MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
UNIT 1: SISTEM PENGGERA KEBAKARAN
1.1 PENGENALAN
Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakankata-kata
yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalamkehidupan harian. Biarpun api
menjadi satu keperluan dalam kehidupanharian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya
tidak dikawal secara betul.Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba
dan cahaya yang terhasil akan menghasilkan asap.
Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu
bahan api untuk membantunyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk
membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau
nyalaan. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan segitiga kebakaran di mana ketiga-tiga unsur
yang bergabung akan menghasilkan kebakaran.
Rajah 1.1 Segitiga Kebakaran
Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan
harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui
apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran
yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:
1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.
2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
3. Kebocoran atau mampatan gas.
4. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.
Terdapat dua jenis sistem pencegah kebakaran iaitu:
1. Sistem Pencegah Kebakaran Jenis Pasif
2.Sistem Pencegah Kebakaran Jenis Aktif
Unit 1 -1
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Sistem Pencegah Kebakaran Jenis Pasif
Struktur yang terdapat dalam bangunan yang berupaya untuk melaksanakan fungsinya
dengan sendiri atau menyekat asap dan api daripada merebak di dalam bangunan
semasa berlakunya kebakaran. Antara contoh pencegah kebakaran jenis pasif ini adalah:
1. Laluan Keselamatan.
2. Sistem pengudaraan dan pencahayaan.
3. Akses menentang kebakaran
4. Pemetakan ( Saiz dan had pemetakan berdasarkan jenis kegunaanbangunan
mengikut UUK 136)
Semua spesifikasi pengesan kebakaran jenis pasif ini perlu mengikutspesifikasi bomba.
Sistem Pencegah Kebakaran jenis Aktif
Pencegah Kebakaran jenis aktif bertujuan memberi perlindungan kepada penghuni
bangunan dengan cara mengesan, mengawaldan memadam kebakaran.
Sistem jenis ini bertujuan untuk mengesan, mengawal danmemadam kebakaran di
peringkat awal bagi mengelakkankerosakkan dan kemusnahan akibat kebakaran. Antara
contoh Sistem Pencegah Kebakaran Jenis Aktif adalah:
1. Sistem pemadam yang menggunakan air pili bomba
2. Sistem penyembur air automatic
3. Sistem pancur kering
4. Sistem saluran Bantu mula (hose reel)
5. Fire Alarm Elctrical System
Unit 1 -2
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1.2 OPERASI SISTEM PENCEGAH DAN PENGGERA KEBAKARAN DALAM BANGUNAN
Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti di ambil bagi mengelakan api
kebakaran berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakan kebakaran yang baru bermula
daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.
Terdapat berbagai jenis sistem pencegah kebakaran yang digunakan seperti:
1. Sistem `sprinkler' - Dipasang dalam bangunan-banguan tinggi untuk memadamkan
api secara automatic
2. Sistem `Halon' - Dipasang dalam bangunan-bangunan tinggi, sederhana den kecil yang
dipasang pada tempat-tempat tertentu sehaja seperti bilik pencawang elektrik, bilik
komputer dan dapur.
3. Sistem 'wet riser' ( Pancur basah ) - Dipasang dalam bangunan-banguan tinggi untuk
memadam api secara `manual'.
4. Sistem `hose reel' ( salur bantu mula ) - Dipasang dalam bangunan-banguan tinggi
dan sederhana untuk memadan api secara 'manual'.
5. Fire Extinguisher ( alat pcmadam api ) ABC/BCF.- Dipasang dalam bangunan-
banngnan tinggi, sederhana dan kecil untuk memadam api yang kecil dari merebak
6. Manual break glass( alat pengera ) - Dipasang dalam bangunan-bangunan tinggi dan
sedehana untuk memberitahu isyarat kebakaran secara `manual' iaitu dengan
memecahkan cermin alat tersebut.
7. Fire intercom ( telefon bomba ) - Dipasang dalam bangunan-bangunan tinggi dan
sederhana untuk digunakan di waktu kecemasan bagi menghubungi bilik kawalan sesuatu
bangunan.
8. Smoke detector ( pengesan asap ) Dipasang dalam bangunan-bangunan tinggi dan
sederhana untuk mengesan asap dan memberi isyarat kebakaran
9. Heat detacter ( Pengesan haba panas ). Di pasang dalam bangunan-bangunan tinggi,
sederhana den kecil untuk mengesan haba panas yang terhasil dan memberi amaran
isyarat kebakaran.
1.2.1 Sistem Penyemburan Automatik (Sprinkler system)
Sistem penyembur air automatik ialah satu sistem yang di rancang supaya
berkemampuan mengesan, mengawal dan memadam kebakaran serta memberi
amaran kepada pengguna atau penghuni bangunan. Sistem ini meliputi pemasangan
bekalan air, paip, dan 'sprinklers head'. Sistem ini memadam api kebakaran dengan
mengunakan air.
Bangunan yang dipasang sistem ini adalah:
1. Bangunan institusi - 2 tingkat atau lebih dan keluasan Iantai melebihi 7,000 m2
2. Hospital - Tinggi melebihi 18m, 5 tingkat dan luas lantai melebihi 250 m2
3. Hotel - Tinggi melebihi 18 m, melebihi 4 tingkat mempunyai bilik melebihi 51 .
4. Pejabat - Melebihi 30m tinggi atau mempunyai keluasan lantai l 0,000 m2
Unit 1 -3
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
5. Kedai - 1 tingkat dengan keluasan Iantai melebihi 2,OOOm2.2 tingkat atau lebih
dengan luas lantai melebihi 2,OOOm2
6. Kilang - 2 tingkat atau lebih
7. Stor - keluasan lantai melebihi 7,OOOm2. 2 tingkat atau lebih dengan luas lantai
1,OOOm2
Komponen Sistem
1. Air tangki
Kandungan air tertakluk : kepada jenis pemasangan 'sprinkler' dan 9 m3 hingga 875m3.
(9000 liter hingga 87500 liter). Diperbuat dari 'pressed steel' dan dicat warna merah
2. Pam (Mempunyai 3 unit pam )
a. Jokey pump
b. Duty pump
c. Standby pump
3. Riser pipeJenis 'wrought steel galvanised' dan dicat warna merah
Sprinkler system merupakan sistem yang dirancang supaya berkemampuan mengesan,
mengawal dan memadam kebakaran serta memberi amaran kebakaran kepada penghuni
bangunan. Sistem ini bertindak secara automatik tanpa bantuan manusia. Kepala
pemercik terdiri daripada bebuli kaca yang mengandungi larutan cecair ‘glycerine’ yang
akan mengembang pada suhu 570C ( bergantung kepada jenis cecair) dan memecahkan
bebuli kaca tersebut serta menghasilkan semburan air untuk memadam kebakaran.
Pemasangan sistem ini terdiri daripada set pam (jockey, duty dan stand-by), tangki storan
air sistem, set injap kawalan utama, kepala pemercik, ‘flow switches’, ‘pressure switches’,
paip aliran dan injap.
Bagaimana sistem ‘sprinkler’ beroperasi?
Air merupakan agen pemadaman yang baik untuk memadam kebakaran. Semburan air
secara berterusan ke atas permukaan api dan haba mampu merendahkan suhu proses
pembakaran dan menghalang nyalaan api merebak ke ruang yang berhampiran. Terdapat
penutup logam di bahagian atas bebuli kaca untuk menahan air dari mengalir keluar
melalui kepala pemercik.
Haba dari proses pembakaran akan meningkatkan suhu ruang dan menyebabkan cecair di
dalam bebuli ini akan mengembang. Apabila suhu meningkat kepada 68oC (bergantung
kepada jenis kepala penyembur), bebuli kaca akan pecah dan penutup logam akan jatuh
menyebabkan air mengalir keluar dan mengenai plat ‘deflector' untuk membentuk
semburan air.
Unit 1 -4
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Apabila ‘flow switch’ mengesan aliran air di dalam paip agihan, isyarat akan dihantar
kepada panel penggera untuk membunyikan loceng amaran kebakaran dan pada
masa yang sama ‘pressure switch’ mengesan kejatuhan tekanan air dan
menggerakkan pam ‘jockey’.
Pam ‘jockey’ akan beroperasi secara automatik untuk melaraskan perubahan tekanan
air di dalam paip.
Apabila tekanan semakin berkurangan, pam ‘duty’ akan beroperasi secara automatik
dan pam ‘jockey akan berhenti secara automatik.
Apabila kebakaran telah padam sepenuhnya, aliran air di dalam perpaipan akan
diberhentikan dengan menggunakan injap ’butterfly’ yang terdapat di zon kebakaran
dan pam ‘duty’ akan diberhentikan secara manual.
Sistem hendaklah mempunyai talian sambungan terus ke Balai Bomba yang
berhampiran.
Unit 1 -5
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1.2.2 Sistem ‘halon’
Sistem ‘halon’ merupakan Alat Pemadam yang menggunakan gas Halon sebagai
bahan pemadam.
Jenis sistem:
1. Total flooding - untuk bilik
2. Local application - untuk tempat terbuka (biasanya portable)
Tempat-tempat yang perlu dipasang dengan sistem ini ialah :
1. Semua bilik pencawang eletrik.
2. Bilik HT dan LT tansformer.
3. Bilik Genarator.
4. Bilik PABX yang besar.
5. Bilik komputer.
6. Lain-Iain tempat yang
difikirkan perlu dan penting
Komponen Sistem
1. Tabung Gas
- Saiz tabung gas tertakluk kepada saie tempat yang hendak dilindungi. - Tabung boleh
ditempatkan di dalam bangunan dan di lindungi.
2. Flunging Device
- Satu alat yang digunakan untuk memecahkan 'seal' yang menutup pengaliran gas ke
sistem. 'Flunging Device' digerakkan secara automatik dan manual.
3. Plexible connector
- Satu hos untuk menyambung tabung gas ke paip
4. Paip
- Paip dari jenis `schecule 40 iron pipe GI Dicat warna merah Saiz tertakluk kepada kecil
besarnya rekaan atau bentuk
Unit 1 -6
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
5. Nozzle
- Ada dua jenis iaitu Direction dan Bidirection.
6. Alat Pengesan - Jenis `total flooding' dipasangkan dengan 'beat' dan 'smoke
detactor'.Jenis ‘local application' dipasangkan sama ada 'beat/smoke detactor'. Cara
bertindak:
a) Automatik
b) Manual
Cara pemasangan
1.2.3 Sistem ‘hose reel’ (salur bantu mula)
Sistem gelung hos
Alat ini dipasang untuk kegunaan penghuni/penghuni bangunan untuk memadamkan
kebakaran diperingkat awal dimana keakaran tersebut masih kecil dan boleh dikawal.
Jenis-jenis sistem.
1. Jenis tidak mengunakan pam
2. Jenis megunakan pam
3. Jenis yang disambungkan dengan sistem lain.
a) Sistem pancur basah
b) Sistem hydraulik
c) Sprinkler system (tidak digalakan).
Unit 1 -7
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Lokasi pemasangan
Bangunan yang perlu dipasang dengan alat ini terdiri dari bangunan komersial dan
perindustrian. Untuk bangunan setingkat, tempat yang paling sesuai dipasang alat ini
ialah di bahagian luar di sebelah pintu masuk bangunan tersebut. Bagi bangunan yang
melebihi setingkat biasanya ditempatkan dikawasan lobi dan jika bangunan tidak
mempunyai tobi dipasangkan berhampiran dengan pintu masuk ke kawasan kurungan
tangga. Untuk gelurg hos yang di tempatan didalam kabinet, kabinet tersebut
hendaklah ditandakan `ALAT BANTU MULA GELUNG HOS' perkataan dengan warna
merah dan latar belakang warna putih atau sebaliknya. Tulisan boleh dilihat dari jarak
27 meter dan tulisan berukuran 5l mm x 76mm dan terbal 18mm.
Komponen sistem
1. Hos – Jenis double breaded rubber line hose' berukuran 19mm dengan 30.4m
atau 25mm dengan 45m panjang.
2. Paip - Jenis `galvanise iron' kelas C dan dicat warna merah
3. Jarak diantara satu gelung dengan yang lain hendaklah tidak melebihi 45m untuk
baangunan kediaman dan 61m untuk bangunan industri. lni berdasarkan kepada
konsep lantai tetapi biasanya pada bangunan ialah 20m.
4. Tekanan air yang dipilih untuk satu gelung hos ialah 3 bar dan pengeluaran 30 1
/ min.
1.2.4 Sistem Pancur Kering (dry riser)
Sistem pancur kering ialah alat pemasangan tetap yang dipasang pada bangunan
tinggi yang melebihi 60 kaki dan kurang dari 100 kaki tinggi. Ianya merupakan satu batang
paip yang dipasang pada bangunan secara menegak, dibahagian bawah dipasangkan dengan
injap masuk dan tiap-tiap tingkat dipasangkan dengan 'landing valve' dan dibahagian atas
sekali dipasang dengan `air realise valve'.
Pemasangan sistem ini bertujuan untuk memudahkan dan menjimatkan masa yang
diperlukan oleh anggota bomba untuk menjalankan kerja-kerja melawan kebakaran dengan
bantuan pam jentera bomba.
Komponen sistem
1. Injap masuk
Unit 1 -8
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1.2.5 Sistem ‘dry riser' ( Sistem Pancur kering )
Sistem pancur kering ialah alat pemasangan tetap yang dipasang pada bangunan
tinggi yang melebihi 60 kaki dan kurang dari 100 kaki tinggi. Ianya merupakan satu batang
paip yang dipasang pada bangunan secara menegak, dibahagian bawah dipasangkan dengan
injap masuk dan tiap-tiap tingkat dipasangkan dengan 'landing valve' dan dibahagian atas
sekali dipasang dengan `air realise valve'.
Pemasangan sistem ini bertujuan untuk memudahkan dan menjimatkan masa yang
diperlukan oleh anggota bomba untuk menjalankan kerja-kerja melawan kebakaran dengan
bantuan pam jentera bomba.
Komponen sistem
1. Injap masuk
- Injap masuk mesti dipasangkan atau ditempatkan dibahagian luar bagunan supaya
mudah dikesan dan di lihat serta mudah di digunakan.
2. Riser.
- Semua paip dari janes `wrought steel' dan hendaklah galvanised.
- Sais paip 4 in dan 6 in garispusat
- Dicat dengan warna merah.
3. Landing valve.
- `Landing valve' di pasang pada setiap tingkat bangunan.
- Jarak dari lantai tidak kurang daripada 750mm.
- Boleh dipasangkan dalam peti ( untuk mengelakan kerosakan ).
4. Air realise valve.
- `Air realise valve' hendaklah dipasangkap dibahagian atas sekali 'riser'. Kegunaannya
untuk membuang udara di dalam 'riser' semasa memasukan air di dalam riser.
Nota:
Sebelum mengemaskan sistem ini semasa kebakaran pastikan semua
`landing valve' dalam keadaan tertutup.
Unit 1 -9
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Cara pemasangan
1.2.6 Sistem Pancur Basah
Sistem pancur basah lebih kurang sama dengan sistem pancur kering, bezanya sistem
pancur basah mempunyai pam dan air tangki serta semua `riser' ada mengandugi air dalam
tekanan. Sistem ini dipasang pada bangunan yang tingginya melebihi 100 kaki. Kegunaanya
untuk memudahkan dan menjimatkan masa angota bomba/penghuni bangunan untuk
memadamkan sesuatu kebakaran.
Komponen sistem
1. Tangki air
- Di perbuat dari ‘pressed stell/concrete'.
- Di cat dengan warna merah.
- Di bahagi kepada dua bahagian (jika`pressed stell').
- Kandungan air tidak kurang, 10,000 gln
2. Pam
Mempunyai 3 unit pam
1. Jokey pump
2. Duty pump
3. Standby pump. (Kendalian elektrik/ engin disel).
Unit 1 -10
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
3. Landing valve
- Dipasang di setiap tingkat bangunan.
- Jarak dari landai tidak kurang daripada 750mm.
- Disertakan dua gulung hos dan nozzle jet/spray
- Pegeluaran air 250 – 300 gpm
- Tekanan 65 - 75 psi.
4. Sprinkler head.
Cara pemasangan
1.2.7 Alat pemadam api
Media Pemadaman
Terdapat beberapa media pemadaman untuk mencegah atau memadamkan
kebakaran iaitu:
a. Air
b. Debu pemadaman (extinguishing powder)
c. Gas (carbon dioxide, argon, nitrogen, dsb.)
d. Foam
Unit 1 -11
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Klasifikasi Kebakaran
Kebakaran dapat diklaskan agar dapat memberi criteria pemadam yang efektif:
Jenis Pemadam api
Cara menggunakan alat pemadam api
Unit 1 -12
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 1 -13
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1.2.8 Sistem Penggera Kebakaran (fire alarm system)
Antara perlindungan kebakaran jenis aktif ini termasuklah Fire Alarm System. Tujuan utama
pemasangan alat kebakaran ialah untuk mengesan kebakaran di peringkatawal.Biasanya alat
pengesan ini diletakkan di bahagian atas tempat yangdilindungi. Sebagaimana yang telah
diketahui bahawa sesuatu kebakaran akanmenghasilkan haba, asap dan api.Sistem Fire Alarm
System mempunyai beberapa bahagian komponen penting, komponen tersebut ialah:-
1. Pengesan “Detector”
2. Panel Kawalan “Control Panel”
3. Loceng Kecemasan
Rajah: Blok Fire Alarm System
1. Pengesan “Detector”
a. Pengesan Asap (Smoke Detector)
Pengesan asap biasanya berbentuk bulat dan di tepinya terdapat lubang-lubang halus
untuk membenarkan asap dan udara masuk ke dalamnya. Pengesan asap biasanya
diletakkan jauhdaripada lubang angin dan ianya diletakkan di atas bangunan.
Sekiranya pengesan ini terletak berhampiran dengan lubang angin maka kecekapan
pengesan ini akan berkurangan. Antarakaedah mengesan asap yang penting sekali
ialah jenis pengesan pengionan dan pengesan jenis ‘obscuration’.
i. Pengesan pengionan (Ionisation Detector)
Badan pengesan ini merupakan satu tabung bulat dan memanjang dan terdapat
jejaringdawai halus dibahagian tepi sebelah bawahnya. Ini bertujuan untuk
membenarkanudara dan asap masuk ke dalam kebuk.Di dalam kebuk ini ia
dilengkapkan dengan dua elektrod yang disambungkan kepadadua dawai melalui
penguat dan terus ke litar amaran. Di bahagian atas di sebelah dalamdipasangkan
dengan sumber radio aktif. Dalam keadaan biasa, pengerakan ion-ion diantara dua
elektrod akan mengurangkan halangan angin dan akan menyebabkan hanyasedikit
arus elektrik yang mengalir keluar ke litar. Oleh kerana arus elektrik ini
Unit 1 -14
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
rendah,maka penguat akan dapat menguatkan arus ini. Apabila berlaku kebakaran,
asap akan masuk ke dalam kebuk dan akan melekat kepadaion-ion kerana tarikan
kuasa elektrik dan akan melambatkan pengerakan. Ini akanmenyebabkan arus
elektrik berkurangan. Apabila ia terjadi dan jumlahnya di bawah takat yang
dihadkan, penguat akanmembunyikan amaran.
Dalam keadaan biasa punca cahaya yang dipancarkan akan terusmemancarkan
cahayanya secara melintang. Tetapi apabila berlaku kebakaran, asap yangmasuk
akan menghalang pancaran cahaya tadi dan dengan ini akan menyebabkancahaya
itu akan terpesong ke set foto elektrik.
ii. Jenis Optical
Alat ini direka dengan menggunakan dua komponen penting yang mengawal
pergerakkan untuk berfungsi. Komponent tersebut ialah “Light Source” dan
“Photo Electric Cell”.
Terdapat dua jenis “Optical Detector” iaitu
1. “The Light -nscatter Type” dan
2. “Obstruction Type”
i) “The Light –Scatter type”
Alat ini merupakan seperti satu tabung bulat pendek dan dibuat dari bahan yangtidak
tembus udara. Di dalamnya dipasangkan dengan punca cahaya dan “Photo - electric
cell” di bahagian atas. Pada bahagian bawah terdapat lubang-lubang halus untuk
membenarkan asap masuk sekiranya berlaku kebakaran.Dalam keadaan biasa (Non-
Fire) Punca Cahaya yang dipancarkan akan terusmemancarkan cahayanya secara
melintang. Tetapi bila berlaku kebakaran, asapyang masuk akan menyebabkan
pancaran terhalang dan ini akan menyebabkancahaya itu akan terpesong ke “Photo
- electric cell”
Unit 1 -15
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
ii) “Obstruction type”
Dalam keadaan biasa, cahaya yang dipancarkan dari punca cahaya akan melalui satu
kanta bagi menumpukan cahaya ke “Photo - electric cell”. Bila berlakukebakaran,
asap akan masuk ke dalam “Chamber” dan dengan ini cahaya akanterhalang dari
terkena “Photoelectric cell” dan akan menyebabkan loceng berbunyi.
a. Pengesan Haba (Heat Detector)
Pengesan haba ini direka bagi mengesan api atau kebakaran di peringkat awal. Ia
adalahNlebih baik kerana mampu mengesan semasa haba mula terhasil. Alat ini
adalah alat pengesan yang awal sekali dicipta bagi tujuan mengesan kebakaran.
Pengesan ini bekerja dengan beberapa cara iaitu:
Unit 1 -16
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
i. Peleburan atau pelakuran logam (Melting or fusion in metal)
ii. Pengembangan pepejal, cecair dan gas.
iii. Menggunakan kesan elektrik.
i. Peleburan atau pelakuran logam (Melting or fusion in metal)
Alat pengesan haba ini terbahagi kepada beberapa jenis kendalian, diantaranya
ialah :-
a) Pengesan Haba ‘DIMAC’
b) Pengesan Haba ‘Break -Link Cable’
a) Pengesan Haba ‘DIMAC’
Apabila berlaku kebakaran dimana suhu di dalam bangunan atau kawasan
meningkat di dalam lingkungan 49oC hingga 144°C, maka fius penyambung
akan putus dan akan menyebabkan loceng amaran berbunyi.
b) Pengesan Haba ‘Break -Link Cable’
Alat ini dipasangkan pada bahagian siling bangunan dan dilengkapi dengan
penebatPVC, dawai pengalir elektrik dan spring ketegangan. Dalam keadaan
biasa aruselektrik akan mengalir melalui dawai dan bila suhu meningkat
antara 49°C hingga88°C maka fius penyambung akan terputus dan arus
elektrik akan terputus danseterusnya akan menyebabkan loceng amaran
berbunyi
ii. Pengembangan pepejal, cecair dan gas.
Alat pengesan haba ini terbahagi kepada beberapa jenis kendalian, diantaranya
ialah :-
a) Pengesan Haba ‘FIDELA’.
b) Pengesan Haba 'May-Oatway
c) Pengesan Haba Jalur Dwilogam.
d) Pengesan Haba 'Rate of Rise'
e) Pengesan Haba Pengembangan Gas/Udara.
Unit 1 -17
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
a) Pengesan Haba ‘FIDELA’.
Ia menggunakan keluli tahan karat yang nipis. Apabila berlaku kebakaran, suhu
akan meningkat dan menyebabkan keluli mengembang. Keluli ini akan
mengembang dan membengkok ke atas sehingga menyentuh suis pengalir
elektrik dan seterusnya membunyikan loceng amaran. Biasanya logam ini akan
mengembang pada suhu 650C.
b) Pengesan Haba 'May-Oatway
Cara alat ini bekerja adalah sama seperti pengesan jenis fidela bezanya ialah
pada alat ini, ia menggunakan satu tiub kaca yang diisi dengan raksa dan
dipasangkan dengan pelekat elektrik. Apabila suhu meningkat di dalam julat
yang ditentukan, dawai tembaga akan mengembang dan tiub kaca akan
bergerak. Pengerakan ini akan menyebabkan raksa akan menyentuh kepada
suis (sesentuh dawai) dan seterusnya akanmenyebabkan loceng berbunyi.
c) Pengesan Haba Jalur Dwilogam.
Prinsip penggunaan alat ini adalah berdasarkan kepada prinsip pengembangan
logam apabila terkena haba atau bahangan. Jenis ini banyak digunakan pada
semua alat pengesan haba. Ia merupakan gabungan dua logam yang diikatkan
bersama dan apabila terkena haba, maka logam tersebut akan mengembang.
Biasanya ia dibuat dari keluli dan tembaga.
Unit 1 -18
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
d) Pengesan Haba 'Rate of Rise'
Pengesan ini adalah sama cara ianya berfungsi dengan pengesan haba dwi
logam. Kelebihan sistem ini ialah ia dipasangkan dengan hentian tetap suhu.
Jika kebakaran kecil berlaku dalam masa yang lama, alat pengesan ini juga akan
dapat mengesan kebakaran tersebut
e) Pengesan Haba Pengembangan Gas/Udara.
Pengesan ini biasanya menggunakan udara yang disimpan di dalam kebuk dan
sistemini juga dikenali sebagai pengesan pneumatik. Apabila udara dalam
kebuk terkenahaba atau bahangan, udara ini akan mengembang dan akan
menolak diaphragm keatas dan akan menyebabkan ianya bersentuh dengan
suis dan akan menyebabkanloceng amaran berbunyi. Satu lubang kecil
disediakan bagi membenarkan udara keluar bagi mengawal pengembangan
udara di dalam kebuk.
Pengesan haba ini mempunyai kelemahan. Kelemahannya ialah sambutannya
(tindakannya) adalah perlahan (2 - 3 minit) dan ia hanya mengesan kepanasan serta
tidak dapat membezakan antara kepanasan yang disebabkan oleh api dengan
kepanasan yang disebabkan oleh suhu proses (contohnya kepanasan relau atau
dandang).
2. Panel Kawalan Penggera Kebakaran
Panel kawalan ialah pusat kepada sistem kawalan secara automatik. Padasistem
tersebut semua penggera dan pengesan akan di sambung. Selaindaripada itu Pusat
Unit 1 -19
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Kawalan memudahkan untuk memantau zon-zon yangmengalami kebakaran
berpandukan kepada isyarat yang diterima pada papanpemuka panel. Gambarajah
menunjukkan binaan asas bagi Panel kawalan“Control Panel”
3. Loceng Kecemasan
Loceng kecemasan ialah peranti yang akan mengeluarkan isyarat bunyi apabila
pengesan kebakaran mengesan sebarang unsur kebakaran.
.
Unit 1 -20
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1.3 DEMONTRASI DAN PENGUJIAN SISTEM PENGGERA KEBAKARAN
Rajah: Paparan muka hadapan Panel “fire alarm trainer”
Fire Alarm trainer” adalah satu alat yang telah dilengkapkan dengan pengecasautomatik
untuk mengecas bateri 24V nickel cadmium selama 8 jam (cas penuh)dengan kadaran voltan
230V,50Hz. “Fire Alarm Tainer” di lengkapkan denganbeberapa jenis peranti pengesan yang
mana ianya akan ditempatkan di zon yangberlainan. Peranti pengesan akan mengaktifkan
loceng penggera jika salah satudaripada peranti pengesan diaktifkan.
1. Zon
Ialah kawasan yang mana ditempatkan peranti-peranti pengesan. PanelZon adalah
terdiri daripada LED alarm fault, suis pengasing dan 3 “pole” 4“ways” suis putar. Suis
ini terdiri daripada 4 penunjuk iaitu “Isolate”,“Normal”, “Test Fault “ dan “Test
Alarm”.
2. Testing Faciliteis
Untuk memastikan panel “Fire Alarm Trainer” berfungsi dengan baik, beberapa “test
facilities” disediakan seperti berikut:-
2.1. Test Alarm Condition
Keadaanpenggeradapatdiujidenganmenggunakansuisputar”rotaryswitch”.
Unit 1 -21
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Denganmenukarkan “rotary switch” ke “Test Alarm”(T.A), zone penggera LED
akan berkelip dan mengaktifkan loceng penggera.
2.2. Test Fault Condition
“Fault condition” pada papan kawalan (control panel) dapat diujidengan
mengubah“rotary switch” pada kedudukan “Test Fault”(T.F). LED “Fault” akan
berkelip dan buzzer akan diaktifkan. Fungsi “Test Fault Condition” ialah untuk
menguji kawasan “callpoint” berfungsi dengan baik. “End of line” atau
hujungsambungan pada “manual call point” hendaklah dipasang perintang 8.2
Kohm
2.3. Isolate Condition
Fungsi “Isolate Condition” ialah untuk membezakan diantara keadaan “false
alarm” dan “true alarm”. “Rotary switch” diubah pada kedudukan “ISOLATE”,
“LED“ isolate akan berkelip danbuzzer akan diaktifkan. Pada keadaan ini
penggeraakan diaktfkan tetapi LED penggera akan masih berkelip. Ini akan
membolehkan pekerja yang bertugas untuk memeriksa kawasan “zon”
tersebut.
2.4. Test lamp.
LED pada papan kawalan dapat di uji dengan menekan suis punattekan pada
Papan kawalan. Jika terdapat sebarang LED yang tidak berfungsi, ia hendaklah
ditukarkan dengan sertamerta untuk mengelakkan sebarang kemungkinan
kebakaran yang tidak dapat dikesan.
2.5. Test battery
Bateri pada papan kawalan dapat diuji dengan menekan suis punattekan.
Voltmeter akan mengukur voltan pada bateri, jika voltmeter mengukur bacaan
0 volt, bateri hendaklah ditukarkan.
2.6. Bell Supervision
Litar “Bell supervision” ialah satu litar yang menguji “bell linefeeding”
berfungsi dengan baik. Jika terdapat kerosakkan litar ataulitar pintas bunyi
buzzer dan lampu “supervision” akan berkelip dipapan panel utama.
Juruteknik hendaklah memeriksa keadaan loceng dengan segera.
2.7. Bell Silence Switch
Fungsi suis ini adalah untuk menghindari gangguan kepadapenghuni jika
terdapat kemungkinan kebakaran. Locengkecemasan boleh dimatikan dengan
menekan “bell silence switch”. Pada keadaan ini buzzer akan berbunyi dan
lampu akan berkelippada papan panel utama.
2.8. Evacuate Switch
¾ Jika berlaku kebakaran juruteknik yang bertugas hendaklah mengaktifkan
“Evacuate Switch
2.9. Reset Switch
¾ Untukmematikanbunyipenggera, suisreset ”Reset Switch” diaktifkan
kawasan zone yang terlibat boleh dipantau denganmelihat lampu yang
berkelip pada papan panel utama.
Unit 1 -22
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Maklumat panel kawalan
Unit 1 -23
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Petunjuk dan pengawal zon
1.3.8 Pengujian sistem penggera kebakaran
Jenis-Jenis Pengujian
Terdapat beberapa jenis pengujianyang perlu dijalankan ke atas litar pendawaian serta ke
atas peralatan. Di antara pengujian yang perludijalankan ialah :
Pemeriksaan visual
Ujian Sambungan litar pengesan ke panel pengesan kebakaran
Ujian Pengesan Haba
Ujian Pengesan Asap
Ujian Break Glass
Unit 1 -24
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Pemeriksaan Visual
Ujian pemeriksaan visual amat penting bagi melihat secara kasar keadaan sambungan litar
yang dilakukan. Selain itu ujian pemeriksaan visual amat penting bagi melihat samadapanel
pengesan kebakaran berada dalam keadaan yang selamat untukdigunakan. Berikut adalah 4
jenis deria yang biasa digunakan semasapemeriksaan visual iaitu:
LIHAT
BAU
RASA (SENTUHAN)
DENGAR
*Ujian pemeriksaan visual adalah ujian pertama yang dijalankan sebelum menjalankan ujian
lain.
Pemeriksaan Keterusan Sambungan Bagi Sambungan Litar Pengesanke Panel Pengesan
Kebakaran
Alat yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan ini ialah meter pelbagai.
Laraskan meter ke julat ohm
Pemeriksaan ini dilakukan dengan meletakkan leads test pada setiapkabel yang telah
dipasang pada komponen pengesan.
Jika terdapat sambungan antara tamatan pengesan maka meter akanmenunjukan
skala 22 KΩ‟.
Jika tidak terdapat sambungan antara tamatan maka meter akan menunjukan skala
infiniti ohm „∞Ω‟.
Unit 1 -25
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Rajah: Pemeriksaan Keterusan Sambungan Bagi Sambungan Litar Pengesan ke Panel
Pengesan Kebakaran
Jika terdapat sambungan antara tamatan loceng penggera maka meter akan
menunjukan skala 3KΩ.
Jika tidak terdapat sambungan antara tamatan loceng penggera maka meter akan
menunjukan skala infiniti ohm ‘∞Ω’.
Unit 1 -26
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Rajah: Pemeriksaan Keterusan Sambungan Bagi Sambungan Litar Loceng Penggera ke Panel
Pengesan Kebakaran
Langkah - langkah untuk melakukan ujian keterusan
1. Setkan multimeter kepada x100 KΩ
2. Ukur bacaan rintangan pada setiap iaitu bacaan antara:
a. positif –negatif pengesan Zon1
b. positif –negatif pengesan Zon2
c. positif –negatif loceng penggera
3. Catatkan bacaan anda.
Unit 1 -27
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Ujian Pengesan Haba
Langkah - langkah untuk melakukan ujian Pengesan Haba
1) Uji pengesan haba dengan menggunakan “heat gun”
Rajah: Ujian Pengesan Haba menggunakan heat gun
2) Pengesan haba akan menyalakan LED jika mengesansebarang perubahan suhu yang
mendadak dan akanmenghantar isyarat ke pusat kawalan untuk
mengaktifkanpenggera.
Rajah: Paparan LED akan menyala
3) Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip apabila pengesan habadiaktifkan.
Rajah: Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip
4) Isyarat penggera boleh dimatikan dengan menekan suis utama “reset”.
Unit 1 -28
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Rajah: Cara matikan penggera dengan menekan butangRESET
Ujian Pengesan Asap
Langkah - langkah untuk melakukan ujian Pengesan Asap
1) Uji pengesan haba dengan menggunakan “smoke detector spray”
Rajah: Ujian Pengesan asap menggunakan smoke detector spray
2) Pengesan haba akan menyalakan LED jika mengesansebarang perubahan suhu
yang mendadak dan akanmenghantar isyarat ke pusat kawalan untuk
mengaktifkanpenggera.
Rajah: Paparan LED akan menyala
Unit 1 -29
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
3) Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip apabila pengesan habadiaktifkan.
Rajah: Isyarat LED di Zone akan berkelip
4) Isyarat penggera boleh dimatikan dengan menekan suis utama “reset”.
Rajah: Cara matikan penggera dengan menekan butang RESET
Ujian Break Glass
Langkah - langkah untuk melakukan ujian Break Glass
1) Penggera akan diaktifkan jika kaca pada “Fire alarm call point” di pecahkan(untuk
pengujian hanya melonggarkan skrew pada badan “Fire alarm call point”
Rajah: Ujian break glass menggunakan kekunci break glass
Unit 1 -30
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
2) Pengesan haba akan menyalakan LED jika mengesansebarang perubahan suhu yang
mendadak dan akanmenghantar isyarat ke pusat kawalan untuk
mengaktifkanpenggera.
Rajah: Paparan LED akan menyala
3) Isyarat LED di Zone 4 akan berkelip apabila pengesanhaba diaktifkan.
Rajah: Isyarat LED di Zone akan berkelip
4) Isyarat penggera boleh dimatikan dengan menekan suis utama “reset”.
Rajah: Cara matikan penggera dengan menekan butangRESET
Unit 1 -31
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
1.4 ASAS PENDAWAIAN SISTEM PENGGERA KEBAKARAN
Pendawaian Sistem Penggera Kebakaran 4 Zon
Satu bangunan 1 tingkat mempunyai sistempengesankebakaranseperti zon yang
ditunjukan pada gambarajah 1.4.1 seperti berikut:.
Zon 1 menggunakan break glass sebanyak 5 unit
Zon 2 menggunakan pengesan asap sebanyak 6 unit
Zon 3 menggunakan pengesan asap ebanyak 6 unit
Zon 4 menggunakan pengesan haba sebanyak 6 unit
Bangunan ini menggunakan 2 unit loceng. Berdasarkan maklumat di atas lengkapkan
gambarajah skematik dan gambarajahpendawaian bagi system pengesan kebakaran.
Unit 1 -32
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 1 -33
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Senarai bahan / peralatan
Daripada rajah di atas, bahan / peralatan yang digunakan untuk membuatpemasangan adalah
seperti dalam jadual di bawah
a) Lukisan Pendawaian
Berpandukan rajah 2.2, penyambungan litar adalahseperti di rajah 2.3
Unit 1 -34
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
rajah: arahan pendawaian
NomborKeterangan
1. Penyambungan bekalan voltan satu fasa ke Panel Pengesan Kebakaran.
2. Membentuk trunking dan conduit berdasarkan litar yang diberi.
3. Menyambung kabel dari punca positif dan negatif bagi break glassZON 1 ke terminal
BGdi Panel Pengesan Kebakaran pada kedudukan Normally Open
4. Menyambung kabel dari punca positif dan negative bagi HeatDetector ZON 2 ke
terminal HD di Panel PengesanKebakaran.
5. Menyambung kabel dari punca positif dan negatif bagi SmokeDetector ZON 3 ke
terminal SD di Panel Pengesan Kebakaran.
6. Menyambung kabel dari punca positif dan negatif bagi SmokeDetector ZON 4 ke
terminal SD di Panel Pengesan Kebakaran.
7. Menyambung kabel dari punca positif dan negatif bagi locengpenggera terminal
Master Bell.
Prosedur Operasi
Sebelum Operasi pastikan:
1. Main ON pastikan di posisi OFF
2. Suis Bell dan Buzzer yang berada dalam panel pengesan berada dalamkeadaan ON.
3. Suis Togale „NOR“ dan „ISO“ perlu diletakkan pada „NOR“.
4. Pasangkan plug di punca bekalan AU 240V, 50Hz.
5. Sambungkan bateri ke terminal bateri, pastikan buzzer akan berbunyi.
6. Perhatikan perkara-perkara berikut:
(a) “DC ON LED“ sepatutnya menunjukkan yang bekalan AT berada pada 24V.
(b) LED „Charger Fail“ akan menyala menunjukan charger bateri tidakberoperasi.
(c) LED “Main Fail“ sepatutnya menyala, menunjukan bekalan 240V tidakada.
7. Voltmeter akan menunjukan bacaan voltan sebanyak 24V.
Unit 1 -35
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Main On Switch
1. Apabila suis „Main ON“ di ON kan maka LED akan menyala.
2. LED Charger ON akan menyala menunjukan charger sekarangberoperasi.
3. LED DC ON akan menyala menunjukan bekalan kuasa ATsebanyak 24V.
4. Voltmeter sepatutnya menunjukkan bekalan kuasa sebanyak 24V AT.
5. LED “System Status“ akan menyala menunjukkan keseluruhan sistem dalam operasi.
Lamp Test
1. Letakkan posisi suis toggle „Test LED“ ke posisi ON.
2. Semua LED di Panel Pengesan Kebakaran akan menyala.
3. Buzzer akan berbunyi.
4. Laraskan semula posisi Suis toggle Test LED ke OFF posisi
T/F Zone
1. Apabila test faul button „T/F“ ditekan, zone LED „Fault“ akan menyala dan buzzer
akan berbunyi.
T/A Zone
1. Apabila butang „Test Alarm“ ditekan pada mana-mana zon ditekan:
a. LED merah Zone „Alarm“ akan berkelip
b. Loceng kecemasan akan berbunyi.
c. Ammeter sepatutnya akan menunjukan arus keluaran yangmelebihi 1A.
d. Untuk memadamkan alarm ini tekan suis „Alarm Reset“.
Suis „ISO dan NOR“
1. Apabila suis togle diset pada posisi ISO
a. Buzzer sepatutnya berbunyi.
b.LED „Isolate“ akan menyala menunjukkan zon tersebut diasingkan dari sistem.
c. Untuk kembali kepada keadaan normal letakkan semula suis ke posisi „NOR“.
Unit 1 -36
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 1 -37
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Prosedur memadam kebakaran Kilang dan Industri
Untuk memastikan pekerja-pekerja menerima penerangan atau latihan untuk mengetahui
apa yang patut dilakukan jika berlaku kebakaran dan menyimpan rekod-rekod penerangan
atau latihan.
1. Rangka-rangka tindakan Semua pekerja-pekerja di kilang perusahaan dimana sijil
kabombaan diperlukan hendaklah diberi latihan dan penerangan untuk memastikan yang
mereka memahami caca-cara mengawasi kebakaran dan tindakan yang perlu diambil jika
berlaku kebakaran. Ini termasuk pekerja-pekerja dalam giliran tugas atau lain-lain tugas diluar
masa . Tujuan ini ialah uniuk memastikan semua kakitangan menerima penerangan dan
latihan yang bersangkut paut dengan tanggung jawab mereka di masa kecemasan. Ia
hendaklah berpandukan kepada penerangan yang bertulis. Di tiap-tiap kilang hendaklah
disediakan rangka tindakan yang khusus dipertimbang dengan hati-hati, dimana-mana
aturan-aturanya hendaklah mengikut keadaan yang tertentu yang mengandungi;
a) Membunyikan loceng kecemasan
b) Memanggil pasukan Bomba
c} Memberhentikan pengunaan jentera-jentera proses pengeluaran dan memutuskan
bekalan tenaga elaktrik
d) Keluar dari bangunan untuk meyelamatkan diri.
e) Panggilan baris - ini bergantung kepada situasi permis dan jumlah pekerja
f) Melawan kebakaran
2. Membunyikan loceng kecemasan Loceng kecemasan selalunya dibunyikan sebagai
lapngkah pengawasan dan berjaga-jaga sebaik sahaja kebakaran diketahui.
Walaubagaimanapun membunyikan loceng kecemasan biasanya di lakukan oleh individu
yang memjumpai kebakaran tersebut tetapi adalah lebih baik jika ianya dipertanggung
jawabkan kepada aatu badan yaqg berkuasa jika perlu .Di mana ianya dilakukan, perhatian
mestilah diberi supaya tidak ada kclewatan atau penangguhan berlaku dalam operasi
kecemasan . Di permis yang lebih besar perlu diadakan satu pusat kawalan untuk
perhubungan maklumat mengenai kecemasan kebakaran. Lokasi pusat ini bergantung
kepada keadaan dan boleh diujudkan dibilik kawalan telepon atau pejabat am.
3. Memanggil pasukan Bomba. Tugas memanggil pasukan bomba sebaik sahaja locang
kecemasan dibunyikan, hendaklah diberi kuasa kepada seseorang yang dipertanggung
jawabkan. Kamudahan-kemudahan hendaklah diadakan pada setiap masa bila ada
pekerja-pekerja di permis. 4. Mengberhentikan pergerakan jentera-jentera atau lain-lain.
Tugas-tugas ini hendaklah dilakukan oleh orang-orang yang di beri tugas khas untuk
melawan kebakaran untuk keselamatan semua orang
4. Alat pemasangan tetap system pencegah kebakaran Alat pemasangan tetap ialah satu alat
atau sistem yang dipasangkan secara tetap sama ada di dalam bangunan atau di luar
bangunan dengan tujuan memadamkan atau mengesan sesuatu kebakaran dan bertindak
Unit 1 -38
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
secara automatik atau manual. Alat pemasangan tetap ialah satu alat atau sistem yang
dipasangkan secara tetap sama ada di dalam bangunan atau di luar bangunan dengan
tujuan memadamkan atau mengesan sesuatu kebakaran dan bertindak secara automatik
atau manual
Unit 1 -39