The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

12. I.S 5.1 and 5.2 pole type

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2022-09-29 04:35:59

OH

12. I.S 5.1 and 5.2 pole type

DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak.

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : DCS SEMESTER : 4
SESSION : SHEET NO : IS 12
CODE/COURSE : MES 4013 – POWER DISTRIBUTION WEEK : 12
LECTURER : SYSTEM THEORY

TOPIC : 5.0 INTRODUCTION TO AERIAL LINE
SUB-TOPIC : 5.1 Definition Of Aerial Lines
5.2 Poles – Types And Size

Pelajar mesti boleh :

1. Kenal talian atas voltan rendah
2. Tahu Jenis-Jenis Tiang Elektrik.
3. Keadaan Penggunaan Tiang
4. Kebaikan dan keburukan tiang

LEARNING
OUTCOME :

CONTENT

Page 1 of 8

DPP C2 (b)-1

TAJUK: TIANG UNTUK TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH

Tujuan
Bahagian ini akan menerangkan jenis-jenis tiang serta saiz yang lazim digunakan

bagi penempatan pepasangan talian atas. Bergantung kepada keadaan serta kesesuaian
penggunaan, tiang dipasang melalui beberapa kaedah dan dilengkapkan dengan beberapa
aksesori agar ia menepati peraturan ditetapkan yang sedia. Selain itu penggunaan tiang yang
bersesuaian memberikan kelebihan dari segi manfaat jangka panjang serta
penyenggaraannya.

Penerangan

Jenis Tiang
Penggunaan tiang bagi pepasangan talian atas voltan rendah dikategorikan kepada beberapa
jenis yang di antaranya:
i. Tiang Kayu
ii. Tiang Konkrit Bertetulang
iii. Tiang Keluli
iv. Tiang Spun (Spunch Pole)

Fungsi Tiang
Tiang berfungsi sebagai menyokong pengalir serta kelengkapan seperti fius dan kotak supaya:

a. Jarak kelegaan keselamatan daripada tanah, bangunan dan lain-lain terpelihara.
b. Jarak kelegaan di antarapengalir fasa dan neutral juga terpelihara.

Panjang Tiang

Panjang piawai untuk tiang ialah:

a. 9 Meter - Untuk Sesalur Utama

b. 7.5 Meter - Untuk Sesalur Bekal(Perkhidmatan)

Page 2 of 8

DPP C2 (b)-1

Kedalaman Tiang Ditanam
Tiang ditanam pada kedalaman 1.5 meter dan boleh dipanjangkan sekiranya keadaan tanah
tidak mantap.

i. Tiang Kayu 6” 5mm
Ukuran 6”
Ianya mempunyai dua ukuran dan ianya digergaji
empat persegi mengikut ukuran berikut:
a. 7.5m x 130mm x 130mm
b. 9.0m x 150mm x 150mm

Lubang 6” 1.8mm
5 lubang bergaris pusat 1.8mm ditebuk di bahagian 9”
atas tiang untuk dipasangkan dengan kelengkapan- 9”
kelengkapan talian atas. 9”
9”
Berat
Berat bagi Tiang Kayu bersaiz 9m adalah dari 180kg
hingga 210kg, bergantung kepada jenis kayu dan
kekeringan tiang. Bagi tiang 7.5m pula beratnya ialag
105kg hingga 12kg.

Alur Wayar Bumi Rajah 1: Binaan Tiang Kayu

Alur empat segi berukuran 5mm dipotong di satu permukaan tiang untuk dimuatkan dengan wayar

bumi.

Jenis Kayu
Tiang Kayu dibuat daripada kayu-kayu berikut:-
i. Cengal
ii. Bakau
iii. Keruing
iv. Kempas

Penggunaan

Page 3 of 8

DPP C2 (b)-1

Tiang-tiang kayu biasanya digunakan kawasan luar bandar dan kadang-kadang di kawasan
perumahan untuk sesalur utama dan tiang 7.5m untuk sesalur bekal.

Tiang Dicat Sebelum Ditanam
Sebelum sesuatu tiang kayu ditanam, hujung tiang dibahagian bawah yang akan ditanam akan
dicat terlebih dahulu dengan satu lapisan salutan cecair (creosote) sepanjang ukuran 2m.

Kebaikan
Kebaikan tiang kayu ialah:
a. Ianya ringan denngan itu senang dikendalikan serta dipindahkan.Tidak memerlukan tenaga

kerja yang banyak untuk menegakkannya.

Keburukan
Keburukan tiang kayu ialah:
a. Tidak tahan lama (Maksima penggunaan sehingga 20 tahun).
b. Mudah Reput dan dimakan oleh anai-anai.
c. Pemeriksaan yang kerap perlu dilakukan.
d. Semakin sukar didapati kerana pengeluaran hasil balak yang berkurangan.
e. Keadaan fizikal yang melentur dan bengkok memerlukan perhatian sebelum digunakan.

i. Ukuran
Panjang tiang konkrit ialah 9m dengan
bahagian atas empatsegi berukuran 130mm
x 130mm.Ukuran bahagian luar ialah 280mm
x 200mm

ii. Lubang
Sepertimana tiang kayu, 5 lubang perlu
disediakan pada tiang konkrit.

2.7 m

iii. Berat
Berat bagi setiap tiang adalah lebih kurang

Page 4 of 8

DPP C2 (b)-1

655 Kg.
iv. Terminal Untuk Wayar Bumi

Dua terminal mengandungi 13mm diameter
bolt nut disediakan, satu pada 1.1m daripada
bahagian atas tiang dan satu lagi 1.2m
daripada kepada keluli yang berperanan
sebagai pengalir keselenjaran bumi.
v. Cara Dibuat
Mula-mula tetulang dibuat daripada batang keluli. Kemudian tetulang keluli dimasukkan ke dalam
acuan keluli selepas itu konkrit dituang ke dalamnya. Tiang dibiarkan tinggal dalam acuan tersebut
selama 48 jam. Selepas itu ia dikeluarkan daripada acuan Dan direndamkan ke dalam air hingga 14
hari. Selepas itu disimpan di tempat teduh selama 14 hari lagi untiuk pemulihan.
vi. Penggunaan
Biasanya digunakan di dalam kawasan bandar.
vii. Kebaikan
Penyenggaraan tidak diperlukan Dan tahan lama melainkan rosak dilanggar kenderaan.
viii. Keburukan
Tiang konkrit berat dan susah diangkut juga ditegakkan. harganya pula mahal.

i. Ukuran
Tiang Keluli biasanya berbentuk bulat dan

Page 5 of 8

DPP C2 (b)-1

dibentuk secara 3 bahagian. Ukurannya
adalah seperti berikut:
a. 7.632m x 127mm x 11.6mm x 76.2mm

(25’ x 5” x 4” x x3”)
b. 9.14m x 139.7mm x 129.7mm x 88.9mm

(30’ x 5.5” x 4.5” x 3.5”)
c. 9.75m x 139mm 88.9mm (32’ x 5.5” x

4.5” 3.5”)

ii. Lubang
5 Lubang disediakan pada tiang keluli.

iii. Berat
Berat bagi tiang keluli berukuran 7.62m,
9.14m dan 9.75m ialah lebih kurang 85.7 kg,
114kg dan 120kg.

iv. Penggunaan
Buat masa sekarang tiang keluli telah digunakan dengan meluas baik di bandar mahupun di luar
bandar walaupun harganya mahal.

Tiang Konkrit Spun
i. Saiz

Page 6 of 8

DPP C2 (b)-1

Tiang jenis ini dibentukkan dalam keadaan
bulat dan membesar hingga di bahagian
pangkal tiang. Terdapat tiga saiz tiang yang
mempunyai ukuran yang berbeza iaitu:
a. Tiang yang panjangnya 9m, Garispusat

bahagian atas 140mm dan 260mm untuk
bahagian bawah.(Rekabentuk taper 1:75)
b. Tiang yang panjangnya 7.5m, Garispusat
bahagian atas 140mm dan 24mm untuk
bahagian bawah.(Rekabentuk taper 1:75)
c. Tiang yang panjangnya 7.5m, Garispusat
bahagian atas 100mm dan 175mm untuk
bahagian bawah.(Rekabentuk taper
1:100)

ii. Lubang
Terdapat 5 lubang yang disediakan pada tiang konkrit yang berbentuk taper 1:75. Ukuran
saiz dan jarak lubang adalah sama seperti tiang kayu. Bagi tiang spun konkrit yang mana
rekabentuk taper 1:100, terdapat 4 lubang yang disediakan di bahagian atas tiang dengan
jarak 305mm di antara lubang.

iii. Berat
a. Untuk tiang konkrit spun 9.0m x 140mm = 400kg
b. Untuk tiang konkrit spun 7.5m x 140mm = 320kg
c. Untuk tiang konkrit spun 1.5m x 100mm = 120kg

iv. Punca Sambungan Pembumian
Terdapat satu lubang dibahagian atas disediakan pada kedudukan 1.2m daipada hujung
kepala tiang dan satu lubang di bahagian bawah pada kedudukan 1.2m daripada hujung
pangkal tiang. Lubang-lubang ini digunkan untuk melarikan dawai bumi.
(Untuk memasukkan dan mengeluarkan dawai bumi, telah disediakan dengan satu dawai
pandu yang menghubungi di antara kedua-dua lubang tersebut) semasa kerja pembumian
dibuat.

v. Tempat Penggunaan

Page 7 of 8

DPP C2 (b)-1
Secara amnya tiang ini digunakan pada kesemua pembinaan sesalur talian atas tidak kira
di kawasan mana. Jenis tiang ini merupakan tiang yang selalu digunakan pada masa kini.

EXERCISE

1. Apakah fungsi tiang?
2. Apakah jenis-jenis tiang yang boleh didapati?
3. Apakah faktor-faktor yang mengurangkan penggunaan tiang kayu dewasa ini?
4. Lakarkan binaan bagi tiang jenis spunch concrete.
5. Terangkan fungsi lubang-lubang yang disediakan pada jarak 1.2m di bahagain atas dan

1.2m dari bahagian pangkal bawahagi tiang spunch concrete

REFERENCE

1. Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Page 8 of 8


Click to View FlipBook Version