ELECTRICAL INSTALLATION
UNIT 3 THREE PHASE TESTING
PENGENALAN
Tajuk ini membincangkan mengenai jenis-jenis alat pengukur dan alat penguji, ciri-ciri setiap
alat ukur dan alat uji dan juga kegunaan dan juga langkah-langkah penjagaan setiap alat
pengukur dan penguji.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Objektif bagi unit ini adalah:
1. Mengenali jenis-jenis alat uji.
2. Mengenali jenis-jenis alat ukur.
HASIL PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran, pelatih-pelatih mesti boleh:
1. Senaraikan jenis-jenis alat uji.
2. Senaraikan jenis-jenis alat ukur.
161 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.1: OHMETER (JANGKA OHM)
i. Digunakan untuk mengukur rintangan pada sesuatu beban atau mengukur nilai
perintang dalam litar elektronik.
ii. Dipasang merintangi beban atau selari dengan beban dan dibuat dalam berbagai-
bagai jenis julat bergantung kepada beban yang akan disukat.
iii. Untuk penjagaan yang baik pastikan beban yang hendak disukat diputuskan bekalan
terlebih dahulu.
8.1.2: AMMETER (JANGKA ARUS)
Rajah 8.1: Ammeter
i. Digunakan untuk menyukat arus dalam sesuatu litar.
ii. Terdapat dua jenis iaitu jenis Arus Terus ( A.T) dan Arus Ulang-alik(A.U.).
iii. Dibuat dalam berbagai-bagai jenis julat sesuai dengan litar yang hendak disukat.
iv. Dipasang sesiri dengan beban atau litar yang hendak diuji.
v. Litar yang hendak disukat mesti dalam keadaan hidup bagi memastikan ia dapat
berfungsi.
162 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.3: VOLTMETER (JANGKA VOLT)
Rajah 8.2: Voltmeter
i. Digunakan untuk mengukur kadaran voltan yang merintangi beban atau kadaran
voltan bekalan.
ii. Dipasang merintangi beban /sumber bekalan atau selari dengan beban/ sumber
bekalan.
iii. Terdapat dua jenis iaitu jenis Arus Terus ( A.T) dan Arus Ulang-alik(A.U.).
iv. Dibuat dalam berbagai-bagai jenis julat sesuai dengan litar yang hendak disukat.
v. Litar yang hendak disukat mesti dalam keadaan hidup bagi memastikan ia dapat
berfungsi
163 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.4: WATT METER (JANGKA WATT)
Rajah 8.3: Wattmeter
i. Jangka ini digunakan untuk menyukat jumlah kuasa pada sesuatu beban.
ii. Meter ini ialah gabungan dua buah meter iaitu meter ampere dan meter volt.
Disambung sesiri dan selari dengan beban.
iii. Terdapat dua jenis iaitu jenis Arus Terus ( A.T) dan Arus Ulang-alik(A.U.).
iv. Dibuat dalam berbagai-bagai jenis julat sesuai dengan litar yang hendak disukat.
v. Litar yang hendak disukat mesti dalam keadaan hidup bagi memastikan ia dapat
berfungsi.
164 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.5: KWH METER (METER KILOWATT JAM)
Rajah 8.4: KWH Meter (Meter kilowatt jam)
i. Jangka ini digunakan untuk mengukur jumlah tenaga yang digunakan pada sesuatu
beban .
ii. Biasanya dipasang pada pengambilan bekalan pada pengguna atau didalam papan
agihan/
iii. Terdapat 2 jenis yang biasanya digunakan oleh pengguna iaitu jenis satu fasa dan 3
fasa.
iv. Pengiraan tenaga yang digunakan oleh pengguna berpandukan pada meter tersebut
yang mencatitkan bacaan dalam digital atau jarum penunjuk.
v. Biasanya pihak pembekal memasang dan mengawal meter tersebut.
165 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.6: KVARH METER
Rajah 8.5: KVARH Meter
i. Meter ini digunakan untuk menyukat tenaga yang dibekalkan oleh pihak pembekal
pada industri-industri yang dipasang pada suis board bersama-sama meter-meter
yang lain.
ii. Digunakan untuk menentukan perbezaan diantara tenaga yang dibekalkan (tenaga
reaktif) dengan tenaga yang digunakan (tenaga sebenar) oleh pengguna (Faktor
kuasa = kuasa sebenar / kuasa ketara).
166 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.7: METER FAKTOR KUASA
Rajah 8.6: Meter faktor kuasa
i. Meter ini biasanya dipasang pada Suis Board untuk mengukur faktor kuasa pada
sistem pendawaian tersebut.
ii. Pihak pembekal mengenakan surcaj kepada pengguna yang mempunyai faktor
kuasa yang kurang dari 0.85.
iii. Pengguna boleh mengawal faktor kuasa melalui Bank Kapasitor yang dipasang
bersama jangka tersebut.
167 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.8: METER FREKUENSI
Rajah 8.7: Meter frekuensi
i. Jangka ini dipasang pada suis board untuk menunjukkan kadar frekuensi yang
dibekalkan oleh pihak pembekal.
ii. Pihak pembekal dibenarkan membekalkan bekalan dengan kadaran 49.5 hz hingga
50.5 hz.
iii. Dengan penggunaan meter tersebut , pihak pengguna boleh mengetahui kadar
frekuensi yang dibekalkan oleh pihak pembekal.
168 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.9: PENGUJI RINTANGAN PENEBATAN (INSULATION RESISTANCE
TESTER)
i. Digunakan untuk menguji penebatan sesuatu peralatan atau kabel elektrik.
ii. Mengeluarkan voltan 500V, 1000V, dan 5000V DC.
iii. Bergantung pada jenis dan ujian penebatan pemasangan 240V, 415V dan 11KV.
iv. Terdapat 2 jenis :
(a) putar dengan tangan
(b) bateri
(a) Putar dengan tangan
- Putarkan tangkai pemutar kepada kelajuan 120rpm seminit.
- Putaran boleh dilakukan dengan mengikut arah jam dan lawan jam.
(b) bateri
- Tekan butang uji sehingga jarum penunjuk berada dalam keadaan tetap.
169 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.10: ALAT UJI RINTANGAN BUMI
Rajah 8.8: Earth Tester (Alat uji rintangan bumi)
i. Digunakan untuk mengukur nilai rintangan elektrod bumi pemasangan atau
elektrod bumi penangkap kilat.
ii. Nilai rintangan elektrod bumi mestilah tidak melebihi nilai maksima (1 ohm) yang
dibenarkan oleh peraturan.
iii. Alat ini juga boleh mengukur voltan elektrod bumi pemasangan sehingga 30 V
AC (voltan aruhan dari sistem pemasangan )
iv. Voltan elektrod bumi yang tinggi adalah merbahaya mungkin disebabkan oleh
alat elektrik yang rosak atau sistem pembumian itu sendiri yang rosak.
v. Sambungkan terminal-terminal seperti ditunjukkan dalam gambarajah dengan
menggunakan wayer dan spike yang telah tersedia.Sebaik-baiknya :-
a) Jarak 1 hendaklah 5 hingga 10 meter.
b) E,P dan C hendaklah dalam kedudukan sebaris.
c) Galangan wayer terutama wayer penyambung kepada elektrod bumi
yang hendak diuji hendaklah rendah.
d) Rintangan bumi elektrod yang diuji sepatutnya rendah.
e) Wayar-wayar penyambung hendaklah di tarik sehingga tegang
betul dan meliputi panjang wayar
170 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.11: LINE EARTH LOOP TESTER
i. Digunakan untuk mengukur impedans gelung kerosakan bumi dan prospektif
arus litar pintas.
ii. Penguji ini biasanya dipasang dengan lampu penunjuk untuk mengesahkan
sambungan yang betul atau untuk memberi amaran tentang kekutuban balikan.
iii. Alat penguji ini mestilah memerlukan sumber bekalan sebenar untuk membuat
sebarang pengujian dan ia biasanya diuji selepas bekalan dimasukkan.
Rajah 8.9: Line Earth LoopTester
8.1.12: TETIMBANG WHEATSTONE (WHEATSTONE BRIDGE)
i. Digunakan dalam pengukuran jitu bagi rintangan .
ii. Dinamakan sempena pencipta inggeris sir Charles Wheatstone (1802-1875).
iii. Ia terdiri daripada sumber voltan (sel kering) ,sebuah meter galvano dan empat
perintang dalam dua litar selari dipanggil litar tetimbang.
iv. Apabila tetimbang dalam keadaan seimbang, galvano meter akan menunjukkan
bacaan sifar dan formula Rx / R3 = R1 /R2 akan digunakan untuk mengira
rintangan yang tidak diketahui.
v. Meter ini banyak digunakan pada litar elektronik.
171 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.13: TONG TESTER/ CLAMP TESTER
Digunakan untuk mengukur arus pada pemasangan tanpa membuat sambungan supaya
cepat dan mudah berbanding jangka Ampere biasa yang memerlukan sambungan.Alat ini
juga boleh digunakan untuk mengukur rintangan dan juga voltan.Sebelum mengukur
rintangan,tentukan litar telah diputuskan bekalan.
Rajah 8.10: Tong tester/Clamp tester
172 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.14: LUX METER
Rajah 8.11: Lux meter
i. Digunakan untuk mengukur Kecerahan cahaya pada sesuatu permukaan kerja
atau lantai bagi memastikan segala kerja yang dilakukan boleh dibuat dengan
sempurna tanpa merosakan mata.
ii. Dibuat dalam dua jenis iaitu jenis digital dan analog.
iii. Bacaan dalam unit lux dan kesesuaian kecerahan sesuatu permukaan mestilah
dirujuk pada jadual yang terdapat dalam peraturan I.E.E.
iv. Mudah digunakan kerana alat tersebut hanya perlu diletak pada permukaan yang
hendak diuji , hidupkan suis dan catitkan bacaan
173 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.15 : TACHOMETER
i. Digunakan untuk mengukur kelajuan pusingan pada motor atau sebarang mesin yang
berputar.
ii. Dibuat dalam jenis digital untuk memudahkan bacaan dibuat dan disukat dalam unit
RPM (pusingan perminit)
Rajah 8.12: Tachometer
174 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.16 : RCCB TESTER
i. Alat ini digunakan untuk menguji masa diambil untuk RCCB trip supaya beban yang
dilindungi sesuai dengan RCCB yang dipasang.
ii. Penguji ini ialah sebuah peranti elektronik yang mengeluarkan arus daripada bekalan
bagi pengendaliannya.
iii. Alat penguji ini mestilah memerlukan sumber bekalan sebenar untuk membuat sebarang
pengujian dan ia biasanya diuji selepas bekalan dimasukkan.
iv. Boleh juga digunakan untuk mengukur rintangan lingkaran rosak kebumi.(Earth Fault
Loop Resistance).
Rajah 8.13: RCCB tester
175 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.17: MULTIMETER / AVO METER
i. Alat ini dinamakan meter pelbagai sebab boleh digunakan untuk mengukur voltan
(AC,DC) ,arus , dan Rintangan.
ii. Pengguna hanya perlu menyelaraskan pelarasan penunjuk yang betul bagi memastikan
meter tersebut memberi bacaan yang tepat dan tidak merosakkan meter tersebut.
iii. Terdapat dalam dua jenis iaitu jenis digital dan analog.
Jenis analog Jenis digital
Rajah 8.14: Multimeter
176 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.18: RING MAIN TESTER/SOCKET TESTER
i. Digunakan untuk memastikan kabel soket yang disambung secara jejari dan gelang
berada pada terminition/ sambungan yang betul.
ii. ‘Test’ adalah bertujuan untuk memastikan bahawa adakah ELCB akan beroperasi
dengan baik apabila test ditekan.
ELCB & SOCKET TESTER
Neon on
Neon off
CORRECT
NO EARTH
LIVE/NEUTRAL REVERSE
NO NEUTRAL
LIVE/EARTH RIVERSE
NO LIVE
ELCB TRIPS TEST (BELOW 150mA)
Rajah: 8.15:Ring main tester/ socket tester
177 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.19: PHASE SEQUENCE INDICATOR
i. Alat ini digunakan untuk mengetahui kedudukan fasa merah,kuning dan biru bagi
memudahkan penyambungan fasa pada motor dan punca bekalan pengguna.
ii. Penyambungan fasa yang salah pada punca penyambungan akan menyebabkan motor
berputar pada arah yang berlainan.
iii. Alat penguji ini mestilah memerlukan sumber bekalan sebenar untuk membuat sebarang
pengujian dan ia biasanya diuji selepas bekalan dimasukkan.
Rajah 8.16: Phase sequence indicator
178 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8.1.20: LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN SETIAP ALAT PENGUKUR
DAN PENGUJI.
i. Setiap alat penguji dan pengukur mestilah dijaga dengan betul bagi memastikan
meter-meter tersebut boleh digunakan pada jangka masa yang lama dan mengukur
dengan betul.
ii. Biasanya kaedah penjagaan sesuatu meter dan langkah-langkah keselamatan
penggunaan setiap meter-meter tersebut ada tercatit pada buku panduan dalam
meter tersebut meter.
iii. Bagi meter-meter pengukuran pastikan sambungan yang dibuat adalah betul dan
sesuai dengan julat yang digunakan.
iv. Bagi mengukur sesuatu beban yang tidak diketahui nilainya, pastikan julat yang
dipilih adalah yang terbesar dan jika tidak sesuai barulah julat nya diturunkan kepada
yang lebih rendah sehingga sesuai dengan beban yang diukur.
v. Pastikan alat penguji dan pengukur disimpan pada tempat yang kering dan tidak
terdedah pada kepanasan.
vi. Untuk menyimpan alat penguji yang menggunakan bateri pada jangka masa yang
agak lama,pastikan baterinya dibuang atau diasing terlebih dahulu bagi
mengelakkan kekaratan pada punca terminal bateri disebabkan wap yang
dikeluarkan oleh asid bateri tersebut.
vii. Selepas menggunakan alat penguji pastikan ia disimpan semula pada kotaknya bagi
mengelak kabel penyambung (spike) tidak hilang atau rosak.
179 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
LATIHAN:
1. Namakan lima jenis alat penguji yang sering digunakan pada sistem pendawaian
elektrik.
2. Namakan lima jenis alat pengukur yang sering digunakan pada sistem pendawaian
elektrik.
3. Namakan alat penguji yang digunakan untuk menguji penebatan pada kabel atau
peralatan elektrik.
4. Nyatakan kegunaan multimeter (meter pelbagai).
5. Apakah kegunaan Phase Sequences Indicator.
6. Nyatakan kegunaan Line Earth Loop Tester.
7. Namakan alat uji yang digunakan untuk mengukur kecerahan cahaya pada sesuatu
permukaan kerja.
8. Nyatakan kegunaan Meter KVARH.
9. Nyatakan kegunaan Meter Kilowatt Jam.
10. Namakan alat uji yang digunakan untuk mengukur nilai rintangan elektrod bumi
pemasangan atau elektrod bumi penangkap kilat.
180 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
RUMUSAN
Di dalam unit ini, kita telah pelajari:
1. Jenis alat penguji yang sering digunakan pada sistem pendawaian elektrik
iaitu Jangka 0hm, Jangka Amper, Jangka Volt, Jangka Watt, Jangka KWH,
Jangka KVARH, Jangka Faktor Kuasa, Dan Jangka Frekuansi.
2. Jenis alat pengukur yang sering digunakan pada sistem pendawaian elektrik
adalah Penguji Rintangan Penebatan, Penguji Rintangan Bumi, Tetimbang
Wheatstone, Tong Tester/ Clamp Tester, Line Earth Loop Tester , Lux Meter,
Tachometer, Multimeter, Rccb Tester Dan Phase Sequence Indicator.
3. Jangka ohm digunakan untuk mengukur rintangan pada sesuatu beban dan
disambung secara selari dengan beban dan dibuat dalam berbagai-bagai
jenis julat bergantung kepada beban yang akan disukat.
4. Jangka arus digunakan untuk menyukat arus dalam sesuatu litar dan
dipasang sesiri dengan beban atau litar yang hendak diuji.
5. Jangka volt digunakan untuk mengukur kadaran voltan yang merintangi
beban atau kadaran voltan bekalan dan dipasang merintangi beban /sumber
bekalan atau selari dengan beban/ sumber bekalan.
6. Jangka watt digunakan untuk menyukat jumlah kuasa pada sesuatu beban
dan disambung sesiri dan selari dengan beban. Meter ini ialah gabungan dua
buah meter iaitu meter ampere dan meter volt.
7. Meter Kilowatt Jam digunakan untuk mengukur jumlah tenaga yang
digunakan pada sesuatu beban dan dipasang pada pengambilan bekalan
pada pengguna atau didalam papan agihan.
181 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
8. Meter KVARH digunakan untuk menyukat tenaga yang bekalkan oleh pihak
pembekal pada industri-industri yang pasang pada suis board bersama-sama
meter-meter yang lain.
9. Meter faktor kuasa mengukur faktor kuasa pada sistem pendawaian dan di
pasang pada suis board.
10. Meter frekuensi dipasang pada suis board untuk menunjukkan kadar
frekuensi yang dibekalkan oleh pihak pembekal.
11. Penguji Rintangan Penebatan digunakan untuk menguji penebatan sesuatu
peralatan atau kabel elektrik. Terdapat dalam 2 jenis iaitu putar dengan
tangan dan bateri.
12. Alat Uji Rintangan Bumi digunakan untuk mengukur nilai rintangan elektrod
bumi pemasangan atau elektrod bumi penangkap kilat. Nilai rintangan
elektrod bumi mestilah tidak melebihi nilai maksima (1 ohm) yang dibenarkan
oleh peraturan.
13. Line Earth Loop Tester digunakan untuk mengukur impedans gelung
kerosakan bumi dan prospektif arus litar pintas.
14. Tetimbang wheatstone digunakan dalam pengukuran jitu bagi rintangan dan
banyak digunakan dalam litar elektronik. Ia terdiri daripada sumber voltan (sel
kering) ,sebuah meter galvano dan empat perintang dalam dua litar selari
dipanggil litar tetimbang.
15. Tong tester/ clamp tester digunakan untuk mengukur arus pada pemasangan
tanpa membuat sambungan supaya cepat dan mudah berbanding jangka
ampere biasa yang memerlukan sambungan.alat ini juga boleh digunakan
untuk mengukur rintangan dan juga voltan.sebelum mengukur
rintangan,tentukan litar telah diputuskan bekalan.
182 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
16. Lux meter digunakan untuk mengukur kecerahan cahaya pada sesuatu
permukaan kerja atau lantai bagi memastikan segala kerja yang dilakukan
boleh dibuat dengan sempurna tanpa merosakan mata.
17. Tachometer digunakan untuk mengukur kelajuan pusingan pada motor atau
sebarang mesin yang berputar dan disukat dalam unit rpm (pusingan
perminit)
18. RCCB tester digunakan untuk menguji masa diambil untuk rccb trip supaya
beban yang dilindungi sesuai dengan rccb yang dipasang.
19. Multimeter / AVO meter digunakan untuk mengukur voltan (ac,dc) ,arus , dan
rintangan.
20. Ring Main Tester/Socket Tester digunakan untuk memastikan kabel soket
yang disambung secara jejari dan gelang berada pada terminition/
sambungan yang betul.
21. Phase Sequence Indicator digunakan untuk mengetahui kedudukan fasa
merah,kuning dan biru bagi memudahkan penyambungan fasa pada motor
dan punca bekalan pengguna.
RUJUKAN
1. Nota IKRAM
2. Teknologi Elektrik – Tingkatan 4, Abd Samad Bin Hanif, Mohd Fauzi Bin Haji
Mustafa, Pustaka Sistem Pembelajaran.
3. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik (Edisi Kedua), Abd Samad Hanif,
Dewan Bahasa dan Pustaka 2004.
183 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
9. PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEPASANGAN
PENGENALAN
Pengujian adalah perkara penting yang perlu dilakukan kepada setiap pemasangan elektrik
sebelum bekalan boleh diberikan. Bekalan elektrik tidak boleh disambung sebelum ujian-
ujian tertentu dilaksanakan dan disahkan tiada kecacatan terdapat pada pemasangan
tersebut.
Tujuan utama pengujian ialah untuk memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu telah
dilaksanakan dengan sempurna dan ianya selamat untuk digunakan selaras dengan
kehendak Akta dan Peraturan berikut:
a. Akta Bekalan Elektrik 1990
b. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
c. Peraturan MS IEC 60364 – part 6-61
d. Safety regulation
Ujian-ujian hendaklah dilakukan mengikut peraturan semasa oleh orang kompeten yang
berdaftar dengan Jabatan Bekalan Elektrik dan masih sah, mengikut kategori masing-
masing. Orang kompeten dengan sijil PW2 boleh menguji dan mengendos borang H untuk
pemasangan fasa tunggal, manakala orang kompeten dengan sijil PW4 pula boleh menguji
dan mengendos borang H untuk pemasangan fasa tunggal dan tiga fasa.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pelajaran ialah untuk:
1.Mengenali jenis-jenis pengujian pepasangan 1 fasa.
2.Mengetahui prosedur membuat pengujian pepasangan 1 fasa
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran pelatih akan dapat:
1. Kenal jenis-jenis pengujian pepasangan 1 fasa.
2. Buat pemeriksaan dan pengujian selepas siap pendawaian.
184 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
3. Pilih jenis-jenis pengujian yang sesuai untuk pemeriksaan pemasangan.
9.1 PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Sebelum pengujian dilakukan pemeriksaan secara penglihatan hendaklah dibuat terlebih
dahulu. Ini adalah untuk memastikan bahawa sesuatu pemasangan itu telah siap secara
fizikalnya. Jika terdapat bahagian atau komponen pemasangan tersebut tidak lengkap ianya
tidaklah perlu lagi diuji. Pemeriksaan penglihatan hanya menggunakan mata kasar tanpa
mengunakan apa-apa alat uji. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ialah seperti
yang berikut:
a. Sambungan pengalir ketat dan baik.
b. Pengenalan dan kod warna kabel betul.
c. Pemilihan saiz kabel yang betul.
d. Label pengenalan litar, fius dan fungsi suis hendaklah tercatat dan disediakan.
e. Papan-papan tanda amaran bahaya hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai.
f. Notis tarikh ujian semula ada dicatatkan.
g. Plat nama kontraktor terpasang di tempat yang sepatutnya.
h. Memeriksa keadaan fizikal peranti dan kelengkapan yang digunakan untuk
memastikan samada sesuai kadarannya atau sebaliknya dan berada dalam keadaan
baik dan selamat. ( tidak retak, pecah , reput dan sebagainya)
i. Perlindungan daripada bahaya renjatan ada disediakan dan masih baik.
j. Pertolongan cemas.
185 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2 UJIAN LITAR MATI
9.2.1 Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.
9.9.2 Ujian keterusan pengalir pelindung
9.2.3 Ujian Rintangan Elektrod Bumi
9.2.4 Ujian Penebatan
9.2.5 Ujian Kekutuban
9.2.1 UJIAN KETERUSAN PENGALIR LITAR AKHIR GELANG
Tujuan ujian ini untuk memastikan bahawa conductor bagi litar akhir gelang
membentuk suatu gelang tanpa sambungan bersilang atau gelung tidak lengkap.
Dilakukan pada soket alir keluar. Untuk memastikan kabel L-L , N-N dan E-E adalah
betul terutama pada pemasangan baru. Alat yang digunakan ialah:
a. alat uji loceng
b. multimeter.
c. AVO meter
d. ring main tester/ socket tester (dalam litar hidup)
tatacara ujian:
1) bekalan diputuskan (litar mati)
2) Laraskan ‘Range Selector Knob’ pada nilai ohm yang terendah (x1)
3) Litar pintaskan ‘test pin’ merah dan hitam serta pastikan jarum penunjuk
menunjukkan bacaan sifar (0) dengan melaraskan ‘adjuster knob’
4) Cantum pengalir hidup L1 dengan N2 dan L2 dengan N1 sehingga ujian keterusan
pengalir litar akhir gelang ini selesai dijalankan – Rujuk Rajah 9.1
186 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION SAK 2
SAK 1
L1 SAK 4
L2
N1 N2
UP
SAK 3
Rajah 9.1
5.Rekodkan bacaan pertama yang diambil pada Unit Pengguna – rujuk rajah 11.2
Unit Pengguna
187 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9.2 SAK 1
6.Rekodkan bacaan kedua yang diambil pada SAK 1 – Rujuk rajah 9.3
E
NL
Rajah 9.3
7.Rekodkan bacaan ketiga yang diambil pada SAK 2 - Rujuk rajah 9.4
E SAK 2
NL
Rajah 9.4
8.Rekodkan bacaan keempat yang diambil pada SAK 3 –Rujuk rajah 9.5
E
N L SAK 3
188 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9.5 pada SAK 4 – Rajah 9.6
9.Rekodkan bacaan kelima yang diambil
E SAK 4
NL
Rajah 9.6 Bil Perkara Bacaan
1. Unit Pengguna
Keputusan :- 2. SAK 1
3. SAK 2
i. Kelima-lima bacaan yang direkodkan 4. SAK 3
mestilah sama nilainya. 5. SAK 4
ii. Bacaan yang diperolehi mestilah tidak
melebihi 0.5 Ω
iii. Bacaan yang terbaik adalah 0 Ω
Kesimpulan
Sekiranya bacaan yang diperolehi melebihi 0.5 Ω atau tidak sama, berkemungkinan :-
1) Saiz kabel yang digunakan adalah tidak sama diantara pengalir fasa, neutral dan
pengalir pelindung litar.
2) Jarak dari Unit Pengguna dengan soket alir keluar itu terlalu jauh.
3) Penyambungan yang longgar.
4) Kekutuban yang salah.
189 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
5) Suhu sekeliling yang tinggi
9.2.2 UJIAN KETERUSAN PENGALIR PELINDUNG
Ujian ini bertujuan untuk mengetahui sambungan pengalir bumi dalam keadaan
betul, mempunyai keterusan yang baik dan juga mempunyai rintangan yang rendah.
Ianya juga memastikan pengalir pelindung dalam keadaan selamat dan pendawaian
boleh diberikan bekalan.
Alat yang digunakan :
a. multimeter
b. loceng
c. insulation tester
d. AVO meter
Tatacara menjalankan ujian.
Sebelum ujian ini dijalankan, pastikan perkara berikut dipatuhi :-
i. Bekalan utama (suis utama) di’OFF’kan.
ii. RCCB di’OFF’ kan
iii. MCB di’OFF’kan
iv. Semua beban hendaklah ditanggalkan.
190 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Ujian Litar Lampu.
i. Sambungkan ‘test lead’ merah ke pengalir fasa dan ‘test lead’ hitam ke ‘CPC’ pada
Unit Pengguna.
ii. Pintaskan pengalir fasa dan ‘CPC’ pada suis satu hala seperti Rajah 10
i. Rekodkan bacaan rintangan yang diperolehi
Lampu 1 Lampu 2
UP
EL
N
Suis 1
Dipintaskan
Rajah 9.7
191 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2.3 UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
i. Elektrod bumi perlu mempunyai rintangan yang rendah supaya apabila
berlaku kerosakan ke bumi, arus bocor dapat mengalir ke bumi dengan
mudah dan cepat bagi menghindarkan bahaya kejutan elektrik.
ii. Nilai rintangan maksima elektrod bumi untuk pemasangan elektrik ialah 1
ohm manakala elektrod bumi untuk penangkap kilat ialah 10 ohm.
iii. Elektrod bumi yang selalu digunakan ialah rod tembaga yang panjangnya 6
kaki dan bergarispusat 5/8”. Selain dari itu paip G.I dengan garispusat 2” dan
panjang 8 kaki, plat tembaga, wire mesh juga boleh digunakan.
iv. Alat uji yang digunakan ialah alat uji elektrod bumi.
v. Paip-paip air dan gas awam tidak boleh dijadikan elektrod bumi tetapi ianya
mestilah disambung dengan terminal bumi menggunakan konduktor pengikat
(bonding conductor) yang bertujuan untuk menjadikannya sama beza
keupayaan (equipotential) dengan bumi iaitu kosong volt.
Jika nilai 1 ohm tidak diperolehi ia perlu dikurangkan dengan mengunakan salah
satu cara yang berikut:
1. tambahan elektrod secara selari hendaklah dilakukan mengikut kesesuaian
tanah sehinggalah nilai tersebut diperolehi.(sedalam 6 meter)
2. mengisi garam disekeliling elektrod (8 bln sekl).
3. mengisi arang batu kedalam elektrod.
4. menabur serbuk besi disekeliling elektrod.
5. memasang elektrod di tempat yang lembap.
6. memasang atau panjang luas keratin rentas elektrod.
Tujuan :
i. Menguji rintangan elektrod bumi
ii. Mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu adalah
bersesuaian.
192 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan
rintangan bertindih dengan elektrod lain.
Alat penguji yang digunakan :-
Jangka Penguji Bumi (Earth Tester).
Rajah 9.8: Earth tester
Tatacara menjalankan ujian
1. Periksa bateri – ‘selector switch’ pada kedudukan ‘B’ dan tekan ‘push button’.
Pastikan jarum penunjuk pada posisi ‘Battery’.
B
V
Push ‘ON’
Rajah 9.9
2. Sambungkan terminal ‘E’ ke elektrod yang hendak di uji dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir hijau) – 5 meter –Rujuk rajah 9.10
3. Sambungkan terminal ‘P’ ke pancang Voltan (spike potential) dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir kuning) pada jarak 10 meter. –Rujuk rajah 9.10
193 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
4. Sambungkan terminal ‘C’ ke pancang Arus (spike current) dengan menggunakan
pengalir yang disediakan (pengalir merah) pada jarak 20 meter. –Rujuk rajah 9.10
E PC
Elektrod
5 meter 5 meter 10 meter
Rajah 9.10 Pengukuran Elektrod Bumi
Pengukuran voltan elektrod.
i. ‘Selector switch’ pada ‘V’ dan tekan ‘push button’. Jarum penunjuk akan
menunjukkan bacaan voltan pada elektrod yang diuji.
ii. Bacaan normal ialah diantara 0 hingga 10 Volt.
iii. Sekiranya bacaan melebihi 10 Volt, tanggalkan sambungan ‘konduktor bumi’
sedia ada (disconnected).
Nota : Voltan yang melebihi 10 Volt pada elektrod boleh merosakkan jangka penguji
bumi dan bacaan yang diperolehi adalah tidak tepat.
194 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Pengukuran Rintangan Elektrod Bumi.
i. ‘Selector switch’ pada ‘’. Tekan ‘push button’ sambil melaras ‘dial scale’
sehingga jarum menunjukkan sifar (0).
ii. Rekodkan bacaan pertama (Z1) – Rajah 18
Contoh : Z1 = 10
iii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan
kedua (Z2) – Rajah 18
Contoh : Z2 = 10
iv. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan
ketiga (Z3) – Rajah 18
Contoh : Z3 = 10
Z2
6 meter
E
P Z1
C
6 meter
Z3
Keputusan : Rajah 9.11
Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai
rintangan elektrod bumi yang diuji.
Z1 + Z2 + Z3
Z = -----------------
3
195 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION = 10 Ω
10 + 10 + 10
= -----------------
3
Kesimpulan :
1. Ujian hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali bertujuan untuk mengelakkan
bacaan tidak tepat disebabkan kawasan rintangan bertindih.
2. Nilai rintangan elektrod bagi :
i. Pepasangan domestik keseluruhan : 1 Ω
ii. Penangkap Kilat : 10Ω
3. Sekiranya nilai rintangan bumi yang diperolehi melebihi nilai rintangan yang
ditetapkan, tindakan berikut haruslah diambil :
i. Menambah panjang elektrod
ii. Menanam beberapa elektrod secara selari
Unit Pengguna
2xL KEV 1033
L
E1 E2
Rajah 9.12: Penanaman elektrod secara selari
196
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2.4 UJIAN PENEBATAN
Ujian penebatan bertujuan untuk mempastikan nilai rintangan penebatan kabel atau
peralatan elektrik adalah melebihi dari yang dikehendaki oleh peraturan dan
standard tertentu. Ini untuk menghindarkan dari berlakunya litar pintas atau
kebocoran arus diantara mana-mana konduktor fasa dan termasuk juga neutral atau
diantara mana-mana konduktor dengan bumi atau mana-mana logam yang
dibumikan.
Rujuk Peraturan MS IEC 60364 -612.3
Untuk pendawaian biasa nilai rintangan penebatan mestilah melebihi 1 megaohm.
Nilai biasa yang diperolehi selalunya melebihi 50 megaohm. Kabel yang pendek
mempunyai nilai rintangan yang rendah manakala kabel yang panjang akan
menjadikan nilai rintangannya tinggi.
Nilai rintangan penebatan antara elemen atau bahagian hidup dengan bahagian
logam terdedah untuk alat-alat elektrik hendaklah tidak kurang dari 0.5 megaohm.
Kebocoran ke bahagian-bahagian logam seperti paip air akan menjadikan logam
tersebut hidup dan ini membahayakan pengguna serta satu pembaziran tenaga
elektrik kerana kuasa terbuang begitu sahaja ke bumi. Arus sebesar lebih kurang
0.05A boleh menyebabkan kematian kepada manusia. Ini bererti rintangan
penebatan ke bumi bernilai 4,800 ohm (240V/0.05A) sudah cukup untuk
mendatangkan bahaya. Arus bocor juga boleh mempercepatkan kelunturan bahan
penebat.
197 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Untuk sistem tiga fasa, neutral dan bumi, ujian penebatan yang perlu dijalankan
adalah seperti berikut:
i. Antara fasa Merah dan Kuning
ii. Antara fasa Kuning dan Biru
iii. Antara fasa Merah dan Biru
iv. Antara fasa Merah dan Neutral
v. Antara fasa Kuning dan Neutral
vi. Antara fasa Biru dan neutral
vii. Antara fasa Merah dan Bumi
viii. Antara fasa Kuning dan Bumi
ix. Antara fasa Biru dan Bumi
x. Antara fasa Neutral dan Bumi
xi. Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kuning, Biru dan Neutral
xii. Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kunung, Biru dan Bumi
xiii. Antara cantuman ketiga-tiga fasa Merah, Kuning, Biru, Neutral dan Bumi
Sebelum ujian penebatan sistem pendawaian dijalankan, alat-alat elektrik, lampu-
lampu dan apa-apa juga beban hendaklah diasingkan terlebih dahulu. Jika tidak
alat-alat tersebut mungkin rosak dan bacaan rintangan penebatan juga menjadi
rendah dari yang sepatutnya.
Alat penguji yang digunakan :-
Insulation Tester (Penguji Penebatan)
I. Voltan kendalian adalah arus terus
II. Keupayaan Penguji 500 Volt adalah untuk menguji voltan beban kurang daripada 500
Volt
III. Keupayaan Penguji 1000 Volt adalah untuk menguji voltan beban kurang daripada
1000 Volt
198 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
IV. Ini adalah bertujuan untuk menguji penebatan yang lemah.
Prosedur Sebelum Ujian Dijalankan bagi ujian penabatan antara pengalir.
I. Putuskan bekalan utama contohnya ‘OFF’ kan Suis Utama
II. Putuskan (tanggalkan) sambungan pada kesemua beban.
-supaaya rintangan yang diuji adalah rintangan penebatan dan bukannya rintangan
beban.
III. ‘ON’ kan kesemua suis.
Tatacara menjalankan ujian.
1. Litar Lampu :
Dilakukan pada pengalir :-
i. L & N
ii. L & E
iii. N & E
iv. L + N & E
Rajah 9.13 KEV 1033
199
ELECTRICAL INSTALLATION
2. Litar Soket Alir Keluar 13 A – Litar Jejari
Dilakukan pada pengalir :-
i. L & N
ii. L & E
iii. N & E
iv. L + N & E
Rajah 9.14
3. Litar Soket Alir Keluar 13 A.- Litar Gelang
Dilakukan pada pengalir :-
i. L & N
ii. L & E
iii. N & E
iv. L + N & E
200 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9.15
4. Unit Pengguna (Consumer Unit)
Dilakukan pada pengalir :- MCB
i. L & N SUIS PLAB L
ii. L & E UTAMA NE
iii. N & E
iv. L + N & E
Rajah 9.16
5. Pepasangan Pendawaian Tiga Fasa
PVK SALUTAN
ALAS PLUMBUM PITA PITA
PVK DAWAI
KELULI KERTAS
201 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9.17
Dilakukan pada pengalir :-
i. R & Y viii. Y & E
ii. Y & B ix. B & E
iii. R & B x. N & E
iv. R & N xi. RYB & N
v. Y & N xii. RYB & E
vi. B & N
vii. R & E xiii. RYBN & E
6. Alat Radas / Motor
U1 V1 W1
V2 W2 U2
Rajah 9.18: Ujian penebatan antara pengalir bagi motor
202 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Rajah 9 .19: Ujian penebatan antara pengalir bagi peralatan
Kabel mudah lentur
peralatan
Rajah 9.20: Ujian penebatan antara pengalir dengan bumi
Keputusan :
i. Bacaan yang diperlukan mestilah tidak kurang daripada 1 M bagi semua
pemasangan.
ii. Bagi peralatan elektrik, contohnya cerek elektrik, motor, mesin dan lain-lain,
bacaan mestilah tidak kurang daripada 0.5 M.
Rumusan :
Sekiranya didapati bacaan kurang daripada nilai diatas, berkemungkinan :-
i. Litar pintas / salah sambungan
ii. Penebat kabel lemah / pecah
203 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
9.2.5 Ujian Kekutuban
Ujian ini selalunya dilakukan untuk pemasangan baru dimana bekalan elektrik belum
diperolehi, atau pemasangan sedia ada dimana bekalannya diputuskan terlebih
dahulu.
1) Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti
perlindungan disambung pengalir fasa sahaja.
2) Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pengalir fasa.
3) Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap pengalir fasa,
neutral dan bumi disambung ke terminal yang betul.
Peraturan MS IEC 60364 - 612.7:
Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia hendaklah mengesahkan bahawa:
(i) setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung disambung dalam
konduktor fasa sahaja.
(ii) bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu skru Edison kepada BS 6776 di
dalam litar yang mempunyai konduktor neutral terbumi mempunyai kontak luaran
atau yang diskru kepada konduktor neutral.
(iii) Pendawaian telah disambung dengan betul kepada soket alur keluar dan
aksesori yang serupa.
Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan sebelum ujian dijalankan ialah:
i. Matikan bekalan
ii. Semua lampu dikeluarkan dari pemegangnya atau membuka
sambungannya
iii. Semua peralatan elektrik dibuka sambungannya
204 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
iv. Semua fius-fius dikeluarkan atau MCB di OFFkan
Alat uji yang boleh digunakan ialah:
a. Loceng
b. Multimeter (pengukuran rintangan)
c. Ohm meter
d. Alatuji penebatan
1.Ujian Kekutuban pengalir fasa
suis 12 3
utama
S /U PLBK
EN
LN Multimeter/ Avo meter
Bekalan 240V 50 Hz
Rajah 19.21: Ujian kekutuban pengalir fasa
205 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Keputusan – bacaan (0 Ω)/ loceng berbunyi
2. Ujian kekutuban pengalir neutral
suis 12 3
utama
di tik
Suis utama PLB
EN
LN Multimeter/ Avo meter
Bekalan 240V 50
Hz
Rajah 9.22: Ujian kekutuban pengalir Neutral
Keputusan – ada bacaan (0 Ω)/ loceng berbunyi
206 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
3. Ujian kekutuban pemegang lampu skru Edison.
i. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan terminal tengah pada pemegang
lampu skru Edison.
ii. Keputusan yang betul seperti rajah dibawah :-
Suis ON - 0 Suis OFF - infiniti (∞)
Rajah 9.23: Pemegang Lampu Skru Edison
207 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
LATIHAN 9.2
1.Senaraikan jenis-jenis pengujian( litar mati);
a)………………………………………………………..
b)………………………………………………………..
c)………………………………………………………..
d)………………………………………………………..
e)………………………………………………………..
2. Apakah tujuan ujian keterusan pengalir litar akhir gelang dilakukan?
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………
3. Berapakah nilai minimum penebatan untuk pepasangan elektrik?
Dan berapakah nilai bacaan terbaik untuk ujian penebatan ini?
i. .……………………………
ii. ……………………………
4. Apakah jenis alat pengujian yang digunakan untuk ujian rintangan elektrod bumi dan
berapakah nilai yang ditentukan bagi pepasangan dan penangkap kilat?
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
5. Berikan prosedur yang perlu dilakukan sebelum ujian kekutuban dijalankan;
i. ……………………………………………………………………………………….
ii. ……………………………………………………………………………………….
iii. …………………………………………………………………………………….....
iv. …………………………………………………………………………………….....
208 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
9.3 PENGUJIAN – LITAR HIDUP
9.3.1 UJIAN KEKUTUBAN DENGAN LITAR HIDUP
Ujian ini dilakukan dengan litar hidup dengan menggunaka multimeter/AVOmeter/
lampu uji bagi memastikan perkara-perkara berikut:
i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti
perlindungan disambung pengalir fasa sahaja.
ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pengalir fasa.
iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap pengalir fasa,
neutral dan bumi disambung ke terminal yang betul.
Ujian kekutuban hendaklah dibuat dan ia hendaklah mengesahkan bahawa:
b. setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung
disambung dalam konduktor fasa sahaja.
c. bayonet sentuhan pusat dan pemegang lampu skru Edison kepada
BS 6776 di dalam litar yang mempunyai konduktor neutral terbumi
mempunyai kontak luaran atau yang diskru kepada konduktor neutral.
d. Pendawaian telah disambung dengan betui kepada soket alur
keluar dan aksesori yang serupa.
Tatacara ujian kekutuban dengan litar hidup:
a. Tanggalkan semua beban daripada litar
b. Sambungkan alat uji seperti ditunjukkan dalam rajah.
c. Sekiranya lampu uji menyala/multimeter ,AVOmeter menunjukkan 240 volt,
ini menunjukkan sambungan adalah betul.
209 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
suis utama 12 3
dimatikan
Suis utama PLBK
EN
LN Multimeter(volt),AVOmeter(volt), lampu uji
Rajah 9.24: Ujian kekutuban pengalir fasa (litar hidup)
210 KEV 1033