The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2021-02-19 10:07:31

DC Machine

notes

CONTENT

Definisi Am Motor

Motor ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik,atau dalam erti kata
yang lain iaitu peranti yg dibekalkan dengan arus elektrik akan menjalankan kerja-kerja dalam
bentuk gerakan berputar seperti kipas,roda tenaga dan sebagainya.

4.1 Types, Structure and Operation (Jenis, struktur dan operasi)

Gambarajah 4.1.1 : Pelbagai saiz motor arus terus

a) Pada amnya binaan motor arus terus serupa dengan Penjana Arus Terus, perbezaannya
hanyalah dari segi binaan luar untuk penyesuaian melakukan kerja yang berbeza.

b) Kendaliannya,motor boleh berputar berdasarkan prinsip dan ciri-ciri magnet iaitu kutub yang
berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak.

c) Ciri ’fluks’ magnet yang sentiasa meregang dan tidak berpotongan antara satu sama lain
juga membantu pemusingan motor.

d) Apabila arus dibekalkan kepada motor, pengalir di angker akan membawa arus dan
seterusnya menghasilkan medan magnet.

e) Oleh sebab pengalir ini berada dalam medan magnet itu,tindak balas kedua-diua medan ini
akan terjadi dan seterusnya menghasilkan daya tolakan mekanik terhadap pengalir tersebut
dalam arah ke atas @ ke bawah mengikut arah arus yang terhasil dan seterusnya
menggerakkan pengalir-pengalir di angker supaya berputar.

f) Arah tolakan ini bergantung pada arus dalam pengalir itu dan arah fluks magnet di kutub.
g) Kekuatan daya yang terhasil bagi menolak pengalir adalah berkadar terus dengan

ketumpatan fluks magnet,arus dalam pengalir dan panjang pengalir itu.
h) Semakin panjang pengalir, ketumpatan fluks magnet akan bertambah.Begitu juga dengan

arus dan kekuatan daya mekanik.

Jenis-Jenis Motor Arus Terus
Terdapat beberapa jenis motor A.T, penentuan jenisnya adalah mengikut cara sambungan
mengangkut medan motor ke angker. 3 jenis yang biasa digunakan:

a) Motor belitan medan siri.
b) Motor belitan medan pirau.
c) Motor belitan medan majmuk

Page 2 of 7

4.2 Generator and Series Motor (Motor Belitan Medan Siri)

a) Dalam motor belitan medan siri,arus di angker mengalir melalui belitan medan siri dan
angker.

b) Fluks medan magnet dan daya kilas akan menjadi kuat jika bebannya besar.
c) Keadaan itu menyebabkan putaran motor, menjadi perlahan.
d) Jika beban dikurangkan,fluks magnet akan lemah,sebaliknya kelajuan motor

akan bertambah.
e) Jika beban yang digunakan amat kecil @ tiada berbeban,kelajuan motor akan meningkat

sehingga melampaui kelajuan selamat motor ini.
f) Ini bererti motor belitan medan siri tidak boleh dijalankan tanpa beban dan kerana itu motor

ini amat sesuai untuk menjalankan kerja-kerja yang memerlukan daya kilas permulaan yang
tinggi.
g) Motor ini hendaklah sentiasa disambungkan kepada bebannya secara terus,tanpa
menggunakan rantai,tali sawat (belting) @ gear.
h) Jika motor ini dihidupkan dengan bekalan A.T @ A.U, motor ini dinamakan sebagai motor
semester. Contoh kegunaan motor ini ialah pada mesin pencuci vakum, pengering rambut
dan dalam peralatan elektrik perumahan.

4.3 Generator and Shunt Motor (Motor Belitan Medan Pirau)

a) Motor ini mempunyai belitan medan yang disambung selari dengan voltan bekalan.
b) Kekuatan medan magnet ini adalah tetap nilainya (sama ada berbeban penu atau tanpa

beban .

c) Kelajuan motor ini akan menurun sedikit untuk beban yang amat besar.

d) Kilas motor ini berkadar terus dengan arus, jadi apabila beban bertambah kilas juga

bertambah.

e) Dengan pertambahan beban ini bererti arus masukan mesti ditambah. dika al dengan
f) eker a penyelenggaraan motor ini mura dan kela uannya muda

menggunakan reostat rintangan penga al arus medan .

g) Kegunaan umum motor ini ialah untuk kerja-kerja yang memerlukan kelajuan yang tetap

seperti mesin-mesin, peralatan atau sebagai mesin pelarik kerana kawalan kelajuan motor

perlu dibuat.

4.4 Generator and Compound Motor (Motor Belitan Medan Majmuk)

a) Motor ini mempunyai belitan medan siri dan belitan pirau.
b) Oleh sebab itu ciri motor ini merupakan gabungan antara ciri motor belitan medan siri dan

ciri motor belitan medan pirau.
c) Bilangan belitan medan siri adalah kurang daripada belitan medan pirau kerana ia

disambung sesiri dengan angker.
d) Motor ini memberikan kilas permulaan yang tinggi pada kelajuan yang selamat walaupun

tidak berbeban.

Page 3 of 7

e) Faktor ini menyebabkan motor belitan medan majmuk amat sesuai untuk beban-beban
perantaraan yang berat seperti mesin angkat, pesawat penarik barang dan sebagainya.

f) Terdiri 2 ciri motor belitan medan majmuk iaitu:-
i. Medan Belitan Medan Majmuk Melonggok
ii. Medan Belitan Medan Majmuk Pembeza

4.5 Dc starter

Pemula bagi motor AT dikenali sebagai Pemula Plat Muka. Terdapat 3 jenis pemula plat
muka, iaitu:

a) Pemula plat muka 2 poin – untuk motor-motor siri.
b) Pemula plat muka 3 poin
c) Pemula plat muka 4 poin
Kendalian pemula plat muka ini boleh dibina secara kendalian insani atau automatik. Pemula
Motor AT.

4.5.1 Face Plate Starter.
4.5.2
Kendalian Pemula Plat Muka:
Prinsip Kendalian: Sentuhan 1 - arus mengalir melalui R1, R2, R3 & R4. Sentuhan 2 - arus
mengalir melalui R2, R3 & R4. - Sentuhan 3 - arus mengalir melalui R3 & R4. - Sentuhan 4 - arus
mengalir melalui R4. Sentuhan 5 - arus mengalir terus ke angker. Tangkai dipegang oleh
gegelung tanpa voltan. Kendalian Pemula Plat Muka

Bahagian utama Pemula Plat muka :
Bahagian utama Pemula Plat muka 3. Geganti Beban lampau. - Bertugas sebagai pelindung
beban lebih. 2. Geganti Tanpa Voltan. - Berfungsi sebagai perlindungan tanpa voltan 1. Perintang
pemula. - Bertugas sebagai penghad arus permulaan .

Bahagian utama Pemula Plat Muka ( sambungan ):
Bahagian utama Pemula Plat Muka ( sambungan ) 4. Lengan / tangkai. - Bertugas sebagai
penyambung litar di antara perintang pemula dengan pengubah nilai rintangan pengubah . 5.
Pegas ( spring ). - Berfungsi sebagai pengawal lengan agar kembali ke kedudukan asal jika
berlaku gangguan bekalan .

4.5.3 Two Point Starter (Series Motor).

Page 4 of 7

4.5.4 Three Point Starter (Shunt Motor)

Page 5 of 7

4.5.4 Four Point Starter (Shunt compound)

4.5.5 DC Driver
4.6 Speed Control And Changing Rotation.
Kawalan Kelajuan Motor AT:
Kawalan kelajuan ialah kawalan motor samada hendak dilajukan atau sebaliknya. Kelajuan motor
AT dapat dikawal dengan mengawal: a). Mengawal Voltan ke angker, b). Mengawal Arus di medan
dan c). Mengawal Voltan bekalan Kawalan Kelajuan Motor AT
Pemilihan Motor AT:
Diantara faktor pemilihan bagi sesuatu jenis motor Arus Terus, ialah: Kadaran voltan / arus Kuasa
kuda Bilangan kutub Suhu kendalian Kelajuan Jenis penutup Cara pemasangan Saiz Bilangan aci
Pemilihan Motor AT
4.6 No-Volt. And Over Current Protection.

a) Perlindungan Beban Lampau
 melindungi motor DC arus beban lampau (Peranti Beban Lampau).

b) Perlindungan Voltan Rendah
 mengelakkan motor DC dihidupkan dengan voltan rendah (Gegelung Tanpa
Voltan).

Page 6 of 7

c) Perlindungan Tanpa Voltan
 mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah bekalan kembali
pulih (Gegelung Tanpa Voltan).

d) Perlindungan Litar Pintas
 melindungi motor DC dari kesan litar pintas apabila berlaku sentuhan
antara talian positif dan negatif.

EXERCISE
1. Berikan fungsi pemula motor.

2. Senaraika tiga jenis pemula motor DC.

REFERENCE :
1. Abd Samad Bin Hanif, 2000, Pemasangan dan Penyelengaraan Elektrik , Edisi 2, Dewan

Bahasa Pustaka.
2. Mohd Isa Bin Idris & Ramli Bin Harun, 2002, Asas Pendawaian, Edisi -7, IBS.
3. Brian Scaddan, 2000, Electrical Installation Works, 3rd edition, Oxford UK.
4. Undang-Undang Malaysia, 2004, Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan

Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005, MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
5. MSIEC

Page 7 of 7


Click to View FlipBook Version