The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2020-11-08 22:25:46

INDUSTRIAL WIRING INSTALATION

UNIT 1

Keywords: UNIT 1

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

UNIT 1 : SISTEM PENDAWAIAN INDUSTRI

PENGENALAN

Sistem pendawaian elektrik ialah sistem pemasangan litar-litar elektrik, termasuklah pengalir,
penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu kabel. Ringkasnya sistem pendawaian boleh
dikatakan sebagai nama bagi kabel yang akan digunakan untuk sesuatu pemasangan itu dan
cara kabel itu dipasang. Sebelum menentukan sesuatu jenis pendawaian yang hendak dibuat
agar pemilihan itu tidak mendatangkan apa-apa bahaya pada waktu menggunakannya kelak.
Beberapa faktor yang perlu diambil perhatian untuk menentukan keadaan yang cekap, selamat
dan tidak membazir.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas selesai modul ini, pelatih mesti boleh :
1. Terangkan jenis kabel, pengalir dan sistem pendawaian.
2. Jelaskan peraturan-peraturan MSIEC60364 berkaitan kondiut, sesalur dan salur.

1

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

1.1 PENDAWAIAN KONDIUT

1.1.1 Definisi Pendawaian Kondiut

Kaedah pemasangan ini menggunakan paip kondiut sebagai penghalaan
pendawaiannya. Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka keseluruhan
kerja pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan kondiut. Kabel akan
disalurkan ke dalam kondiut hingga ke punca-punca tamatannya.

1.1.2 Faktor pemilihan

1. Bangunan kilang, bangunan komersial dan juga gerai-gerai.
2. Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan

luaran mekanikal.
3. Voltan bekalan fasa tunggal dan 3 fasa.
4. Beban kuasa yang digunakan adalah besar.

Terdapat 2 jenis kondiut yang lazim digunakan dalam pemasangan :

1. Kondiut logam (GI Conduit)
2. Kondiut PVK (PVC Conduit)

Kondiut Logam

Digunakan kerana ia memberikan perlindungan yang sesuai disamping sistem
pemasangan yang memerlukan satu sistem pembumian yang baik. Sebatang kondiut
berukuran 12 kaki panjang dan di kedua-dua hujung tersedia bebenang skrew. Segala
penyambungan kondiut menggunakan pengganding (running coupler) atau aksesori
seperti sambungan selekoh, tee, kotak sambungan terus, kotak sambungan hala, kotak
tamatan. Pelana (saddle and bar ) digunakan sebagai pengikat kondiut di permukaan.

Kondiut PVK

8 kaki Merupakan pilihan selain daripada kondiut logam. Bentuknya sama kecuali bahan
buatannya daripada bahan PVK. Ia lebih ringan dibandingkan dengan kondiut logam
dan tidak mempunyai sebarang bebenang, di kedua-dua hujungnya. Kebanyakan
kondiut masa kini dibuat untuk tahan lasak, tahan hentaman dan tidak mudah pecah
serta kos yang rendah.

Kondiut PVK juga menggunakan pengganding dan aksesori yang diperbuat daripada
bahan PVK untuk segala penyambungan. Ikatan penyambungan tidak menggunakan
bebenang tetapi menggunakan bahan perekat. Walau bagaimanapun ada sebahagian
aksesori yang menggunakan ikatan secara / kaedah skru.

Saiz kondiut boleh didapati di pasaran seperti 20mm@3/4”, 25mm@1”, 32, 40 dan 50
mm. Kondiut tahan hentaman dibuat daripada ramuan polyvinyl chloride mengikut
keperluan piawaian.

2

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Rajah 1.1 - Aksesori pendawaian kondiut Logam

3

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

SOALAN 1A:
1. Nyatakan 2 jenis kondiut yang lazim digunakan dalam pemasangan pendawaian elektrik.

1. Kondiut logam (GI Conduit)
2. Kondiut PVK (PVC Conduit)
2. Nyatakan 2 saiz conduit yang biasanya di jumpai di pasaran
1. 20mm @ ¾’
2. 25mm@1”

3. Ntakakan panjang conduit pvc dan gi
1. 8 kaki
2. 12 kaki

4. Namakan aksesori di bawah

a. b. c.

d. e. f.

g. 4 h.

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

1.1.3 Pemilihan Kabel dan Kondiut

Kabel yang digunakan adalah jenis kabel bertebat satu lapis sahaja , kerana
kabel telah pun dilindungi oleh kondiut. Bilangan kabel yang hendak dipasang
dalam kondiut perlu dipastikan kapasitinya atau bilangan maksimum. Ini
bertujuan mengelakkan kabel menjadi panas di dalam kondiut. Pengiraan boleh
dilakukan melalui faktor ruang kabel yang diperkenalkan oleh peraturan MSIEC
60364.

Faktor ruang = Ruang yang ditempatkan untuk kabel
Keluasan ruang di dalam kondiut

Faktor ruang merupakan satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratan
rentas kabel dengan luas keratan rentas dalam kondiut atau sesalur yang tidak

40%.lebih daripada

 Kabel PVK di dalam kondiut dengan penghalaan lurus yang panjangnya tidak
melebihi 3 meter hendaklah dirujuk kepada jadual 1.1 dan 1.2

 Tentukan faktor kabel dengan merujuk jadual 1.1.
 Campurkan faktor untuk semua kabel (mengikut bilangannya) dan

bandingkan dengan kondiut merujuk kepada jadual 1.2.
 Jika jumlah faktor kabel melebihi sedikit atau sama dengan faktor kondiut

bolehlah ditentukan saiz nominal kondiut dengan merujuk kepada jadual
1.2

 Kabel PVK di dalam kondiut penghalaan lurus yang panjangnya melebihi 3 meter
atau penghalaan melalui sesiku L atau selisih (offset) ianya hendaklah dirujuk
pada jadual 1.3 dan 1.4.

Soalan 1A:

1. Nyatakan faktor ruang bagi konduit

5

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Jadual 1.1 Faktor kabel penghalaan lurus pendek Faktor

Jenis pengalir Luas keratan rentas 22
Pejal Pengalir mm/mm 27
1 39
Berlembar 1.5 31
2.5 58
2.5 88
4 146
6
10

Jadual 1. 2

Faktor kondiut penghalaan lurus pendek

Garispusat konduit mm Faktor
16 290
20 460
25 800
32 1400

Jadual 1.3.

6

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Jadual 1.4

Rajah 1.2 - Aksesori pendawaian kondiut PVK

7

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

1.1.4 Kaedah Pemasangan Pendawaian Kondiut

 Pemasangan kondiut hendaklah disiapkan sepenuhnya, kemudian barulah
dimasukkan kabel ke dalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan
pemasangan (fittings) dan aksesori kondiut seperti kotak tee, kotak sesiku L,
pengganding (running coupler), penyuai (adaptor), pengecil (reducer) dan segala
kotak-kotak pemasangan aksesori.

 Pastikan semua kotak penyambungan boleh diperiksa dan mudah dicapai serta
mudah diperiksa.

 Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu kondiut hendaklah mengikut faktor
ruang iaitu tidak melebihi 40%.

 Jarak pelana yang dipasang bagi sokongan kondiut hendaklah dipasang
mengikut jarak yang dicadangkan seperti dalam Jadual 1.3. Di antara jenis-jenis
pelana adalah seperti rajah berikut 1.3

 Selekoh kecil / selisih (Offset) dan selekoh L kondiut PVK boleh dibuat dengan
membengkokkan kondiut mengikut keperluannya. Aksesori yang digunakan
adalah pegas ( spring ) pembengkok, caranya masukkan pegas ke dalam
kondiut, kemudian bengkokkan bahagian kondiut tersebut mengikut
keperluannya.

 Dawai pemancing boleh digunakan untuk menarik kabel kelaluannya di dalam
kondiut. Dawai pemancing jenis nilon (nylon ) digunakan kerana ianya mudah
lentur dan tahan lasak. Dawai pemancing nilon (nylon ) boleh didapati dalam saiz
10 m, 15 m, 30 m dan 50 m panjang.

8

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Rajah 1.3 - Jenis-jenis Pelana

Rajah 1.4 - Contoh pepasangan pelana pada kondiut

Rajah 1.5 - Membengkok kondiut menggunakan pegas pembengkok (spring pembengkok)

Rajah 1.6 - Dawai pemancing nilon

9

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
 Kaedah pemasangan kabel ke dalam kondiut mengikut peraturan MSIEC60364 jadual 1.5

hendaklah dipatuhi. Dalam Jadual berkenaan ditunjukkan kaedah pemasangan serta
contoh susunan pemasangan kabel.
 Pada bahagian penghujung kondiut seperti di kotak aksesori pastikan segala tamatan
kondiut dilakukan dengan mengambil kira ikatan seperti nat pengunci dan sesendal.
Jadual1.5

10

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Rajah 1.6 - Cara sambungan kondiut ke kotak sambungan

1.1.5 Kondiut boleh lentur ( Flexible conduit )

Pada keseluruhannya kondiut ini diperbuat daripada logam tetapi ada juga yang bersarungkan
pvk bagi kegunaan di tempat-tempat yang berminyak.

11

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Rajah 1.7 - Penyesuai dan kondiut boleh lentur

Kondiut ini sangat berguna untuk sambungan bagi penghujung beban-beban yang
bergerak atau di tempat-tempat yang bebannya selalu diubahsuai atau untuk pemasangan
kondiut yang sukar dilakukan atau dibuat dengan kondiut biasa.
Walaupun kondiut ini mudah dibentuk mengikut kehendak pemasangan, penggunaannya
tidak sesuai untuk memberikan perlindungan mekanik yang baik. Pendawaian secara
kondiut boleh lentur untuk pemasangan yang panjang (jauh) iaitu lebih daripada 1 meter
adalah tidak dibenarkan.
Kondiut ini dibuat daripada keluli galvanic bertolok ringan. Ia bergelung pilin dan berkait
punca antaranya. Ada juga kondiut jenis ini yang kalis air. Kondiut boleh lentur yang
bersarungkan dengan pvk masih dianggap kondiut logam boleh lentur. Sambungan
kondiut ini kepada kondiut biasa dibuat melalui penyesuai.
Beberapa kebaikan pemasangan kondiut ini ialah :
1. Tidak perlu mengadakan pengalir pelindung litar bagi kondiut kerana ia tidak

dianggap logam keseluruhannya.
2. Dapat mengelakkan daripada merebaknya kebakaran kerana ia berupa

sambungan yang putus-putus.
3. Pemasangannya cepat, tidak perlu dibuat bengkokan dan benang.
4. Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki tanpa alat khas.

pvk

Kondiut boleh lentur

Rajah 1.8 - Kondiut boleh lentur dengan sarung pvc

12

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

1.2 SISTEM PENDAWAIAN SESALUR (TRUNKING) & SALUR
(DUCTING)

1.2.1 Definisi Pendawaian Sesalur

Kaedah pemasangan ini lazimnya untuk memuatkan kabel yang banyak dan
lebih jimat dari menggunakan kondiut yang banyak. Sesalur boleh didapati dalam
bentuk persegi memanjang dengan pelbagai saiz serta aksesori pemasangan.
Sesalur diperbuat daripada bahan logam besi dan PVK. Pemasangan sesalur
logam di bahagian penyambungan akan dipasang dengan jalur tembaga untuk
memastikan keterusan pembumian.
Dalam sistem sesalur , kabel dimuatkan kedalamnya dan sistem palang bas
( busbar ) sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan palang bas. Biasanya,
sistem pendawaian sesalur ini tidak boleh bersendirian tetapi perlu dibantu oleh
sistem-sistem pendawaian yang lain untuk membekalkan arus ke beban yang
diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang di tempat yang sesuai dengan
kedudukan beban. Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang
kedudukan yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan
sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu
dinding dan sesalur yang demikian dinamakan sesalur bucu dinding.
Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu pemasangan
yang besar. Di samping itu sistem ini juga dapat memberikan pelindungan
mekanik yang baik.

13

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Rajah1.9 - Alat tambah pemasangan sesalur

1.10 - Pendawaian Sesalur (secara umum)

1.2.2 Jenis-jenis pepasangan sesalur

Sesalur Skirting
Pemasangan ini sesuai untuk soket keluaran, telefon, peralatan elektrik dan lain-
lain. Kabel pendawaian disalurkan di dalam sesalur dengan kemas dan teratur.

Rajah 1.11 – Pepasangan sesalur skirting

14

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Sistem sesalur palang bas memanjat ( busbar raiser )
 Dipasang di tempat yang menegak, contohnya di rumah bertingkat untuk bekalan
masuk ke setiap tingkat.
 Kadar kemampuan arus kira-kira 300 A. Panjang setiap sesalur memanjat ialah
kira-kira 4-5 meter.
 Di dalam sesalur terdapat bahan tahan kebakaran ( fire barrier ) seperti gentian
kaca setebal 5-8 cm di setiap tingkat.
 Palang bas disokong oleh asbestos.
 Sistem memerlukan sistem-sistem pendawaian yang lain untuk penyambungan
beban.

Rajah 1.12 - Pepasangan Bus-Bar memanjat bagi industri

15

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Sesalur Lantai ( Ducting )
 Pemasangan yang paling sesuai untuk sistem bekalan dengan soket keluaran bagi
kegunaan peralatan elektrik. Lazimnya digunakan di bengkel-bengkel dan makmal.
 Sesalur ditanam dalam konkrit bawah lantai dengan tidak begitu dalam – anggaran
50 mm hingga 100 mm.
 Terdapat kotak pemeriksaan yang akan digunakan untuk tujuan pemeriksaan kabel
dengan hanya membuka tutupnya di bahagian lantai. Melalui penutup kotak
penyambungan sesalur ini pemeriksaan kabel boleh dibuat tanpa merosakkan /
memecahkan konkrit lantai.
 Kondiut boleh dipasang secara menegak ke permukaan lantai terus ke bahagian
sesalur bawah lantai bagi pemasangan laluan kabel.
 Soket keluaran boleh dipasang pada meja kerja.

Rajah 1.13 – Pepasangan sesalur lantai
Sesalur pencahayaan
 Pemasangan cara ini sesalur digantung pada ruang atas bilik atau bangunan di

bahagian bawah siling / bumbung. Lazimnya dipasang di kilang, makmal dan
bengkel.
 Rod gantungan dipasang di antara sesalur dengan bumbung.
 Pemasangan lampu secara melekap pada sesalur atau melalui ikatan sesalur.
 Kabel pendawaian diletakkan dalam sesalur mengikut keperluan pemasangan.
 Pemasangan cara ini memerlukan aksesori serta ikatan yang kukuh bagi
mengelakkan kemalangan.

16

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Rajah 1.14 - Pepasangan Sesalur Pencahayaan
Sistem Bus-Bar Sesalur Atas
Sistem ini serupa dengan sistem bus-bar memanjat; bezanya hanyalah dari segi
kedudukan. Sistem ini ditempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas. Biasanya
sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem ini kerap
kali diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan poin lampu agar pemasangan lampu
itu dapat dipasang terus ke sistem palang bas sesalur atas ini.
Sistem ini juga memerlukan bantuan sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban
yang tidak berada didalamnya. Sistem pendawaian yang biasa berganding dengan
sistem ini ialah pendawaian kondiut.

17

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Rajah 1.15 - Sistem bus-bar sesalur atas

Sistem palang bas ini biasanya digunakan di bangunan atau bengkel yang menjalankan
perusahaan-perusahaan kecil sebab mesin-mesin di situ kerap berubah tempat. Dengan
adanya sistem ini litar dapat dipindahkan dengan mudah tanpa membuat sebarang
pertukaran kabel dan pendawaian tetapi hanya perlu mengubah sambungan sadap (tap)
akhir keselamatan.

Rajah 1.16 - Sistem pendawaian bus-bar sesalur atas

1.2.3 Kaedah pemasangan

Sesalur dibahagikan kepada kotak saluran dan penutup.
 Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak

penyaluran dipermukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan pendawaian.
 Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerja meletakkan kabel ke

dalamnya dilakukan.
 Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca-punca

dilakukan kemudiannya barulah penutup dipasangkan.
 Semua jenis kabel boleh digunakan untuk pemasangan ini.

18

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
 Peraturan MSIEC60364 telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45%.
 Memilih saiz nominal sesalur supaya tidak melebihi had pemasangan boleh dirujuk
kepada jadual faktor sesalur dan faktor kabel.
 Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabel-kabel hendaklah diikat bagi mengelakkan
daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka.
 Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap
penyangga kabel bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat sahaja.
 Dengan sistem penyaluran, kabel-kabel disusun dengan kemas seperti mana dalam
Jadual 1.5

Jadual 1.5 pemasangan dan kaedah kabel di dalam sesalur

19

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

1.2.4 Sesalur mini dan sesalur bermodul

Sesalur mini dan bermodul kini kebanyakannya diperbuat daripada bahan PVK jenis
tahan hentaman yang diperbuat mengikut kehendak piawaian. Sesalur ini boleh
digunakan untuk pemasangan domestik dan industri.
 Sesalur jenis PVK ini lebih ringan jika dibandingkan dengan sesalur jenis logam.
 Kosnya lebih murah.
 Tidak mudah karat, tahan dan jangka hayat yang lama.
 Diperbuat mengikut piawaian dari ramuan bahan PVK yang terbaik, tahan

hentaman untuk keselamatan / perlindungan yang tinggi.
 Tidak mudah pecah.

20

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Rajah 1.17 - Sesalur mini dan sesalur bermodul

1.3 SISTEM PENDAWAIAN DULANG ( CABLE TRAY )

Dulang digunakan untuk menyokong kabel tetapi oleh sebab ia membantu perjalanan
pemasangan pendawaian ia juga dikira sebagai satu cara pendawaian. Di bengkel atau
bangunan yang menjalankan perusahaan dan perindustrian, biasanya menggunakan
banyak kabel untuk dilalukan pada sesuatu laluan bagi memudahkan kerja-kerja
penyokongan dan laluan kabel ini menggunakan dulang kabel.

Rajah 1.19 – Dulang kabel (cable tray)

Dulang kabel berupa sekeping plat logam yang berlubang-lubang untuk memudahkan
pemasangan kabel. Ia akan dipasang ke dinding, lantai atau siling tempat laluan kabel
yang dikehendaki, kemudian barulah kabel diletakkan di atas dulang ini dengan
menggunakan penyokong.
Terdapat berbagi-bagai jenis kemasan dulang antaranya bersadur galvanic, cat atau
plastik. Ini adalah kerana agar ia dapat disesuaikan dengan tempat pemasangannya,
contohnya di tempat yang lembap dan mudah hakis menggunakan dulang dengan
kemasan plastik. Dulang yang berlipat bentuk ‘L’ digunakan untuk kabel berperisai besi,
berpenebat bahan galian, berpenebat PVC dan sebagainya.

21

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Rajah 1.20 – Pepasangan dulang kabel (rapat)
Semasa pemasangan kabel ke atas dulang, beberapa perkara perlu diambil perhatian
iaitu dulang tersebut hendaklah dipasang dengan kemas agar tidak tertanggal atau
tercabut apabila kabel diletakkan di atasnya terutama dulang yang dipasang terbalik di
atas siling.
Kabel yang lebih kecil boleh dipasang kepada dulang dengan menggunakan ikatan PVC
(cable ties) tetapi saiz yang lebih besar dipasang dengan klip atau pelana yang dibolkan
melalui tebukan.

22

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Rajah 1.21 – Pepasangan dulang kabel (jarak)

1.4 SISTEM PENDAWAIAN KATENARI

Sistem pendawaian ini boleh dianggap sebagai sistem pendawaian rentas atas. Kabel
yang digunakan akan disokong oleh dawai katenari yang terpisah dari kabel atau
dicantumkan sekali dalam kabel. Dawai katenari ini dibuat daripada besi galvanic yang
liat. Pendawaian ini kebanyakkannya digunakan untuk pendawaian di luar rumah,
seperti antara dua bangunan atau antara tiang bekalan dan rumah. Oleh sebab itu kabel
yang hendak digunakan hendaklah sesuai untuk pemasangan di luar rumah (tahan
panas matahari dan hujan) seperti kabel talian rentang atas untuk perkhidmatan rumah
polikoprina dan bersarung getah teguh.

Rajah 1.22 - Penyokong Katenari Terpisah

Rajah 1.23 - Penyokong katenari dalam kabel
Beban kabel ini disokong penuh oleh dawai katenari pada jarak dan ketinggian yang
tidak melebihi jarak yang dinyatakan dalam jadual 9.4. Kabel yang terlibat bagi
memenuhi syarat ini ialah semua jenis kabel yang dinyatakan dalam jadual 9.4 itu.
Kabel-kabel yang hendak disokong oleh penyokong katenari terpisah boleh dipasang
dahulu sebelum dinaikkan ke atas tiang atau rumah.

23

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Rajah 1.24 - Pendawaian katenari

1.4.1 Perkara – Perkara yang perlu diperhatikan semasa memasang
pendawaian.

 Dawai katenari itu hendaklah diskru dengan teguh di setiap penghujungnya.
 Tiang kabel penyokong hendaklah sesuai dan tambahan tiang hendaklah dibuat jika

bilangannya kurang daripada yang dibenarkan oleh Peraturan MSIEC60364.
 Paras tinggi penghujung-penghujung dawai katenari ini hendaklah tidak terlalu

banyak perbezaannya. Tujuannya untuk mengelakkan air daripada terkumpul di
sesuatu tempat.
 Lurah kalis air hendaklah dipasang pada setiap punca masuk kabel ke sesebuah
bangunan bagi mengelakkan air masuk ke dalam bangunan melalui kabel.

24

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
 Kabel yang terpisah daripada dawai katenari dan kabel yang hendak dimasukkan ke
sesebuah bangunan hendaklah dimasukkan melalui tembikar bersepuh dan tiub
plumbum yang kalis air.

1.5 SISTEM PENDAWAIAN YANG BERTEBATKAN BAHAN GALIAN
DAN BERSARUNGKAN KUPRUM ATAU ALUMINIUM. ( MICC -
MINERAL INSULATED COPPER COVERED )

1.5.1 Jenis-jenis MICC

Terdapat 2 jenis MICC
1) Bertolok ringan bagi kegunaan voltan rendah sehingga 500 V.
2) Bertolok berat bagi kegunaan voltan tinggi sehingga 750 V.

 Terdapat juga MICC yang mempunyai sarung tambahan iaitu PVK. Saiz kabel ini
dirujuk dalam Peraturan MSIEC60364.

 Penyokong kabel adalah diperlukan untuk pemasangan, jarak di antara
penyokong hendaklah mematuhi mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 MICC mampu menahan perubahan suhu yang tinggi. Ia tidak mudah dipengaruhi
atau dirosakkan oleh minyak atau kimia. Di samping dapat memberikan
perlindungan mekanikal yang lebih baik. Salut kuprum boleh bertindak sebagai
pengalir pelindung litar.

 MICC dapat membawa arus yang besar oleh kerana kepanasan yang wujud
pada pengalir itu akan dapat dipancarkan keluar oleh magnesium oksida
(penebat bahan galian) yang mempunyai ciri-ciri pengalir kepanasan yang baik.

 Pendawai cara ini agak mahal, jadi ia hanya digunakan di tempat-tempat yang
betul-betul memerlukannya. Seperti di tempat yang mudah terbakar, terdedah
kepada habuk, vakum, gas atau minyak (contohnya di dalam kapal).

25

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

Magnesium oksida

Salut PVK

Salut kuprum Pengalir

Rajah 1.25 – Kabel MICC

 MICC mudah dibentuk mengikut kehendak pemasangan. Tambahan perlindungan
mekanikal perlu diberikan di tempat-tempat yang mudah terwujud bahaya.

Beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa menjalankan kerja pemasangan
MICC .

 Hujung setiap kabel ini hendaklah ditutup rapi agar tidak dimasuki oleh lembapan,
kerana penebat bahan galian (magnesium oksida) merupakan bahan higroskopik.

 Sebelum kabel ini ditutup, lembapan yang sedia ada dalam kabel itu hendaklah
dikeringkan dahulu dengan cara memanaskan kabel itu. Jika tidak rintangan penebatan

akan berkurangan.

 Penutupan kabel ini dibuat dengan memasang pot atau skru.

 MICC boleh ditanam terus dalam tanah tapi perlu disalut dengan bahan PVK untuk
mengelak kakisan.

 Umumnya, peraturan MSIEC60364 yang perlu dipatuhi adalah sama dengan peraturan
bagi pendawaian kabel yang bersarungkan plumbum.

Rajah 1.26 – Sambungan MICC

26

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Rajah 1.27 - Cara sambungan kabel MICC
Rajah 1.28 – Kotak sambungan MICC

27

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

1.6 SISTEM PENDAWAIAN BERTEBATKAN KERTAS DAN
BERSARUNGKAN PLUMBUM. ( PILCDSTAS – PAPER
INSULATED LEAD COVERED DOUBLE STEEL TAPE AND
SERVING )

Sistem pendawaian ini menggunakan kabel yang bertebatkan kertas berperisai keluli
dan bersarung plumbum. Pendawaian ini biasanya mempunyai satu atau beberapa
teras pengalir kuprum. Setelah ditebat dengan kertas minyak, pengalir itu kemudiannya
dibalut dengan kertas. Akhir sekali dibalut dengan bahan yang tidak dapat dilalui oleh
lembapan.

Kabel ini juga diberikan perlindungan mekanikal tambahan, contohnya penggunaan jut
isian yang terisi tepu dengan bahan bitumin dan dawai keluli atau penggunaan pita keluli
sebagai perisai.

Kegunaan utama sistem pendawaian ini ialah untuk pendawaian bekalan ke sesebuah
bangunan atau pendawaian tambahan pemasangan dalam tanah antara bangunan atau
pendawaian dari tiang talian rentang atas ke pencawang.

Keseluruhan pemasangan pendawaian sistem ini hanya untuk membawa arus masuk ke
sesuatu pemasangan dan sistem pendawaian ini mampu membawa arus yang besar.

Beberapa peraturan perlu dipertimbangkan semasa bekerja di pemasangan pendawaian
ini ialah seperti yang berikut :

1.6.1 Jejari bengkokan kabel ini hendaklah tidak kurang daripada 12 X garispusat
keseluruhan kabel.

1.6.2 Apabila kabel ini ditanam dalam tanah, dalamnya hendaklah tidak kurang
daripada 50 cm.

1.6.3 Setiap tamatan dan kotak sambungan hendaklah direka khas supaya mudah diisi
dengan sebatian pengelak lembapan disamping menambah daya tebatan dan
ketegapan kabel itu.

1.6.4 Apabila kotak tamatan atau kotak sambungan berada pada kedudukan yang
menyebabkan sebatian di dalamnya boleh susut, seperti kedudukan menegak di
pemasangan menaik, kabel yang digunakan hendaklah yang tahan susut iaitu
mengikut peraturan yang ditetapkan.

28

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

KABEL
PILCDSTAS
(PAPER
CABLE)

Rajah 1.29

1.7 Peraturan MSIEC60364 bagi pemasangan sistem pendawaian

1.7.1 Kondiut dan pemasangan kondiut harus mematuhi piawaian BS yang
sesuai seperti berikut:

i. Kondiut dan pemasangan keluli
ii. Kondiut keluli boleh lentur
iii. Kondiut dan pemasangan keluli dengan benang metric (BS 4568)
iv. Kondiut dan pemasangan bukan logam

1.7.2 Dalam sistem kondiut, kondiut bagi setiap laluan kondiut hendaklah
selesai dipasangkan keseluruhannya sebelum kabel dibawa masuk ke
dalam kondiut kecuali sistem kondiut yang telah siap tetapi belum
didawaikan di tempat asalnya.

1.7.3 Semua logam yang digunakan sebagai sarung, perisai kabel, kondiut,
salur, sesalur, klip dan ikatan hendaklah dibuat daripada bahan yang
tahan kikisan atau tertutup dengan bahan antikakis jika digunakan di
tempat lembap atau terdedah kepada cuaca. Sarung dan perisai logam
kabel perlu juga dijauhkan daripada sebarang logam yang boleh
memberikan kesan elektrolit apabila ia bersentuhan.

1.7.4 Kerja-kerja logam dalam sistem pendawaian hendaklah tidak terdedah
kepada bahan-bahan kakisan atau dilindungi supaya tidak terdedah
kepada kakisan. Bahan bukan logam pula tidak boleh bersentuh dengan
bahan yang boleh mengakibatkan kemerosatan kecekapan sistem
pendawaian. Contohnya apabila dipasang di tempat yang tidak bersentuh
dengan minyak, kreosot dan hidrokarbon, jika tidak sistem pendawaian
itu hendaklah berpelindung khas.

29

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

1.7.5 Setiap sistem pendawaian hendaklah dipasang di tempat yang tidak
dapat dimasuki hujan, air yang menitis, wap, air meluap, air terkumpul
atau dibina khas agar mampu menahan keadaan tersebut.

1.7.6 Bagi kabel yang melalui lubang logam, kabel itu hendaklah di awasi
supaya tidak terlelas. Contohnya pada penghujung kondiut logam.

1.7.7. Pemagaran kabel dan pengalir bagi sistem pendawaian hendaklah dipilih
agar semasa penggunaan biasa tidak mengakibatkan suhu pengalir/kabel
itu meningkat. Kotak-kotak bukan logam seperti kotak alur keluar recam
untuk sistem lampu ampaian hendaklah mampu menampung suhu yang
dijangkakan.

1.7.8 Kaedah pemasangan kabel dan pengalir yang biasa adalah seperti dalam
Lampiran 9, cara lain masih boleh digunakan dengan syarat mendapat
kelulusan jurutera elektrik yang berkelayakan.

1.7.9 Kabel perkhidmatan elektrik tidak boleh dipasang bersama dalam kondiut
atau salur pengaliran bukan elektrik. Contoh perkhidmatan bukan elektrik
ialah paip air, gas, minyak, udara dan sebagainya, kecuali perkhidmatan
itu diawasi dan dipastikan terhindar daripada bahaya aruhan saling.

1.7.10 Setiap alur keluar kabel dari sistem salur dan sesalur, penyambungan
kabelnya mesti baik dari segi mekanik dan elektrik dan kabel itu tidak
mengalami kerosakan.

1.7.11 Kabel, kondiut, salur, sesalur yang memberi struktur rintangan api seperti
lantai dan dinding penghalang kebakaran hendaklah ditutup rapi dengan
bahan rintangan api yang bersesuaian.

1.7.12 Jumlah kabel yang boleh dimuatkan ke dalam sistem pendawaian
berkurung (seperti kondiut, penyaluran pencorongan) hendaklah tidak
membahayakan kabel semasa pemasangan/penggunaannya (memberi
ruang yang memadai).

1.7.13 Jika pengalir pelindung litar di sesebuah pemasangan diambil daripada
logam kondiut, salur, sesalur, sarung atau perisai kabel, pangkalan
pembumian setiap soket alur keluar pemasangan itu hendaklah
disambungkan ke kotak logam yang berkaitan dengan soket itu dengan
menggunakan pengalir pelindung litar yang berasingan (dawai pengikat
sama upaya tambahan).

1.7.14 Kabel yang tidak bersarung untuk pendawaian tetap hendaklah dipasang
di dalam kondiut, salur atau sesalur tetapi tidak di dalam salur yang
dibina dalam konkrit. Pengalir pelindung litar tidak termasuk dalam
peraturan ini.

1.7.15 Kondiut boleh lentur atau kondiut yang lembut tidak boleh digunakan
seperti pengalir pelindung litar.

30

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

SOALAN LATIHAN

1. Namakan 2 jenis kondiut yang lazim digunakan dalam pepasangan.
a).................................................................................
b).................................................................................

2. Yang mana satukah antara berikut BUKAN aksesori penyambungan kondiut logam?
a) Penganding.
b) Kotak sambungan terus.
c) Pelulas.
d) Tee.

3. Berapakah faktor ruang bagi kondiut?
a) 30%
b) 40%
c) 45%
d) 50%

4. Kondiut mudah lentur logam yang bersalut pvc sesuai digunakan di tempat...
a) Berminyak.
b) Berhabuk.
c) Lembap.
d) Panas.

5. Pemasangan kondiut mudah lentur adalah tidak sesuai untuk jarak yang melebihi?
a) 4 meter
b) 3 meter
c) 2 meter
d) 1 meter

31

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1

6. Berikut adalah saiz kondiut logam yang lazim digunakan KECUALI.

a) 16 mm²
b) 20 mm²
c) 25 mm²
d) 30 mm²
7. Di dalam kerja pepasangan kondiut apakah kegunaan dawai pemancing?
a) Untuk mengikat pepasangan agar lebih kemas.
b) Untuk menguji laluan kabel dalam kondiut tidak tersekat atau tersumbat.
c) Untuk menarik kabel kelaluannya di dalam kondiut.
d) Untuk memastikan kabel tidak rosak semasa kerja pemasangan.

8. Dimanakah biasanya sistem sesalur bus-bar memanjat digunakan?
a) Bangunan industri.
b) Rumah kediaman.
c) Bangunan bertingkat.
d) Kawasan perumahan.

9. Apakah pepasangan yang paling sesuai untuk sistem bekalan dengan soket keluaran
bagi kegunaan peralatan elektrik. Lazimnya digunakan di bengkel-bengkel dan makmal.
a) Sesalur lantai.
b) Sesalur skirt
c) Sesalur bus-bar memanjat.
d) Sesalur pencahayaan.

32

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
Soalan 10 adalah berdasarkan kenyataan di bawah.

Sebenarnya sistem pendawaian ini bukanlah satu sistem pendawaian yang lengkap kerana
sistem ini hanya digunakan untuk membawa bekalan dari satu tempat ke satu tempat lain dan
tidak sampai ke beban. Sistem ini biasanya digunakan untuk membawa kabel bekalan ke
sesebuah bangunan atau ke sebuah bilik kawalan.

10. Kenyataan di atas sesuai sekali untuk?

a) Sistem pendawaian kondiut mudah lentur.
b) Sistem pendawaian kondiut pvk.
c) Sistem pendawaian sesalur.
d) Sistem pendawaian saluran.

11. Peraturan MSIEC60364 telah menetapkan faktor ruang bagi sesalur sebanyak?

a) 45%
b) 40%
c) 35%
d) 30%

12. Kondiut boleh lentur atau kondiut yang lembut tidak boleh digunakan seperti pengalir
pelindung litar.

BETUL SALAH

13. Nyatakan dimanakah sistem pendawaian katenari lazim digunakan?
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
.

14. Paras tinggi penghujung-penghujung dawai katenari hendaklah tidak terlalu banyak
perbezaannya, ini adalah bertujuan...
a) Untuk memberi keseimbangan kepada tiang.
b) Untuk mengelakkan air daripada terkumpul di sesuatu tempat.
c) Mengelak kabel dari rosak.
d) Bagi memudahkan kerja pemasangan.

33

MEV 2013 ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION THEORY 1
15. Berikan maksud MICC.
…………………………………………………………………………………
16. Di keadaan manakah MICC paling sesuai digunakan?

a) Panas dan lembap.
b) Panas.
c) Basah.
d) Sejuk dan kering.

Soalan 17 adalah berdasarkan gambarajah di bawah.
17. Namakan bahagian kabel MICC berikut :

18. Sebelum kabel MICC ditutup, lembapan yang sedia ada dalam kabel itu hendaklah
dikeringkan dahulu dengan cara memanaskan kabel itu. Apakah yang akan berlaku
sekiranya langkah itu tidak diambil?
a) Rintangan penebatannya akan berkurangan.
b) Rintangan penebatannya akan menjadi tinggi.
c) Akan menyebabkan litar pintas.
d) Kerja pepasangan akan menjadi sukar.

34


Click to View FlipBook Version