DPP B2(b)
Institut Kemahiran MARA
Kuching , Sarawak
INFORMATION SHEET
PROGRAMME : DIPLOMA OF COMPETENCY IN ELECTRICAL (WIREMAN PW4)
SESSION : SEMESTER : 1
CODE/ COURSE :
LECTURER : MES 10013 / SHEET NO : IS 01
ELECTRICAL INSTALLATION THEORY
WEEK : 01
TOPIC : UNIT 1 : SAFETY PRECAUTION
SUB-TOPIC : 1.1 Career
1.2 Workshop And Safety Rules.
1.3 Electric-shock.
1.4 First Aid and Artificial Respiration
1.5 Fire Extinguisher
LEARNING At the end of the lesson, students will be able to:
OUTCOME : 1. Understand the importance of safety in the workshop.
2. Understand safety rules.
3. Understand electric shock.
4. Understand the danger and effect of electric shock.
5. Understand the cause of electric shock.
6. Know the safety precautions of electric shock. Know basic
life support.
7. Understand the importance of basic life support.
8. Know CPR.
9. Understand CPR technique.
10. Know fire extinguisher types.
11. Understand fire extinguisher purpose.
Page 1 of 25
DPP B2(b)
CONTENT
PENGENALAN
Pematuhan terhadap peraturan dan amalan keselamatan dalam menjalankan kerja adalah
penting bagi mengurangkan risiko kemalangan dan menjadikan seseorang pekerja yang
berdisplin disamping mutu kerja yang dihasilkan.
Keperluan pematuhan peraturan dan amalan keselamatan yang diterangkan dalam bab ini
merangkumi keselamatan diri dan pengguna, keselamatan di tempat kerja dan sekitarannya serta
keselamatan penggunaan alatan/mesin.
Topik ini juga menyediakan pengetahuan asas dan kaedah rawatan pertolongan cemas yang
boleh dijadikan garis panduan membantu rawatan permulaan ketika menghadapi sesuatu
kemalangan.
1.2 WORKSHOP AND SAFETY RULES
BENGKEL DAN PERATURAN KESELAMATAN
Berikut adalah panduan peraturan dan amalan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pelajar
sebelum dan semasa melakukan sesuatu kerja di bengkel.
1.2.1. PERATURAN DAN KESELAMATAN DIRI SENDIRI
a. Berpakaian kemas dan berambut pendek.
b. Tidak memakai sebarang barangan kemas.
c. Sentiasa tenang dan waspada ketika menjalankan tugas.
d. Gunakan sarung tangan khas yang bersesuaian dengan tugas.
e. Memakai pakaian keselamatan ( PPE )* mengikut jenis tugas yang dilakukan.
f. Tidak menjadikan kawasan kerja sebagai tempat makan/minum dan merokok.
* PPE – Personal Protective Equipment
Tujuan menggunakan Alat Pelindung Diri (PPE)
Pemakaian APD bertujuan untuk melindungi tenaa kerja dan juga merupakan salah satu
upaya mencegah terjadinya kecelakaan kerja dan penyakit akibat kerja oleh bahaya
potensial pada suatu perusahaan yang tidak dapat dihilangkan atau dikendalikan.
Page 2 of 25
DPP B2(b)
Gambarajah 1: Bahagian tubuh yang patut dilindungi
Page 3 of 25
DPP B2(b)
Jenis-jenis Alat Pelindung Diri
a. Alat Pelindung Kepala (Head Cover)
Alat ini terdiri dari alat pengikat rambut, penutup rambut, topi dari berbagai bahan.
Tujuan pemakaian alat pelindung kepala adalah untuk melindungi kepala dari bahaya
terkena dengan benda tajam atau benda keras, baik yang sifatnya jatuh, melayang atau
meluncur termasuk melindungi diri dari panas radiasi bahan-bahan kimia korosif. Jenis
pekerjaan yang memerlukan alat pelindung kepala misalnya pekerjaan di bawah mesin-
mesin mahupun pekerjaan di sekitar pengalir yang terdedah. Contoh alat pelindung kepala
adalah topi plastik, topi plastik berlapis asbes, topi aluminium, dan topi logam.
Contoh gambar :
(a)
Page 4 of 25
DPP B2(b)
(b) (c) (d)
(e) (f) (g)
Gambarajah 2 : Kod warna helmet keselamatan
b. Alat Pelindung Mata (Eye Protection)
Alat pelindung mata digunakan untuk melindungi mata dari kemungkinan bahaya kerana
percikan atau debu-debu, gas-gas, wap, cairan korosif, partikel-partikel melayang atau
terkena radiasi gelombang elektromagnetik.
Alat pelindung mata terdiri dari 3 jenis, iaitu :
i. Kaca mata biasa
ii. Kaca mata goggles yaitu kaca mata yang tertutup semua, tetapi terdapat lubang-
lubang kecil sebagai ventilasi.
iii. Tameng muka
(a) (b)
(a) (b)
Gambarajah 3 : Jenis- jenis pelindung mata
Page 5 of 25
DPP B2(b)
Gambarajah 4 : Kesan penggunaan pelindungan mata mengikut jenisnya
Page 6 of 25
DPP B2(b)
c. Alat Pelindung Telinga (Hearing Protection)
Alat pelindung telinga bekerja sebagai penghalang kebisingan melampau memasuki
telinga dalam. Alat ini diperlukan apabila tingkat kebisingan di tempat kerja sudah
mencapai 85 dB diatas 8 jam sehari.
Alat pelindung telinga terdiri dari 3 jenis, iaitu :
i. Kapas.
ii. Sumbat telinga (Ear Plugs) mempunyai daya atenuasi suara sebesar 25-30 dB.
iii. Tutup telinga (Ear Muffs) mempunyai daya atenuasi suara sebesar 10-15 dB lebih
besar dari sumbat telinga.
iv. Canal Caps
Page 7 of 25
DPP B2(b)
Gambarajah 5 : Kepelbagaian pelindung telinga
d. Alat Pelindung Pernapasan (Respiratory Protection)
Alat pelindung pernapasan diperlukan di tempat kerja dimana udara didalamnya tercemar.
Secara umum ada 2 macam alat pelindung pernapasan, yaitu :
A. Respirator atau Purifying Respirator.
Alat ini berfungsi untuk membersihkan udara yang akan dihirup oleh pekerja. Alat ini
digunakan untuk melindungi pekerja dari bahaya penapasan debu, kabuut, asap, gas dan
uap.
B. Breathing Apparatus atau Air Supply Respirator
Alat ini berfungsi untuk memberikan udara bersih atau oksigen kepada pekerja yang
menggunakannya.
Gambarajah 6 : Jenis-jenis topeng penafasan
Page 8 of 25
DPP B2(b)
e. Alat Pelindung Tangan dan Jari-jari (Hand Gloves)
Alat pelindung tangan ini paling banyak digunakan, karena kecelakaan yang paling
banyak terjadi pada tangan dari keseluruhan kecelakaan yang ada. Menurut bentuknya,
sarung tangan dapat dibedakan menjadi :
A. Sarung tangan biasa (Gloves)
B. Sarung tangan yang dilapisi dengan plat logam (Grantlet) yang digunakan di lengan.
C. Mitth, sarung tangan untuk 4 jari yang terbungkus.
Gambarajah 7 : Sarung tangan keselamatan yang sesuai dengan kerja-kerja elektrik
domestik
f. Alat Pelindung Kaki (Foot Cover)
Kasut keselamatan dipakai untuk melindungi kaki dari jatuhan benda berat, percikan arka
dan bahan yang korosif, cairan panas dan terpijak benda-benda tajam.
Gambarajah 8 : Perlindungan yang harus ada pada kasut keselamatan
Page 9 of 25
DPP B2(b)
g. Alat Pelindung Tubuh
Alat pelindung tubuh berupa pakaian yang boleh melindungi tubuh yang menutupi
sebahagian atau seluruh bagian tubuh. Pemakaian baju keselamatan bergantung kepada
jenis kerja dan keadaan sekitar.
Gambarajah 9 : Vest keselamatan
1.2.2. PERATURAN DAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA.
a. Patuhi semua arahan yang telah ditetapkan.
b. Lantai tempat kerja hendaklah bersih daripada kotoran minyak, air dan gris.
c. Peralatan kerja hendaklah disimpan di tempat yang betul dan mudah dicapai.
d. Sentiasa mematuhi piawaian tatakerja pengendalian (SOP – Standard Operating
Procedure) bagi sesuatu peralatan atau kelengkpan.
e. Bersihkan tempat kerja dan alat setelah selesai menjalankan kerja.
f. Laporkan segera sebarang kemalangan atau kejadian bahaya kepada pengajar atau
penyelia.
g. Susunatur (Layout) untuk memudahkan kaedah atau sistem serta kebersihan.
h. Penandaan laluan, lorong untuk pengangkutan – mesti bebas dari halangan.
i. Kawasan khas untuk penempatan, pensetoran bahan, alatan tukang dan aksesori.
Page 10 of 25
DPP B2(b)
1.2.3. PERATURAN DAN KESELAMATAN PERALATAN KERJA DAN
MESIN.
Bagi menjamin keselamatan sewaktu menggunakan alat dan mesin, langkah berikut
hendaklah dipatuhi:-
a. Semua pelindung, pengadang mesti disediakan arahan senggaraan dan arahan
keselamatan
b. Mesin mesti mempunyai jarak halangan mencukupi bagi penghindaran kecelakaan
kepda operator yang mungkin terbabas pergerakannya.
c. Bagi penutup atau pengadang yang boleh dibuka sewaktu mesin sedang beroperasi,
suatu suis kawalan atau peranti disediakan bagi memutuskan bekalan elektrik secara
automatik
d. Bagi setiap mesin yang telah dipasang, langkah awasan hendaklah diambil bagi
menentukan pengadang dipasang dan digunakan dengan betul.
e. Terdapat mesin-mesin tertentu yang dijalankan secara manual dan dalam kawasan
yang merbahaya. Peranti keselamatan khusus adalah diperlukan. Adalah penting
bahawa Peranti keselamatan itu:-
i. tidak menghalang kepada kerja (operator)
ii. tidak meyebabkan kerja-kerja senggaran terganggu / terhadang
iii. hendaklah dibina dan ditempatkan dimana sentuhan dengan bahagian
bergerak /berputar mungkin mendatangkan kecederaan diri
iv. Berkeupayaan menampung beban yang dikenakan keatasnya
f. Alat-alat atau mesin yang rosak atau mengalami sedikit kerosakkan perlulah diperbaiki
sebelum digunakan.
g. Peralatan hendaklah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik agar tidak
mendatangkan bahaya sewaktu menggunakannya kelak.
1.3. ELECTRIC SHOCK
RENJATAN ELEKTRIK
Page 11 of 25
DPP B2(b)
1.3.1. PUNCA BERLAKU RENJATAN ELEKTRIK
a. Sikap pekerja seperti cuai, bodoh sombong, berlagak pandai dan mengenepikan
arahan serta tidak mengikuti Standard Operating Prosuder ( SOP ) dan Personal
Protective Equipment (PPE).
b. Berlakunya arus bocor yang menyebabkan bingkai logam menjadi hidup.
c. Memegang pengalir hidup yang terdedah sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja.
1.3.2. TAHAP BAHAYA ARUS ELEKTRIK
Kadaran arus Kesan Bahaya Kepada Pengguna.
3 mA Kejutan lembut
7 mA Kejutan yang menyakitkan
20 mA Kesukaran bernafas
70 mA Risiko kematian – kejutan yg kuat, pernafasan
terhenti, pengecutan otot yg teruk
700 mA Tisu-tisu badan melecur
3000 mA Jantung terhenti
Jadual 1.1: Tahap bahaya arus renjatan.
1.3.3. TAHAP BAHAYA VOLTAN ELEKTRIK
Kadaran Voltan Kesan Bahaya Kepada Pengguna.
10 – 12 Volt Menerima rangsangan rasa.
15 Volt Menerima rangsangan sakit.
20 Volt Menerima rangsangan amat sakit
25 – 30 Volt Menerima genggaman voltan ( kejangan )
40 – 60 Volt Maut
65 – 2000 Volt Getaran.
Jadual 1.2: Tahap bahaya kesan voltan renjatan.
1.3.4. TAHAP RINTANGAN PADA TUBUH MANUSIA.
Kadaran Rintangan Jenis Rintangan.
100kOhm – 300kOhm Kulit Kering
1000 Ohm Kulit Basah
400 Ohm – 800 Ohm Bahagian Dalam Dalam.
Anggaran 100 Ohm. Telinga ke telinga
Jadual 1.3: Kadar Rintangan Tubuh Manusia.
Page 12 of 25
DPP B2(b)
1.4. PERTOLONGAN CEMAS DAN BANTUAN PENAFASAN
FIRST AID AND ARTIFICIAL RESPIRATION
1.4.1 PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas ialah rawatan awal yang diberikan kepada mangsa kecederaan
sehingga menerima rawatan lanjutan doktor atau dibawa ke hospital.
Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa terkena renjatan
a) Padamkan bekalan alat elektrik atau
jika perlu, bekalan elektrik pada suis
utama di rumah atau di tempat
kerja. Mematikan alat elektrik TIDAK
memberhentikan arus elektrik.
b) Dapatkan bantuan kecemasan. Dial
999 untuk ambulan dan paramedik.
Page 13 of 25
DPP B2(b)
c) Jika bekalan elektrik tidak dapat
dimatikan, gunakan objek bukan
pengalir elektrik kering seperti kayu
atau alas kaki getah untuk menolak
mangsa dari sumber elektrik.
Pastikan berdiri di atas bahan bukan
pengalir seperti alas kaki getah.
JANGAN sama sekali cuba
menyelamatkan mangsa jika insiden
ini berlaku di kawasan bervoltan
tinggi.
d) Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan
denyutan jantung. Jika tiada, lakukan CPR.
e) Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air
mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang. Beri rawatan kecemasan
sepertimana biasa kepada luka terbakar. Tunggu di sisi mangsa sehinggalah
bantuan tiba.
f) Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan
elektrik, pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada
saraf tunjang. Berikan rawatan kecemasan kepada kecederaan luka atau
kepatahan yang berlaku seperti biasa.
JANGAN LAKUKAN INI:
a) Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis
dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku
b) Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar
c) Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit
d) Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik
Rawatan Perubatan Seterusnya
Rawatan diberi bergantung kepada keterukan kecederaan akibat terbakar (burns wound)
dan jika berlaku kecederaan-kecederaan sampingan.
Kecederaan akibat terbakar (burns wound) :
a) Minor: rawatan krim antibiotik dan dressing.
b) Kecederaan lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tisu-
tisu mati atau bagi tujuan skin grafting.
c) Kecederaan serius pada lengan, kaki atau tangan ada kalanya memerlukan
pembedahan untuk membuang otot-otot yang terbakar sehinggalah kepada
amputasi sekiranya diperlukan
Page 14 of 25
DPP B2(b)
d) Lain-lain kecederaan yang memerlukan perhatian
e) Kecederaan mata memerlukan pemeriksaan dan rawatan oleh doktor mata
f) Kepatahan memerlukan rujukan kepada doktor otopedik bagi tujuan rawatan
seterusnya (splinting, casting atau pembedahan).
g) Kecederaan organ dalaman memerlukan pemerhatian dalam wad atau
pembedahan jika diperlukan.
1.4.2 PEMULIHAN PENAFASAN
Pemulihan penafasan dilakukan kepada mangsa yang mengalami gangguan pernafasan
akibat lemas, terkena renjatan elektrik dan sebagainya. Kaedah pemulihan pernafasan
dilakukan bersesuaian dengan pergerakkan nafas dan keadaan mangsa.
Perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan jika mendapati pernafasan mangsa
terganggu:
i. Longgarkan pakaiannya seperti tali leher, butang baju dan seluar.
ii. Baringkan mangsa ditempat yang selamat dan selesa untuk melakukan
pemulihan nafas.
iii. Tanggalkan bendasing yang boleh menghalang laluan udara pernafasan seperti
gigi palsu, kasut, jam, cincin, gelang, rantai dan sebaginya.
iv. Beri rawatan pada bahagian-bahagian badannya yang luka.
v. Buat panggilan kecemasan jika dianggapkan bahaya untuk pemulihan lanjutan.
1.4.3 CPR (CARDIAC PULMONARI RESUCITATION)
Page 15 of 25
DPP B2(b)
Cara meletakkan tangan dengan betul pada dada mangsa.
Page 16 of 25
DPP B2(b)
Letakkan mangsa dalam posisi pemulihan setelah mangsa sedar dan stabil selepas CPR.
Page 17 of 25
DPP B2(b)
1.4.4 PETI PERTOLONGAN CEMAS
Akta Kilang Dan Jentera 1961 ( Seksyen 61), setiap kilang mesti menyediakan kotak pertolongan
cemas. Jika pekerja di kilang itu melebihi 150 orang, kotak pertolongan cemas tambahan perlu
disediakan. Kotak ini hendaklah diletakkan dalam pengawasan orang yang bertanggungjawab.
Jika pekerja kilang itu melebihi 50 orang, majikan perlu memberi latihan pertolongan cemas
kepada pekerja-pekerjanya.
Page 18 of 25
DPP B2(b)
Pada pemasangan di tapak pembinaan atau di luar bangunan yang melibatkan lebih daripada 250
orang pekerja, majikan hendaklah mengadakan bilik rawatan kecemasan dan petugas. Jika
bilangan pekerja kilang itu melebihi 500 orang, majikan sepatutnya menyediakan kereta ambulans
dan bilik kecemasan yang lengkap dengan peralatan dan pekerja yang terlatih.
Keperluan Peti Pertolongan cemas
Akta Kilang Dan Jentera 1961 ( Seksyen 61),
i. Jika pekerja di kilang itu melebihi 150 orang, kotak pertolongan cemas tambahan
perlu disediakan.
ii. Jika pekerja kilang itu melebihi 50 orang, majikan perlu memberi latihan
pertolongan cemas kepada pekerja-pekerjanya.
iii. Pada pemasangan di tapak pembinaan atau di luar bangunan yang melibatkan
lebih daripada 250 orang pekerja, majikan hendaklah mengadakan bilik rawatan
kecemasan dan petugas.
iv. Jika bilangan pekerja kilang itu melebihi 500 orang, majikan sepatutnya
menyediakan kereta ambulans dan bilik kecemasan yang lengkap dengan
peralatan dan pekerja yang terlatih.
Page 19 of 25
DPP B2(b)
1.5 ALAT PEMADAM API
FIRE EXTINGUISHER
Kebakaran yang berlaku akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.
Terdapat beberapa jenis alat pemadam api atau alat-alat mencegah kebakaran yang perlu
diketahui kaedah penggunaannya.
Page 20 of 25
DPP B2(b)
1.5.1 JENIS SERBUK
Pemadam api serbuk kering biasanya dari jenis ‘mudah alih’. Pemadam api ini boleh
digunakan bagi kebanyakan jenis kebakaran. Kandungan bahan yang digunakan dalam
pemadam api ini adalah serbuk sodium bikarbonat.
Kegunaanya : Untuk kategori A,B dan C.
Kaedah penggunaan:
a) Cabutkan kunci pelantak.
b) Pukul pelantak.
c) Halakan muncung pemadam ke tempat kebakaran.
d) Untuk memulakan pancutan, picit punat tekan di muncung.
e) Untuk memberhentikan lepaskan punat tekan.
1.5.2 JENIS BUIH
Kegunaanya : Untuk kategori A dan B.
Pemadam api ini dari jenis kimia dan ‘mudah alih’. Kandungan bahan yang terdapat dalam
pemadam api jenis ini adalah seperti berikut :
Alumunium Sulfat + Sodium Bikarbonat = Alumunium hidroksida + Sodium sulfat +
Karbon dioksida.
1.5.3 PEMADAM API JENIS GAS
Pemadam api jenis ini mengandungi gas cecair karbon dioksida sebagai bahan pemadam
kebakaran yang sesuai untuk kebakaran kategori A,B dan C.
Page 21 of 25
DPP B2(b)
Kaedah menggunakan pemadam api jenis mudah alih.
Kaedah memadam api
(a)
(b)
Page 22 of 25
DPP B2(b)
(c)
(d)
(e)
(e)
Page 23 of 25
DPP B2(b)
1.6. RUMUSAN
Peraturan – peraturan keselamatan yang dirangkakan, prosedur melakukan kerja, penggunaan
alatan dan pakaian keselamatan serta penggunaan pencegah kebakaran yang diterangkan dalam
topik ini dapat membantu mengelakkan kehilangan nyawa dan kemusnahanan harta-benda.
Page 24 of 25
DPP B2(b)
EXERCISE
1. Labelkan bahagian pemadam api di bawah.
REFERENCE :
1. Abd Samad Bin Hanif, 2000, Pemasangan dan Penyelengaraan Elektrik , Edisi 2, Dewan
Bahasa Pustaka.
2. Mohd Isa Bin Idris & Ramli Bin Harun, 2002, Asas Pendawaian, Edisi -7, IBS.
3. Brian Scaddan, 2000, Electrical Installation Works, 3rd edition, Oxford UK.
4. Undang-Undang Malaysia, 2004, Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005, MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
5. MSIEC
Page 25 of 25