The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daunkaduk, 2020-11-21 00:48:28

FOLIO SAINS

PENYAKIT JANTUNG

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

NAMA MURID : AHMAD SYAHMI BIN ROSLI

NO. KAD PENGENALAN : 050604-04-0077

TINGKATAN : 3 IBNU KHALDUN

TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN
HIDUP

BIDANG PEMBELAJARAN : PENGANGKUTAN

STANDARD KANDUNGAN :SISTEM PEREDARAN DARAH

STANDARD PEMBELAJARAN :

MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN TENTANG KESIHATAN
JANTUNG MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DENGAN
PENDEKATAN STEM

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKASURAT
1
1. MUKA DEPAN FOLIO 2

2. KANDUNGAN FOLIO & 4
JADUAL PELAKSANAAN KERJA 5
6
3. PENGHARGAAN 7
8
4. PENDAHULUAN 9
10
5. JENIS-JENIS PENYAKIT JANTUNG 11
12
6. PUNCA-PUNCA PENYAKIT JANTUNG

7. KESAN PENYAKIT JANTUNG

8. CARA MENGELAK PENYAKIT JANTUNG

9. PENGHASILAN

10. RUMUSAN

11. RUJUKAN

2

JADUAL PELAKSANAAN KERJA

Bil. KERJA TARIKH
11/11/2020
1. MENYIAPKAN MUKA DEPAN 12/11/2020
14/11/2020
2. MELENGKAPKAN ISI KANDUNGAN DAN JADUAL 14/11/2020
PELAKSANAAN KERJA
15-
3. PENGHARGAAN 18/11/2020
19/11/2020
4. PENDAHULUAN 19/11/2020
19/11/2020
5. HASIL KAJIAN ( JENIS-JENIS PENYAKIT JANTUNG,
PUNCA-PUNCA PENYAKIT JANTUNG, KESAN PENYAKIT
JANTUNG DAN CARA MENGELAK PENYAKIT JANTUNG)

6. PENGHASILAN ( FLYER )

7. RUMUSAN

8. RUJUKAN

3

PENGHARGAAN

Saya Ahmad Syahmi bin Rosli daripada 3 Ibnu Khaldun telah
dipertanggungjawabkan oleh Puan Mahidah binti Abd.Rahim untuk menyiapkan
folio berkaitan dengan penyakit kardiovaskular/ penyakit jantung. Pertama sekali,
saya ingin berterima kasih kepada Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan
dan petunjuk bagi saya menyiapkan tugasan yang diberikan.

Selain itu, saya juga berterima kasih kepada Puan Mahidah sebagai guru subjek
sains yang telah mendidik saya cara menghasilkan folio dan segala berkaitan
dengan tajuk ini. Tanpa bantuan cikgu, saya tidak dapat menyelesaikan tugasan
yang diberikan. Pertolongan daripada ibu bapa saya juga merupakan salah satu
kenci utama kepada penyelesaian folio ini. Di samping itu, saya juga berterima
kasih kepada rakan sekelas yang memberikan tunjuk ajar kepada saya dan
menegur segala kesalahan dan ralat yang dilakukan saya.

Akhir sekali, saya menghargai segala ilmu penegetahuan yang dipelajari
sepanjang menyelesaikan kerja folio ini.

4

PENDAHULUAN

Penyakit jantung secara generalisasinya bermaksud penyakit yang menyebabkan
jantung tidak berfungsi dengan efisien ataupun dengan kapasiti yang sepatutnya.
Penyakit jantung juga merupakan sinonim kepada penyakit kardiovaskular.
Penyakit jantung boleh dihidap dari peringkat bayi lagi dan ini dipanggil “
congenital heart disease “ manakala bagi dewasa pula ia dipanggil “ acquired
heart disease ”, kebanyakan penyakit jantung merupakan jenis ini. Terdapat
banyak jenis-jenis penyakit jantung, tetapi terdapat tiga jenis penyakit jantung
yang biasa dikesan ialah ; Coronary Artery Disease, Congestive Heart Failure dan
Bad Heart Rhythms. Kebanyakan kematian di dunia adalah sebab daripada
penyakit jantung. Hal ini menunjukkan betapa seriusnya penyakit jantung
terhadap orang yang menghidap penyakit jantung.

5

JENIS- JENIS PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung secara generalisasinya bermaksud penyakit yang menyebabkan
jantung tidak berfungsi dengan efisien ataupun dengan kapasiti yang sepatutnya.
Penyakit jantung juga merupakan sinonim kepada penyakit kardiovaskular.
Penyakit jantung boleh dihidap dari peringkat bayi lagi dan ini dipanggil “
congenital heart disease “ manakala bagi dewasa pula ia dipanggil “ acquired
heart disease ”, kebanyakan penyakit jantung merupakan jenis ini. Terdapat
banyak jenis-jenis penyakit jantung, tetapi terdapat tiga jenis penyakit jantung
yang biasa dikesan ialah ; Coronary Artery Disease, Congestive Heart Failure dan
Bad Heart Rhythms.

Coronary Artery Disease, Penyakit Arteri Koronari - Ini merupakan masalah
dengan saluran darah yang mengangkut darah ke otot jantung. Sekiranya saluran
darah ini menjadi bersaiz kecil daripada saiz ideal, atau jika tersumbat, darah
yang diangkut tidak dapat mengalir secara normal. Pengurangan darah yang
mengalir ke jantung, otot tidak dapat berfungsi dengan kapasiti normal. Hal ini
menyebabkan jantung menjadi lemah dan membawa risiko menghidap penyakit
yang berbahaya. Otot jantung bahkan boleh mati sekiranya aliran darah berhenti.
Arteri yang tersumbat di jantung sering disebabkan oleh merokok, kolesterol
tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, dan juga merupakan daripada genetik ibu
bapa. Semua masalah ini merosakkan lapisan saluran darah jantung dan
menjadikannya menjadi sempit atau tersumbat sepenuhnya.

Congestive Heart Failure, Penyakit Gagal Jantung Congestive (CHF) - Ini adalah
keadaan yang bermaksud bahawa jantung tidak mengepam pada tahap normal.
Dua penyebab biasa adalah otot jantung yang lemah atau sakit dan injap jantung
yang tidak normal. Injap mungkin tidak membiarkan darah mencukupi kerana

terlalu sempit. Atau injap mungkin "bocor" dan membiarkan darah mengalir ke
belakang (arah yang salah) di dalam jantung. Apabila injap jantung tidak
berfungsi dengan normal, otot jantung harus melakukan kerja tambahan dan
boleh menjadi letih.
Bad Heart Rhythms, Ini merupakan masalah yang berkaitan dengan kadar
degupan jantung. Ini boleh menjadikan degupan jantung terlalu cepat atau terlalu
perlahan ( jantung berdegup dengan tidak konsisten ( perubahan degupan drastik
)). Kadar degupan jantung yang teruk boleh menyebabkan jantung berhenti
mengepam darah. Jantung memerlukan kadar mengepam yang normal untuk
mengepam darah dengan baik. Sekiranya pengepaman terlalu cepat, jantung
mungkin tidak mempunyai masa untuk memasuki darah, jadi tidak cukup darah
yang bergerak melalui jantung dengan setiap rentak. Sekiranya jantung terlalu
perlahan, mungkin jantung tidak cukup untuk membekalkan tubuh dengan
darah yang diperlukannya.

7

PUNCA-PUNCA PENYAKIT JANTUNG

Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung
dapat diwarisi dari kecil lagi ataupun dihidap
pada peringkat dewasa (terdapat juga situasi
dimana penyakit jantung dihidap pada usia
muda). Punca-punca atau faktor yang disebut
merupakan sebab berlakunya sakit jantung
kepada seseorang individu. Seperi yang
dinyatakan di atas, punca yang tidak dapat
dielak adalah dengan pewarisan penyakit (
hanya dapat dielak jika ibu bapa menjaga
kesihatan diri sebelum melahirkan anak ).

Antara punca yang menyebabkan penyakit jantung ialah pengambilan diet yang
tidak seimbang dan tidak sihat. Pengambilan makanan yang banyak dengan
lemak dan garam akan meningkatkan risiko menghidap penytakit jantung. Selain
itu, jika seseorang individu mengambil diet yang kurang bahan seperti pelawas,
vitamin dan mineral sudah tentulah risiko penyakit jantung bertambah. Di
samping itu, berdasakan data World Health Organisation ( WHO ), kira-kira 1.7
juta kematian di seluruh dunia kerana pengambilan buah dan sayur yang rendah
dan terdapat bukti bahawa pengurangan pengambilan lemak tepu sekurang-
kurangnya dua tahun dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain itu, punca yang seterusnya adalah aktiviti fizikal yang kurang. Jelaslah
bahawa, setiap individu perlu melaksanakan kegiatan fizikal setiap minggu secara
konsisten untuk hidup dengan kesihatan yang optimum, Aktiviti fizikal seperti
berlari, berjoging dan berbasikal dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit
jantung. Di samping itu, aktiviti fizikal membantu menurunkan berat badan dan

meningkatkan kawalan glukosa darah, tekanan darah, profil lipid dan kepekaan
insulin.

Akhir sekali, penyakit kardiovaskular mempengaruhi negara berpendapatan
rendah dan sederhana lebih banyak daripada negara berpendapatan tinggi.
Terdapat juga sedikit maklumat mengenai corak sosial penyakit kardiovaskular
di negara berpendapatan rendah dan sederhana, tetapi di negara berpendapatan
tinggi berpendapatan rendah dan status pendidikan rendah secara konsisten
dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang lebih besar. Dasar-dasar
yang mengakibatkan peningkatan ketidaksamaan sosio-ekonomi telah dikaitkan
dengan perbezaan sosio-ekonomi seterusnya dalam penyakit kardiovaskular
yang menunjukkan hubungan sebab-akibat. Faktor psikososial, pendedahan
persekitaran, tingkah laku kesihatan, dan akses dan kualiti penjagaan kesihatan
menyumbang kepada perbezaan sosio-ekonomi penyakit kardiovaskular.
Suruhanjaya Penentu Sosial Kesihatan mengesyorkan agar pengagihan daya,
kekayaan, pendidikan, perumahan, faktor persekitaran, pemakanan, dan
penjagaan kesihatan yang lebih setara diperlukan untuk mengatasi ketidaksamaan
penyakit kardiovaskular dan penyakit tidak berjangkit.

9

KESAN PENYAKIT JANTUNG

Antara kesan yang jelas berounca daripada penyakit jantung ialah kematian.
Selain itu, kesan penyakit jantung yang seterusnya ialah, pendarahan bahagian
usus. Bagi mengatasi masalah penyakit jantung, doktor mungkin akan
mengesyorkan aspirin bagi mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko
strok. Walaupun medikasi ini merupakan tidak membahayakan, aspirin boleh
merosakkan dinding perut dan menyebabkan pendarahan dalaman. Sekiranya
anda mengambil aspirin dos rendah setiap hari, perhatikan ketidakselesaan perut
yang dialami, kerana boleh menyebabkan pendarahan di perut atau usus dari ubat.
Salah satu cara mengelak ini berlaku adalah dengan membawa makanan merata-
rata agar dapat mengurangkan kerosakan pada dinding perut.

Di samping itu, kesukaran bernafas juga berpunca daripada penyakit jantung. Hal
ini dikatakan demikian kerana lemak atau bahan-bahan yang membahayakan,
akan membina suatu dinding di saluran darah yang menyebabkan kadar darah

yang beroksigen yang mengalir kurang, maka susahlah seseorang tersebut untuk
bernafas dengan normal. Plak lemak ini biasanya berpunca daripada makanan
yang tidak berkhasiat dan merokok. Kesusahan bernafas juga menyebabkan
bengkak di bahagian badan seperti di kaki, tapak kaki dan buku lali kerana
jantung tidak dapat mengepam darah dengan efisien.

Akhir sekali, penyakit jantung juga dapat menyebakan serangan jantung.
Serangan jantung adalah disebabkan penggumpalan darah yang menghalang
pengaliran darah untuk ke jantung. Serangan jantung dapat menyebabkan
bahagian otot jantung terjejas ataupun terhancur. ‘Atherosclerosis’ (
penggumpalan plak lemak yang menghalang saluran darah ke jantung ) juga
merupakan salah satu punca kepada serangan jantung. Serangan jantung dapat
menyebabkan kehilangan nyawa jika dalam keadaan yang kritikal.

11

CARA MENGELAK PENYAKIT JANTUNG

Setiap penyakit pasti ada ubatnya, penyakit jantung dapat dielak terlebih dahulu
agar kita tidak membinasakan diri sendiri. Masalah sejak bayi tidak dapat dielak
oleh anak tetapi terdapat juga langkah-langkah bagi mengurangkan kesan
penyakit jantung. Antara cara bagi mengelak
penyakit jantung adalah dengan mengamalkan
diet pemakanan yang seimbang. Dengan
mengelak makanan yang berlemak dan
berminyak seperti jajan, kek dan makanan
yang segera, ‘Atherosclerosis’ dapat dielak.
Selain daripada makanan yang berminyak,
makanan yang berlebihan kandungan garam
dan gula juga perlu dielak bagi mengurangkan masalah penyakit jantung kerana
garam yang berlebihan dapat meningkatkan kolesterol, yang menyebabkan sesak
nafas dan kesakitan otot.

Selain itu, cara seterusnya adalah dengan berhenti merokok. Walaupun ramai
orang tahu keburukan menghisap rokok, masih terdapat yang tidak
mempedulikan kesan-kesannya. Terdapat sekurang-kurangnya 13 bahan kimia
yang membahayakan dalam satu batang rokok. Sebagai contoh, pada bahagian
putih rokok, terdapat ‘Hexamine’, ‘Methanol’ dan ‘Arsenic’. Walaupun kesan
buruk berikut tidak berlaku secara drastik, kondisi peparu semakin merosot
apabila menghisap rokok dan menyebabkan kualiti hidup kurang. Bahan kimia
tersebut memasuk ke dalam peparu dan mengalir ke seluruh badan termasuklah
jantung. Hal ini bermaksud darah yang mengalir ke jantung merupakan darah
yang tercemar dengan bahan kimia tersebut. Merokok bukan sahaja menjejaskan

perokok, tetapi dengan merokok orang sekeliling juga terjejas. ‘Secondhand
smoke’ menyebabkan asap daripada rokok memasuki badan orang sekeliling dan
merosakkan tubuh badan mereka. ‘Secondhand smoke’ dapat dikurangkan
dengan menguatkuasakan undang-undang. Perokok dilarang merokok di kawasan
awam seperti restoran, tempat kerja dan kawasan perumahan. Oleh itu,
persekitran penuh dengan ‘Secondhand smoke’ haruslah dielak bagi kesihatan
diri sendiri.

13

PENGHASILAN

RUMUSAN

Kesimpulannya, penyakit jantung atau nama popularnya penyakit kardiovaskular
merupakan satu penyakit yang dapat meragut nyawa dan merosakkan kualiti
hidup kita. Penyakit jantung bukan sahaja dapat menjejaskan orang yang
menghidapnya tetapi penyakit jantung juga dapat menyebabkan masalah kepada
anak seseorang. Penyakit jantung berkemungkinan diwarisi kepada anak
seseorang menghidap penyakit kardiovaskular. Masyarakat haruslah peka dan
sensitif terhadap risiko penyakit jantung. Masyarakat haruslah mengamalkan
gaya hidup sihat seperti berhenti merokok, mengamalkan diet pemakanan yang
sihat dan seimbang dan melakukan senaman setiap minggu. Amalan-amalan
tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penyakit jantung tetapi juga
dapat mengurangkan keberengkalian menghidap penyakit yang menyebabkan
penyakit jantung seperti diabetes, obesiti dan kandungan kolesterol yang tinggi.

14

RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kardiovaskular

2. https://www.webmd.com/lung/heart-conditions-cause-breathing-problems

3. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-
causes/syc-20353118

4. https://en.wikipedia.org/wiki/Cardiovascular_disease

5. https://www.alodokter.com/penyakit-jantung

6.https://www.medicinenet.com/heart_disease_coronary_artery_disease/article.
htm

7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_jantung_koronari

8. https://ms.wikipedia.org/wiki/Jantung

9. https://www.sinarharian.com.my/article/12437/BERITA/Nasional/Jumlah-
penyakit-jantung-membimbangkan

10. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/623034/penyakit-
jantung-kekal-punca-utama-kematian-di-malaysia

15


Click to View FlipBook Version