DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PERATURAN KESELAMATAN AM
Penerangan
i. Kerja-kerja mengenai radas, pengalir-pengalir atau alat-alat bervoltan
rendah/sederhana yang “MATI” hendaklah dijalankan oleh “seorang yang
berkelayakan” dengan kebenaran “orang yang diberi kuasa”.
ii. Apabila mengasingkan pembahagian pada sesalur Talian Atas daripada
bekalan, Pengalir Lampu Jalan mestilah diasingkan juga dan dibumikan
mengikut cara-cara tertentu supaya Pengalir Lampu Jalan tidak “HIDUP”
kembali disebabkan oleh sama ada kerosakan suis masa (Time Switch)
Pengalir Lampu Jalan atau keadaan yang tidak disangka oleh kerja-kerja
pengendalian lampu jalan (Street Lighting Attendant) di mana mungkin
menjalankan ujian pada pengalir lampu jalan.
iii. Sebelum menjalankan kerja-kerja “orang yang berkelayakan” atau “orang
yang diberi kuasa” mestilah melakukan satu ujian dengan menggunakan
Penunjuk Voltan (Voltage Indicator atau Lampu Ujian (Test Lamp) bagi
mengesahkan bahawa litar yang diasingkan telah “MATI” (Tidak
Mempunyai Bekalan) dan mesti membumikan dengan kemas pada
pengalir-pengalir yang diasingkan
iv. Setelah siap kerja, litar “Janganlah Dihidupkan” semula sehingga “orang
yang diberi kuasa” itu sendiri puashati bahawa semua pekerja
meninggalkan tempat itu dan telah diberitahu bahawa litar hendaklah
“DIHIDUPKAN”.
v. Kerja-kerja pada sesalur talian atas yang “HIDUP” tidak boleh dilakukan
sama sekali apabila kerja-kerja yang bersabit dilakukan di atas tiang dan
menyebabkan kepala pekerja berada ke atas daripada paras pengalir
Neutral, kecuali di bawah penyeliaan peribadi orang yang diberi kuasa,
beliau bertanggungjawab memerhati segala langkah-langkah yang perlu
diambil dan mengingatkan pekerja dengan serta merta sehingga semua
pekerja-pekerja tersebut berada jauh daripada talian hidup.
1
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
vi. Di dalam hal-hal kecemasan, orang yang berkelayakan dibenarkan
mengeluarkan fius ataupun link yang terdapat di atas tiang. Penggunaan
Tali Pinggang Keselamatan mestilah digunakan apabila kerja-kerja
dilakukan di atas penyokong tiang.
vii. Apabila melakukan kerja-kerja di litar yang telah dimatikan, peringatan
“AWAS” hendaklah diletakkan pada setiap tempat yang boleh
menyebabkan litar yang “MATI” boleh di “HIDUPKAN” kembalikan.
viii. Apabila kerja hendak dijalankan di atas talian-talian atas, sekiranya ribut
kilat tiba, semua kerja hendaklah diberhentikan dengan serta-merta.
PERHATIAN
ix. Sentiasa ingat bahawa Voltan Rendah boleh membawa maut.
x. Sambungan sesalur bekalan tidak boleh dilakukan pada sesalur Talian Atas
yang “HIDUP” kecuali kepada sesiapa yang mempunyai / memegang
“PERAKUAN KELAYAKAN” untuk bekerja pada “TALIAN HIDUP”.
xi. Sambungan “HIDUP” pada sesalur bekalan untuk sesalur kaki lima boleh
dilakukan oleh sesiapa “orang yang berkelayakan” dan dibawah penyeliaan
“orang yang berkuasa” yang hadir.
2
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
AKUAN KUASA (AUTHORISATION) DAN KELAYAKAN
PEGAWAI YANG BERKUASA
Seseorang Pegawai Yang Berkuasa adalah:
a) Telah berumur 21 tahun ke atas, dan
b) Mempunyai pengetahuan teknik tentang alat-alatan Voltan Tinggi dan
Rendah dan
c) Mempunyai pengetahuan yang baik tentang semua atau sebahagian
daripada tempat dan
d) Mempunyai Sijil Akuan Kuasa (Certificate of Authorization) yang sah
(valid) mengikut sepertimana yang terkandung dalam Peraturan 5 dalam
undang-undang yang tersebut. Ianya memberi definisi berikut:
i. Pengkelasan kerja oleh pekerja yang diberi kuasa untuk
menjalankan tugas dan
ii. Bahagian pembekalan di bawah mana-mana sistem di mana
bersabit (applies).
PEGAWAI YANG BERKELAYAKAN
Pegawai yang berkelayakan sama ada pegawai yang berkuasa ataupun
pegawai yang:-
a) Telah berumur 21 tahun ke atas, dan
b) Ia sama ada telah mempunyai perkhidmatan yang cukup lama tentang
industri pembekalan elektrik.
c) Ia juga telah mempunyai pengalaman yang baik tentang cara-cara
menghindar (avoid) bahaya elektrik, dan
3
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
d) Mempunyai Sijil Kelayakan yang telah dikeluarkan sejajar (in accordance)
dengan Peraturan 5 dalam undang-undang tersebut.
SURAT KEBENARAN BEKERJA (PERMIT WORK)
MENGELUARKAN SURAT KEBENARAN KERJA
Sebelum kerja-kerja dijalankan di dalam Sistem Voltan
Rendah/Sederhana, “orang yang berkuasa” mestilah mengeluarkan “surat
kebenaran kerja” kepada “orang yang berkelayakan” di dalam kerja-kerja
tersebut, Yang mana harus menyimpannya semasa melakukan kerja sehingga
selesai kerja yang dilakukan atau diberhentikan oleh orang yang berkuasa.
Setelah “Surat Kebenaran Kerja” dikeluarkan “orang yang berkuasa”
mestilah menyelia dan memberi sepenuh perhatian dan menerangkan dengan
kata-kata kerja yang tepat bersangkut paut dengan kerja-kerja yang
dilangsungkan yang perlu diambil. “Orang yang berkelayakan” hendaklah
mengetahui bahawa penerimaan “Surat Kebenaran Kerja” (Permit To Work)
mempunyai tanda bahawa semua alat-alatan di dalam keadaan selamat untuk
melakukan kerja (Pembinaan Sementara) hendaklah dilakukan jika keadaan
memerlukan dan pengembalian semula “Surat Kebenaran Kerja” bermakana
beliau telah mengeluarkan semua pembumian sementara dan mengesahkan
semua pekerja-pekerja tidak lagi melanjutkan kerja tersebut.
KEADAAN DIMANA “KEBENARAN KERJA” MUNGKIN TIDAK DIGUNAKAN
Apabila “Seorang Yang Berkuasa” bertanggungjawab untuk memotong
(dimatikan) bekalan, dimana beliau sendiri menyelia ujian-ujian dan pembumian
segala alat-alatan dan dengan sendirinya menyelia, memeriksa pembumian,
memberi arahan (amaran) kepada pekerja menjalankan kerja-kerja dengan tidak
melebihi lingkungan kuasanya tanpa mengeluarkan surat kebenaran kerja.
4
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
TANDANTANGAN “SURAT PENGIZINAN” DAN PEMBATALAN “SURAT
KEBENARAN KERJA”
Apabila kerja-kerja dilindungi dengan “Surat Kebenaran Kerja” telah siap
atau diberhentikan sebelum alat-alatan dihidupkan kembali (diberikan bekalan):-
i. “Surat Kebenaran Kerja” mestilah ditandatangani oleh “Orang Yang
Berkelayakan” (iaitu beliau mestilah menandatangani surat keizinan yang
terdapat di belakang surat kebenaran kerja yang menyatakan semua alat-
alatan tidak lagi di dalam keadaan selamat untuk melakukan kerja) dan
mestilah dikembalikan kepada “Orang Yang Berkuasa” untuk
membatalkannya.
ii. Pembatalan “Surat Kebenaran Kerja” dijalankan oleh “Orang Yang
Berkuasa” dengan menulis perkataan “DIBATALKAN” atau
“CANCELLED” melintangi permukaan surat tersebut dan
menandatanganinya.
Jikalau “Orang Yang Berkelayakan” yang mempunyai “Surat Kebenaran Kerja”
akan ditangguhkan sebelum kerja siap dibuat, dan digantikan oleh orang lain
(juga “Orang Yang Berkalayakan”), sokongan pengesahan mestilah didapati
daripada “Orang Yang Berkuasa”. Pengganti itu hendaklah menandatangani
dengan nama beliau di bawah tandatangan “Orang Yang Berkelayakan“ asal.
Pengganti ini hendaklah menyimpan surat tersebut, semasa kerja-kerja
dilakukan, “Orang Yang Berkelayakan” yang terakhir yang menjaga kerja
mestilah menandatangai surat dan dipulangkan kembali kepada orang yang
berkuasa.
5
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI KUANTITI
1. Cangkul Secukupnya
2. Pita pengukur Secukupnya
3. Penyodok Secukupnya
4. Kereta sorong Secukupnya
5. Rod Tenang
6. Topi Keselamatan
PROJEK AMALI 1
MEMBUAT LUBANG PERCUBAAN
ARAHAN UMUM:
Semasa melakukan kerja-kerja berkaitan dengan amali untuk kerja-kerja kabel
bawah tanah, aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Untuk menghasilkan suatu
kerja yang bermutu, terlebih dahulu pelajar seharusnya menitikberatkan nilai-nilai
keselamatan seperti :
1. Memakai topi keselamatan
2. Memakai kasut keselamatan
3. Memakai sarung keselamatan
4. Pastikan semua peralatan yang digunakan dalam keadaan baik
6
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
5. Menggunakan alat-alat dengan cara yang betul
6. Semasa kerja-kerja menggali peparit keselamatan antara ahli mestilah
diutamakan
7. Jangan bergurau semasa kerja
TUJUAN
Lubang percubaan dilakukan untuk memastikan bahawa kawasan yang akan digali
bagi tujuan penanaman kabel bawah tanah bebas dari sebarang talian utiliti yang
lain umpama paip air, talian telekom ataupun talian gas.
Selain daripada itu, lubang percubaan dilakukan bagi mengetahui jenis dan keadaan
tanah dikawasan yang akan digali lubang peparitan.
LANGKAH KERJA:
1. Kawasan yang betul untuk membuat peparitan hendaklah disahkan serta
diperakui terlebih dahulu sebelum kerja – kerja penggalian lubang percubaan
dilakukan.
2. Satu lubang berbentuk segiempat akan dilakukan pada ukuran 1 kaki x 1 kaki
x 1 kaki (p x l x t).
3. Dengan menggunakan pita pengukur, tandakan kawasan lubang yang akan
digalikan.
4. Proses penggalian dilakukan dengan menggunakan cangkul dan juga
penyodok.
7
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
1 kaki 1 kaki
1 kaki
Aras Tanah
Aras Tanah
1 kaki
1 kaki
8
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 2
MEMBUAT PEPARITAN BAGI KABEL BAWAH TANAH
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI KUANTITI
1. Cangkul Secukupnya
2. Pita pengukur Secukupnya
3. Penyodok Secukupnya
4. Kereta sorong Secukupnya
5. Rod tenang
ARAHAN UMUM:
Semasa melakukan kerja-kerja berkaitan dengan amali untuk kerja-kerja kabel
bawah tanah, aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Untuk menghasilkan suatu
kerja yang bermutu, terlebih dahulu pelajar seharusnya menitikberatkan nilai-nilai
keselamatan seperti :
1. Memakai topi keselamatan
2. Memakai kasut keselamatan
3. Memakai sarung keselamatan
4. Pastikan semua peralatan yang digunakan dalam keadaan baik
5. Menggunakan alat-alat dengan cara yang betul
6. Semasa kerja-kerja menggali peparit keselamatan antara ahli mestilah
diutamakan
7. Jangan bergurau semasa kerja
9
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
TUJUAN
Lubang perparitan merupakan lubang yang digunakan untuk kerja – kerja merentang
kabel bawah tanah. Keluasannya berbeza mengikut bilangan kabel yang bakal akan
direntangkan didalamnya manakala kedalamannya adalah tetap.
LANGKAH KERJA:
1. Setelah kerja – kerja melakukan lubang percubaan disiapkan dan disahkan
bahawa laluan tersebut tidak mempunyai sebarang halangan, seterusnya
lubang bagi tujuan peparitan dilakukan.
2. Buat pengukuran kedalaman 2.5 kaki dan 1.5 kaki lebar peparit kabel.
3. Peparit kabel hendaklah dibuat seberapa lurus yang boleh dan setiap peparit
yang digali mestilah mengikut bentuk dan ukuran yang benarkan dan
mempunyai bahagian tepi yang tegak supaya senang memasang kayu adang
(timbered) jika diperlukan.
4. Ini dilakukan oleh kerana bagi mengelak tanah tersebut daripada runtuh atau
rosak. Dibahagian bawah parit yang digali hendaklah dirata dengan kejap
(firm) dan bersih dari halangan (smooth contour).
5. Bahagian yang digali dari setiap peparit hendaklah ditempatkan dengan betul
supaya dapat mengelakkan daripada kerosakan atau ganggguan dan
halangan (nuisance) kepada pagar, parit, longkang, lorong pintu pagar atau
benda-benda persendirian.
6. Bahan-bahan yang digali daripada setiap parit hendaklah ditempatkan jauh
daripada tepi jalan raya ini dapat mengelakkan halangan-halangan lalu lintas.
7. Dikawasan-kawasan yang mempunyai gangguan lalu lintas yang sibuk perlu
diambil perhatian, dimana keadaan ini tidak membenarkan bahan-bahan yang
digali hendaklah dikeluarkan langsung daripada tempat kerja (site) dan
diambil kembali apabila setelah kerja-kerja penimbunan semula dilakukan
setelah kerja-kerja merentang ditamatkan.
10
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
8. Bagi memudahkan penggunaan balik bahan-bahan yang digali sebagai dasar
(foundation) jalan dan permukaannya, bahan-bahan yang digali hendaklah
diasingkan iaitu bahan-bahan yang keras digunakan untuk membuat jalan,
pasir dan bahan-bahan lain.
9. Penggalian peparit dan penimbusan (wack refilling) hendaklah dilakukan
supaya semua jalan raya, dinding, jalan longkang, saluran, paip, kabel,
binaan dan lain-lain lagi hendaklah didalam keadaan selamat dari segi
bahaya-bahaya susutan tanah (soil tubsidence) atau kecedaraan dan
mestilah dibawah penelitian yang rapi oleh pihak yang bertanggungjawab.
10. Dikawasan peparit yang melalui daripada kaki lima (foot way) sehingga ke
jalan raya atau keadaan-keadaan yang lain seperti yang terdapat perubahan
pada paras tanah, dibahagian bawah. Parit hendaklah ditinggikan tau
diruntuhkan secara perlahan-lahan.
Kedudukan kabel, kedalaman peparit serta lebar parit
11
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Jenis kabel dan Kedalaman Jarak Lebar peparitan kabel
kedudukan nya minima peparit 1 kabel 2kabel 3 kabel
Kabel voltan rendah kabel
Pinggir jalan raya
30” 18” 18” 18”
Tengah jalan raya 36” atau 42” 18” 18” 18”
Melintasi jalan raya 36” atau 42” 24” 24” 27”
Dalam satu lapisan 30” 18” 18” 33”
Kabel voltan tinggi
Pinggir jalan raya
Tengah jalan raya 36” atau 42” 18” 18” 33”
Melintasi jalan raya 36” atau 42” 24” 24” 27”
Dalam satu lapisan
Kabel voltan tinggi
& kabel pilot
Pinggir jalan raya 30” 18” 18” 48”
Tengah jalan raya 36” atau 42” 18” 18” 48”
Melintasi jalan raya 36” atau 42” 24” 24” 27”
Dalam dua lapisan
12
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Permukaan Atas Tanah
Kedalaman ( 2.5 kaki)
Lebar (1.5 kaki)
Rekabentuk Peparit Kabel Dalam Keadaan
Rekabentuk peparit dalam keadaan biasa
Kayu sandal membolehkan dinding tiang digerakkan
kedalam semasa kerja – kerja penggalian dilakukan.
Dinding peparit
Tiang dinding 13
9” x ¼”
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Dinding
9” x 3”
Kayu topang
PROJEK AMALI 3
Persiapan lubang peparitan KUANTITI
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI Secukupnya
1. Cangkul Secukupnya
2. Pita pengukur Secukupnya
3. Penyodok Secukupnya
4. Kereta sorong
14
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
5. Pasir sungai Secukupnya
6. Batu Penanda Secukupnya
7. Topi keselamatan
8. Rod Tenang
ARAHAN UMUM:
Semasa melakukan kerja-kerja berkaitan dengan amali untuk kerja-kerja kabel
bawah tanah, aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Untuk menghasilkan suatu
kerja yang bermutu, terlebih dahulu pelajar seharusnya menitikberatkan nilai-nilai
keselamatan seperti :
1. Memakai topi keselamatan
2. Memakai kasut keselamatan
3. Memakai sarung keselamatan
4. Pastikan semua peralatan yang digunakan dalam keadaan baik
5. Menggunakan alat-alat dengan cara yang betul
6. Semasa kerja-kerja menggali peparit keselamatan antara ahli mestilah
diutamakan
7. Jangan bergurau semasa kerja
TUJUAN
Pasir digunakan untuk menutup dan mengalas kabel. Pasir yang digunakan adalah
jenis pasir sungai yang halus.
Jika pasir tersebut bercampur batu dan tanah kasar pasir tersebut hendaklah ditapis
terlebih dahulu dengan jaring keluli dengan luas jaringnya tidak lebih dari ½” persegi.
Pasir yang digunakan hendaklah diletakkan berhampiran dengan tapak peparit kabel
sebelum kerja dijalankan,Kabel ditutup dengan lapisan pasir setebal 3’’ dan
dipadatkan secara manual.
15
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
LANGKAH KERJA
1. Masukkan pasir kedalam peparit kabel dan ratakan dengan menggunakan
cangkul atau penyodok.
2. Pasir sungai perlu dimasukkan dalam peparit kabel setebal 3 inci di sepanjang
peparit tersebut.
3. Pastikan keseluruhan lantai peparit tersebut dilitupi oleh pasir sungai sebelum
kerja-kerja merentang kabel dijalankan.
4. Pasir yang siap diratakan tadi dijadikan sebagai pengalas sebelum kabel
dimasukkan kedalam peparit tersebut.
16
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Pasir sungai
Pasir sungai 3”
17
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 4
Menimbus serta membuat penandaan pada lubang peparitan
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI KUANTITI
1. Cangkul Secukupnya
2. Pita pengukur Secukupnya
3. Penyodok Secukupnya
4. Kereta sorong Secukupnya
5. Bekas tanah secukupnya
6. Pasir sungai Secukupnya
7. Batu-bata Secukupnya
8. Kabel slap V.R Secukupnya
9. Batu Penanda 4 unit
LANGKAH KERJA
1. SUSUNAN BATA
a. Sebelum bata ataupun kabel slap disusun disepanjang laluan kabel bawah
tanah,pasir sungai perlu dimasukkan sekali lagi untuk menutupi kabel setebal
3 inci.
b. Bata dipasangkan pada pusat kabel dan susunan bata adalah mengikut kadar
voltan kabel sama ada votan rendah atau tinggi. Jadual dibawah adalah
panduan bagi susunan bata bagi menutup kabel.
Kabel voltan tinggi Kedudukan lurus memanjang – 9 bata tiap tiap ela
18
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Kabel voltan rendah & Kedudukan lurus melebar – 4 bata tiap tiap ela
kabel pilot
c. Selain daripada bata, kabel slab (oren) juga digunakan bagi penggantian bata
sebagai penanda laluan kabel. Slab ini disambung antara satu sama yang
lain.
d. Seterusnya lubang akan dipenuhkan dengan menggunakan baki tanah yang
telah dikeluarkan sebelum ini.
2. PENANDAAN KABEL
a. Apabila selesai kerja – kerja menimbus dilakukan, batu penanda akan
diletakkan disepanjang laluan kabel tersebut.
b. Pastikan bahawa setiap penandaan tersebut menunjukkan kaedah laluan
kabel yang telah direntang.
19
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
2.5 kaki Tanah
1.5 kaki
Bata
Pasir sungai 3”
Kabel LV
Pasir sungai 3”
Penanda kabel
20
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 5
MENGUPAS KABEL XLPE 4 CORE X 70 mm2 KUANTITI
900 mm
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI 1
1. Kabel empat teras 70mm2 XLPE 1
2. Pita pengukur 1
3. Pisau pemotong 1
4. Plier 8” 1
5. Screw Driver 1
6. Gergaji Besi secukupnya
7. Permanent marker pen
8. PVC insulation tape / Spring tegangan
LANGKAH KERJA
1. Ukur panjang kabel yang dikehendaki dan potongkan.
2. Ukur dan tandakan ukuran yang terjauh. Gunakan pisau untuk membuka
lapisan luar kabel tersebut sehingga kelihatan lapisan kepingan kuprum.
3. Ukur dan tandakan ukuran kedua diatas kepingan kuprum. Ikatkan dengan
spring tegangan dan bukakan lapisan kuprum tersebut.
4. Ukur jarak yang diperlukan pada lapisan dalaman kabel tersebut serta
tandakan dengan menggunakan PVC insulation tape.
21
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
5. Dengan menggunakan pisau, potong lapisan tersebut dan seterusnya
buangkan pengisi yang membaluti lembar pengalir.
6. Susun kedudukan pengalir dimana fasa merah berada disebelah kiri dan
dituruti dengan kuning, biru dan seterusnya hitam.
7. Potong hujung pengalir sehingga lembar kelihatan.
(a) (b) (c)
50 80 70
700
Bahagian kabel:
a) Outer – Lapisan Luar
b) Copper Strip – Lapisan Kuprum
c) Inner – Lapisan Dalam
22
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Memotong kabel Mengupas lapisan Outer
23
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Membuka lapisan outer Copper strip
24
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Penandaan pada inner Me
25
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Memotong filler Membuang hujung pengalir
Kabel yang telah siap dikupas
PROJEK AMALI 6
MEMBUAT SAMBUNGAN TERUS KUANTITI
2200 mm
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI 1
1. Kabel empat teras 70mm2 XLPE 1
2. Pita pengukur
3. Pisau pemotong
26
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
4. Plier 8” 1
5. Screw Driver 1
6. Gergaji Besi 1
7. Permanent marker pen 1
8. PVC insulation tape / Spring tegangan secukupnya
9. Straight Through Kit 1
10. Cramping tool 1
11. Tong gas 1
LANGKAH KERJA
1. Ukur dan potong kabel kepada dua bahagian iaitu 1000mm dan 1200mm
masing – masing.
2. Pada kabel yang panjang, ukur 700mm dan tandakan, manakala bagi kabel
yang pendek diukur 500mm dan dicampur 100mm bagi tujuan overlap.
3. Kupaskan bahagian outer bagi kedua - dua kabel. Ukur 50mm, tandakan
dengan menggunakan PVC tape dan seterusnya buka copper strip.
4. Seterusnya, ukur 100mm, tandakan dan buka bahagian inner. Buang semua
filler yang terdapat pada setiap pengalir.
5. Susunkan setiap fasa agar sama bagi kedua – dua belah kabel. Ukur 78mm
dari hujung lembar dan tandakan. Potong dan buka hujung lembar sehingga
kelihatan pengalir. Pastikan ukuran kawasan yang telah dibuka pada
1200mm.
6. Masukkan feral kedalam pengalir yang terdedah. Bersihkan dan lincinkan
feral dengan menggunakan kertas pasir dan lapkan dengan tisu beralkohol
bagi menghilangkan kesan – kesan kasar.
7. Dengan menggunakan alat cramping, crampkan feral tersebut.
8. Seterusnya dengan menggunakan red mastic, tutup bahagian pengalir yang
terdedah serta keseluruhan feral.
27
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
9. Masukkan insulating sleeve bagi menutup keseluruhan red mastic.
Panaskan dengan menggunakan api gas dari gas LPG.
10. Setelah selesai kerja – kerja memanas, rapatkan keseluruhan lembar dan
isikan ruangan kosong dengan menggunakan black mastic.
11. Balut keseluruhan kabel yang telah dibuka tadi dengan menggunakan
lebihan black mastic ( dari inner kabel pendek kepada inner kabel yang
panjang). Letakkan red mastic dihujung black mastic.
12. Masukkan inner insulating sleeve, pastikan ianya berada pada bahagian
lapisan luar. Panaskan dengan menggunakan api gas.
13. Rentangkan copper braid bermula dari copper strip ke hujung copper strip
kabel yang berikutnya. Matikan kedua – dua hujung tersebut dengan
menggunakan constant force spring.
14. Balut bahagian inner tersebut dengan menggunakan jaringan dawai serta
dimatikan dengan menggunakan armoured clamp. Tutupkan armoured
clamp dengan menggunakan black mastic dan seterusnya dihujung black
mastic diletakkan pula red mastic.
15. Akhir sekali masukkan outer insulation sleeve dan panaskan sehingga
kecut.
Kabel yan
28
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Mengupas bahagian Outer
Membuang filler
29
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Penyusunan pengalir
Memotong dan mengupas pengalir
30
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Ferral yang telah siap dipasang
Melincinkan ferral
31
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
32
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Membalut dengan black mastic
Memasang inner insulation sleeve
33
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Memanaskan inner insulation sleeve Memasang copper braid
@ Tined cooper braid
Copper braid @ Tined cooper braid Memasang armoured clamp
yang telah siap dipasang
34
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Memasang outer insulation sleeve Memanaskan outer insulation sleeve
1500 mm
700 mm
100 mm
50 600 mm
1000 mm
Ukuran pemotongan kabel
35
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 7
MEMBUAT TAMATAN TERMINASI KUANTITI
1000 mm
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI
1. Kabel empat teras 70mm2 XLPE 1
2. Pita pengukur 1
3. Pisau pemotong 1
4. Plier 8” 1
5. Screw Driver 1
6. Gergaji Besi 1
7. Permanent marker pen secukupnya
8. PVC insulation tape / Spring tegangan 1
9. Termination Kit 1
10. Cramping tool 1
11. Tong gas
LANGKAH KERJA
1. Ukur dan potong kabel sepanjang 1000mm. Ukur jarak 830mm dan tandakan
dengan menggunakan PVC tape. Potong dan keluarkan bahagian outer layer.
36
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
2. Tandakan 40mm dari hujung outer dengan menggunakan PVC tape dan
seterusnya buka copper strip. Seterusnya ukur 20mm dan tandakan. Potong
dan keluarkan bahagian inner.
3. Bahagikan tubing yang terdapat didalam kit kepada 4 bahagian yang sama
panjang dan masukkan kedalam setiap fasa. Pastikan ianya rapat sehingga
ke hujung inner. Panaskan tubing sehingga kecut.
4. Seterusnya letakkan copper braid diatas copper strip dan matikan kedudukan
tersebut dengan menggunakan constant force spring. Letakkan red mastic
dihujung copper braid.
5. Langkah berikutnya, pasangkan breakout. Rapatkan breakout sehingga ke
hujung lembar. Panaskan bermula dari bahagian tengah ke atas dan
seterusnya ke bahagian bawah. Akhir sekali pasang dan panaskan penanda
fasa.
6. Ukur jarak 670mm daripada tengah breakout. Tandakan serta potong lebihan
pengalir. Ukur 70mm dari hujung pengalir, tanda dan bukakan penebat.
7. Masukkan insulation tube dan setrusnya pasangkan cable lug pada pengalir.
8. Dengan menggunakan cramping tool, crampkan lug tersebut. Seterusnya
tutup lug tersebut dengan menggunakan insulation tube dan panaskan
sehingga ia kecut.
37
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Membuat pemotongan Membelah outer layer
38
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Membuka outer layer
Menanda pada copper strip
Membuang copper strip Meratakan hujung copper strip
39
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Membuang filler Lembar yang telah siap dibuka
40
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Memasang copper braid
41
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Memasang breakout Pandangan
pemasanga
42
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Memanaskan breakout Memasang penanda fasa
Proses cramping Cable lug yang telah di cramping
43
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
Ukuran kabel
100 40 20 600 70
1000 mm
Memanaskan insulation sleeve
44
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PENGUJIAN
BIL BAHAN-BAHAN & SPESIFIKASI KUANTITI
1. Straight through Joint 3 unit
2. Dawai Galvanise Secukupnya
3 Insulation Tester 1
4. Continuity Tester 1
5. Resistence Box 1
6. Screw Driver 1
7. Plier 8” 1
45
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 8
A) UJIAN KETERUSAN
1. Letakkan straight through joint diatas work bench.
2. Litar pintaskan salah satu daripada hujung kabel dengan menggunakan besi
galvani.
3. Gunakan Continuity tester untuk menguji kabel tersebut.
Melitar pintaskan pengalir
Menguji pengalir
46
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 9
B) UJIAN PENEBATAN
1. Letakkan straight through joint diatas workbench.
2. Biarkan salah satu hujung terbuka (open circuit).
3. Dengan menggunakan insulation tester, uji antara fasa dan bumi.
47
i. Hujung pengalir dibiarkan terbuka
ii. Menguji pengalir
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 10
C) UJIAN PENGENALAN FASA
C.1 – Menggunakan Resistance Box
1. Letakkan straight through joint diatas workbench.
2. Sambungkan salah satu hujung kabel dengan resistance box.
3. Dengan menggunakan insulation tester, uji sebelah hujung lagi antara fasa
dan bumi.
Hujung pengalir disambung dengan resistence box
48
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
C.2 – Menggunakan kaedah short to earth
1. Letakkan straight through joint diatas workbench.
2. Sambungkan salah satu hujung pengalir ke bumi.
3. Dengan menggunakan insulation tester, uji sebelah hujung lagi antara fasa
dan bumi.
Hujung pengalir disambung dengan resistence box
49
DCS
MES 4024 Power Distribution System Practice
_____________________________________________________________________________________________________
PROJEK AMALI 11
PROSIDUR KERJA SELAMAT TALIAN ATAS
Perkakas dan Kelengkapan Yang di Perlukan oleh seorang calon
BIL BAHAN KUANTITI
1 book
1 Buku Panduan Keselamatan Unit
2 Set peralatan kerja Talian Atas
secukupnya
i- Safety Helmet
ii- Glove 2 Unit
iii- Safety belt 1 Set
3 Tangga Kayu
4 Set Earthing Equipment
5 Voltej Indicator
6 Phase Rotation Meter
Teori Berkaitan
1.Keselamatan Menjalankan Kerja
50