The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2023-08-21 01:18:41

unit 4-5

HYDRAULIC

MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 1 roboskasen2016 UNIT 4 : INTRODUCTION TO HYDRAULIC HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar boleh: 1. Menerangkan operasi sistem hidraulik 4.1 PENGENALAN KEPADA SISTEM HIDROLIK Tahukah anda, bahawa sistem hidraulik mempunyai sejarah penggunaan yang sama dengan pneumatik. Hari ini, sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi. Sistem hidraulik merupakan suatu sistem yang menggunakan minyak untuk menghasilkan daya gerakan. Ianya adalah satu sistem penting yang terdapat pada beberapa jenis jentera dan mesin. Ianya digunakan pada jengkaut, mesin gerudi batuan, jentolak, mesin penempa, mesin pelarikan kawalan komputer, jentera pertanian, kenderaan berat, mesin injeksi plastik dan mesin “die casting”. Sistem hidraulik ini dapat membantu jentera mengangkat dan menurunkan beban yang berat. Pada masa kini sistem hidraulik yang moden telah dilengkapkan pada traktor bagi melakukan kerja-kerja yang lebih rumit. Kegunaan utamanya ialah: Menaik dan menurunkan beban. Mengawal kedalaman pembajakan. Menjalankan alat-alat hidraulik lain seperti alat hidraulik hujung. Sistem hidraulik banyak digunakan di dalam industri automobil seperti sistem stering kuasa (Power Strering) ataupun sistem brek, satelit dan sebagainya. . Industri berat berupaya menjana dan memindahkan kuasa tekanan bendalir untuk menjalankan kerja-kerja berat. Rajah 4.1 : Prinsip asas hidraulik (Pascal Law)


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 2 roboskasen2016 Rajah 1 diatas menunjukkan hukum pascal mengenai prinsip asas hidraulik. F1 adalah tekanan/Daya yang di kenakan ke atas A1(Omboh) di mana P1(Tekanan Rendah ) akan berusaha untuk mencari ruang bagi mengeluarkan Cecair yang termampat di dalam bekas tersebut .Oleh yang demikian ia akan menolak F2 yang akan membantu menolak A2(Omboh 2) ke atas di mana tekanan akan beransur – ansur menjadi tinggi seterusnya mengangkat beban yang terdapat di atasnya. 4.1.1 KEBAIKAN & KELEMAHAN MENGGUNAKAN SISTEM HIDRAULIK Penggunaan sistem hidraulik sebenarnya mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.Berikut dibawah merupakan kebaikan dan kelemahan menggunakan sistem ini. KEBAIKAN 1. Sangat sesuai di gunakan untuk mengangkat beban yang berat dengan efficen . 2. Tidak menjejaskan perjalanan sistem secara keseluruhanya , ini kerana terdapat satu sistem di mana tenaga hidrulik akan di simpan untuk kegunan kecemasan. 3. Sekiranya berlaku kebocoran sistem masih boleh di gunakan , ini kerana pam akan terus membekalkan minyak ke dalam sistem akan tetapi kecekapan sistem mungkin berkurangan. KELEMAHAN 1. Pam yang bejalan menyebabkan kebisingan . 2. Punca kepada kebakaran, ini kerana hidrulik menggunakan minyak sebagai medium perantara. Sekiranya sistem hidrulik terlalu panas dan terdapat kebocoran pada hos . ia boleh mengakibatkan bencana. 3. Sekiranya tekanan hidrulik melebihi had yang di tetapkan , hos yang di pasang mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada anda.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 3 roboskasen2016 1. Jelaskan pemahaman anda tentang hidraulik. 2. Nyatakan 3 kebaikan system hidraulik 3. Nyatakan 3 kekurangan system hidraulik. . LATIHAN 4.1


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 4 roboskasen2016 4.2 OPERASI SISTEM HIDRAULIK Tahukah anda bagaimana sistem hidraulik berfungsi? Dalam sistem hidraulik minyak bertekanan terdapat di dalam sebuah power pack. Pam digunakan bagi menyedut minyak yang dipacu oleh pengerak utama iaitu motor aliran elektrik yang menghasilkan aliran bendalir. Arah aliran dan kadar aliran tekanan dikawal oleh injap yang bertekanan. Penggerak pula digunakan untuk menukarkan tekanan bendalir kepada pergerakan mekanikal (Kuasa). Jumlah keluaran kuasa yang terhasil bergantung kepada aliran bendalir. Kecekapan keseluruhan dan susutan tekanan merentasi sesuatu penggerak. 4.2.1 SUSUNAN KOMPONEN LITAR HIDRAULIK Komponen-komponen asas dalam sesuatu litar hidraulik adalah seperti di bawah :- Injap Ianya berfungsi untuk mengatur tekanan dalam litar dan mengawal arah aliran minyak. Motor Berfungsi untuk mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi pergerakan putaran. Penapis Berfungsi untuk menapis minyak hidraul dari kekotoran. Pam Berfungsi untuk mengedar kuantiti minyak hidraul ke seluruh sistem. Silinder Berfungsi untuk mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi gerakan lurus. Penumpuk Ianya berfungsi sebagai penyimpan tekanan sistem, penyerap getaran dan penstabil tekanan sistem. Tangki Berfungsi untuk menakung minyak hidraul dan menyejukkan minyak hidraul.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 5 roboskasen2016 Rajah 4.2.1: Menunjukkan litar asas hidraulik untuk menggerakkan silinder Rajah 4.2.2: Menunjukkan satu litar asas sistem kawalan hidraulik untuk menggerakkan satu motor dua tindakan


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 6 roboskasen2016 4.2.2 OPERASI LITAR ASAS SISTEM HIDRAULIK Litar hidraulik dibahagikan kepada dua iaitu:- Hidraulik tulin Elektro-hidraulik 4.2.2.1 Hidraulik Tulin Ianya direkabentuk untuk mengawal jujukan operasi silinder dengan menggunakan injap jujukan, contohnya jujukan yang diberi adalah A+ B+ B- A-. Berdasarkan rajah 8.4 di bawah, injap kawalan arah digerakkan dengan kuasa hidraulik. Apabila injap kawalan arah digerakkan, silinder A dan B akan bergerak mengikut jujukan berikut:- i. Rod Silinder A ( pengapit ) bergerak keluar ii. Rod Silinder B ( penggerudi ) bergerak keluar iii. Rod Silinder B bergerak masuk iv. Rod Silinder A bergerak masuk Dalam litar jujukan , injap jujukan ( a ) dan ( b ) mestilah dilaraskan pada tekanan lebih tinggi dari tekanan ( 1 ) dan ( 2 ). Rajah 4.2.3 : Litar Hidraulik Tulin


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 7 roboskasen2016 4.2.2.2 Litar Elektro Hidraulik Dalam litar elektro hidraulik yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.4 dibawah, injap kawalan arah dengan solenoid kembar digerakkan oleh suis penghad. Dengan menekan suis, solenoid (a) ditenagakan untuk mendapatkan operasi (1). Pada akhir operasi (1) solenoid (c) ditenagakan oleh suis penghad 2 untuk mendapatkan operasi (2). Kemudian solenoid (b) ditenagakan oleh suis penghad 3 untuk mendapatkan operasi (3). Akhir sekali, solenoid (d) ditenagakan oleh suis penghad 1 untuk mendapatkan operasi (4). Rajah 4.2.4 : Litar Elektro Hidraulik


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 4- 8 roboskasen2016 1. Senaraikan LIMA komponen yang terdapat pada litar asas hidraulik 2. Nyatakan perbezaan diantara hidraulik tulin dan elektro-hidraulik LATIHAN 4.2


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 1 roboskasen2023 UNIT 5 : HYDRAULIC PRINCIPLE AND CHARACTERISTICS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar boleh: 1. Mengetahui langkah keselamatan semasa menggunakan sistem hidraulik. 2. Menerangkan prinsip asas hidraulik 3. Menerangkan aplikasi hidraulik 5.1 KEPERLUAN KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN SISTEM HIDRAULIK Penggunaan system hidraulik digunakan dipelbagai seperti sektor seperti sektor industry, perladangan, automotif dan sebagainya. Misalnya, menaikan dan menurunkan peralatan dan sebagainya. Mesin dan peralatan moden yang sekarang boleh menampung dan menghasilkan tekanan dari 100 sehingga 300 psi dalam system hidraulik. Pada tekanan ini, kebocoran boleh berlaku bila-bila sahaja sepeti pancit, rosak atau secara tidak sengaja hos hidraulik terputus. Hal seperti ini boleh menyebabkan kemalangan. Antara langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut: 1. Baca dan fahami arahan kerja serta arahan menggunakan mesin sebelum menghidupkan mesin yang menggunakan system hidraulik. 2. Sentiasa menggunakan pakaian keselamatan seperti gogel, sarung tangan, kasut tapak getah dan sebagainya semasa melakukan operasi. 3. Pastikan system yang sedang beroperasi sentiasa dijaga dari semasa ke semasa. 4. Sebelum menghidupkan system, pastikan persekitaran selamat daripada halangan dan manuasia. 5. Jangan lalu lalang di bawah komponen yang sedang beroperasi dan disokong oleh system hidraulik. 6. Sentiasa menutup enjin system dan melegakan semua tekanan dalam system hidraulik sebelum memutuskan sambungan komponen dalam system atau menjalankan penyelenggaraan atau pembaikan dalam system. 7. Pastikan bahan mudah terbakar atau bahan yang boleh menimbulkan kebakaran berhampiran dengan tangki penyimpanan bendalir hidraulik kerana bendalir hidraulik boleh menyebabkan kebakaran dan kematian. 8. Jangan mengesan kebocoran menggunakan tangan kerana bendalir hidraulik yang bertekana tinggi boleh menyebabkan luka pada kulit. Bendalir yang memasuki tisu badan sangat berbahaya dan memerlukan pembedahan untuk dibuang daripada badan.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 2 roboskasen2023 1. Nyatakan tiga sector yang banyak menggunakan system hidraulik. 2. Sebutkan 2 sebab kenapa langkap keselamatan perlu dipatuhi semasa mengoperasikan mesin hidraulik. 3. Senaraikan Lima langkah keselamatan semasa bekerja di persekitaran yang melibatkan hidraulik. LATIHAN 5.1


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 3 roboskasen2023 5.2 PRINSIP ASAS KUASA HIDRAULIK 5.2.1 PRINSIP ASAS HIDRAUIK Terdapat empat prinsip asas dalam sistem hidraulik. 1. Cecair tidak mempunyai bentuk - Cecair akan mengikut bentuk bekas yang diletakkan. Oleh itu ia sesuai digunakan untuk penghantaran daya dalam sistem hidraulik yang mempunyai reka bentuk yang rumit. 2. Tidak boleh dimampatkan - Tekanan yang dikenakan ke atas bendalir akan dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain berdasarkan jumlah daya yang dikenakan ke atas bendalir tersebut. 3. Memindahkan tekanan ke semua arah - Konsep hukum Pascal diaplikasikan pada sistem hidraulik yang bercabang yang memerlukan tekanan yang sama bagi semua arah pada satu masa yang sama ketika sistem sedang beroperasi. 4. Mampu melakukan kerja-kerja berat - Sistem hidraulik boleh melakukan kerja-kerja berat walaupun mempunyai rekabentuk yang kecil dan ringkas. Ini dapat menjimatkan penggunaan cecair hidraulik dalam sistem. Contoh yang paling mudah untuk memahami prinsip asas sistem hidraulik adalah pada sistem brek hidraulik kenderaan, di mana cecair hidraulik dapat memenuhi dan mengikut bentuk saluran sistem brek tersebut. Ia juga dapat memindahkan tekanan yang wujud dalam bendalir tersebut apabila daya dikenakan. Tekanan tersebut akan diagihkan sama rata dalam sistem brek hidraulik kenderaan sesuai dengan konsep hukum Pascal. Jika dilihat pada sistem brek tersebut, reka bentuknya adalah kecil, ringkas serta memerlukan jumlah isipadu bendalir yang sedikit tetapi mampu memberhentikan sesebuah kenderaan


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 4 roboskasen2023 Contoh yang paling mudah untuk memahami prinsip asas sistem hidraulik adalah pada sistem brek hidraulik kenderaan, di mana cecair hidraulik dapat memenuhi dan mengikut bentuk saluran sistem brek tersebut. Ia juga dapat memindahkan tekanan yang wujud dalam bendalir tersebut apabila daya dikenakan. Tekanan tersebut akan diagihkan sama rata dalam sistem brek hidraulik kenderaan sesuai dengan konsep hukum Pascal. Jika dilihat pada sistem brek tersebut, reka bentuknya adalah kecil, ringkas serta memerlukan jumlah isipadu bendalir yang sedikit tetapi mampu memberhentikan sesebuah kenderaan. 5.2.2 PRINSIP LITAR SISTEM PUSAT TERBUKA DAN TERTUTUP Kategori Litar sistem asas hidraulik terbahagi kepada dua iaitu :- 1. Litar sistem pusat terbuka 2. Litar sistem pusat tertutup a. Litar Sistem Pusat Terbuka Kendalian Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupuninjapkawalan arah berada dalam kedudukan tengah (neutral). Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melaluiinjapkawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki.- Apabila injap dikendalikan, minyak akan diarah ke silinder untuk menaikataumenurunkan beban. Pam mesti membina tekanan terlebih dahulu untuk melakukan kerja. Contoh: Lori tanah Rajah 5.2.2 : Litar sistem pusat terbuka


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 5 roboskasen2023 Kebaikannya 1. Tekanan lebih rendah apabila bekerja atau beroperasi. Ini akan mengurangkan tekanan dan kehausan serta mengurangkan kehilangan tenagadisebabkan oleh kebocoran apabila sistem berkeadaan neutral. 2. Mempunyai litar yang mudah dan senang dibina. 3. Mengurangkan penyenggaraan. Keburukannya 1. Pam yang sentiasa beroperasi akan menghasilakn haba dan meninggikan suhudalam sistem. 2. Suhu yang tinggi akan merendahkan kelikatan dan mengakibatkan berlaku kebocoran dan mengurangkan pelinciran. b. Litar Sistem tertutup Kendalian Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalanarahberada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam. Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak.Pam akandimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yangmemusingkan pam.Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak- Apabila injap dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku danmembolehkan pamkembali beroperasi. Contoh: pam air Rajah 5.2.3 : Litar sistem tertutup


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 6 roboskasen2023 Kebaikannya 1. Pam hanya beroperasi apabila sistem memerlukan minyak. Oleh itukuasa dapatdijimatkan. 2. Minyak disimpan dengan tekanan yang tinggi untuk tindakan yangcepat danmenjimatkan masa kendalian. Keburukannya 1. Tekanan yang tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada sistem. 2. Tindakan yang cepat menyebabkan berlakunya getaran pada sistem. . Rajah 5.2.4 : Litar sistem tertutup semasa neutral Rajah 5.2.5 : Litar sistem terbuka semasa neutral


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 7 roboskasen2023 Rajah 5.2.6: (a) Litar sistem terbuka (b) Litar sistem tertutup


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 8 roboskasen2023 1. Nyatakan empat prinsip asas system hidraulik. 2. Terangkan apakah yang anda fahan tentang system litar pusat terbuka. 3. Tuliskan satu contoh alat yang menggunakan prinsip system litar pusat terbuka. 4. Nyatakan dua kebaikan dan dua kebukan system litar pusat terbuka. 5. Terangkan apakah yang anda fahan tentang system litar pusat tertutup. 6. Tuliskan satu contoh alat yang menggunakan prinsip system litar pusat tertutup. 7. Nyatakan dua kebaikan dan dua kebukan system litar pusat tertutup. LATIHAN 5.2


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 9 roboskasen2023 5.3 CIRI-CIRI HIDRAULIK 5.3.1 BENDALIR HIDRAULIK Dalam sistem hidraullik mempunyai bendalir yang digunakan untuk memindahkan tenaga dari tenaga cecair (fluid work force) kepada tenaga mekanikal( pergerakan). Bendalir ini juga berfungsi sebagai :- Menjadi pelincir kepada bahagian yang begerak Menjadi pelega kepada bahagian yang bertemu Menjadi bahan penyejuk kepada sistem Rajah 5.3.1: Minyak hidraulik Sifat Bendalir Hidrulik Yang baik Bendalir hidrulik terdiri daripada bahan minyak galian yang bersifat tahan api dan tidak boleh mampat .Berikut merupakan ciri – ciri bendalir yang baik :- 1. Kelikatan Minyak. Yang sempurna. - Tahap kelikatan mempengaruhi perjalanan system. Ini kerana minyak yang likat akan memperlahankan perjalanan bendalir di dalam system.. 2. Pelinciran - Minyak hidrulik juga berfungsi sebagai pelincir untuk mengelakan dari berlakunya kehausan pada komponen 3. Tahan Haba - Minyak hidrulik yang baik mestilah tahan daripada kepanasan. Jika tidak ia mungkin mengakibatkan kebakaran pada system di mana minyak yang mampat terlalu lama berkemungkinan akan menjadi panas dan mengakibatkan kebakaran mahupun piston pecah di mana boleh mendatangkan kecederaan.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 10 roboskasen2023 5.3.2 KOMPONEN ASAS SISTEM HIDRAULIK Terdapat beberapa komponen asas di dalam system hidrulik di mana komponen ini sama sekali berbeza dengan system pnuematik. Ini kerana system pnuematik menggunakan medium angin sebagai perantara untuk mengangkat beban kerja. Oleh sebab yang demikian komponen yang di gunakan juga mestilah berbeza. Komponen utama di dalam system hidrulik adalah seperti berikut:- a. Pump Fungsi pump adalah bertujuan untuk memindahkan cecair hidrulik dari tangki ke seluruh system. Pump boleh dikatakan sebagai jantung kepada sesebuah sistem hidraulik. Jadi ia merupakan komponen asas yang penting bagi sistem ini. Terdapat pelbagai jenis pump yang digunakan dalam sistem hidraulik antaranya adalah centrifugal pump dan gear pump. i. Centrifugal Pump Rajah 5.3.2 dibawah menunjukkan contoh centrifugal pump yang digunakan dalam sistem hidraulik. Rajah 5.3.2: Centrifugal pump


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 11 roboskasen2023 ii. Gear pump(Pump gear dalaman) Rajah 5.3.3 dibawah menunjukkan contoh centrifugal pump yang digunakan dalam sistem hidraulik. Pam ini berfungsi apabila Gear yang berada di dalam pam ini akan membantu memindahkan cecair dari tangki . Cecair yang berada di dalam tangki ini bertekanan rendah di mana ia akan di sedut keluar . . dalam keadaan bertekanan tinggi untuk di salurkan kepada system. Rajah 5.3.3: Centrifugal pump iii. Pengoperasian pump dalam sistem hidraulik 1. Cecair yang berada di dalam tangki akan masuk ke dalam pam apabila di hidupkan. 2. Bilah yang terdapat di dalam pam akam membantu menjadikan minyak bertekanan tinggi. 3. Apabila minyak bertekanan tinggi ia di lepaskan melalui saluran yang di sediakan untuk digunakan di dalam system. b. Injap Hidraulik(Valve) Valve berfungsi sebagai pengatur untuk menentukan arah pergerakan minyak. Ini bermakna pergerakan minyak ke silinder hanya boleh di kawal menggunakan valve sahaja . Terdapat beberapa jenis valve yang di gunakan di dalam industri. Antara contoh-contoh valve hidraulik adalah: 2/2 way valve 4/2 way valve 4/3 way valve


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 12 roboskasen2023 c. Silinder Hidraulik (Actuator) Peranan silinder adalah untuk menukar tenaga dari tenaga cecair kepada tenaga mekanikal, di mana beban kerja akan di angkat atau di tolak keluar. Silinder yang biasa di gunakan di dalam industri adalah:- - Single acting cylinder - Double acting cylinder Single acting cylinder Rajah 5.3.4: Single Acting Cylinder, spring-loaded, piston-type cylinder Silinder ini mempunyai 1 liang aliran sahaja di mana perggerakan masukkan dan keluaran minyak berlaku pada liang yang sama. proses keluaran bagi silinder ini dikawal oleh aliran dan tekanan minyak manakala proses masukkan silinder ini dikawal oleh pegas(spring) Double acting cylinder Rajah 5.3.5: Double Acting Piston type Actuating Cylinder Silinder ini mempunyai 2 aliran keluar dan masuk aliran di mana aliran tersebut di kawal oleh Directional control valve di mana ia membuka laluan untuk bendalir mengalir dan seterusnya menolak beban/ benda kerja . Silinder ini biasa di gunakan di dalam pada mesin – mesin untuk memotong benda kerja yang bertekanan tinggi.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 13 roboskasen2023 d. Hose hidraulik Hos merupakan bahagian yang menghubungkan antara satu – satu bahagian dengan satu bahagian yang lain di dalam system. Ini bermakna peranan hos amat penting di dalam system hidrulilk. Penggunaan hos di dalam system hidrulik bergantung kepada jenis system yang di gunakan. Anda perlulah menyambung hos dengan betul supaya ianya tidak mendatangkan kecederaan kepada anda. Rajah 5.3.6: Hose hidraulik Hoses


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 14 roboskasen2023 1. Nyatakan tiga fungsi bendalir/minyak yang digunakan dalam system hidraulik. 2. Jelaskan tiga sifat bendalir hidrauik yang baik. 3. Terangkan secara ringkas pengoperasian pum dalam system hidraulik. 4. Sebutkan tiga contoh valve hidraulik yang biasa digunakan. 5. Nyatakan tiga jenis silinder hidraulik yang biasa digunakan. 6. Jelaskan fungsi hose hidraulik. LATIHAN 5.3


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 15 roboskasen2023 5.4 APLIKASI DAN PENGGUNAAN HIDRAULIK Beratus-ratus tahun yang lalu manusia telah menemukan kekuatan dari perpindahan air, meskipun mereka tidak mengetahui hal tersebut merupakan prinsip hidrolik. Sejak pertama menggunakan prinsip ini, manusia terus menerus mengaplikasikannya dalam banyak bidang untuk kemajuan dan kemudahn hidup umat manusia. Hidraulik adalah ilmu pergerakan fluida, tidak terbatas hanya pada fluida air. Jarang dalam kehidupan seharian kita tidak menggunakan prinsip hidraulik, mulai dari minum air, menggunakan air untuk mandi, mencuci pakaian, bahkan tiap kali menginjak rem kita menggunakan prinsip hidrolik. Kata hidraulik sendiri berasal dari bahasa Inggris hydraulic yang berarti cairan atau minyak. Prinsip dari peralatan hidrolik memanfaatkan konsep tekanan yang diberikan pada salah satu silinder akan diteruskan ke silinder yang lainnya sebagai contoh menggunakan hukum Pascal. Konsep hidraulik banyak digunakan dalam peralatan yang sering kita lihat sehari-hari, antara lain: 1. Dongkrak hidrolik ( Hydraulic Jack ) Sebagaimana yang disebutkan diatas, dongkrak adalah suatu alat yang digunakan untuk memperingan benda kerja dengan menggunakan prinsip hukum pascal .Dongkrak terdiri dari berbagai jenis, diantaranya yang umum digunakan adalah: a. Dongkrak buaya (crocodile jack) Dongkrak ini yang paling banyak digunakan dibengkel-bengkel kereta. Dewasa ini seiring perkembangannya, dongkrak ini selain digunakan dibengkel-bengkel, perseorangan yang memiliki kereta peribadi juga banyak yang memiliki dongkrak jenis ini. Hal ini karena selain ada yang ukurannya kecil, sehingga bisa disimpan didalam mobil, juga dikarenaka penggunaannya yang lebih mudah dan lebih praktikal. (a) (b) Rajah 5.4.1 (a) crocodile jack (b) bottle jack


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 16 roboskasen2023 b. Dongkrak botol (Bottle jack) Dongkrak ini disebut bottle jack karena bentuknya seperti botol. Fungsi bottle jack sama seperti crocodile jack, iaitu untuk mengangkat benda kerja pada ketinggian tertentu untuk dapat melakukan kerja-kerja berkaitan. 2. Pengangkat kereta hidraulik ( car lift ) Car lift merupakan alat pengangkat kenderaan yang memberikan keleluasaan yang lebih besar kepada mekanik bengkel untuk bergerak secara bebas di bawah kenderaan dalam memperbaiki hampir seluruh komponen yang ada di bawah kenderaan, karena mekanik dapat berdiri dan berjalan di bawah kendaraan sehingga perbaikkan lebih mudah dilakukan .Car lift hanya digunakan oleh bengkel-bengkel besar, karena di samping harganya cukup mahal juga memerlukan ruang yang agak luas. Jenis-jenis car lift: a. Tipe Single Post Car Lift Pada car lift tipe single post terdapat empat lengan yang dapat diatur sedemikian rupa baik panjangpendeknya serta arah lengannya, sehingga kereta dapat terangkat dengan mudah. Jenis ini banyak digunakan untuk membuka bengkel pencucian kenderaan, kerana dapat menjangkau beberapa bagian dengan mudah. Namun untuk perbaikan bodi ataupun kaki-kaki kenderaan, faktor keselesaannya kurang baik dibandingkan dengan jenis car lift yang lainnya. Apabila bekerja di bawah car lift jenis ini, perlu hati-hati ketika dibawah kenderaan.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 17 roboskasen2023 b. Tipe Two Post Car Lift c. Tipe Four Post Car Lift 3. Rem Hidraulik Kebanyakan brek kenderaan menggunakan sistem hidraulik. Pedal yang dipijak itulah yang disambungkan ke brake disc menggunakan sistem hidraulik. Apabila pedal brek dipijak/ditekan bermaksud kau mengenakan Daya yang kecil, tetapi boleh menghentikan beban yang besar iaitu kereta/motosikal atau sebagainya. Sistem Rem Hidrolik merupakan sistem rem yang menggunakan media fluida cair sebagai media penghantar/ penyalur gerakan. Sistem Rem Hidrolik ini sangat rumit dan perlu perawatan yang berkala karena komponen-komponen rawan terhadap kerosakan, apabila terjadi kerosakan/ kebocoran pada selang atau sambungan- sambungan penyalur fluida maka akan menggangu laluan aliran atau kerja dari Sistem Rem hirolik. Komponen terpenting dalam Sistem Rem Hidrolik yaitu Sepatu Rem, Master Cylinder, Actuactor Cylinder, dan Tuas. Sistem Rem Hidrolik ini bekerja iaitu apabila Tuas pedal rem diinjak maka tuas akan meneruskan gerakan ke master Cylinder, didalam Master Cylinder terjadi perubahan dari tenaga kinetik menjadi tekanan pada minyak rem yang kemudian diteruskan menuju Actuactor Cylinder melalui selang/pipa-pipa tekanan tinggi, setelah tekanan sampai di Actuactor Cylinder kemudian gaya tekan dirubah kembali menjadi Demikian juga untuk car lift jenis double post car lift juga memiliki landasan penahan kenderaan yang dapat diatur untuk menyesuaikan dengan bodi/ rangka kendaraan. Alat pengangkat kendaraan ini sesuai untuk perbaiki kaki-kaki (roda) karena roda menggantung dan lebih selesa daripada jenis single post car lift Sedangkan untuk tipe four post car lift, memiliki tingkat keselesaan yang paling baik. Akan tetapi tidak sesuai untuk perbaikan kaki-kaki kenderaan, dan lebih sesuai untuk pekerjaan dibawah kendaraan seperti perbaikan transmisi, differensial, sistem rem dan sebagainya


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 18 roboskasen2023 gerakan/kinetik oleh Actuactor Cylinder untuk menggerakkan Sepatu rem untuk menekan tromol/ disc supaya terjadi proses pencengkaman. 4. Lengan Excavator Excavator yang beratnya 30 ton dapat dengan mudah mengangkat tanah yang beratnya 2 ton, karena excavator disokong dengan sistem hidrolik pada motor di bagian sebahagian lengan yang berfungsi mengayun dan memindahkan beban. Dengan sistem hidrolik, mampu mengangkat beban yang berat karena mampu menghasilkan tenaga yang besar. 5. Mesin Press Hidrolik Mesin pres hidrolik adalah salah satu jenis mesin pres yang banyak digunakan pada industri logam untuk membentuk logam sesuai bentuk cetakan, juga pada industri kapas dan sabut kelapa untuk mendapatkan bentuk dan ukuran yang seragam.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 19 roboskasen2023 Satu kelebihan yang tak dimiliki sistem lain adalah bahwa sistem hidrolik paling serbaguna dalam mengubah dan memindahkan daya. terutama dari sifat kekakuan namun sekaligus fleksibel. dalam bentuk apapun cairan/minyak hidrolik akan mengikuti bentuk bagian yang ditempatinya dalam sistem.


MEV40053 INDUSTRIAL AUTOMATION Unit 5- 20 roboskasen2023 1. Berdasarkan rajah di bawah terangkan aplikasi system hidraulik digunapakai dalam system tersebut. 2. Bagi menggerakan lengan escavator ia menggunakan hukum pascal. Terangkan bagaimana hokum pascal digunapakai pada lengan escavator. . LATIHAN 5.4


Click to View FlipBook Version