MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
UNIT 3: PAPAN SUIS VOLTAN RENDAH
3.1 PENGENALAN
Papan suis adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elaktrik yang mula - mula sekali
menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih – agihkan kebahagian-bahagian lain beban atau
bangunan. la juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Didalam PSU
inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama
yang boleh dikawal dan perlindungan utama untuk melindungi keseluruhan pemasangan
ditempatkan disini. Peranan, saiz fizikal dan fungsi papan suis adalah bergantung kepada
keupayaan membawa arus bagi menentukan kegunaan papan suis itu sendiri serta apakah yang
hendak dikawalnya. Ada sesetengah papan suis hanya mengawal beban elektrik yang tertentu
sahajamisalnya motor-motor elektrik.
Sistem pembekalan elektrik
Unit 3 -1
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
RAJAH 1 PAPAN SUIS UTAMA
PAPAN SUIS UTAMA
Unit 3 -2
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
SKEMATIK DIAGRAM BAGI PAPAN SUIS UTAMA
3.2 PROSEDUR KESELAMATAN
Mengendalikan Papan Suis
Sebelum apa-apa kerja dimulakan pada papan suis:
1) Papan suis itu hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan; atau
2) Jika papan suis itu disusun mengikut apa-apa cara supaya mana-mana konduktornya boleh
dimatikan mengikut bahagiandan diasingkan dengan pemisah atau pengadang kekal atau
boleh alih daripada bahagian yang bersebelahan yang konduktornya hidup, bahagian yang
padanya kerja akan dibuat hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan.
Susunan Papan Suis secara am
1) Susunan am papan suis hendaklah seperti berikut:
(a) Semua bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau dikendalikan hendaklah
mudah diakses.
(b) Pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesandan gambarajah sambungan-
sambungan yang dilukisdengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan
suis.
(c) Sesuatu konduktor, tidak disusun untuk sambungkan kepada sistem yang sama,
hendaklah diasingkan dengan baik dan boleh dibezakan.
(d) Sesuatu konduktor tak bersalut hendaklah ditempatkanatau dilindungi bagi mencegah
bahaya daripada sentuhantak sengaja.
2) Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklahdiletakkan di atas lantai di
bahagian setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseoang
pengendali.
3) Sesuatu papan suis yang mempunyai konduktor tak bersalutyang terdedah sedemikian rupa
sehingga mungkin tersentuh,hendaklah, jika tidak terletak di suatu kawasan yang berasingan
bagi maksud itu, dipagar atau dikepung selainnya.
Unit 3 -3
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
4) Tiada siapa pun, kecuali orang kompeten atau orang yang bertindak di bawah penyeliaan
langsung orang kompeten, boleh mendapat akses kepada mana-mana bahagian papan suis.
5) Sesuatu radas yang bersangkutan dengan suatu papan suis danmenghendaki pengendalian
hendaklah ditempatkan dandisusun mengikut apa-apa cara supaya radas itu
bolehdikendalikan daripada pelantar kerja papan suis itu, dan mana-mana peralatan penyukat
dan penunjuk yang disambungkankepadanya hendaklah ditempatkan mengikut apa-apa
carasupaya radas itu boleh diperhatikan daripada pelantar kerja.
6) Jika radas, peralatan penyukat dan penunjuk yang disebutdalam subperaturan (5)
dikendalikan atau diperhatikandaripada mana-mana tempat, langkah awasan yang
mencukupi hendaklah diambil bagi mencegah bahaya.
Kerja-kerja mengenai radas, pengalir-pengalir atau alat-alat bervoltan rendah/sederhana yang
“MATI” hendaklah dijalankan oleh “seorang yang berkelayakan” dengan kebenaran “orang yang
diberi kuasa”.
Sebelum menjalankan kerja-kerja “orang yang berkelayakan” atau “orang yang diberi kuasa”
mestilah melakukan satu ujian dengan menggunakan Penunjuk Voltan (Voltage Indicator atau Lampu
Ujian (Test Lamp) bagi mengesahkan bahawa litar yang diasingkan telah “MATI” (Tidak Mempunyai
Bekalan) dan mesti membumikan dengan kemas pada pengalir-pengalir yang diasingkan.
Setelah siap kerja, litar “Janganlah Dihidupkan” semula sehingga “orang yang diberi kuasa” itu
sendiri puashati bahawa semua pekerja meninggalkan tempat itu dan telah diberitahu bahawa litar
hendaklah “DIHIDUPKAN
Kerja-kerja pada sesalur talian atas yang “HIDUP” tidak boleh dilakukan sama sekali apabila kerja-
kerja yang bersabit dilakukan di atas tiang dan menyebabkan kepala pekerja berada ke atas daripada
paras pengalir Neutral, kecuali di bawah penyeliaan peribadi orang yang diberi kuasa, beliau
bertanggungjawab memerhati segala langkah-langkah yang perlu diambil dan mengingatkan pekerja
dengan serta merta sehingga semua pekerja-pekerja tersebut berada jauh daripada talian hidup.
Di dalam hal-hal kecemasan, orang yang berkelayakan dibenarkan mengeluarkan fius ataupun link
yang terdapat di atas tiang. Penggunaan Tali Pinggang Keselamatan mestilah digunakan apabila
kerja-kerja dilakukan di atas penyokong tiang.
Apabila melakukan kerja-kerja di litar yang telah dimatikan, peringatan “AWAS” hendaklah
diletakkan pada setiap tempat yang boleh menyebabkan litar yang “MATI” boleh di “HIDUPKAN”
kembalikan.
Apabila kerja hendak dijalankan di atas talian-talian atas, sekiranya ribut kilat tiba, semua kerja
hendaklah diberhentikan dengan serta-merta.
PERHATIAN
Sentiasa ingat bahawa Voltan Rendah boleh membawa maut.
Sambungan sesalur bekalan tidak boleh dilakukan pada sesalur Talian Atas
yang “HIDUP” kecuali kepada sesiapa yang mempunyai / memegang
“PERAKUAN KELAYAKAN” untuk bekerja pada “TALIAN HIDUP”.
Unit 3 -4
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Sambungan “HIDUP” pada sesalur bekalan untuk sesalur kaki lima boleh dilakukan
oleh sesiapa “orang yang berkelayakan” dan dibawah penyeliaan “orang yang
berkuasa” yang hadir.
AKUAN KUASA (AUTHORISATION) DAN KELAYAKAN
PEGAWAI YANG BERKUASA
Seseorang Pegawai Yang Berkuasa adalah:
a) Telah berumur 21 tahun ke atas, dan
b) Mempunyai pengetahuan teknik tentang alat-alatan Voltan Tinggi dan Rendah
dan
c) Mempunyai pengetahuan yang baik tentang semua atau sebahagian daripada
tempat dan
d) Mempunyai Sijil Akuan Kuasa (Certificate of Authorization) yang sah (valid)
mengikut sepertimana yang terkandung dalam Peraturan 5 dalam undang-
undang yang tersebut. Ianya memberi definisi berikut:
i. Pengkelasan kerja oleh pekerja yang diberi
kuasa untuk menjalankan tugas dan
ii. Bahagian pembekalan di bawah mana-
mana sistem di mana bersabit (applies).
Pegawai yang berkelayakan sama ada pegawai yang berkuasa ataupun pegawai yang:-
a) Telah berumur 21 tahun ke atas, dan
b) Ia sama ada telah mempunyai perkhidmatan yang cukup lama
tentang industri pembekalan elektrik.
c) Ia juga telah mempunyai pengalaman yang baik tentang cara-cara
menghindar (avoid) bahaya elektrik, dan
d) Mempunyai Sijil Kelayakan yang telah dikeluarkan sejajar (in accordance)
dengan Peraturan 5 dalam undang-undang tersebut.
SURAT KEBENARAN BEKERJA (PERMIT WORK)
Unit 3 -5
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
MENGELUARKAN SURAT KEBENARAN KERJA
• Sebelum kerja-kerja dijalankan di dalam Sistem Voltan Rendah/Sederhana, “orang yang
berkuasa” mestilah mengeluarkan “surat kebenaran kerja” kepada “orang yang
berkelayakan” di dalam kerja-kerja tersebut, Yang mana harus menyimpannya semasa
melakukan kerja sehingga selesai kerja yang dilakukan atau diberhentikan oleh orang yang
berkuasa.
• Setelah “Surat Kebenaran Kerja” dikeluarkan “orang yang berkuasa” mestilah menyelia dan
memberi sepenuh perhatian dan menerangkan dengan kata-kata kerja yang tepat
bersangkut paut dengan kerja-kerja yang dilangsungkan yang perlu diambil. “Orang yang
berkelayakan” hendaklah mengetahui bahawa penerimaan “Surat Kebenaran Kerja” (Permit
To Work) mempunyai tanda bahawa semua alat-alatan di dalam keadaan selamat untuk
melakukan kerja (Pembinaan Sementara) hendaklah dilakukan jika keadaan memerlukan
dan pengembalian semula
• “Surat Kebenaran Kerja” bermakna beliau telah mengeluarkan semua pembumian
sementara dan mengesahkan semua pekerja-pekerja tidak lagi melanjutkan kerja tersebut.
KEADAAN DIMANA “KEBENARAN KERJA” MUNGKIN TIDAK DIGUNAKAN
• Apabila “Seorang Yang Berkuasa” bertanggungjawab untuk memotong (dimatikan) bekalan,
dimana beliau sendiri menyelia ujian-ujian dan pembumian segala alat-alatan dan dengan
sendirinya menyelia, memeriksa pembumian, memberi arahan (amaran) kepada pekerja
menjalankan kerja-kerja dengan tidak melebihi lingkungan kuasanya tanpa mengeluarkan
surat kebenaran kerja.
TANDANTANGAN “SURAT PENGIZINAN” DAN PEMBATALAN “SURAT KEBENARAN KERJA”
• Apabila kerja-kerja dilindungi dengan “Surat Kebenaran Kerja” telah siap atau diberhentikan
sebelum alat-alatan dihidupkan kembali (diberikan bekalan):-
• “Surat Kebenaran Kerja” mestilah ditandatangani oleh “Orang Yang Berkelayakan” (iaitu
beliau mestilah menandatangani surat keizinan yang terdapat di belakang surat kebenaran
kerja yang menyatakan semua alat-alatan tidak lagi di dalam keadaan selamat untuk
melakukan kerja) dan mestilah dikembalikan kepada “Orang Yang Berkuasa” untuk
membatalkannya.
• Pembatalan “Surat Kebenaran Kerja” dijalankan oleh “Orang Yang Berkuasa” dengan
menulis perkataan “DIBATALKAN” atau “CANCELLED” melintangi permukaan surat tersebut
dan menandatanganinya.
• Jikalau “Orang Yang Berkelayakan” yang mempunyai “Surat Kebenaran Kerja” akan
ditangguhkan sebelum kerja siap dibuat, dan digantikan oleh orang lain (juga “Orang Yang
Berkalayakan”), sokongan pengesahan mestilah didapati daripada “Orang Yang Berkuasa”.
Unit 3 -6
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Pengganti itu hendaklah menandatangani dengan nama beliau di bawah tandatangan
“Orang Yang Berkelayakan“ asal. Pengganti ini hendaklah menyimpan surat tersebut, semasa
kerja-kerja dilakukan, “Orang Yang Berkelayakan” yang terakhir yang menjaga kerja mestilah
menandatangai surat dan dipulangkan kembali kepada orang yang berkuasa.
• Jikalau “Orang Yang Berkelayakan” yang mempunyai “Surat Kebenaran Kerja” akan
ditangguhkan sebelum kerja siap dibuat, dan digantikan oleh orang lain (juga “Orang Yang
Berkalayakan”), sokongan pengesahan mestilah didapati daripada “Orang Yang Berkuasa”.
Pengganti itu hendaklah menandatangani dengan nama beliau di bawah tandatangan
“Orang Yang Berkelayakan“ asal. Pengganti ini hendaklah menyimpan surat tersebut, semasa
kerja-kerja dilakukan, “Orang Yang Berkelayakan” yang terakhir yang menjaga kerja mestilah
menandatangai surat dan dipulangkan kembali kepada orang yang berkuasa.
3.3 KOMPONEN-KOMPONEN PAPAN SUIS
1.3.1 Definasi Papan Suis Utama
Papan suis utama adalah komponen elektrik yang menjalankan fungsi berikut :-
- Menerima bekalan dari pemegang lesen atau janakuasa-
- Mengawal pepasangan, ( ‘OFF dan ON’)
- Melindungi keseluruhan perpasangan
- Mengagihkan bekalan pada sub-sub kecil
*Rujuk gambarajah di bawah
1.3.2 Jenis - jenis papan suis utama
Umumnya ada tiga Jenis PSU yang biasa digunaan iaitu :
i) Jenis lekat di dinding (wall mounted)
ii) Jenis Pedestal
iii) Jenis Cubicle
Jenis lekat ke dinding biasanya untuk pemasangan kecil sehingga 100 ampere. Jenispedestal untuk
pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar.
Unit 3 -7
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1.3.3 Papan suis kecil (sub switchboard)
Papan suis kecil adalah papan suis yang menerima bekalan dari PSU. Perkataan kecil adalah relatif
sebab ada papan suis kecil saiz dan kadarannya besar melebihi daripapan suis utama ditempat
lain. Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU. Papan suis kecil ini digunakan untuk bangunan atau
beban yang berada agak jauh dan terasing dari PSU. Ini adalah untuk menjimatkan kabel, dan
memudahkan kerja-kerja kawalan dan senggaraan.
1.3.4 Binaan
Papan suis utama terdiri dari binaan rangka utama yang menyokong berat segalaperalatan yang
terdapat dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minimum 10G berbentuk U-section channel.
Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubangdengan sais yang sesuai dan dengan jarak
25mm supaya tidak mengurangkankekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular
dimana ia boleh ditambah dandibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambung sahaja
rangka tambahan.Di bahagian luar sekelilingnya dititutup dengan kepingan logam tebal tertentu
(tebalminimum 10G) dibahagian belakang dan tepi PSU.Palang bus pembumian dangan keratan
rentas yang mencukupi hendaklah dipasangdibahagian bawah sebelah dalam PSU meliputi
keseluruhan panjang PSU tersebut.
1.3.5 KLAS
Terdapat tiga klas:
a) Tiada pemisah (no compartmen)
- tiada dinding pemisah diantarabahagian - bahagian dalam PSU
b) Sebahagian pemisah (semi compartmen)
- sebahagian sahaja dipisahkan daripadayang lain.
c) Sepenuhnya pemisah (fully kompartmen)
- semua bahagian diasingkan dari yang lain.
Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada keperluan, kesesuaian, tahap keselamatandan
harga yang perlu kita bayar. Jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap kompartmentdalarn PSU
diasingkan dengan dinding logam supaya apabila berlaku percikan api elektrikbahagian lain tidak
terlibat. Selain mahal ianya juga berat.Jenis sederhana baik hanya memisahkan sebahagian sahaja
kompartment terutama bahagian ruangan ACB kerana disinilah selalunya berkemungkinan besar
berlaku percikan api elektrik.
1.3.6 Lokasi
PSU hendaklah ditempatkan di tempat yang mempunyai ciri - ciri seperti berikut:
Unit 3 -8
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
a. Berhampiran dengan beban bagi mengurangkan perbelanjaan sub mains dan kabel
b. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air
c. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-Kerja operasi dan senggaraan
mudah dijalankan
d. Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci
1.3.7 Keperluan Bilik Suis
a. Bilik suis hendaklah menerima pengEdaran udara yang baik.
b. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proof netting supaya serangga
tidak dapat masuk.
c. Ruang kosong berukuran minimum 2.5 kaki di bahagian belakang dan minimum 4.5 kaki di
bahagian hadapan PSU untuk kerja kerja senggaraan.
d. Mempunyai saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.
e. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis C02.
f. Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yangmencukupi
hendaklah disediakan didalam bilik suis.
g. Rajah skematik dan carta pertolongan cemas dalam bahasa dan simbolyang boleh difahami.
h. Tikar getah yang bersaiz minimum 5mm tebal x 3 kaki lebar x panjangmenyamai saiz switch
board
2.3.8 Komponen yang terdapat dalam switchboard
Palang bus dalam PSU
Palang bus merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran tembaga dan
bersalut. Ia mengalir dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama dan pemutus
litar lain.Ianya digunakan menganti kabel disebabkan mudah membuat sambungan ada yang
mengabungkan kedua-dua sekali.
Kedudukan palang bas ada yang mendatar dan ada yang menegak dan ada yang mengabungkan
kedua-duanya sekali. Keupayaan membawa arus palang bus bergantung kepada saiznya , bahan yang
digunakan iaitu tembaga atau campuran tembaga.
Pemutus litar udara
Pemutus litar udara adalah satu alat untuk memutus dan menyambung bekalan atau disebut juga
sebagai pengasing sahaja. Tetapi apabila dilengkapi dengan kompenan perlindungan seperti alatubah
arus , geganti , shunt trip coil ianya dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara automatik.
Perlindungan yang perlu ialah arus lebih , beban lebih dan rosak ke bumi.
Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB) . Walaubagaimanapun sekarang
ini pemutus litar teracu (MCCB) semakin banyak digunakan. Penggunaan samaada ACB @ MCCB
bergantung kepada kadaran arus suatu pemasangan. Untuk pemasangan melebihi 400 A selalunya
ACB digunakan .
Saiz ACB yang kecil yang terdapat dipasaran ialah 600 A. Dengan penatahan kepada alat perlindungan
dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah dengan kadaran arus kurang
dari 600 A contohnya 200 A , 400 A dan sebagainya . Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 2
500 A. Dalam kes-kes tertentu lebih dari satu ACB di dalam sebuah PSU samada mempunyai kadaran
Unit 3 -9
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
arus yang sama atau dengan kadar yang berlainan. Dengan itu rangka PSU mestilah mempunyai
kekuataan mekanikal yang cukup untuk menampung berat kompenan tersebut.
Nilai arus kerosakan ACB bagi pemasangan JKR ialah 45 KA untuk 3 saat. Ini bermakna dengan arus 45
KA ACB ini boleh bertindak tanpa ianya mengalami kerosakan. Kegunaan lain ACB selain daripada
pengasing dan pemutus litar ialah sebagai bustie dan sesentuh tukar alih. ACB boleh dipasang secara
tetap iaitu tidak boleh dibawa keluar kecuaili dengan membuka skeru. Ia juga boleh dibawa keluar
untuk tujuan senggaraan dan ujian .
Bahagian-bahagian ACB
Sesentuh tetap dan sesentuh bergerak.
Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang berkutub empat. Oleh itu terdapat tiga
sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam keadaan ON sesentuh tetap dan sesentuh
bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OF atau terpelantik ianya akan terbuka Semua
sesentuh diperbuat daripada bahan logam yang kuat dari segi mekanikal dan keupayaan membawa
dan menahan arus making, breking dan arus litar pintas contohnya seperti campuran perak.
Sesentuh Arka
Sentuh arka ialah sesentuh tambahan yang digunakan untuk membenarkan arka berlaku disini dan
tidak disesentuh utama. Dengan ini sesentuh utama akan tahan lebih lama
Mekanisma Penyimpan Tenaga.
Setiap ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring. Spring yang berada didalam
keadaan tegang adalah menyimpan tenaga untuk menolak dengan pantas sesentuh bergerak untuk
tertutup dengan sesentuh tetap. Serupalah dengan spring yang terdapat pada perangkap tikus yang
akan merentap tikus dengan pantas apabila galangnya terlepas.
Spring ini boleh dicharge menggunakan handle atau charging level yang disediakan atau menggunakan
motor elektrik yang dipasang pada ACB tersebut. Tetapi tidak semua ACB mempunyai kemudahan
automatik charging.
Bahagian pengalir
Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama litar , pengalir mudah lentuh sesentuh
utama dan sesentuh arka. Penebatan berkesan yang diperbuat dari bahan penebat seperti glass
polyester atau kepingan fubre diletakan antara fasa.
Alat Pelantikan
Gelung shunt trip
Shunt trip coil ialah gelung yang dibina dalam ACB. Apabila diberi bekalan yang sesuai dengan gelung
tersebut ia akan bertenaga dan menarik plunger dan seterusnya menyebabkan ACB terpelantik..
Gelung ini biasanya berkadaran 240 V AC tetapi ada juga 110 V AC ataupun 30 V DC. Bekalan ini
selalunya diterima dari satu punca melalui fius , geganti dan butang tekan. Satu suis tambahan
mestilah digunakan untuk membuka litar ke gelung tadi supaya ianya tidak terbakar jika bekalan tidak
diputuskan untuk jangka masa lama.
Gelung Kurang Voltan.
Kompenan ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh kepada satu nilai
tertentu. Ia tidak memerlukan bekalan seperti gelung shunt trip. Apabila tiada bekalan ACB tidak dapat
di ON kan
Unit 3 -10
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Arc Chute
Art chute ialah sebuah kotak terletak di atas sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang tujuannya
ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang terjadi .
Charging Handle
Untuk charge spring supaya menyimpan tenaga.
Butang buka.
Butang tekan untuk off ACB
Butang tutup
Butang tekan untuk on ACB
Penunjuk Open Close
Penunjuk samada ACB itu buka atau tutup
Penunjuk Charging
Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge.
Petunjuk Kedudukan
Menunjukan kedudukan connected , test dan disconnected.
Interlock Shutter/Penutup Palang Bas
Penutup akan menutup palang bas apabila ACB dikeluarkan.
Pendawaian elektrik & Sambungan
Pendawaian yang penting ialah pendawaian antara geganti ke gelung shunt trip. Yang lain ialah
pendawaian untuk gelung tanpa voltan dan sesentuh tambahan.Oleh sebab ACB boleh dibawa keluar
maka penyambungan pendawaian ini perlulah melalui satu penyambung yang sesuai.
Closing Spring
Kemudahan Kunci Dan Padlock
Sesentuhan tambahan untuk Amaran dan Petunjuk
Senggaraan
Antara kerja-kerja senggaraan ACB ialah :
1. Sesentuh utama dan sesentuh arca – gosok dengan kikir halus atau kertas pasir halus
mana-mana yang sesuai untuk melicinkan permukaan sesentuh dari kesan arka.
Unit 3 -11
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Sebaik-baiknya ikut cadangan pihak pembuat.
Sesentuh yang rosak teruk boleh ditukar kepada baru.
2. Arc Chute – cuci dan bersihkan dengan berus , penyedut hampagas dan lain-lain alat yang sesuai.
3. Ambil bacaan rintangan sesentuh utama dan bandingkan bacaannya dengan data dari embuat ACB
tersebut. Bacaannya mestilah dalam unit mikro-ohm dan hampir kepada kosong. Kalau bacaannya
tinggi sila laraskan contact pressure arm sehingga bacaan yang rendah diperolehi.
4. Minyakkan bahagian yang memerlukan dengan cecair pelinciran yang disyorkan seperti vesalin oil
dan sebagainya.
5. Bersihkan dan minyakan mekanisma operasi.
Ujian
Ujian yang perlu dibuat ialah :-
1. Ujian Operasi – ON dan OFF kan ACB untuk memastikan ianya boleh dikendalikan
dengan sempurna
2. Ujian suntikan secondary – untuk memastikan ia akan terpelantik apabila berlaku kerosakan
pada tahap yang ditentukan.
3. Ujian Penebatan – Untuk memastikan penebatan diantara fasa dengan fasa dengan bumi
adalah baik (minima 1 megaohm )
4. Ujian Sesentuh – untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebihi dari nilai yang
disyorkan oleh pembuat ACB tersebut. Alat uji Mikro Ohm Meter perlu digunakan.
Satu lagi kaedah ujian iaitu menggunakan kertas karbon dan kertas putih boleh dilakukan. Tutup
sesentuh ACB debgan kertas karbon dan kertas putih putih berada diantaranya. Buka sesentuh dan
periksa kesan hitam kertas karbon ke atas kertas putih. Kertas tersebut menggambarkan keadaan
sesentuh tersebut.
Unit 3 -12
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Dengan perubahan teknologi terciptalah MCCB dimana ianya boleh menggantikan tugas ACB untuk
kadaran arus sehingga 400A. Kemungkinan juga ianya boleh membawa arus yang lebih tinggi dimasa
yang akan datang.
Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius. Apabila berlaku arus lebih atau beban lebih
daripada kadaran sesuatu fius ia akan terbakar dan terpaksa diganti dengan yang baru. Apabila MCCB
digunakan dalam kes ini ia akan hanya terpelantik. Apabila kerosakan telah dibaiki MCCB hanya perlu
di ON kan sahaja, tiada apa-apa yang perlu digantikan. Dengan itu kos senggaraan dapat dijimatkan
dan masa gangguan bekalan dapat dikurangkan.
Pemutus Litar Teracu ( MCCB )
Kebanyakan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah gelung. Gelung ini bersiri serta
sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan bertambah kuat dengan bertambahnya arus yang
mengalir dalam MCCB. Apabila tahap tertentu seperti yang ianya telah direkabentuk tercapai maka in
akan terpelantik. Ada juga MCCB menggunakan kaedah bimetal strip yang akan membengkok apabila
panas yang disebabkan arus lebih dan seterusnya memutuskan bekalan. Ada juga MCCB yang
menggunakan gabungan kedua-dua prinsip ini.
Selalunya prinsip medan magnet digunakan untuk perlindungan arus lebih dimana MCCB akan
terpelantik serta merta apabila nilai arus telah melebihi had tertentu. Manakala prinsip bimetal strip
adalah untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak perlahan dan terkandung unsur
lewat masa. Namun begitu ada juga MCCB terbaharu yang menggunakan prinsip tekanan arcing gas.
Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu bergerak untuk menyebabkan
MCCB terpelantik. Ini sesuai untuk perlindungan arus lebih.
Berbeza dengan ACB bahagian badan dan bingkai MCCB diperbuat daripada bahan bukan logam
(polyester resin) manakala ACB diperbuat dari logam. Operating handlenya
juga diperbuat daripada bahan yang sama. Oleh itu ia tidak mempunyai fault level yang tinggi seperti
ACB.
MCCB hanya sesuai untuk dipasang tetap dan tidak boleh dikeluarkan dengan mudah seperti ACB.
Kebaikan lain MCCB berbanding Fius suis ialah apabila berlaku masaalah pada manamana fasa, ketiga-
tiga fasa akan terputus bekalan. Tetapi fius akan memutuskan bekalan kepada fasa yang bermasaalah
sahaja. Oleh itu masaalah single phasing boleh berlaku.
Bahagian- bahagian MCCB
Terminal
Untuk sambungan kabel masuk dan keluar.
Cover Case
Bahagian badan dan penutup MCCB. Diperbuat daripada polyester resin. Mempunyai kekuatan
mekanikal dan rintangan kepada arka yang tinggi.
Arc Ouencer
Untuk menyerap dan melepaskan gas dan arka. Diperbuat daripada bahan penyerap haba dan metal
gridplate.
Unit 3 -13
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Sesentuh
Diperbuat daripada special silver alloy dan dibentukkan supaya mempunyai kehausan sesentuh yang
rendah. Ia mempunyai rintangan yang baik terhadap sticking dan welding
Mekanisma Pensuisan (switching mechanism)
la merupakan mekanikal lingkage dan spring untuk tujuan menutup dan membuka sesentuh yang
berada dibawah tekanan spring.
Operating Handle
Terletak dibahagian tengah hadapan. Mempunyai tiga kedudukan, atas - ON, bawah - OFF dan tengah
- terpelantik. Jika
terpelantik handle hendaklah di OFF kan dahulu (untuk resetting) dan barulah boleh di ON kan semula
Common Trip Bar
Semua kutub operate serentak bila berlaku beban lebih dan litar pintas. Walaupun punca masaalah
hanya pada satu fasa boleh dikawal sepenuhnya dengan selamat oleh common bar ini
Current Setting Dial
Untuk meninggi atau merendahkan setting arus yang perlu dibawa oleh MCCB.
Thermal Trip Mechanism
Menggunakan prinsip bimetal yang akan membengkok apabila nilai arus melebihi had yang
ditentukan.
Magnetic Trip Mechanism
Ia memberikan pelantikan yang serta merta tanpa lengah masa bila berlaku arus lebih . Arus yang
besar menghasilkan medan magnet yang kuat yang akan menarik mo-cabie iron core dan membuka
sesentuh utama.
Trip Button
Butang kecil ini jika ditekan dengan sekeru driver kecil MCCB akan terpelantik tetapi masih didalam
keadaan ON.
Gelung Shunt Trip
Gelung yang bertindak menggera tripping mechanism untuk membuka pemutus litar.
Gelung Voltan Kurang (undervoltage coil)
Gelung ini akan menyebabkan pemutus litar terbuka apabila sahaja voltan bekalan kurang dari nilai
tertentu atau pun tiada bekalan
Sesentuh Tambahan
Untuk sambungan kepada alarm atau lampu penunjuk
Senggaraan
Sesentuh, arc quencer untuk MCCB tidak boleh dibersihkan atau diganti apabila telah rosak. Oleh itu
MCCB boleh dikatakan tidak memerlukan senggaraan.
Unit 3 -14
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Ujian
Ujian yang perlu dibuat ialah:
1. Ujian operasi - On dan OFF kan MCCB untuk memastikan ianya boleh dikendalikan dengan
sempurna. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
2. Ujian suntikan secondary - untuk memastikan ia akan terpelantik apabila berlaku kerosakan
pada tahap yang ditentukan atau yang tercatat pada alat itu sendiri.
3. Ujian penebatan - untuk menentukan penebatan diantara fasa dengan fasa dengan bumi
adalah baik (minima 1 megaohm )
4. Ujian sesentuh - untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebihi dari nilai yang di
syorkan oleh pembuat MCCB tersebut
Fius Suis
Fius suis satu alat untuk ON dan OFF bekalan tetapi mempunyai fius dan bertindak sebagai pengasing
dan juga memberi perlindungan arus lebih. Fius bertindak untuk memberi perlindungan, manakala
suis sebagai pengasing. Fius ditempatkan didalam alat tersebut. Apabila dalam keadaan OFF fius suis
terpisah dari palang bus.
Fius suis digunakan untuk beban tiga fasa (TPN). Kadaran standard ialah 60A, 100A, 160A, 200A, 300A,
400A, SOOA, 600A, 800A dan 1200A.
Suis fius
Jenis fius yang digunakan ialah HRC dengan centre tag atau OFF tag dan mestilah diikat dengan screw
nut kepada alat tersebut. Ikatan yang kuat dan ketat adalah perlu disebabkan arus yang akan dibawa
adalah tinggi.
la hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai perbezaan yang berikut
Unit 3 -15
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
a. Fius nya berkadaran 60A dan kebawah.
b. la digunakan untuk satu fasa dan tiga fasa.
.c. Fius dari jenis tanpa tag dan tidak perlu screw dan nut.
d. la tidak terpisah dari palang bus apabila di OFF kan.
Sesentuh Tukar Alih (Change over contactor)
Sesentuh tukar alih mengandungi dua set sesentuh tetapi dalam satu-satu masa hanya satu sahaja
boleh ditutup. Kalau satu tertutup satu lagi akan terbuka begitulah sebalik. Ia digunakan bila terdapat
dua punca bekalan tetapi hanya satu sahaja boleh diterima pada satu-satu masa. Contohnya bila
terdapat bekalan dari punca TNB dan janakuasa tunggusedia. Pada satu-satu masa hanya satu sahaja
bekalan boleh diterima. Oleh itu alat ini memastikan hanya satu sahaja bekalan akan memberikan
bekalan kepada pemasangan. Ia mempunyai ciri-ciri electrical dan mekanikal interlock.
Komponen utamanya hanya sesentuh utama (dua set), gelung pemegang (holding coil), mekanikal
interlock dan sesentuh tambahan
untuk kawalan dan penunjuk. Iatidak berfungsi sebagai alat pelindung tetapi lebih sebagai pengasing
sahaja. Tiada komponen perlindungan di hubungkan kepada alat ini.
Bus tie/coupler
Alat ini merupakan pengasing yang boleh menghubungkan dua kumpulan palang bus. Satu kumpulan
mengawal sebahagian beban dan satu lagi mengawal beban yang lain pula. Selalunya saiz palang bus
tersebut hendaklah sama. Dalam keadaan ini selalunya terdapat dua punca bekalan tetapi dari sumber
yang sama. Contohnya dua bekalan -na,uk dari TNB tetapi dalam keadaan biasa hanya satu punca
sahaja digunakan.Namun bergitu kedua-dua boleh digunakan serentak membuka bus tie tadi.Ia tidak
berfungsi sebagai alat perlindungan.
3.4 GAMBARAJAH PENDAWAIAN PAPAN SUIS TIGA FASA
Unit 3 -16
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
3.5 PERANTI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN
Unit 3 -17
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Komponen Kawalan dan alat Perlindungan dalam PSU
Pemutus litar udara ( ACB )
Gelung shunt trip
Pemutus Litar Teracu ( MCCB )
Suis Fius
Fius Suis
OCR
EFR
Komponen- komponen perlindungan
Alatubah Arus
Alatubah arus menggunakan prinsip alatubah untuk mendapatkan arus yang kecil dan sesuai dengan
komponen-komponen lain perlindungan supaya ianya bersaiz kecil, murah dan praktikal.la
diletakkan di palang bus utama untuk mengukur arus yang mengalir. Arus yang lebih kecil tetapi
dengan nisbah tertentu akan keluar dari bahagian secondary dan masuk ke geganti. Bahagian
primary adalah palang bus itu sendiri. Satu alatubah arus diperlukan untuk setiap fasa dan neutral.
Arus yang dikeluarkan oleh alatubah arus ialah SA maksima tanpa mengira nilai arus pada
primary.Beban (burden) alatubah arus hendaklah sekurang-kurangnya 15VA
Jenis Alatubah Arus
Jenis perlindungan (protection CT)
Jenis pengukuran (measurement/potential CT)
Klas Alatubah Arus
Klas yang terdapat ialah dari 0.1, 0.2, 0.5, 1.0, 2.0 dan 5. Klas 0.1 adalah yang paling tinggi
ketepatannya dan harganya mahal. Klas 5 adalah yang paling kurang ketepatannya, selalunya untuk
bacaan anggaran sahaja.
Alatubah Arus Teras Seimbang (balanced core) (Z C.T)
Alatubah arus jenis ini akan mengesan arus tidak seimbang dalam pemasangan tiga fasa. Semua
pengalir fasa dan pengalir neutral akan melalui hanya satu sahaja alatubah arus ini. Ia digunakan
untuk membekalkan arus kepada Earth Leakage Relay (ELR).
GEGANTI BEBAN LAMPAU
Geganti akan beroperasi apabila arus lampau mengalir disalah satu fasa mengikut peratusan larasan
tatah. Jika ACB 400A membawa arus 500A, maka ACB akan terpelantik dalam masa 5 minit, jika 600A
akan terpelantik dalam masa 1 saat.
Pengubah arus pada fasa yang berlaku lebihan arus akan menerima pengaliran arus lebih. Arus ini
akan mengalir ke gelung geganti, gelung geganti akan berfungsi dan menarik sesentuh yang
menyambung litar ke gelung pelantik pirau. Gelung pelantik pirau akan berfungsi dan menggerakkan
mekanisma pelantik dan ACB akan terpelantik.
Unit 3 -18
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 3 -19
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
GEGANTI BEBAN LAMPAU DAN GEGANTI ARUS BOCOR KEBUMI
EFR - Jika berlaku kerosakan arus kebumi pada salah satu fasa, arus didalam bekalan 3 fasa menjadi
tidak seimbang menyebabkan CT pada neutral menerima arus.
Arus kerosakan melebihi 10% yang diterima daripada neutral akan mengalir ke geganti kerosakan
bumi dan beroperasi, menarik sesentuh geganti seterusnya menyambung litar gelung pelantik pirau.
Gelung pelantik pirau beroperasi dan menggerakkan mekanisma pelantik pada ACB.
Geganti Bocor Kebumi - ELR (Earth Leakage Relay)
Unit 3 -20
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Geganti ini adalah untuk memberi perlindungan kepada bocor kebumi. Berbeza dengan geganti
bocor kebumi yang lain ia mempunyai nilai kebocoran yang kecil (maksima 1000 miliampiar) dan
lewat masa yang terhad. ELR biasanya digunakan untuk papan suis kecil (sub switchboard) atau
papan suis utama bersaiz kecil, selalunya kurang dari 5OOA.
Geganti menggunakan dua prinsip kerja iaitu HABA atau MAGNET atau kedua-duanya sekali.
Ada dua jenis geganti :
1. Sertamerta (Instantaneous) – mempunyai tatah arus sahaja.
2. Lewat masa (IDMT) - mempunyai tatah arus dan tatah masa.
Geganti ini berfungsi untuk mengesan kerosakan mana mana fasa kebumi pada pepasangan elektrik
dimana ia akan melantik pemutus litar apabila arus kerusakan mencapai larasan pada tatah.
Pada prinsipnya geganti ini berfungsi apb berlaku ketidak seimbangan arus pd mana2 fasa sewaktu
berlaku kebocoran arus kebumi.
Unit 3 -21
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
ELR - Geganti ini memberikan perlindungan daripada bocor kebumi. Alat ini berfungsi sebagaimana
RCCB, tetapi pada nilai arus kendalian yang lebih tinggi (melebihi 100A). ELR biasanya digunakan
untuk papan suis kecil (sub switchbord) atau papan suis utama keupayaan kecil, biasanya dibawah
500A.
3.6 PEMASANGAN PENDAWAIAN DAN PENYAMBUNGAN KE PAPAN SUIS
Unit 3 -22
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Alatukur PSU
Meter Voltan
Meter voltan adalah penting untuk mengetahui samada bekalan ada atau terputus.
Meter voltan yang biasa boleh memberi bacaan sehingga SOOV dan disambung terus
kepada palang bus. Untuk mengutangkan kos, satu meter voltan dipasang ditambah
dengan suis pemilih untuk mengetahui bacaan pada setiap fasa ke neutral dan antara
fasa ke fasa.
Meter Arus
Meter arus penting dipasang untuk mengetahui arus semasa yang mengalir didalam
pemasangan. Untuk arus yang melebehi 60A meter tidak boleh disambung terus
kepada palang bus sebab gelung didalam jangka adalah kecil dan hanya boleh
menerima arus SA maksima. Alatubah arus jenis pengukuran dengan kadaran yang
sesuai mestilah digunakan. Kalau palang bus bersaiz 5OOA maka alatubah arus
500/SA perlu digunakan. Arus secondary adalah standard SA walaupun arus primary
(palang bus) berbeza-beza.Untuk menjimatkan kos hanya satu meter arus digunakan
berserta dengan suis pemilih untuk mengetahui arus pada tiap-tiap satu fasa.
Meter Faktur Kuasa
Sekiranya perlu meter faktur kuasa boleh juga dipasang terutama pada papan suis
janakuasa. Selalunya meter ini membaca bacaan nilai ketika (instantenous value).
Meter Kuasa (KW meter) dan Meter Teuaga (KWh meter)
Sekiranya perlu juga kedua-dua meter ini boleh dipasang untuk mengetahui jumlah
kuasa yang sedang digunakan serta tenaga yang telah digunakan oleh sesuatu
bahagian atau beban
Lampu Penunjuk
Lampu kecil juga diperlukan untuk memudahkan kita mengetahui terdapatnya
bekalan bagi setiap fasa.
Kapasitor Faktor Kuasa
Unit 3 -23
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Jika pemasangan kita mengalami faktur kuasa rendah dari 0.85 pehak TNB akan
mengenakan denda dengan jumlah tertentu, semakin rendah semakin tinggilah
denda tersebut.
Pengecas Bateri
Oleh itu faktur kuasa tersebut hendaklah dinaikkan ke nilai melebihi 0.85 dengan
memasang bank kapasitor dengan nilai tertentu berserta dengan alat kawalannya.
Terdapat juga PSU yang menempatkan pengecas bateri samada untuk bateri
janakuasa ataupun bateri-bateri lain.
Pemasangan Pendawaian Dan Penyambungan Ke Papan Suis
Schamatic diagram switchboard
Unit 3 -24
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 3 -25
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
GAMBARAJAH LAMPU PENUNJUK, JANGKA ARUS,JANGKA VOLTAN DAN JANGKA
FAKTOR KUASA
PENDAWAIAN JANGKA KWJ
3.7 PENYAMBUNGAN BEBAN KE PAPAN SUIS
Unit 3 -26
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Terdapat kabel keluar masuk , alat-alat ubah arus dan jenis-jenisnya serta klasnya , berbagai –
bagai jenis geganti seperti geganti lewat masa , geganti serta-merta dan geganti bocor ke bumi dan
terdapat berbagai-bagai meter contohnya meter arus , meter voltan , meter faktor kuasa dan lain-lain
lagi yang merupakan kompenan-kompenan yang terdapat dalam papan suis utama
Bekalan Masuk dan Keluar
Bekalan masuk selalunya melalui kebel bawah tanah. Kalau PSU berada di tingkat bawah,
tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kebel bawah tanah masuk melalui parit kebel (cable trench)
dan ditamatkan menggunakan kotak kebel (cable box) atau cable gland. Hujung kebel dipasangkan
telinga kebel (cable lug). Melalui telinga kebel inilah kebel disambungkan kepada pemutus litar.
Kabel keluar yang selalunya lebih kecil dari kebel masuk keluar melalui perit kebel atau
melalui trunking atau cable tray dimana ianya bergantung kepada kemana kebel itu pergi, samada
kedalam bangunan atau keluar bangunan
Penyambungan beban dalam PSU
Pemutus Litar Teracu ( MCCB )
Suis Fius
Fius Suis
ACB
3.8 PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN
Unit 3 -27
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Antara ujian untuk papan suis utama ialah:
a. Penebatan antara fasa ke fasa ke neutral ke bumi
b. Ujian tekanan 2KV selama 1 minit
c. Ujian suntikan primary dan secondary
UJIAN PENATAHAN GEGANTI
1. Geganti adalah komponen yang penting dan kritikal untuk menentukan sistem perlindungan
berfungsi mengikut ciri-ciri yang dikehendaki.
2. Oleh itu ia perlu diuji dan ditentukur serta ditatah dengan betul dan tepat oleh orang yang
mempunyai siji kekompetenan dan bertauliah.
UJIAN SUNTIKAN UTAMA (Primary Injection Test)
1 Sistem perlindungan papan suis utama dibahagikan kepada dua bahagian iaitu primary dan
secondary.
2 Bahagian primary ialah palang bas dan alatubah arus. Bahagian secondary ialah geganti, gelong
shunt trip dan litar yang melengkapkannya.
3 Ujian suntikan utama (primary) adalah lebih kepada untuk menentukan nisbah alatubah arus
adalah betul dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.
4 Dalam ujian ini nilai arus sebenar dialirkan di dalam palang bas dengan menggunakan alat uji
primary injection test set.
5 Alat uji ini boleh menghasilkan arus setinggi 2000A dan 3000A mengikut model masing-masing.
6 Bacaan arus keluaran dari terminal S1 dan S2 di catatkan dan diperika supaya menepati dengan
kadarannya.
7 Ujian ini hanya boleh dilakukan semasa palang bas tidak mempunyai bekalan. Oleh itu ia
selalunya dibuat sebelum pemasangan diberikan bekalan elektrik.
8 Alat uji yang diperlukan ialah:
a. Alat uji Primary Injection Test Set (Control Unit dan Loading Unit)
b. Alatubah arus
c. Tong tester (untuk mengukur arus primary)
d. Meter ampiar (untuk mengukur arus secondary)
e. Kabel yang sesuai
9. Arus primary dinaikkan perlahan-lahan dalam perbezaan 20% setiap bacaan.
10. Rekodkan kedua-dua bacaan arus primary dan secondary alatubah arus menggunakan borang
yang standard.
11. Jika bacaan arus secondary telah mencapai 5A atau lebih sedikit, ujian ini bolehlah ditamatkan.
UJIAN SUNTIKAN SEKUNDER (Secondary Injection Test)
Unit 3 -28
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1. Ujian suntikan sekunder pula adalah untuk menentukan geganti berfungsi
dengan baik pada tatahan arus atau arus dan masa yang ditentukan,
contohnya PSM pada 3.75A dan TMS pada kedudukan 1.
1.1 Test Setting
Test setting bermaksud setting yang dibuat semasa ujian performance geganti dibuat. Lazimnya
setting ini ialah tatahan arus berada pada kedudukan minima (0.5A untuk E/F dan 2.5A untuk O/C),
manakala tatahan masa pada kedudukan maksima iaitu pada kedudukan 1.
1.2 Setting
Setting adalah kedudukan muktamad bagi PSM dan TMS sebelum geganti disealkan. Contohnya PSM
pada 0.5A (E/F) atau 3.75A (O/C) manakala TMS pada 0.1.
Alat-alat yang diperlukan ialah:
a. Alat uji suntikan secondary (Secondary Injection Test Set)
b. Meter ampiar
c. Geganti
d. Stop watch
e. Kabel yang sesuai
Alat uji suntikan secondary akan menghasilkan arus seperti sebuah alatubah arus. Arus ujian dialirkan
ke dalam geganti dan pastikan geganti boleh terpelantik atau bertindakbalas mengikut spesifikasi
tertentu.
Tindakbalas geganti sertamerta adalah tertakluk kepada kedudukan plug setting/tap setting (PSM)
manakala tindakbalas geganti IDMT pula tertakluk kepada kedudukan PSM dan time multiplier (TMS).
Bacaan yang perlu direkodkan ialah:
a. Arus merangkak (creep current/pick up current) setiap plug setting (IDMT)
b. Arus pelantik (trip current) setiap plug setting (instantenous relay)
c. Masa terpelantik setiap plug setting dengan TMS = 1 untuk geganti IDMT
d. Run back time / Reset time untuk geganti IDMT
Ujian ini boleh dilakukan walaupun papan suis mempunyai bekalan, tetapi terminal S1 dan S2
hendaklah di litarpintaskan. Oleh itu ia sesuai untuk senggaraan berkala dan mengikut peraturan-
peraturan elektrik 1994, ia hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali bagi setiap dua tahun.
Ujian suntikan utama boleh juga merangkumi ujian suntikan sekunder tetapi hanya sesuai untuk ujian
memulatugas (commissioning test) dan tidak sesuai untuk ujian senggaraan berkala (routine
maintenance test).
Unit 3 -29
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 3 -30
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
MEMBUAT PENGUJIAN PADA ALAT UBAH ARUS
(CURRENT TRANSFORMER)
UJIAN KEKUTUBAN
1. Pelajar-pelajar perlu memahami alatubah arus mempunyai kekutuban yang perlu diberi
perhatian.
2. Jika kekutuban tersebut tersalah pasang maka sistem perlindungan tidak akan berfungsi dengan
betul. Oleh itu ujian kekutuban sangat penting demi untuk menentukan arah pengaliran arus
yang betul. Kalau terbalik arus akan mengalir kearah bertentangan dan menimbulkan
ketidakseimbangan dalam litar kawalan.
3. Lazimnya terdapat hanya dua terminal secondary alatubah. Ia ditandakan dengan S1 dan S2.
4. S1 akan disambungkan ke geganti atau meter dan S2 di sambungkan ke bumi. Oleh itu jika S1
dan S2 tersilap sambung sistem perlindungan tidak dapat berfungsi dengan betul.
5. Pelajar-pelajar perlu mengetahui tujuan ujian kekutuban adalah untuk menentukan terminal
yang mana S1 dan yang mana pula S2.
6. Merujuk kepada rajah ujian kekutuban, terminal positive bateri hendaklah disambungkan
kepada permukaan P1 alatubah arus dan negative kepada P2 alatubah arus.
7. Sambungkan terminal-terminal alatubah arus kepada terminal positive dan terminal negative
meter galvani.
8. Jika setelah suis tekan ditekan jarum meter galvani bergerak kearah positive, maka terminal
alatubah arus yang bersambung dengan terminal positive meter galvanic tadi adalah terminal
S1.
9. Jika jarum tadi bergerak kearah negative makan terminal alatubah arus yang disambungkan
dengan terminal negative meter galvanic menjadi S1. Begitulah sebaliknya untuk terminal S2.
Unit 3 -31
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
GAMBARAJAH UJIAN KEKUTUBAN DILAKUKAN.
`
Unit 3 -32
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 3 -33
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
UJIAN KEMAGNETAN (MAGNETISING TEST)
1. Pelajar-pelajar perlu memahami ujian ini adalah untuk mencari knee point iaitu peringkat
dimana pertambahan 10% voltan ujaan akan menghasilkan 50% arus ujaan iaitu peringkat
dimana ianya tidak lagi linear dan mencapai tahap tepu.
2. Merujuk kepada rajah ujian kemagnetan, arus ujaan dialirkan kedalam alatubah arus dan voltan
yang terhasil diantara terminal S1 dan S2 diukur.
3. Arus ujaan yang bermula dari kosong dinaikkan perlahan-lahan sehingga ke nilai 5A atau lebih
sedikit. Jika bacaan voltan tidak lagi bertambah selaras dengan pertambahan arus maka ini
menunjukkan tahap tepu telah dicapai.
4. Nilai ketepuan alatubah arus perlindungan lebih tinggi dari nilai ketepuan alatubah arus
pengukuran.
UJIAN RINTANGAN
1. Pelajar-pelajar perlu memahami ujian ini adalah untuk mengetahui nilai rintangan dalam gelong
alatubah arus.
2. Lazimnya nilai rintangannya rendah. Kalau didapati rintangannya tinggi, kemungkinan terdapat
litar buka pada gelongnya.
3. Sekiranya arus boleh dialirkan kedalam alatubah arus, ini bermakna tidak terdapat litar buka
didalam gelong alatubah arus tersebut, oleh itu ujian ini tidak perlu lagi dilakukan.
UJIAN PELANTIKAN (TRIP TEST)
Setelah kedua-dua ujian sempurna dijalankan tidak bermakna sistem perlindungan kita telah
sempurna dan dapat berfungsi apabila berlaku keadaan kerosakan yang sebenarnya berlaku. Dalam
hal ini alat yang akan memutuskan bekalan apabila berlaku keadaan tidak normal adalah pemutus litar
samada ACB atau MCCB.
Pemutus litar akan terpelantik jika gelong shunt trip nya mendapat tenaga (energised). Tenaga ini
datangnya dari palang bas melalui fius, kemudian melalui sesentuh sentiasa buka geganti (relay trip
contact) dan terus ke sliding contact pemutus litar sebelum ke gelong shunt trip dan balik ke neutral.
Oleh itu jika sesentuh, sambungan dan wayer-wayer yang berkaitan terdapat kecacatan maka
pemutus litar mungkin gagal untuk berfungsi jika berlaku kerosakan yang sebenar. Oleh itu ujian
pelantik penting dilakukan bagi memastikan pemutus litar akan berfungsi untuk memutuskan litar jika
berlaku keadaan tidak normal yang akan memudaratkan pemasangan.
Unit 3 -34