The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMUNIKASI ASAS PEKERJAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURAIDAH BINTI SUHAILI, 2021-06-15 12:13:55

UNIT 1.2

KOMUNIKASI ASAS PEKERJAAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEK D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA Z-009-1:2015 KEBOLEHAN TERAS
PROGRAM /

PROGRAM’S CODE AND
NAME

TAHAP / LEVEL SATU (1)

NO. DAN TAJUK CA01 KOMUNIKASI ASAS PEKERJAAN
KEBOLEHAN TERAS /
CORE ABILITY NO. AND
TITLE

NO. DAN PENYATAAN 01.01 GUNAKAN BAHASA KERJA YANG BERSESUAIAN
KEBOLEHAN / (INGGERIS / BAHASA KEBANGSAAN dll)
ABILITY NO. AND
STATEMENT 01.02 GUNAKAN KOMUNIKASI LISAN DAN BERTUTUR
MENGIKUT KESESUAIAN
NO. KOD / CODE NO.
01.03 FAHAMI BAHAN-BAHAN BACAAN

Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Mukasurat / Page :

Drpd / of : 13

TAJUK/TITLE : KOMUNIKASI LISAN

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai menghuraikan
komunikasi oral, bahasa dan format yang sesuai, kaedah komunikasi asas, bahasa
gerak-geri dan gerak isyarat, cara penyampaian maklumat dan idea, serta keperluan
kesedaran budaya.

1

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

PENERANGAN / INFORMATION :

1. Komunikasi Oral

Komunikasi lisan terbahagi dua, iaitu komunikasi oral dan komunikasi bertulis.
Komunikasi oral bermaksud komunikasi melalui pertuturan atau perbualan langsung. Ia
lebih bersifat semula jadi dan komen/pernyataan boleh dijawab dengan segera.
Komunikasi oral memerlukan kemahiran dalam diri penutur dan pendengar untuk
memberi tindak balas kepada bahasa gerak-geri masing-masing. Mereka juga perlu
mahir menjawab secara spontan.

1.1 Bentuk komunikasi oral
Terdapat tujuh bentuk komunikasi oral yang lazim, iaitu :

i) Komunikasi intrapersonal ialah pertuturan dalam diri sendiri (pertuturan dalam
hati) dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh, apabila kita perlu membuat
keputusan penting atau mempelajari sesuai tentang diri sendiri. Komunikasi
intrapersonal merupakan satu bentuk pemikiran dalaman yang menggunakan
bahasa untuk meluahkan pemikiran. Selalunya ia meningkatkan kesedaran diri
sendiri dan mengasah kemahiran berfikir.

ii) Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara beberapa individu. Bentuk
komunikasi ini mungkin meliputi konteks tidak peribadi hingga ke konteks sangat
peribadi. Komunikasi tidak peribadi ialah ketika perbualan itu berlangsung
dengan individu yang tiada hubungan peribadi. Komunikasi peribadi pula
biasanya berlaku dengan rakan baik, ahli keluarga dan rakan sekerja.
Komunikasi interpersonal boleh berlangsung secara berhadapan mahupun
melalui saluran media elektronik seperti persidangan video, ruang sembang,e-
mel dan Twitter.

iii) Komunikasi dalam kumpulan kecil biasanya melibatkan 5 hingga 10 orang.
Bentuk komunikasi seperti ini lebih kepada memenuhi keperluan hubungan
(seperti hubungan persahabatan, keluarga dan hubungan intim) serta dalam
situasi yang berbangkit seperti untuk menentukan tindakan disiplin atau
menyelesaikan konflik. Dalam situasi tersebut, akan wujud peluang bertukar
fikiran, menyelesaikan masalah dan perkongsian pengalaman. Di tempat kerja,

2

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

kumpulan kecil bertemu untuk membincangkan isu berkaitan kerja,
menyelesaikan masalah, atau untuk tujuan membina pasukan.

iv) Komunikasi awam juga dikenali sebagai pengucapan awam, dan melibatkan
komunikasi antara seorang penceramah dengan khalayak.Khalayak ini mungkin
terdiri daripada beberapa orang sahaja, atau berjumlah ribuan malah jutaan
pendengar. Matlamat penceramah biasanya untuk memberitahu atau memujuk
khalayak untuk bertindak,membeli atau berfikir mengikut keadaan tertentu.
Misalnya, seorang guru menerangkan tentang kod tatasusila atau peraturan
sekolah di perhimpunan, atau seorang ahli politik membuat ucapan tentang
bagaimana dia akan menangani sesuatu isu untuk memenangi undi. Seorang
eksekutif pula mungkin membuat pembentangan perniagaan untuk mendapatkan
jualan yang tinggi.

v) Komunikasi massa ialah komunikasi yang disebarkan daripada satu sumber
kepada penerima/pendengar yang ramai diseluruh dunia. Biasanya ia berlaku
melalui media seperti filem,radio,video dan televisyen. Saluran moden
komunikasi massa seperti Internet dan blog boleh menjadi sangat berkesan dan
berkuasa kerana maklumat tersebar secara serta-merta.

vi) Komunikasi korporat ialah komunikasi yang berlaku antara ahli dalam
sesebuah organisasi. Perhubungan sesama kumpulan, persidangan bersama
rakan sekerja, perbualan dengan penyelia atau pengurus, memberi penerangan
dan arahan kepada pekerja, temuduga dan membuat pembentangan adalah
antara contoh-contoh komunikasi korporat.

vii) Komunikasi antara budaya adalah komunikasi antara individu yang berbeza
budaya dan etniknya. Dunia semakin menjadi perkampungan global dan setiap
negara mempunyai rakyat dari berbilang kumpulan etnik. Oleh itu, amatlah
penting untuk mengenal pasti perbezaan amalan komunikasi budaya yang
berlainan jika ingin mengekalkan keharmonian dan persefahaman antara budaya
dan bangsa yang pelbagai.

Misalnya, di kebanyakan negara Asia, pelajar-pelajar akan jarang bercanggah
atau tidak bersetuju pendapat dengan guru mereka kerana perbuatan itu
dianggap biadap. Di negara barat pula, ia merupakan suatu yang normal untuk
pelajar-pelajar melibatkan guru mereka dalam perdebatan dan perbincangan.

3

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

Mengenali dan menghormati amalan komunikasi budaya bangsa yang berbeza
sangatlah penting.

2. Bahasa dan Format yang Sesuai

Untuk menghasilkan komunikasi berkesan, perlu mengambil kira khalayak yang menjadi
sasaran. Di tempat kerja, harus sentiasa memastikan supaya menggunakan bentuk
bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi. Pastikan sentiasa bertutur dengan sopan
untuk memupuk persefahaman dengan semua orang dalam apa jua bentuk komunikasi.

2.1 Bertutur dalam bentuk yang ringkas jika boleh. Elakkan bercakap dengan panjang
lebar atau menggunakan kata-kata yang sukar dan tidak perlu. Gunakan ungkapan yang
jelas untuk mengelakkan sukar difahami.

2.2 Gunakan format yang sesuai. Setiap organisasi menggunakan bentuk sapaan,
atau ungkapan tertentu, atau menganggap sesetengah bentuk komunikasi lebih sesuai
daripada bentuk lain untuk tujuan tertentu. Pelajarilah cara menggunakan format-format
ini dengan betul.

3. Kaedah Asas Komunikasi

Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan bergantung pada situasi tertentu.
Sesetengah bentuk komunikasi berguna dan sesuai digunakan dalam sesuatu situasi,
tetapi tidak semestinya dianggap sesuai dan beretika dalam situasi yang lain. Sebagai
contoh, apabila seseorang pekerja ingin melaporkan kepada ketuanya, dia perlu
memberikan laporan menggunakan format dan tatabahasa yang formal serta data yang
realistik. Tidak profesional sekiranya membuat nota di halaman Facebook ketuanya,
kerana Facebook ialah media sosial yang tidak formal dan tidak sesuai untuk
perbincangan rasmi. Semasa bekerja, amat penting bagi kita menggunakan kaedah
komunikasi yang sesuai pada setiap masa.

3.1 Kaedah komunikasi oral
i) Komunikasi oral atau secara pertuturan boleh dibuat melalui media berikut:

a) Perbualan bersemuka
b) Perbualan telefon

4

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

c) Temuduga
d) Persembahan
e) Perbincangan
f) Mesyuarat
g) Ceramah
h) Ucapan
i) Video melalui telefon
j) Persidangan video (gabungan audio dan video)
k) Fail media digital (Podcast, iaitu klip audio yang boleh diakses di internet)
l) Protokol penyuaraan Internet (VOIP), misalnya Skype.

3.2 Walaupun kebanyakan komunikasi mungkin akan dilakukan secara bertutur, cara ini
ada kelebihan dan kelemahannya.

i) Kelebihan komunikasi oral
a) Wujudnya kefahaman dan ketelusan yang tinggi dalam komunikasi melalui
pertuturan kerana ia antara perorangan.
b) Tiada elemen tegar dalam pertuturan. Pertuturan bersifat fleksibel dan
membenarkan perubahan dalam keputusan yang telah diambil.
c) Maklum balas berlaku secara spontan dalam pertuturan. Maka keputusan
boleh dibuat tanpa bertangguh.
d) Pertuturan bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan wang dan tenaga.
e) Pertuturan ialah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Konflik dapat
diselesaikan melalui perbincangan.
f) Pertuturan ialah elemen terpenting dalam semangat berpasukan.
g) Pertuturan menggalakkan sikap terbuka dan merangsang semangat sesama
pekerja dalam organisasi.
h) Pertuturan merupakan cara terbaik untuk menyampaikan maklumat/hal sulit
dan peribadi.

ii) Kelemahan/kekangan komunikasi oral
a) Bergantung hanya kepada pertuturan mungkin tidak memadai dalam
komunikasi perniagaan kerana ini memerlukan komunikasi yang formal dan
terancang.

5

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

b) Pertuturan kurang boleh dipercayai daripada komunikasi bertulis kerana ia
lebih bersifat tidak formal dan kurang tersusun.

c) Pertuturan dalam interaksi harian menjimatkan masa, tetapi dalam mesyuarat,
ucapan yang panjang mengambil masa dan ada kalanya tidak produktif.

d) Pertuturan tidak mudah dikekalkan dan berubah-ubah sifatnya.
e) Kemungkinan timbul salah faham jika maklumat yang diperlukan tidak lengkap.
f) Memerlukan perhatian dan sikap terbuka penerima atau khalayak.
g) Pertuturan (seperti ucapan) tidak sah digunakan sebagai rekod undang-

undang kecuali dalam kerja penyiasatan.

3.3 Komunikasi bertulis
Bentuk bertulis lebih sesuai digunakan apabila maklumat terperinci perlu disediakan,
seperti maklumat angka dan fakta. Jenis komunikasi bertulis di tempat kerja adalah
seperti berikut:

i) Surat
ii) Pekeliling
iii) Memo
iv) Notis
v) Laporan
vi) Minit mesyuarat
vii) E-mel

4. Bahasa Gerak-Geri dan Gerak Isyarat

Senyuman, gerak isyarat dan pergerakan badan tertentu menghantar mesej kepada
orang di sekeliling anda. Inilah yang dinamakan bahasa gerak-geri. Bahasa gerak-geri
akan mempengaruhi pandangan orang lain tentang kita. Begitu juga pandangan kita
sendiri tentang orang lain atau ‘angin’ (mood) mereka akan dipengaruhi oleh bahasa
gerak-geri mereka.

4.1 Bahasa gerak-geri dan gerak isyarat boleh memberi petunjuk dan maklumat
tambahan dan makna melebihi pertuturan.Ia boleh:

i) Mengukuhkan atau mengubah suai apa yang dikatakan.Sebagai contoh, orang
mungkin mengangguk kepala mereka apabila berkata "Ya" untuk menekankan
bahawa mereka bersetuju dengan orang lain.

6

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

ii) Menyampaikan maklumat mengenai keadaan emosi seseorang.
iii) Menentukan atau mengukuhkan hubungan antara beberapa orang.
iv) Memberi maklum balas kepada seseorang.
v) Mengawal aliran komunikasi, contohnya dengan isyarat kepada orang lain

bahawa mereka telah selesai berbicara atau ingin mengatakan sesuatu.

Membela diri Angkuh Jengkel

Sakit hati Gembira Bingung Risau

Rajah 1 Bahasa gerak-geri

4.2 Mentafsir bahasa gerak-geri dan isyarat tidak selalunya mudah.Cara komunikasi
dipengaruhi oleh konteks ketika ia berlaku.Sebagai contoh,anggukan kepala antara
rakan-rakan sekerja dalam mesyuarat mungkin membawa sesuatu maksud tertentu.
Akan tetapi, isyarat yang sama mungkin membawa maksud yang berbeza apabila
digunakan dalam menyapa seseorang yang kita kenal ketika melihatnya di seberang bilik
yang sesak.Lebih rumit lagi, biasanya tidak mungkin untuk mentafsir isyarat atau
ungkapan dengan tepat tanpa mengetahui konteksnya. Budaya juga memainkan
peranan yang penting dalam mentafsirkan bahasa gerak-geri dan gerak isyarat.

4.3 Bahasa gerak-geri ada yang positif dan ada yang negatif, bergantung postur, iaitu
kedudukan atau posisi badan kita.

4.4 Bahasa gerak-geri positif disampaikan melalui postur ‘terbuka’, manakala bahasa
gerak-geri negatif disampaikan melalui postur ‘tertutup’. Kedua-dua jenis kedudukan
badan ini boleh mencerminkan tahap keyakinan dan status seseorang, serta
keterbukaannya terhadap orang lain.

7

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

i) Postur terbuka
Postur terbuka biasanya menyampaikan sifat terbuka, serta kesediaan
mendengar atau memberi perhatian kepada orang lain. Contoh postur terbuka
ialah duduk dengan kedua-dua tangan diletakkan di atas tempat sandaran
tangan kerusi ketika menghadap seseorang.

ii) Postur tertutup
Postur tertutup mungkin menandakan rasa tidak selesa atau tidak berminat.
Seseorang yang menunjukkan postur tertutup akan duduk dengan tangan atau
kakinya bersilang, atau dalam kedudukan yang sedikit menghadap ke arah lain
dari orang yang sedang berinteraksi dengannya.

Membela Postur tertutup menandakan sikap Postur terbuka menandakan sikap
diri tertutup terbuka

Rajah 2 Contoh postur tertutup dan terbuka

4.5 Bahasa gerak-geri perlu sentiasa positif kerana ia menyampaikan mesej kepada
orang yang bercakap dengan kita. Berikut ini ialah beberapa petua :

i) Jangan membongkok atau mengelak orang yang sedang bercakap dengan
kita. Badan harus tegak tetapi bukan tegang.

ii) Buat hubungan mata tetapi jangan menjegil.
iii) Angguk sekali-sekala tanda mengiktiraf hal penting dalam perbualan.

8

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

iv) Berdiri dengan menggenggam tangan secara longgar di hadapan badan.
Jangan menyilang tangan di dada.

v) Jangan bergerak-gerak dengan gelisah.

4.6 Pencerminan
Pencerminan ialah peniruan isyarat bukan lisan seseorang yang lain dan biasanya
berlaku tanpa disedari.

Pencerminan mewujudkan hubungan dan persefahaman yang lebih baik dengan individu
yang kita cerminkan. Sebaliknya, orang yang kita cerminkan itu pula akan berasa seperti
mempunyai hubungan yang lebih baik dengan kita. Pencerminan isyarat bukan lisan
orang lain menunjukkan kita memberi perhatian kepadanya, dan bersetuju dengan kata-
katanya.

Pencerminan isyarat orang lain
supaya diterima orang itu

Bersependapat

Rajah 3 Pencerminan

5. Cara Penyampaian Maklumat dan Idea

Dalam situasi biasa dan tidak formal, kita mudah bercakap dan tidak teragak-agak
berkomunikasi dengan orang lain. Akan tetapi, dalam situasi formal dan rasmi, ramai
orang berasa gementar dan tidak mudah bercakap. Bercakap secara berkesan dalam
situasi formal memerlukan latihan dan juga amalan, di samping kemahiran.

9

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

5.1 Berikut ialah beberapa petua yang akan membolehkan anda menyampaikan idea
dengan jelas:
i) Bahasa yang mudah difahami

Ingatlah bahawa bahasa percakapan seharian boleh mengelirukan orang
lain.Gunakan bahasa yang lebih mudah difahami pendengar.
ii) IIlustrasi
Kajiselidik telah membuktikan bahawa lebih 60% orang ramai cenderung
memahami maklumat dengan lebih berkesan jika maklumat ini disampaikan dalam
bentuk visual. Ilustrasi boleh menarik perhatian pendengar.
iii) Idea yang tersusun
Idea yang tersusun akan membolehkan pendengar kekal pada tahap yang sama
kerana mereka gemar pada idea yang jelas dan tersusun.
iv) Fokuskan perbincangan kepada perkara utama
Bincangkan perkara yang difikirkan paling penting dan jangan bebankan
pendengar dengan maklumat yang tidak perlu.
v) Ringkaskan
Rumusan anda akan menjelaskan maksud anda, dan pendengar akan berupaya
mengekalkan maklumat yang telah diberikan.

6. Kesedaran Budaya

Sensitiviti budaya bermula dengan pemahaman bahawa terdapat perbezaan antara
budaya. Kita perlu mengakui kenyataan bahawa wujudnya perbezaan serta persamaan
budaya tanpa menilai perbezaan budaya tersebut (iaitu, mana satu yang lebih baik atau
lebih buruk, betul atau salah).

6.1 Mewujudkan kepekaan dan pemahaman tentang kumpulan etnik yang berbeza
biasanya melibatkan perubahan sikap dalaman dan nilai-nilai seseorang. Membina
kesedaran dan kepekaan memerlukan sifat keterbukaan dan fleksibiliti ketika berhubung
dengan orang lain.

6.2 Perlu membiasakan diri dengan ciri-ciri budaya tertentu, sejarah, nilai murni, sistem
kepercayaan dan tingkah laku ahli-ahli kumpulan etnik yang lain. Kita tidak boleh belajar
segala-galanya tentang budaya lain tetapi kita boleh memupuk kesedaran budaya kita.

10

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

Berikut adalah beberapa cadangan:
i) Wujudkan kesedaran.Perhatikan sikap pilih kasih dan prejudis sendiri. Sedar akan
norma budaya, sikap,kepercayaan dan kepelbagaian nilai.
ii) Jangan biarkan perbezaan budaya (pilihan) menjadi asas kepada kritikan dan
pertimbangan.
iii) Wujudkan persahabatan dengan perasaaan saling menghormati dan keinginan
untuk memahami.
iv) Bersikap jujur dan tunjukkan yang anda ambil berat tentang orang lain dan ikhlas
mahu membantu.
v) Ambil masa untuk mendengar. Jika anda tidak faham, atau anda tidak difahami,
ambil masa untuk mengetahui mengapa atau bertanya soalan.
vi) Peroleh pengetahuan mengenai budaya lain dengan menghadiri kelas atau
seminar, membaca buku atau menonton filem mengenai budaya lain, dan
menghadiri acara kebudayaan/perayaan.

6.3 Membangunkan sikap kompeten budaya merupakan suatu proses yang berterusan.
Penting untuk kita melihat semua orang sebagai individu yang unik dan menyedari
bahawa pengalaman, kepercayaan, nilai-nilai dan bahasa mereka mempengaruhi cara
berinteraksi dengan orang lain, juga dengan masyarakat yang lebih umum. Kita juga
harus sedar bahawa wujud perbezaan wujud dalam budaya. Anggapan bahawa semua
ahli sesuatu kumpulan etnik, bahasa atau agama berkongsi satu budaya yang sama
adalah tidak tepat.

11

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :
SOALAN/QUESTIONS :
Drpd / of : 13

1. Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi oral?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Bagaimanakah caranya menyampaikan maklumat secara komunikasi oral?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Mengapakah bahasa gerak-geri dan gerak isyarat penting dalam proses komunikasi?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

12

NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015-M01/P(2/3) Muka Surat / Page :

Drpd / of : 13

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Baden E., (2007). “Communication in the workplace”, Milton, Qld:Wiley. ISBN 0-7314-

0650-8.

2. Perkins P. S.; Brown L., (2008). “The Art and Science of Communication: Tools for

Effective Communication in the Workplace”, Wiley,ISBN-13 978-0470247594.

3. Ting Toomey, S.; Chung, L.C., (2012). “Understanding intercultural communication”,

Oxford University Press New York, ISBN- 9780199739790.

4. https://www.inc.com/encyclopedia/oral-communication.html
5. http://seedtraining.com.au/non-verbal-communication/
6. http://study.com/academy/lesson/oral-communication-definition-types-

advantages.html
7. http://wikieducator.org/INTRODUCTION_TO_COMMUNICATION
8. http://wps.pearsoned.co.uk/ema_uk_he_robbins_orgbeuro_1/151/38822/99385

74.cw/content/index.html
9. http://www.newsky24.com/bodylanguage/
10. http://www.writerswrite.com/journal/aug97/effective-writing-for-the-workplace-8976

13


Click to View FlipBook Version