Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak
INFORMATION SHEET
PROGRAMME SED / SEP
SESSION
SEMESTER 2
CODE/COURSE SHEET NO IS 09
WEEK
LECTURER
TOPIC INSPECTION AND TESTING
SUB-TOPIC 9.1 Visual Inspection
9.2 Testing – Dead Circuit
9.2.1 Continuity Test Final Ring Circuit
9.2.2 Continuity Test of Circuit Protective
Conductor and Earthing Conductor
9.2.3 Earth Electrode Resistance Test
9.2.4 Insulation Resistance Test
9.2.5 Insulation Test of Barrier and building Structure
9.2.6 Polarity test
9.3 Testing – Live Circuit
9.3.1 Polarity Test
9.3.2 Earth Fault Loop
Impedance Test
9.3.3 Residual Current Devices Test
LEARNING After completing the topic, students should be able to:
OUTCOME 1. Illustrate the inspection and conduct the various types of testing.
Page 1 of 11
CONTENT :
Tujuan Pengujian & Pemeriksaan
Bertujuan bagi memastikan pemasangan & peralatan yang digunakan memenuhi
Peraturan IEE
Pengujian dan Pemeriksaan mesti dilakukan bagi:
a) Setiap pendawaian baru
b) Pendawaian tambahan
c) Pendawaian yang diubah suai
d) Pemasangan elektrik yang sedia ada yang telah tamat tempoh penggunaannya
9.1 Visual Inspection
Tujuan pemeriksaan penglihatan :
1. Untuk memastikan bahan dan alat yang dipasang mengikut piawaian British (BS) atau
kelulusan SIRIM
2. Untuk memastikan pemasangan mematuhi peraturan IEE, TNB dan JKR.
3. Untuk memastikan kerosakkan yang nyata (boleh dilihat) ke atas pemasangan atau
kelengkapan
Jenis Ujian yang dicadangkan oleh IEE untuk sesebuah pemasangan :
• Ujian keterusan pengalir pelindung.
• Ujian keterusan litar gelang.
• Ujian rintangan penebatan.
• Ujian penebatan lantai atau dinding.
• Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan.
• Ujian kekutuban.
• Ujian galangan litar rosak ke bumi.
• Ujian rintangan elektrod bumi.
9.2 Testing – Dead Circuit
Kehendak Perundangan
Mengikut Peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan bahawa
setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh Pendawai dengan
sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan
hendaklah memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.
Mengikut Peraturan 13(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan
pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh
Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana
pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.
-Mengikut Peraturan 14(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan
Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah
masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
Page 2 of 11
Pengujian
Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan
pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan
dipasang selamat untuk digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan
hendaklah dibuat. Keputusan pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah
menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV) dan Borang H (seperti Lampiran V).
Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut hendaklah dilakukan;
- Ujian Keterusan;
- Ujian Rintangan Penebatan.
- Ujian Kekutuban;
- Ujian Rintangan Elektrod Bumi; dan
- Ujian Peranti Arus Baki.
Ujian Keterusan
Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang utama:-
i. Ujian Keterusan Konduktor Pelindung
ii. Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang
iii. Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral
Ujian Keterusan Konduktor Pelindung
• untuk memastikan semua konduktor pelindung disambung secara betul dan berkesan.
• Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
• Kaedah Pengujian
1) pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan semua beban
ditanggalkan.
2) Sambungkan test lead penguji seperti rajah;
3) Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
Gambarajah 9.1
Page 3 of 11
Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang
- untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar gelang.
- Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.
- Kaedah Pengujian
1) Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB, konduktor neutral dari
terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
2) Sambungkan lead penguji seperti gambarajah dibawah ( E-E).
3) Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N).
4) Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.
Gambarajah 9.2
Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral
- untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar.
- Alat uji - Jangka Pelbagai (Juat Ohm) atau Jangka Ohm
- Kaedah pengujian
1) Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka ( Switch Off ).
2) Semua beban hendaklah ditanggalkan.
3) Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ).
4) Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup.
5) Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas.
6) Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.
Page 4 of 11
Gambarajah 9.3
Ujian Rintangan Penebatan
- Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa, konduktor fasa
dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi.
- Menguji ketahanan penebatan kabel.
- Alat uji - Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester). Voltan kendalian
adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T atau 500V A.T.
- Kaedah Pengujian
1) Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off )
2) Semua beban hendaklah ditanggalkan.
3) Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on )
4) Jalankan ujian sebagaimana jadual di bawah.
5) Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm.
Jadual 9.1: Nilai Minimum Bagi Rintangan Penebatan adalah seperti jadual di bawah.
Page 5 of 11
Jadual 9.2
Gambarajah 9.4
Page 6 of 11
Ujian Kekutuban
- Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan
disambung pada konduktor fasa sahaja.
- Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung konduktor fasa.
- Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan
bumi disambung pada terminal yang betul.
- Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.
- Kaedah pengujian
1) Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off).
2) Semua beban hendaklah ditanggalkan.
3) Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ).
4) Jalankan ujian sebagaimana dibawah berdasarkan rajah.
5) Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa.
6) Menguji punca sambungan soket keluaran.
7) Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru.
8) Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
Gamabarajah 9.5
Ujian Rintangan Elektrod Bumi
- Menguji rintangan elektrod bumi.
- Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam.
Page 7 of 11
- Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih
dengan elektrod lain.
- Alat uji - Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester).
- Kaedah pengujian -
i. Terminal 'E' disambungkan ke elektrod yang hendak diuji (konduktor hijau).
ii. Terminal 'P' disambungkan pada pancang voltan (spike potential) (konduktor
kuning) dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi.
iii. Terminal 'C' disambungkan pada pancang arus (spike current) (konduktor
merah) pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi.
Cara Pengukuran Rintangan Elektrod Bumi Dibuat
Ujian hendaklah diulang sekurang-kurangnya tiga kali, bertujuan untuk mengelakkan bacaan
tidak tepat disebabkan kawasan rintangan bertindih.
i. Rekodkan bacaan pertama (Z1)
Contoh : Z1 = 10 Ω
ii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan kedua (Z2)
Contoh : Z2 = 10 Ω
iii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan ketiga (Z3)
Page 8 of 11
Keputusan:
Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai rintangan
elektrod bumi yang diuji.
9.3 Testing – Live Circuit
9.3.1 Polarity Test
- Memastikan semua terminal pada soket alir keluar betul.
- Kaedah yang paling mudah ialang menggunakan penguji soket.
- Penguji ini mempunyai tiga lampu penunjuk seperti di bawah.
-
9.3.2 Earth Fault Loop
Impedance Test
9.3.3 Residual Current Devices Test
Ujian Peranti Arus Baki
Page 9 of 11
- Memastikan Peranti Arus Baki (PAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila
berlaku kebocoran arus ke bumi.
- Alatuji - RCD Tester / RCCB Tester.
1) Kaedah Pengujian 1
a) Menggunakan Butang Tekan Trip.
b) Menekan butang trip yang terdapat pada RCD tersebut, sama ada ia terpelantik atau
tidak. Ujian ini tidak dapat menentukan kepekaan RCD dan masa yang diambil untuk
ianya terpelantik.
2) Kaedah Pengujian 2
a) Menggunakan Penguji RCD (RCD Tester).
b) Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket alir
keluar 13A. Pilih kepekaan RCD supaya sama dengan kepekaan RCD yang hendak
diuji, untuk menentukan sama ada RCD boleh terpelantik. Masa yang diambil untuk
terpelantik mestilah tidak melebihi 40 milisaat.
c) Tatacara menjalankan ujian -
i. Laraskan suis pilihan mengikut kepekaan RCD yang digunakan.
Contohnya : 100 mA / 0.1 A
ii. Laraskan suis operasi kepada 'No Trip' (½ Rated mA = 50%), sambungkan palam
3 pin pada soket alir keluar 13 A.
iii. 'On' soket alir keluar 13 A - pastikan lampu P-N dan P-E menyala. Ini
menunjukkan kekutuban adalah betul. (Nota : Sekiranya kedua-dua lampu di atas
tidak menyala - ujian tidak boleh diteruskan.
iv. Tekan butang uji - bacaan menunjukkan tidak kurang daripada 200 milisaat
dan pada masa yang sama, lampu 'test' menyala dan lampu P-N dan P-E tidak
menyala. Pada waktu ini RCD tidak akan terpelantik.
v. Tukarkan suis pilihan kepada 1800 (gelombang +ve) - ulang langkah (d) dan (e).
vi. Ubah suis operasi kepada 'Trip' (Rated mA = 100%).
vii. Tekan butang uji - RCD akan terpelantik dan bacaan yang ditunjukkan mestilah
tidak melebihi 200 milisaat.
viii. Tukarkan suis pilihan kepada 00 (gelombang -ve).
ix. Tekan butang uji - RCD akan terpelantik dan bacaannya mestilah tidak melebihi
200 milisaat.
x. Ujian di atas hendaklah dibuat berulang kali sehinggalah mendapat bacaan
yang hampir tepat.
xi. Rekodkan keputusan ujian.
xii. Tukarkan suis operasi kepada 'Fast Trip' dan tekang butang uji - RCD
akan terpelantik dalam masa tidak melebihi daripada 40 milisaat.
xiii. Lakukan berulangkali pada 00 atau 1800.
xiv. Keputusan ujian hendaklah sepertimana dalam jadual berikut:-
Page 10 of 11
REFERENCE :
1. Panduan Prosedur Kerja Selamat Bagi Kerja-kerja Elektrik, Suruhanjaya Tenaga
2. Garis Panduan Pendawaian Elektrik Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga
3. Panduan Juruelektrik, John Whitfield, 2002, Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Page 11 of 11