MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK TUGASAN:
KONSEP ASAS ISLAM
NAMA PENSYARAH:
SITI KHADIJAH OTHMAN
NAMA PELAJAR:
1. AUNI FAQIHAH BINTI ROZANI
2. NUR HANISYA BINTI AYUP
3. NUR ATIQAH BINTI MUZAFAR
KANDUNGAN M/S
Bil Tajuk
1. Penghargaan
2. Definisi
• Konsep Asas Islam
• Konsep akidah Islamiah
3. 5 ciri-ciri kesempurnaan Islam beserta
dengan contoh
• Kekal
• Syumul
• Kemanusiaan
• Keadilan mutlak
4. Hubungan antara iman, islam dan ihsan
5. Ciri akidah yang sahih
6. Perkara yang merosakkan akidah
7. Penutup
PENGHARGAAN
Tugasan ini akhirnya telah diselesaikan dengan jayanya . Kami berterima kasih
kepada pensyarah kami iaitu Puan Siti Khadijah binti Othman, bagi subjek
Pendidikan island atas pemberian nasihan dan peluang untuk membuat E-folio.
Tidak dilupakan juga ahli kumpulan iaitu Hanisya dan Atiqah yang terlibat dalam
proses pelaksanna tugasan tersebut. Jasa mereka yang sudi meluangkan masa,
menyumbang tenaga untuk menyiapkan bahagian tugasan masing-masing dan
perkongsian idea yang amat dihargai. Terima kasih juga diucapka kepada ibu bapa
dan rakan-rakan yang memberi sokongan dan buah fikiran sepanjang tempoh
pelaksaan tugasan tersebut. Sekian, terima kasih.
DEFINISI
KONSEP ASAS ISLAM
Ditinjau dari sudut etimologi (bahasa), syariah bermakna jalan yang lurus.
Sedangkan makna terminologi (defenisi), syariah adalah undang-undang atau
peraturan-peraturan yang mengatur hubungan antara manusia dengan pencipta
(Allah SWT), serta hubungan antara manusia dengan manusia. Penerapan syariah
dalam setiap kehidupan manusia bertujuan agar manusia memiliki martabat dan
derajat yang lebih tinggi dari makhluk lain ciptaan Allah SWT.
Syariah mencakup seluruh aktivitas yang dilakukan oleh seorang muslim dengan
aturan-aturan halal dan haram, serta perilaku baik dan buruk. Syariah bertumpu
pada kekuatan iman dan budi pekerti (akhlak) serta memilki implikasi balasan baik di
dunia maupun di akhirat. Panduan dalam pengalaman syariah mengacu kepada dua
sumber hukum Islam, yaitu Al-Quram dan As-Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Perintah untuk menjalankan syariah tertuang dalam Al-qur’an Surat 45 (Al-Jaasiyah)
Ayat 18, yang artinya :
“Kemudian Kami jadikan kamu (ya Muhammad) berada di atas suatu syariat
(peraturan) dari urusan (agama), maka ikutilah syariat itu dan jangan kamu ikuti
hawa nafsu orang-orang yang tidak berilmu”
KONSEP AKIDAH ISLAMIAH
Perkataan akidah dalam bahasa Arab berasal dari kata dasar ‘aqada yang
bermaksud “ikat”. Dari kata ini lahirnya perkataan al-‘aqd yang mambawa maksud
hukum, perjanjian dan pemastian, seperti akad sumpah, akad nikah dan akad jual
beli. Perkataan ‘aqidah (kata jama’nya ‘aqa’id) membawa maksud, apa yang
berkaitan dengan pegangan dan anutan dan tidak termasuk aspek amalan. Ia juga
bermaksud hukum yang tidak syak lagi bagi seseorang individu. Makna yang akhir
ini disebut juga sebagai mu’taqad (jama’nya mu’taqadat).2
5 CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM BESERTA DENGAN CONTOH;
• Kekal.
Contoh:
Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda.
• Syumul
Contoh:
Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:-
• i) Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Perbahasan hokum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat
dalam ilmu kalam atau Tawhud.
• ii) Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar,
amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji.
Hokum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
• iii) Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia
dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan
dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.
• Kemanusiaan
Contoh:
• Syariat islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh
Allah SWT untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka
sepanjang zaman dan di semua tempat.
• Keadilan mutlak
• Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan
sebenarnya daripada Allah adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan
keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan
persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa,
akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan
akhirat.
HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN
• Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya
di kalangan umat Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh
melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang
dibawa oleh Rasulullah.
• Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks
penghayatannya di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku
dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan
anggota.
Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan
lidahnya mengenai keesaan dan kekuasaan Allah, mestilah
membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya
serta meninggalkan larangan-Nya.
• "Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-
Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia sedang
melihat kamu"
Hadis ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang
melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah
sedang memerhatikan gerak-gerinya dan dia hanya mengharapkan balasan
baik daripada Allah semata-mata. Dalam erti kata lain bahawa semua amalan
kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh keikhlasan.
CIRI CIRI AQIDAH YANG SAHIH
• Ciri ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan
dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada
yang berhak disembah selain daripada Allah.
• Ciri ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan
aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang
beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid.
• Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan “al Quran dan al
Sunnah” Wang diistilahkan “aqidah ahli al sunnah wal jamaah” iaitu iqtiqad
yang mengikut iqtiqad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai.
• Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul rasulNya, kitab kitab
Nya, hari akhirat, qadha’ dan qadar yang menjadi rukun iman.
• Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang
dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu,
rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas.
PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN AQIDAH
PENUTUP
Kesimpulan Agama merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan
manusia. Agama disebut sebagai al-Dīn dalam Bahasa Arab dan religion dalam
Bahasa Inggeris. Walaupun kalimat al-Dīn secara literalnya bermaksud agama,
namun hakikatnya al-Dīn merujuk kepada agama Islam kerana Islam adalah satu-
satunya agama yang diterima di sisi Allah swt.
RUJUKAN
• https://www.slideshare.net/Wonjaecouple/mpw1143-bab-1-konsep-asas-islam
• https://www.academia.edu/2467777/Islam_dan_Konsep_konsep_Asas_Islam
• https://fliphtml5.com/stpmy/fwms/basic
• https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/konsep-konsep-asas-islam/
• https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/namaahli-kumpulan-
06dem17f1047.html