The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2021-08-03 10:36:15

UNIT 6

BAS

MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2

UNIT 6: BUILDING AUTOMATION SYSTEM

6.1 PENGGUNAAN BAS SYSTEM
Sistem ini berupaya mengurangkan kos operasi, memudahkan penyelenggaraan bangunan serta
memberi maklumat yang jelas tentang titik kawalan kepada pengguna yang berkenaan. Kawalan yang
dibuat oleh BAS memerlukan kombinasi beberapa elemen kawalan seperti Human Interface Device
Computer Workstation, Webserver, Programmable Logic Control (PLC), Primary Bus, Secondary Bus
dan Final Control Device. Memandangkan skop bagi kawalan BAS adalah besar, projek ini hanya akan
melibatkan pengendalian, pengawalan dan implementasi BAS secara berkomputer terhadap Unit
Pengendalian Udara, peralatan pemanasan, peredaran udara dan penyaman udara (Heating,
Ventilation and Air-conditioning, HVAC).

GAMBARAJAH BLOK ASAS (BAS)
Ia juga selaras dengan sistem ‘intelligent building’. Konsep Intelligent Building adalah sebagai alternatif
pemilihan bagi mengatasi krisis tenaga pada awal tahun 1970-an, dimana para pemaju dipaksa untuk
mengekalkan penggunaan tenaga dengan sistem pemusatan dan pengawalan penggunaan tenaga
letrik. Istilah Intelligent Building baru dikenalkan pemakaiannya bagi penggunaan pada ruang pejabat
pada awal tahun 1980-an. Perkembangan Intelligent Building di Kuala Lumpur sendiri dimulai pada
awal tahun 1990-an.
Melalui strategi DBKL merancang untuk mengubah Kuala Lumpur sebagai kota moden yang boleh
dijadikan sebagai model bagi kawasan Asia Tenggara dengan mewujudkan banyak bangunan pejabat
yang menggunakan sistem bangunan pintar, maka satu pengurusan harta yang cekap dan berkesan
adalah diperlukan bagi mencapai objektif-objektif pelaburan keatas bangunan pejabat. Bangunan pintar
akan memerlukan satu sistem pengurusan harta yang berbeza dibandingkan dengan bangunan
konvensional.

Unit 6 -1

MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2

 Variable Air Volume (VAV) air-handling unit or VAV
6.2.1 KENAPA BANGUNAN PINTAR DIBINA

1. Adalah untuk memenuhi kehendak manusia. Manusia menggunakan bangunan adalah untuk
mendapatkan keperluan psikologikal seperti haba, penyejukan udara, pencahayaan dan
mendapatkan keperluan keselamatan melalui pengawalan keselamatan dan pencegahan
kebakaran. Segala keperluan di dalam bangunan pintar menggunakan pengawalan automatik.

2. Sistem telekomunikasi dibina untuk memenuhi keperluan sosial dan komunikasi tidak
langsung.

3. Sistem automasi pejabat dibina untuk pengenalpastian data dan pemprosesan maklumat.
4. Sistem lain seperti rangkaian video dan satelit bagi kegunaan akan datang kepada penghuni

bangunan. Bangunan pintar juga boleh membentuk personaliti, persekitaran dan teknologi
yang diperlukan bagi penghuni bangunan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan individu ,
produktiviti dan keperluan. Bangunan pintar menjadi pemangkin kepada manusia.

6.2.2 SISTEM YANG TERDAPAT DI DALAM BANGUNAN PINTAR
1. Sistem Automasi Bangunan (BAS) - Mengawal sistem pemanasan udara, tekanan,
kelembapan, masa, kelengkapan penghawa dingin dan lain-lain secara automatik untuk
memastikan keselesaan kepada manusia dengan penggunaan kuasa yang minima.
2. Sistem telekomunikasi - Sistem analog PBX digunakan diluar dan didalam dan memproses
suara dan data telekomunikasi dengan berkesan.
3. Sistem Automasi Pejabat - Terdapat kelengkapan data dan pemprosesan maklumat.

Unit 6 -2

MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2

4. Lain-lain system - Sistem video komunikasi digunakan untuk, visual teleconferencing,
roof top microwave atau sistem satelit untuk bypass communication dengan negara luar.

6.2.3 SISTEM PENGAUTOMASIAN BANGUNAN

1. Industri sistem pengautomasian bangunan mempunyai pengalaman dua dekad dalam
pelbagai sistem bagi tujuan mengawal, memantau dan menjalankan tugas spesifik.

2. Satu sistem integrasi memperolehi data operasi bangunan dari sub-sistem di dalam bangunan
dan ia dapat berhubung dengan semua kemudahan bangunan seperti alat kawalan secara
berkesan.

3. Teknologi masa kini mencadangkan seboleh-bolehnya sistem ini digitalkan dan dapat
dihubungkaitkan dengan data link komunikasi.

4. Kerja memasang, menutup, mengawal dan mengawasi dapat dilakukan melalui komputer.
Contoh sistem yang berpotensi dirangkaikan adalah seperti:

a. Sistem enjin penjana kuasa
b. Sistem bekalan kuasa tanpa gangguan
c. Sistem pencahayaan kecemasan
d. Sistem telekomunikasi
e. Sistem pengautomasian pejabat dan pengurusan maklumat
f. Sistem kawalan termasuk chiller, boiler, peralatan dapur dan makmal serta HVAC
g. Sistem pengurusan kebakaran, pengesan dan kawalan asap
h. Sistem pengawasan dan kawalan rangkaian
i. Sistem masa dan rekod atenden
j. Sistem pengurusan penyenggaraan
k. Sistem kawalan elevator

Melalui sistem rangkaian ini, segala pembaziran tenaga elektrik dan air dapat dikurangkan kepada
tahap minimum. Selain itu, pengawalan kebakaran dan keselamatan, mengesan kerosakan dan
penyenggaraan juga dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

6.2.4 PIAWAIAN PERANCANGAN MASA DEPAN

1. Dalam sistem pengoutomasian cara yang digunakan adalah dengan menggunakan segala
strategi yang ada dalam teknologi terkini. Contohnya dalam kawalan sistem, sistem
telekomunikasi, rangkaian data komunikasi dan sebagainya.

2. Piawaian ini dilaksanakan sebagai penyatuan antara sistem dan tujuan untuk memudahkan
perlaksanaan aktiviti teknikal dan pasaran bagi semua peraturan sub-sistem.

3. Penggunaan audio-video adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Penyatuan piawaian
ini adalah untuk perkongsian data digital dan isyarat amalan antara sub sistem utama. Dengan
itu kita akan dapat melihat perbezaan peranan antara pertandingan dalam arena sub-sistem.

4. Penempatan standard ini adalah terbit daripada penerimaan sistem asal piawaian dalam
sistem bangunan industri. Umumnya struktur protocol yang disiplin seperti model Sambungan
Sistem terbuka adalah dibangunkan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa.

Unit 6 -3

MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2

5. Kandungan utama menyatakan bahawa standard ini perlulah memberikan kerjasama antara
dari satu atau lebih penggunaan terbesar bagi penyertaan dan sokongan dari badan piawaian.

6. Dengan itu system teknologi tinggi haruslah dtawarkan sebagai penyelesaian objektif asas
mengenai kesan yang efisyen, keselamatan dan keselesaan bangunan.

6.2.5 SISTEM KEMAHIRAN

1. Sistem ini boleh ditakrifkan sebagai operasi pemasangan sistem.

2. Sistem telah banyak digunakan di dalam bisnes dan industri dan hanya terhad dalam sistem
pengautomasian bangunan sahaja.

3. Contoh sistem yang menggunakan sistem ini ialah pengautomasian kawalan chiller.

4. Sistem ini telah difahami dan diterima dengan luasnya, kerana software ini sesuai digunakan
di dalam keadaan masalah yang sebenar.

5. Sebagai contohnya pengurusan dan perlaksanaan rangkaian bangunan yang besar di mana
sistem ini boleh digunakan secara terus dalam pelbagai aspek oleh pengguna di syarikat
tersebut ataupun operasi dalam industri secara umum.

6.2.6 BAHAGIAN-BAHAGIAN SISTEM AUTOMASI

Secara keseluruhannya terdapat lapan sistem keperluan utama di bawah system automasi sesebuah
bangunan pintar iaitu :

1. Sistem pendawaian
2. Sistem Pencahayaan
3. Sistem Tenaga
4. Sistem Pencegah Kebakaran
5. Sistem Telekomunikasi
6. Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Penyejukbekuan (HVAC)
7. Sistem Keselamatan
8. Sistem Penyelenggaraan

6.2.7 KEPERLUAN PENGOPERASIAN

Dalam pengenalpastian aspek-aspek elektronik dalam sistem automasi bangunan, pengoperasiannya
boleh dibahagikan kepada empat kategori:

1. Keberkesanan atau kecekapan penggunaan tenaga (energy efficiency)
2. Sistem-sistem keselamatan (lifesafety systems)
3. Sistem-sistem telekomunikasi (telecommunications systems)
4. Automasi tempat kerja (workplace automation)

Unit 6 -4

MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2

6.2.8 KECEKAPAN TENAGA (ENERGY EFFICIENCY)

Mengandungi penggunaan sistem pengurangan tenaga. Sistem-sistem pengkomputeran digunakan
seperti:

1. Sistem Automasi Bangunan (Building Automation System - BAS)
2. Sistem Pengurusan Tenaga (Energy Management System - EMS)
3. Sistem Kawalan dan Pengurusan Tenaga (Energy Management and Control System - EMCS)
4. Sistem Pengawasan dan Kawalan Sepusat (Central Control and Monitoring System - CCMS)
5. Sistem Pengurusan Kemudahan (Facilities Management System - FMS)

Sebahagian strategi digunakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam bangunan antaranya
ialah operasi:

1. Mula / henti yang diprogramkan (programmed start / stop)
2. Mula / henti optimal (optimal start / stop)
3. Kitaran penugasan (duty cycling)
4. Reset waktu operasi (setpoint reset)
5. Penghadan permintaan bekalan elektrik (electric demand limiting)
6. Kawalan pengubah suai (adaptive control)
7. Pengoptimuman penyejukan (chiller optimization)
8. Pengoptimuman pemanasan (boiler optimization)
9. Sumber tenaga optimal (optimal energy sourcing)

6.2.9 SISTEM KESELAMATAN (LIFESAFETY SYSTEMS)

Mengandungi penggunaan teknologi tinggi untuk meningkatkan perlaksanaan/ kemampuan penggera
kebakaran dan sistem-sistem keselamatan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos.
Antara faktor-faktor yang terlibat ialah:

1. Mengurangkan pergantungan tenaga manusia (reduced manpower dependence)
2. Televisyen litar-tertutup (closed-circuit television)
3. Kawalan masuk menggunakan kad (card access control)
4. Penggera pengesanan gangguan asap (smoke detection intrusion alarms)
5. Sistem HVAC

6.2.10 SISTEM TELEKOMUNIKASI

Mengandungi kelengkapan peralatan telekomunikasi yang sofistikated yang dapat mengurangkan kos.
Ini termasuklah:

1. Sistem telefon PBX (PBX telephone system)
2. Pengkabelan tv (cablevision)
3. Teksvideo (videotext)
4. Penghantaran elektronik (electronic mail)

Unit 6 -5

MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2

6.2.11 AUTOMASI TEMPAT KERJA (WORKPLACE AUTOMATION)
Mengandungi penggunaan teknologi tinggi sistem automasi pejabat untuk melicinkan pengoperasian
yang lebih efisyen dengan penggunaan kelengkapan virtual (virtue of the equipment). Sebahagian
faktor-faktor yang terlibat:

1. Pemprosesan data sepusat (centralized data processing)
2. Pemprosesan perkataan (word processing)
3. Reka bentuk berbantukan komputer (computer aided design)
4. Perkhidmatan maklumat

6.2.12 CONTOH-CONTOH SISTEM PENDAWAIAN BAS

Unit 6 -6

MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2

KEUPAYAAN INTEGRASI BANGUNAN SISTEM AUTOMASI

Unit 6 -7


Click to View FlipBook Version