama hadiri kursus haji di masjid An Nur Saujana Utama. Berkongsi rasa sedih bila rayuan haji TH tak berjaya namun masih berharap Allah menjemput menunaikan haji musim ini.

• Pelbagai kisah sahabat haji yang lain (ramai lagi tak tercatat nama tapi ingat muka) seperti Hj Aziz dan Hjh Zunaidah, Hj Ibrahim dan Hjh Midah dan hj hjh yg lain ...Hj Fadli
(jurugambar tak rasmi) , Hj Ali , Hjh Ima (Sarihat), Hjh Liza, Hjh Aloyah ... antara jemaah yang datang single (not available).

• Alhamdulillah dapat bertemu di tanahair, 2 minggu selepas pulang kami ada menjemput sahabat2 ke majlis kesyukuran di rumah dan hari ini (21 Oktober 2018) dapat bertemu di
majlis keraian yang dianjurkan oleh Dato Seri Zainal Abidin (Zahafiz Travel & Tours). Terubat sedikit kerinduan walaupun tak dapat sembang panjang ... semoga ada rezeki nnt kita
jumpa lagi

• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 18)

• 5 September 2018
Suami dan roomate 504 bersepakat nak buat umrah bersama-sama. Selepas subuh mereka berjanji nak terus
tunggu taxi ajrah untuk bermiqat di Tanaim. Pertama kali juga lah saya balik ke hotel berseorangan (heee tak
jauh pun dlm 300m ). Saya terus ke dewan makan di tingkat R. Rezeki roomate 507 semua ada. Dapat
bersarapan bersama-sama .

• Nampaknya hari itu ialah pagi kedua akhir dapat bersama-sama roomate di Hotel Rayyana. Kami suami isteri
dan Haji Salim, kak Hjh Siti dan kak hjh Che Timah dimaklumkan akan bergerak ke Madinah esok tengahari.
Selepas sarapan, kak ton (petugas Zahafiz) dtg ke bilik 507 untuk beri taklimat ringkas keberangkatan ke
Madinah.

• Suami balik umrah dalam pukul 830pg. Temankan dia bersarapan di dewan makan. Naik rehat sebentar dan nak
pergi "melontar" di kedai sbb tak ada membeli apa lagi pun buah tangan utk yg tersayang di tanahair.

• Lebih kurang jam 10pg turun dan menuju Safwah tower. Target nak beli sejadah shj di Mekah. Kurma, kekacang
dll nak beli di Madinah nnt. Jalan laju-laju singgah 1 kedai dan beli sejadah. Terus balik ke hotel. "Rebeh" gak la
bahu/tangan angkut sejadah .. hihi
....beratttt rupanya ...

• Sampai di lobi ke kaunter Zahafiz. Kak ton bgtau call je tanya petugas Skynet datang pukul berapa. Petugas
Skynet akan dtg lepas asar. Dan kami pun tinggal shj sejadah di kaunter. Lepas asar di masjid terus balik hotel
utk uruskan courier barang ni. Kadar pos barang ke Malaysia, RM14/kg dan harga kotak ikut saiz. Air Zamzam
pun ada penghantaran ke pintu rumah juga.

• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



19

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 19 - Memori IV)

• Di suatu hari yang istimewa selepas selesai kerja haji, suami dah berjanji dengan jiran kami nak berjumpa.
Masih teringat sebaknya rasa bila mendengar rayuan haji nya berjaya. Suami bercerita bersungguh-sungguh dia
mengirim doa kepada Tn Hj Khuzaimah agar kami pun dijemput sama.

• Begitulah kami bila dengar orang dapat g haji/umrah, antara doa utama minta kirim doa agar Allah izinkan
jemput kami jadi tamuNya. Antara jemaah haji yg pergi tahun ini sepupu saya kak Zureen hjh Siti Fatimah Rabu,
kakak sekampung kak Umi hjh Umi Kalsom Sajadi, kawan sekerja kak hjh rosnita, kak manisah, tn hj Taufik
Ridzuan, kawan UTM kak hjh Norida Ridzuan, hjh Asma' Amin ...

• Sambung kisah janji nak jumpa jiran. Suami dan Tn Hj Khuzaimah janji nak bersarapan bersama di Restoren
DSaji yg terletak dalam bangunan Safwah Tower selepas buat tawaf sunat (selepas subuh). Restoren ini memang
pilihan utama jemaah malaysia. Antara menu menarik teh tarik / teh ais nya. Terubat rindu teh tarik di
Malaysia .

• Sambil menunggu Tn Hj Khuzaimah dan kak Hjh Wan Ros, kami mencari meja. Selepas subuh agak ramai jemaah
makan di situ. Rezeki ada meja kosong. Dan datang satu pasangan jemaah lain makan di meja sama. Ok sahaja,
boleh makan sama2 tak perlu cop2 meja, kesian jemaah lain menunggu2. Sembang punya sembang, rupanya
cikgu suami masa darjah 2. . Allahuakbar kecilnya dunia.

• Seronoknya & gembira sangat bila dapat bertemu di bumi yang penuh barakah.
• #hajj2018

#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



20

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 20)

• 6 September 2018
Kami dijadualkan bertolak ke Madinah selepas zuhur. Kami buat tawaf wada' 6 pusingan sebelum zuhur, solat jemaah dan habiskan 1 lg pusingan.
Antara saat paling berat hati ni bila nak meninggalkan bumi mekah. Sedihnya ... ya Allah moga kau jemput kami lagi ke rumahMu ya Allah.

• Tiba di hotel kami makan tengahari dan naik ambil beg tarik (handcarry) dan turun semula ke lobi. Sebelum tu bersalaman berpelukan dengan
roomate. Selamat tinggal kak ida & kak nik, saya dan che timah balik dulu. Kak ida & kak nik temankan tunggu bas di bawah. Huhuhu sedihnya.

• Kami perlu tunggu bas mengikut maktab masing-masing. Dalam bas kami lebih kurang 30 jemaah. Kelainan jemaah haji ni lepas bergerak naik bas
tinggalkan mekah (lebih kurang sejam lebih perjalanan) perlu ke satu stesen maktab "pilgrim grouping centre" untuk urusan passport. Di sana
dibekalkan 1 kotak makanan (penuh isi sedeqah2 ada biskut, air dll) dan 1 botol comel air zamzam.

• Bas berhenti sebentar untuk jemaah tunaikan solat asar di hentian stesen minyak. Kemudian kami teruskan perjalanan. Dah hampir sampai
madinah bas berhenti di hentian biasa (masa umrah pun selalu bas berhenti di sini). Kami solat jamak maghrib & isyak. Di sini kami makan
bersama keluarga Hj Salim (kak siti & che timah). Di hentian di jugalah saya tak lepaskan peluang beli kunafa. Murah di sini. 1 bekas SAR7 shj,
berbanding di Safwah tower menjangkau SAR15-SAR20.

• Hampir tiba di madinah, bas perlu berhenti di stesen maktab "Al-Hejrah Checkpoint" untuk urusan passport lagi. Kat sini lah agak makan masa
lama sedikit. Bas-bas panjang beratur untuk urusan jemaah-jemaah masuk madinah. Bangun tido bangun tido tak tiba2 lagi, masih dalam bas .
Kalau jemaah umrah tak perlu lalui proses ni. Kira pengalaman baru lah.

• Kami sampai di Madinah terus dibawa ke hotel Sofaraa Alhuda. Makan malam (kategori sahur sbb tengah pagi dah ). Masa tu petugas panggil
nama untuk edaran bilik. Berdebar juga siapalah roomate di madinah ni. Dapat sama dengan Che Timah lg ke tak ni. Nama dipanggil satu demi
satu. Surprise nya di Madinah ni masing-masing dapat bilik berdua . Kalau datang dgn pasangan dapat lah stay bersama pasangan masing-
masing. Bilik hotel kami di Sofaraa Al-Eiman.

• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



21

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 22)

• Allahuakbar ... maaf, lama sungguh ambil masa nak sambung cerita . Alhamdulillah hari ni (20 November 2018) cuti
umum di Malaysia sempena sambutan Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita... Nabi Muhammad
s.a.w.
Allah rindunya kami kepadamu kekasih Allah ...

• Ziarah Luar Madinah (8 September 2018)
• Selepas subuh & bersarapan pagi, kami berkumpul di hadapan hotel Sofaraa Alhuda untuk ziarah luar.
• Destinasi pertama ialah menuju ke Masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa

baginda baru berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid Quba sangat istimewa, Nabi Muhammad semasa hayatnya akan
menziarahi dan melakukan solat di sini pada setiap hari sabtu. Syukur ziarah kami kali ini jatuh pada hari sabtu. Ya,
memang sangat padat para jemaah di Masjid Quba. Menurut Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunayf
radhiyallahu'anhum pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba, lalu ia bersolat di dalam masjid Quba, maka
baginya pahala seperti pahala umrah" (HR Tirmidzi).
• Selepas itu kami di bawa ke kebun Kurma Majed. Puaslah dapat merasa pelbagai jenis kurma. Kami melawat2 lepak di
kebun belakang sahaja. Sambil menunggu haji hajjah yang lain.
• Destinasi seterusnya ke Jabal Uhud. Menziarah maqam para syuhada yang syahid di peperangan Uhud.
• Dalam perjalanan pulang melalui Masjid Qiblatain dan tempat peperangan khandak (Masjid Tujuh).
• Selepas itu kami pulang ke hotel dan bersiap untuk solat zuhur di Masjid Nabawi.
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 22)

• Allahuakbar ... maaf, lama sungguh ambil masa nak sambung cerita . Alhamdulillah hari ni (20 November 2018) cuti
umum di Malaysia sempena sambutan Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita... Nabi Muhammad
s.a.w.
Allah rindunya kami kepadamu kekasih Allah ...

• Ziarah Luar Madinah (8 September 2018)
• Selepas subuh & bersarapan pagi, kami berkumpul di hadapan hotel Sofaraa Alhuda untuk ziarah luar.
• Destinasi pertama ialah menuju ke Masjid Quba. Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa

baginda baru berhijrah dari Mekah ke Madinah. Masjid Quba sangat istimewa, Nabi Muhammad semasa hayatnya akan
menziarahi dan melakukan solat di sini pada setiap hari sabtu. Syukur ziarah kami kali ini jatuh pada hari sabtu. Ya,
memang sangat padat para jemaah di Masjid Quba. Menurut Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunayf
radhiyallahu'anhum pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba, lalu ia bersolat di dalam masjid Quba, maka
baginya pahala seperti pahala umrah" (HR Tirmidzi).
• Selepas itu kami di bawa ke kebun Kurma Majed. Puaslah dapat merasa pelbagai jenis kurma. Kami melawat2 lepak di
kebun belakang sahaja. Sambil menunggu haji hajjah yang lain.
• Destinasi seterusnya ke Jabal Uhud. Menziarah maqam para syuhada yang syahid di peperangan Uhud.
• Dalam perjalanan pulang melalui Masjid Qiblatain dan tempat peperangan khandak (Masjid Tujuh).
• Selepas itu kami pulang ke hotel dan bersiap untuk solat zuhur di Masjid Nabawi.
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



23

• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 23)

• Sofaraa Al Eman Hotel, Madinah Al Munawarrah
• Kediaman kami sepanjang bermusafir di Madinah. Kami antara jemaah Zahafiz yang akan pulang awal, hanya 2 bas akan

berangkat pulang pada 9 September 2018. Di hotel ni hanya kami 4 bilik sahaja jemaah Zahafiz, yang lain ramai stay di
Sofaraa AlHuda Hotel. Hanya selang blok sahaja. Jemaah dari negara lain ramai juga, pertama kali jumpa jemaah
Maldives.
Alhamdulillah makanan sangat sedap! Teringat2 lagi nasi baryani kambing, sangat lazat. Masakan chef dari India. Cukup
rasa rempah semua. Akan datang semoga ada rezeki dapat makan nasi baryani kambing hotel ni lagi.
• 8 September 2018 (selepas asar) telah diadakan taklimat keberangkatan pulang di Tingkat S (dewan makan). Ustaz beri
tazkirah berkenaan pasca haji.
Antara intipati nya berkenaan ibadah haji yang telah dilaksanakan:
✏Ujian kesabaran kepada kita di sepanjang perjalanan haji ini. Pelbagai dugaan telah ditempuhi antara penyucian jiwa.
Semoga dapat dibuang segala sifat buruk kita (jauhi sifat angkuh, bakhil dll)
✏Sentiasa bermohon dan berdoa kepada Allah "Ya Allah kau kekalkan la istiqomahkan ...."
✏Jaga aurat
✏Taat
✏ Doakan kawan2 pergi haji awal/usia muda
✏Jaga sembahyang (lelaki - solat jemaah di masjid/surau, wanita - solat awal waktu)
• Jadual perjalanan keberangkatan pulang esok
Malam ni semua kena berkemas dan keluarkan bagasi besar sebelum jam 11pm kerana pekerja akan mula mengangkut
beg utk dimasukkan dalam bas muasasah (dijangka akan sampai di sofraa elhuda jam 3am)
seorang jemaah diperuntukkan berat bagasi 30kg dan handcarry 7kg
Lepas subuh buat ziarah widak
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Perjalanan Haji 2018
Suhaimi & Suziyanti
(Episod 24)

• 9 September 2018
Kini tibalah masanya untuk kami meninggalkan tanah yang penuh barakah ... sedihnya ...sebelum tidur malam tadi dah siap2 keluarkan beg bagasi besar. Bagasi kecil (handcarry) pun
dah siap packing siap sedia untuk dibawa keluar sesudah subuh & ziarah wada'.

• Selepas tunaikan solat subuh di Masjid Nabawi, kami bergerak ke arah kubah hijau (maqam Baginda Rasulullah s.a.w), beri salam dan berdoa memohon kepada Allah supaya diberi
rezeki untuk datang ziarah Rasulullah s.a.w lagi. Terima kasih Allah makbulkan doa kami

• "Ya Tuhanku, Janganlah Engkau jadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke
tempat ini dalam keadaan sihat dan baik, jika panjang umur hamba, InsyaAllah hamba akan datang lagi, jika sampai ajal hamba akan meletakkan kepadanya syahadat dan perjanjian
hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada
sekutu bagi-Nya, dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad hamba-Nya dan pesuruh-Nya, maha suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Tuhan seru sekalian
alam"

• Berlalu pergilah kami berdua meninggalkan masjid Nabawi dengan penuh sayu ... memandangkan pintu ke arah hotel pintu 16, maka kami dapat buat pusingan penuh keliling masjid
setiap hari/pagi selepas subuh rutinnya ke arah maqam Baginda Rasulullah - hotel.

• Sampai di hotel, kami bersarapan pagi terlebih dahulu dan naik ke bilik untuk ambil bagasi kecil seterusnya bergerak terus ke hotel Sofaraa Alhuda. 2 buah bas muasasah dah
menunggu para jemaah. Gembira hati dapat bertemu semula geng Rayyana, teman bilik ku kak hajjah che timah, teman bilik suami, Haji Salim dan pastinya ada bersama kak hajjah
Siti. Kami naik bas No. 2. Petugas menyemak nama & passport kami. Sepanjang musim haji, passport kita akan disimpan oleh Muasasah Arab Saudi. Setiap kali checkpoint keluar
masuk Mekah & Madinah perlu keluar masuk juga lah passport kita.

• Perjalanan ke Jeddah pun bermula lebih kurang jam 8pagi. Bas berhenti di AlHejrah Checkpoint untuk urusan passport. Lebih kurang 4 jam perjalanan kami berhenti di R&R. Tunai
solat, makan dan tukar bas kerana masalah tayar dan teruskan perjalanan semula. Pada musim haji ini, semua bas diuruskan oleh Muasasah Arab Saudi juga, maka rezeki masing-
masing juga lah dapat naik bas yang berbeza condition & drivernya .

• Alhamdulillah setelah 7-8 jam perjalanan dari Madinah ke Jeddah, kami pun tiba di King Abdul Aziz International Airport.
Bas No.2 dah tiba lebih awal sedikit dari Bas No.1 kerana bas No.1 pun ada masalah tayar juga. Bayangkan semua bas tersebut berjalan non-stop di musim haji ni. Kami dibekalkan
makanan & minuman sementara menunggu urusan passport & tiket pulang.

• Apabila check in, masing-masing dibekalkan Al-Quran tanda hadiah daripada kerajaan Arab Saudi. Alhamdulillah syukur, ole-ole paling istimewa.
• Sedang kami beratur tu, suami bagitau eh tu macam kak Sal yang duduk sebelah masa flight datang ke sini. Allahuakbar, Allah makbulkan doa kami dapat berjumpa semula. (Boleh

baca cerita episod awal2). Berpelukan la kami. Allah seronoknyaaa. Tak sangka flight kami (berbeza travel agent) sama. Syukur ... untuk makluman semua, kami jemaah visa haji
furada adalah pemegang "open-ticket", jemaah akan pulang pada mana-mana flight commercial yang ada kekosongan (pada tempoh masa musim haji).
• bersambung ...
• #hajj2018
#hajj1439
#visafurada
#visahajifurada



• Mode Pasca Haji 3

• 10 Zulhijjah 1440H / 11 Ogos 2019
• ‫هن‬..َ‫ل‬.‫هأَلأَإِْكآلْكَباَّبَِإرَلإِرهَيََّاوَإِلهو ِِللَّلِِاََِّّال ِاااْلخْلالِلْله َح َِحَْوصْاْيل‬،‫حنَاََلاَْعهللبهل‬،ْ ،‫وإِ َهللآاََّز ِإاَملَللاْهَهل ِإأََولاْاَّحللَاهزلالأَهأََْكب َْكَبوبَ َلرواَر‬،َ َ‫أَ لجِآْنص َْيإِلهلَاًه‬،‫اَلللآه إِأَ َل ْكهَبَ إِرلاَّ َك ِبالْيل ًهرا َو َوْحا ْلَهَح ْ َصَِ َلَِّلِ َقاَل َكلَِثهو ْيأًَْعر ْكَابَه َرو َواسنَلْبله َحَصاأَ َرْكَن َب ل َرعِ َّْبلااَِللهبه ْكَأوَ َأَرْكةَبًَع َّرَزو‬،،‫ ااَْلللَكها ِفأَ ْكر َبْور َن‬،َ‫َن اَلَول َله ْوأَ ْك َكَب ِرره‬،‫اَلل َلههأَاْكلبَ ِّ ْير‬
• Masih segar dalam ingatan, tahun lepas seusai tamatnya waktu wukuf di Arafah (zuhur hingga

masuk maghrib), kami menunaikan solat maghrib berjemaah dan mula bergerak menuju ke bas
sewa khas untuk mabit di Mudzalifah dan seterusnya ke Mekah.

• Pada waktu ini jemaah dah mula keletihan juga (all out semasa waktu wukuf) dan ambil
kesempatan melelapkan mata sebentar dalam bas. Trafik sangat perlahan, walaupun hanya
beberapa km sahaja mudzalifah ke mekah... dapat juga la berehat sebentar.

• Tiba di Mekah, kami letak barang/beg yang dibawa dari Arafah dan terus bergerak ke
MasjidilHaram untuk menyelesaikan tawaf, saie dan tahallul(saya bergunting, suami tunggu
keluar masjid untuk cukur rambut). Selepas subuh tak lama kemudian dijalankan solat raya pula.
Syukur selesai solat barulah kami menuju kembali ke hotel dan mencari kedai gunting rambut
untuk suami mencukur rambut. Dan kami menyambut raya di kafe hotel rayyana sambil makan
makanan yang di tapao di kedai berhampiran. Alhamdulillah... video call dgn anak & family di
kampung, nampak seronok di sana... hati pun tenang...
semalam sempat tanya aisya (anak #4, umur 5 tahun 2018), dia ingat/rindu mama ayah tak pergi
haji? jawabnya kadang-kadang ingat kadang-kadang tak ingat sebab ada atuk nenek abang kakak
sedara mara bff dia semua


Click to View FlipBook Version