DPP C2(b)-1
Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak.
INFOMATION SHEET
PROGRAMME DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL (WIREMAN PW4)
SESSION MES 20044 - ELECT. MOTOR SEMESTER 3A
CODE & COURSE CONTROL SHEET NO IS.NO. 1 (1.2)
LECTURER WEEK 2
TOPIC : UNIT 1.0 : INTRODUCTION
SUB-TOPIC : 1.2 Explanation of symbols.
COURSE Pelajar-pelajar mesti boleh:-
LEARNING a) Nyatakan jenis-jenis simbol yang biasa digunakan dalam litar
OUTCOME : kawalan motor.
b) Terangkan kegunaan simbol yang dinyatakan.
CONTENT
Simbol-simbol dalam litar kawalan motor sangat mustahak untuk dipelajari oleh pelatih
terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja mengawal dan
mengendalikan penghidup motor elektrik. Simbol-simbol ini adalah seperti symbol kontaktor,
punat tekan hidup dan henti, gegelung beban lampau, motor, fius, geganti lewat masa (Timer)
dan sebagainya. Bentuk dan kedudukan satu-satu simbol tidak sama bagi litar-litar kawalan
motor. Walaubagaimanapun simbol-simbol tersebut boleh di ubah-ubah mengikut keadaan
keperluan pengguna di tempat tertentu.
Page 1 of 11
DPP C2(b)-1
Page 2 of 11
DPP C2(b)-1
Page 3 of 11
DPP C2(b)-1
Berikut diterangkan keterangan bagi simbol-simbol yang dinyatakan;
a) Punat Tekan ( Push Button )
Simbol
OFF Button (Punat Tekan Henti) ON Button (Punat Tekan Mula)
Page 4 of 11
DPP C2(b)-1
Fungsi
Punat tekan adalah komponen yang digunakan untuk menghidupkan dan mematikan
operasi sesuatu litar elektrik. Terdapat 2 jenis punat tekan :
a) Punat Tekan Mula ( Push Button ON )
Mengandungi sepasang sesentuh sesentuh lazim buka yang akan tertutup apabila
punatnya ditekan. Apabila sesentuh lazim buka tertutup, arus akan mengalir dalam litar.
b) Punat Tekan Henti ( Push Button OFF )
Mengandungi sepasang sesentuh lazim tutup yang akan terbuka apabila punatnya
ditekan. Apabila sesentuh lazim tutup terbuka, ia akan memutuskan aliran arus elektrik.
b) Kontaktor (sesentuh)
Contactor merupakan satu komponen yang mana fungsinya hampir sama dengan fungsi
relay. Bezanya contactor mempunyai beban load yang besar (Large load contact). Ia di bina
sedemikian bagi menampung kadar arus yang besar melaluinya.
Antara simbol yang selalu digunakan Gelung
Normally open contactor
Normally Close contactor
Merujuk kepada gambarajah di atas, gelung (Coil) akan berfungsi (energise) apabila litar
menjadi lengkap. Semua sesentuh (normally open) akan bersambung dan sesentuh (normally
close) akan menjadi sebaliknya (terbuka). Apabila bekalan terputus, gegelung ini akan
terlepas dan semua sesentuh akan kembali kepada keadaan normal
Page 5 of 11
DPP C2(b)-1
Fungsi
Sesentuh atau contactor adalah merupakan bahagian pembawa arus yang terdekat dengan
kepada kelengkapan litar kuasa motor apabila penyentuh tertutup. Contactor ini berfungsi sebagai
pengasing / perantaraan diantara litar kawalan dengan beban iaitu motor dimana membenar atau
menghentikan bekalan kuasa ke motor. Contactor membenarkan arus mengalir apabila bekalan
kuasa dibekalkan ke coil contactor ( elektromagnetik terhasil ) dan menghentikan pengaliran arus
apabila bekalan kuasa ke coil terputus. Contactor atau sesentuh ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu :-
a) Sesentuh Lazim Buka – Normally Open
b) Sesentuh Lazim Tutup - Normally Close
Page 6 of 11
DPP C2(b)-1
c) Sesentuh Tambahan (Auxiliary Contacts)
Sebagai sesentuh tambahan kepada sesentuh utama atau kuasa yang membawa arus
motor, penyentuh biasanya mempunyai sesentuh tambahan. Ianya tidak dibentuk untuk
membawa arus motor tetapi hanya arus kawalan.
Ia boleh dijadikan sebagai sesentuh sedia terbuka atau sedia tertutup dan biasanya
digunakan untuk mengawal penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan,
contohnya untuk mengawal dua penyentuh daripada menutup dalam satu masa yang
sama.Juga boleh digunakan sebagai suis untuk lampu pandu dan isyarat.
Page 7 of 11
DPP C2(b)-1
d) Miniature Circuit Breaker (MCB)
Simbol;
Fungsi
MCB adalah sejenis fius yang digunakan di dalam litar kawalan motor. Ia juga dipanggil sebagai
isolator (pengasing) yang berfungsi untuk mengasingkan atau memutuskan litar bekalan dengan
litar yang disambungkan kepada beban. Terdapat beberapa jenis MCB yang biasa digunakan
iaitu MCB fasa tunggal, tiga fasa dan sebagainya dan ianya mempunyai kadar arus yang
berbeza-beza contohnya 6 A, 16 A, 20 A, 32A dan lain-lain.
Page 8 of 11
DPP C2(b)-1
e) Overload Relay (Geganti Beban Lampau)
Simbol
Fungsi
Komponen ini merupakan komponen keselamatan yang berfungsi secara automatik untuk
melindungi beban ( motor ) daripada rosak apabila arus berlebihan mengalir melaluinya. Di dalam
komponen ini, terdapat dua logam yang mempunyai pengembangan panas yang berbeza.
Apabila arus yang berlebihan melaluinya, ia akan menyebabkan logam mengembang dan
menolak bar dan seterusnya menolak angker. Dengan itu, sesentuh lazim tutup akan terbuka dan
motor akan berhenti beroperasi.
Page 9 of 11
DPP C2(b)-1
f) Timer Relay (Pemasa – TDR)
Simbol
Fungsi
Timer Delay Relay ( TDR ) atau pemasa adalah merupakan satu komponen elektronik di
dalam litar kawalan yang membenarkan dan menghentikan pengaliran arus elektrik pada satu
masa tertentu. Masa tersebut boleh ditentukan dengan melaraskan pelarasnya. Apabila gegelung
( coil ) menerima tenaga elektrik, contact atau sesentuh tidak akan beroperasi sehinggalah satu
tempoh yang telah ditetapkan pada pelarasnya. Selepas masa tersebut telah sampai, ssentuh
akan beroperasi dan arus akan mengalir melaluinya. Apabila bekalan kuasa pada gegelung
terputus, maka sesentuh akan terlepas dan arus tidak akan dapat melaluinya lagi.
g) Isolator suis
Isolator suis adalah merupakan link suis yang digunakan untuk menyambungkan dan
memutuskan bekalan ke atas sesuatu penghidup (Starter). Suis isolator mestilah dipasangkan
berdekatan dengan starter supaya senang untuk memutuskan bekalan apabila kita memperbaiki
atau membuat kerja baikpulih sistem penyejukan dan penyamanan udara. Sekiranya alat isolator
ini dipasangkan terlalu jauh daripada starter, Alat isolator yang digunakan mestilah boleh dikunci
pada posisi “OFF” supaya alat ini tidak dapat dihidupkan “ON”, semasa kerja-kerja pembetulan di
buat pada starter.
Page 10 of 11
DPP C2(b)-1
EXERCISE
1. Lukiskan simbol bagi geganti beban lampau.
2. Lukiskan dua jenis symbol sesentuh bantu (auxillary contact) bagi sesentuh.
3. Lukiskan simbol bagi motor elektrik.
4. Nyatakan simbol dan fungsi bagi komponen-komponen di bawah.
a) Punat tekan hidup dan henti
b) Sesentuh
c) MCB
REFERENCE
1. PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK
Abd. Samad Hanif
Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
Hj. Yahya Bin Emat
Terbitan : IBS Buku Sdn Bhd.
Page 11 of 11