MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
UNIT 8: PENYAMAN UDARA
8.1 JENIS-JENIS PENYAMAN UDARA
Terdapat pelbagai jenis sistem penyaman udara yang digunakan di negara kita, sama ada jenis
domestik atau komersial. Dalam pembelajaran ini diterangkan sistem penyamanan udara komersial dan
domestik yang merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan udara. Sistem penyamanan udara
domestik terbahagi kepada empat :
a. Sistem penyamanan udara jenis tingkap
b. Sistem penyamanan udara unit terpisah
c. Sistem penyamanan udara unit terpisah terbilang
d. Unit penyamanan udara unit bungkus ( kemas siap )
8.1.1 Penyamanan Udara Unit Tingkap
Unit tingkap atau unit bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah bilik.
Keupayaan sesuatu unit bergantung kepada luas bilik . Bilik yang luas memerlukan unit yang
berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil . Walaubagaimanapun, jika sesebuah
unit berkeupayaan tinggi hendak digunakan bagi lebih daripada sesebuah bilik penyusunan bilik
hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik .
Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap :
i. Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal suhu secara
berasingan
ii. Salur udara tidak diperlukan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak
iii. Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan
iv. Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubah-ubah ( kekal )
Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap :
i. Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap
ii. Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar
iii. Selalunya unit ini dipasangkan di dinding, oleh itu kadangkala dinding terpaksa dipecahkan
iv. Sekiranya berlaku kerosakan, sukar untuk menurunkan unit tersebut kebawah secara
berseorangan
Unit 8 -1
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Litar Pendawaian Elektrik Unit Tingkap
Litar pendawaian unit tingkap berbeza antara satu jenama dengan jenama yang lain.
Bagaimanapun pada asasnya litar pendawaian sistem penyamanan udara unit tingkap adalah sama.
Perbezaannya hanya dari segi tambahan komponen elektrik yang digunakan untk tujuan kelicinan
pergerakan unit atau tujuan publisiti perniagaan.
8.1.2 Penyamanan Udara Unit Terpisah
Unit terpisah atau split unit adalah sistem penyamanan udara yang berasingan unit penyejatan
dan pemeluwapannya. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian unit dalam dan unit luar . Unit dalam
terdiri daripada pemeluwap, pemampat, kipas pemeluwap serta alat tambah lain yang dipasangkan
setempat. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan. Unit dalam dipasangkan di dalam
bilik yang hendak dinyamankan sementara unit luar dipasangkan diluar bilik. Terdapat tiga jenis reka
bentuk unit terpisah :
i. Lekapan dinding
ii. Lekapan lantai
iii. Gantungan siling
Ketiga – tiga reka bentuk terpisah ini semakin popular digunakan dewasa ini kerana :
i. Pemasangannya lebih mudah dan cepat.
ii. Tidak perlu tebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan.
iii. Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi.
iv. Keduduka dua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah mengikut kehendak
penggunanya.
v. Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.
Litar Pendawaian Elektrik Unit Terpisah
Litar pendawaian elektrik unit terpisah berbeza daripada unit tingkap kerana unit luar dan unit
dalam mempunyai pendawaian yang berasingan. Pendawaian unit dalam agak kompleks kerana banyak
terdapat komponen tambahan untuk mengawal pergerakan kipas penyejat dan mengawal suhu.
Pendawaian unit luar agak mudah tetapi banyak komponen penting yang dipasangkan seperti motor
pemampat, motor kipas pemeluwap dan kapasitor.
Unit 8 -2
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit Terpisah Jenis Lekapan Dinding
Unit 8 -3
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit Terpisah Jenis Lekapan Lantai
8.1.3 Penyamanan Udara Unit Terpisah Berbilang
Penyamanan udara unit terpisah berbilang ( multi split unit ) mempunyai satu unit luar dan
beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit dan tidak melebihi tiga unit.
Unit dalam yang digunakan boleh dipilh daripada ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah mengikut
citarasa pengguna. Unit terpisah berbilang ini digunakan untuk rumah kediaman atau pejabat yang
mempunyai bilik yang banyak.
Kebaikan unit terpisah berbilang :
Unit 8 -4
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
i. Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat.
ii. Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit tingkap.
iii. Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah.
Sistem pemaipan unit ini tidak jauh bezanya daripada unit terpisah kecuali unit luarnya
disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam. Unit luarnya pula mestilah berkeupayaan untuk
memampat dan menyingkirkan haba dari dua atau tiga penyejat. Oleh itu banyak alat tambah
digunakan seperti sub-akumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah haba dan
penerima.
8.1.4 Sistem Penyamanan Udara Unit Bungkus ( Package )
Penyamanan udara unit bungkus menempatkan semua komponen kitar penyamanan udara
didalam satu tempat, seolah-olah ia dibungkus. Ia di digunakan untuk bilik yang luas dan besar.
Kekuatan pemampat unit ialah sehingga 5 k.k. Unit bungkus dingin air, kekuatan pemampatnya
sehingga 10 k.k.
Unit bungkus terbahagi kepada 2 :
a. Unit Bungkus Dingin Udara
Unit ini menggunakan udara sebagai medium pembuangan haba. Daya penyerapan haba unit
ini adalah tinggi iaitu daripada 483000kJ/jam hingga 153300 kJ/jam untuk kekuatan pemampat unit 5
k.k hingga 10 k.k.
b. Unit Bungkus Dingin Air
Ia pula menggunakan air sebagai medium pembuangan haba daripada penyejat. Disamping
itu unit bungkus menggunakan menara pendinginan untuk mempercepatkan pembuangan daripada
air. Daya penyerapan habanya juga tinggi, Kira-kira 34400 kJ/jam hingga 126000 kJ/jam bagi kekuatan
pemampat 5 hingga 10 k.k .
Unit 8 -5
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Unit 8 -6
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
c. Menara Pendinginan
Dalam unit penyejukan dan penyaman udara yang menggunakan sistem pendingin air, haba
yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada satu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk
menyerap haba ini menyingkirkan haba keudara dan disejukkan semula dengan menggunakan
peralatan yang dinamakan menara pendinginan. Menara pendinginan adalah alat yang digunakan
untuk menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air yang menyerap haba dari penyejat dan
pemampat.
Fungsi Menara Pendinginan
Fungsi menara pendinginan ialah menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan air
panas yang menyerap haba dari pemeluwap dingin-air. Air yang yang digunakan sebagai medium
pemeluwapan dan pendinginan ini termasuklah air sungai, air kolam, air tasik dan juga daripada
bekalan air paip .Air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat daripada penyejatan.
Menara pendinginan menyejukkan air dari pemeluwap dingin-air dengan bantuan proses peredaran
udara.
Menara Pendinginan
Unit 8 -7
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
8.2 KOMPONEN DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS
8.2.1 Kitaran Penyejukan (Refrigeration Cycle)
Semasa refrigerant mengalir mengelilingi sistem, ia akan melalui beberapa pertukaran bentuk
dan keadaan, setiap keadaan ini dinamakan proses. Refrigerant akan bermula dalam satu keadaan
atau bentuk dan akan melalui perubahan-perubahan di mana akhirnya akan balik kepada bentuk
permulaanya. Perubahan proses ini dikenali sebagai kitaran penyejukan (refrigeration cycle). Kitaran
asas adalah terdiri dari proses berikut,
1. Pengembangan (expansion)
2. Pemeluapan (vaporization)
3. Mampatan (compression)
4. Penyejatan (condensation)
1. Pengembangan
Bermula dari receiver, cecair refrigerant dalam keadaan suhu dan tekanan tinggi (suhu didih dan
sejatnya juga tinggi) akan dialirkan ke saluran cecair (liquid line) dan seterusnya akan melalui
satu alat kawalan pangaliran yang dikenali sebagai peranti permeteran (metering device).
Tekanan ke atas cecair akan direndahkan kepada tekanan evaporator apabila refrigerant
tersebut mengalir melewati peranti permeteran. Sebahagian dari refrigerant tersebut akan
mendidih apabila melalui peranti tersebut.
2. Pemeluwapan
Di dalam evaporator cecair refrigerant akan mendidih (vaporize) pada tekanan dan suhu
yang mantap kerana haba dari sekeliling evaporator akan memberikannya haba pendam yang
mencukupi. Kesemua cecair refrigerant akan bertukar kepada bentuk wap/gas di dalam
evaporator dan akan meninggalkan evaporator dalam keadaan panas lampau (superheat).
Walaupun wap yang meninggalkan evaporator akan menyerap haba dari udara sekelilingnya di
dalam saluran sedutan (suction line), namun kesannya terhadap suhu dan tekanannya adalah
minimum.
Unit 8 -8
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
3. Mampatan
Dengan aksi oleh pemampat wap refrigerant akan disedut dari evaporator melalui saluran
sedutan dan terus ke dalam silinder di mana ia dimampatkan kepada tekanan dan suhu yang
tinggi dan akan di discaskan ke dalam saluran discas (discharge line).
4. Penyejatan
Wap refrigerant bertekanan dan suhu tinggi dari discharge line akan dialirkan ke dalam
condensor di mana habanya dikeluarkan dari refrigerant (disejukkan) oleh udara dari kipas.
Apabila wap bersuhu tinggi mengeluarkan kandungan habanya, suhu akan turun dan apabila
mencapai suhu tepu pemeluapannya wap refrigerant akan bertukar kepada bentuk cecair.
Apabila ia keluar mengalir dari condensor ke semua wap telah bertukar 100% ke bentuk cecair
dalam keadaan tekanan tinggi dan sub dingin (sub cooling). Seterusnya ia akan dialirkan balik
ke receiver dan bersedia untuk proses kitaran semula.
8.2.2 Bahagian Utama Dalam Sistem Penyejukan
1. Receiver
Fungsinya untuk menempatkan (storage) cecair refri-gerant dari condensor supaya bekalan
cecair refrigerant sentiasa dapat dibekalkan kepada evaporator apabila diperlukan.
2. Liquid Line
Berfungsi sebagai pengalir kepada cecair refrigerant dari receiver kepada peranti permeteran
sistem.
3. Peranti Permeteran
Berfungsi sebagai pengawal kuantiti pengaliran refrigerant ke dalam evaporator, kuantiti yang
kecil (sedikit) akan dapat mendidihkan cecair refrigerant di dalam evaporator dan dengan itu
dapat mengekalkan tekanan rendah di dalamnya.
4. Evaporator
Berfungsi sebagai tempat pemindah haba oleh bahan pendingin yang mendidih.
5. Suction Line
Berfungsi sebagai saluran pengaliran wap bahan pendingin dalam keadaan tekanan
rendah ke pemampat.
Unit 8 -9
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
6. Pemampat (compressor)
Berfungsi untuk menyedut wap bahan pendingin dari evaporator dan meninggikan tekanan
dan suhunya kepada satu tahap di mana wap bahan pendingin tersebut dapat condense pada
suhu rendah dari suhu sekeliling.
7. Saluran discas (discharge line)
Berfungsi sebagai saluran untuk mengalirkan wap bahan pendingin dalam keadaan tekanan
dan bersuhu tinggi dari pemampat ka condensor.
8. Pemeluwap (condensor)
Berfungsi sebagai tempat pemindah haba oleh bahan pendingin kepada sekeliling.
8.3 KAPASITI PENYEJUKAN
Unit 8 -10
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Bahagian Tekanan Tinggi Dan Tekanan Rendah
Sistem penyejukan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian mengikut tekanan yang terdapat
dalam kitarannya seperti berikut,
1. Tekanan Rendah
Bahagian tekanan rendah sistem mengandungi komponen peranti permeteran,
evaporator dan suction line. Tekanan yang dibuat oleh bahan pendingin di dalam komponen-
komponen ini adalah rendah dari di bahagian komponen lainya. Jika kita lihat dari pengaliran
kitarannya ia bermula dari peranti permeteran hinggalah ke suction line, oleh itu bahagian ini
dikenali sebagai bahagian tekanan rendah (low side pressure).
2. Tekanan Tinggi
Bahagian tekanan tinggi sistem mengandungi komponen-komponen discharge line,
condensor, receiver dan liquid line. Tekanan yang dibuat oleh bahan pendingin di dalam
komponen ini adalah lebih tinggi dibandingkan dengan komponen di atas, bahan
pendinginnya dalam keadaan baru lepas dari proses dimeluwapkan, ia bermula dari discharge
line hingga ke liquid line. Oleh itu bahagian ini dikenali sebagai bahagian tekanan tinggi (high
side pressure).
Titik pemisahan di antara bahagian tekanan rendah dan tinggi di dalam sistem ialah
di peranti permeteran di mana tekanan wap refrigerant direndahkan dari condensing pressure
ke vaporizing pressure, dan discharge valve di dalam compressor juga adalah titik pemisahan
kedua di mana wap refrigerant telah dimampatkan dari tekanan rendah ke tekanan tinggi.
Walaubagaimanapun terdapat empat lagi bahagian yang berhubung kait dengan kedua-dua
tekanan diatas iaitu :
i. Bahagian Penyerapan
Komponen yang terlibat ialah penyejat wap. Cecair bahan pendingin yang mempunyai suhu dan
tekanan yang rendah akan menyerap haba dari ruang kabinet H1. Cecair bahan pendingin akan
bertukar kepada gas selepas proses penyerapan dan di dalam saluran sedutan ke semua gas bahan
pendingin akan menjadi haba lampau wap.
ii. Bahagian Pemampatan
Unit 8 -11
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Komponen yang terlibat ialah pemampat. Gas bahan pendingin dari penyejat akan
dimampatkan bersama-sama haba yang diserap ketakat tekanan dan suhu yang lebih tinggi (H2).
Bahan pendingin yang keluar dari pemampat dikenali sebagai haba lampau gas yang mempunyai
tekanan dan suhu yan tinggi.
iii. Bahagian Penyingkiran
Komponen yang terlibat ialah pemeluwap. Haba lampau gas dari pemampat akan disingkirkan
disini melaluli medium air atau udara. Haba yang disingkirkan ialah H3, iaituhaba yang diserap, H1,
dicampurkan dengan haba yang dimampat, H2,. Selepas haba disingkirkan bahan pendingin akan
bertukar kepada cecair panas. Bahan pendingin akan disubdinginkan pada lingkaran terakhir
pemeluwap.
iv. Bahagian Pengembangan
Komponen yang terlibat dalam bahagian ini ialah injap pengembang atau peranti permeteran.
Cecair bahan pendingin dalam keadaan dan suhu tinggi akan melalui ruang kemasukan yang kecil pada
injap pengembang dan akhirnya tekanan dan suhu akan jatuh. Bahan pendingin yang keluar dari injap
pengembang menjadi cecair yang mempunyai suhu dan tekanan yang rendah dan sedia untuk
menyerap haba di dalam penyejat.
8.3.1 Saluran Penghubung
Saluran penghubung adalah saluran yang menghubungkan antara satu komponen dengan
komponen yang lain untuk melengkapkan satu kitar. Terdapat beberapa saluran penghubung yang
penting.
a. Saluran sedutan menghubungkan penyejat dengan pemampat.
b. Saluran luahan menghubungkan pemampat dengan pemeluwap.
c. Saluran pemeluwap menghubungkan pemeluwap dengan penerima.
d. Saluran cecair menghubungkan penerima dengan injap pengembang.
Unit 8 -12
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
8.3.2 Sistem Kendalian
1. Menghidupkan Motor :
Terdapat beberapa cara untuk memulakan atau menghidupkan motor elektrik. Cara
memulakan operasi sesebuah motor berlainan antara satu sama lain. Motor boleh
dihidupkan dengan menggunakan empat jenis penghidup iaitu :
a. Penghidup talian terus (D.O.L )
b. Penghidup bintang delta
c. Penghidup auto transformer
d. Penghidup rintangan pemutar
2. Tugas dan Prinsip Alat Kawalan Motor
a. Geganti Beban Lampau
Geganti beban lampau direka bagi bentuk untuk dua tujuan :
i. Digunakan secara automatic, iaitu berfungsi apabila dipasang ditempat yang sukar
ditanggalkan dan dikendalikan secara manual.
ii. Geganti beban lampau boleh dilaraskan dengan mudah untuk tujuan memutus antara 85
hingga 115% kadar pemutus bagi unit panas. Gerakan pemutus bagi litar kawalan
memerlukan perbezaan pengembangan dua logam yang mempunyai perbezaan
pengembangan semasa panas. Arus yang berlebihan akan menjadikan logam
mengembang dan menolak bar dan seterusnya menolak angker. Dengan itu sesentuh
lazim tutup akan terbuka dan motor akan berhenti beroperasi.
b. Pengasing ( Isolator)
Adalah alat yang digunakan dalam litar kawalan motor bertujuan untuk mengasingkan atau
memutuskan litar bekalan dengan litar yang disambungkan kepada beban. Pengasing terbahagi
kepada beberapa jenis seperti pengasing tiga fasa, pengasing dua fasa dan pengasing satu fasa .
c. Fius
Unit 8 -13
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Fius terdiri daripada alat atau komponen yang kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar untuk
melindungi litar elektrik. Bekalan dan arus yang berlebihan daripada kadar keupayaan fius yang
dipasangkan pada litar elektrik akan menyebabkan fius terputus. Apabila fius terputus litar elektrik
juga akan terputus bekalan voltannya dan secara tidak langsung menyelamatkan alat elektrik yang
digunakan. Fius juga berfungsi untuk memutuskan litar jika berlaku litar pintas pada litar elektrik.
d. Punat Tekan
Punat tekan adalah komponen yang digunakan untuk menghidupkan atau memberhentikan
operasi sesuatu alat elektrik. Punat tekan terbahagi kepada dua iaitu :
i. Punat tekan mula
Punat tekan mula mempunyai sepasang sesentuh lazim buka yang akan tertutup apabila
punatnya ditekan. Apabila sesentuh lazim buka tertutup arus akan mengalir dalam litar.
ii. Punat tekan henti
Punat tekan henti mempunyai sepasang sesentuh lazim tutup yang akan terbuka apabila
punatnya ditekan dan sekali gus memutuskan litar.
e. Sesentuh
Sesentuh merupakan bahagian pembawa arus yang terdekat kepada kelengkapan litar kuasa
motor apabila penyentuh tertutup. Bahagian sesentuh yang tidak bergerak dilekatkan pada tapak
penyentuh dan bahagian bergerak pula dicantumkan pada satu bar atau pembawa sesentuh yang
digerakkan oleh angker. Sesentuh terbahagi kepada dua :-
i. Sesentuh Lazim Buka
Sesentuh ini akan terbuka semasa penyentuh belum bertenaga. Pada kedudukan ini arus tidak
akan mengalir ke dalam litar.
ii. Sesentuh Lazim Tutup
Sesentuh ini akan tertutup semasa penyentuh belum bertenaga. Arus akan mengalir dan akan
berhenti apabila penyentuh sudah bertenaga.
Unit 8 -14
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
8.4 PENYENGGARAAN SISTEM PENYAMANAN UDARA
Penyenggaraan bagi semua unit penyamanan udara boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu
pemeriksaan harian dan pemeriksaan tetap. Pemeriksaan harian biasanya dilakukan sendiri oleh
pengguna, misalnya semasa unit mula beroperasi, sedang beroperasi dan semasa berhenti
beroperasi. Selain itu pengguna haruslah peka terhadap kedinginan dan penyamanan ataupun
perubahan suhu didalam bilik. Ini penting untuk mengesan sebarang kerosakan. Pemeriksaan tetap
pula dilakukan oleh seseorang mahir tentang alat penyaman udara. Apabila sesebuah unit penyaman
udara hendak diperiksa atau disenggara pastikan unit tersebut tidak beroperasi dan tiada pengaliran
arus elektrik. Pastikan palam tiga pin dikeluarkan daripada soket alir keluar.
a. Pembersihan Penyaring Udara
Pembersihan penyaring udara mestilah dilakukan sebelum dan selepas operasi dan 2 minggu
sekali pada masa unit itu beroperasi. Kekotoran pada penyaring udara akan mengurangkan kadar
aliran udara dan mengurangkan keupayaan penyerapan haba. Pembersihan hendaklah dilakukan
dengan membasuh penyaring tersebut dan mengeringkannya terlebih dahulu sebelum digunakan
kembali. Jangan biarkan unit beroperasi tanpa penyaring.
b. Pembersihan Peresap Udara
Semasa membersihkan peresap udara, elakkan menyembur air terus kepada permukaan
peresap. Gunakan kain basah untuk menggilapkannya. Menggunakan air panas boleh
menghilangkan warna atau menukarkan warna asal. Menggunakan bahan-bahan kimia lain tidak
digalakkan kerana kesan jangka panjang terhadap warna peresap tersebut .
c. Penyenggaraan Sebelum Masa Operasi
Pemeriksaan laluan udara dari dalam dan luar pada unit penyamanan hendaklah dilakukan
untuk memastikan tidak ada benda-benda yang boleh menghalang laluan udara. Selain itu ujian bagi
pemutus litar juga dilakukan sebagai langkah keselamatan untuk melindungi unit ini.
d. Penyenggaraan Selepas Masa Operasi
Selepas unit ini dihentikan dari operasi tidak bermakna unit tersebut terus berhenti . Untuk
penyenggaraan yang baik biarkan kipas berpusing untuk beberapa lama bagi mengeringkan
komponen pada unit tersebut. Kadar air yang banyak bertakung pada unit tersebut akan
menyebabkan terjadinya karat. Penyenggaraan yang selalu dilakukan menjadikan unit beroperasi
dengan lancar dan tidak menimbulkan masalah. Selain itu tempoh hayat unit penyamanan udara
menjadi lebih panjang.
Unit 8 -15
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Tujuan penyelenggaraan penyaman udara ialah untuk memastikan unit tersebut berfungsi
dan beroperasi dengan baik sepanjang masa tanpa sebarang kesulitan dan kerosakan yang serius.
i. Menyelenggara Penyaman Udara Tingkap
Prosedur senggaraan :
a. Keluarkan unit daripada kerangka dan letakkan diatas sebuah meja.
b. Dengan menggunakan meter pelbagai, uji litar pendawaian termasuk kesemua elektrik yang
berkaitan.
c. Buka dan tanggalkan penyaring udara, cuci dengan air bersih dan keringkan.
d. Keluarkan motor kipas dan tanggalkan kedua-dua kipas pemeluwap dan penyejat . Bilah-bilah
kipas tersebut juga perlu dibersihkan. Jika perlu letakkan minyak pada aci pada motor kipas.
e. Bersihkan penyejat dan pemeluwap dengan air dan jika perlu betulkan sirip pada permukaan
kedua-dua penyejat dan pemeluwap dengan menggunakan sikat sirip.
f. Apabila semua komponen yang dibersihkan telah kering dipasangkan kembali komponen yang
ditanggalkan tadi seperti asal.
g. Buat pendawaian semula mengikut gambarajah pendawaian pada badan unit atau
sambungkan semula dawai-dawai yang telah ditandakan sebelum ditanggalkan.
h. Uji pendawaian, pusingan kipas dan skru-skru pengikat
i. Uji unit sama ada beroperasi atau tidak dengan memasukkan bekalan elektrik. Sekiranya unit
berfungsi dan beroperasi masukkan kembali unit ke dalam kerangkanya.
ii. Menyelenggara Unit Penyaman Udara Terpisah
Cara menyelenggara penyaman udara unit terpisah juga hampir sama dengan cara
menyelenggara unit tingkap. Walaubagaimanapun unit tersebut tidak perlu dikeluarkan dari
kerangkanya.
Prosedur senggaraan :
a. Pembersihan turas udara sebaik-baiknya dicuci seminggu sekali dengan air yang bersih atau
menggunakan pembersih vakum.
b. Membersihkan panel hadapan bagi unit dalam hendaklah dilakukan dengan menggunakan
kain basah tanpa minyak.
c. Pemeriksaan dan ujian suhu udara keluar dan udara masuk kedua-dua unit dalam dan unit
luar.
d. Menguji kipas sama ada berfungsi dengan sebaiknya.
Jika ada bahagian yang rosak yang perlu digantikan, maka kerja-kerja membaiki perlu dilakukan.
Untuk mengelakkan pembaziran bahan pendingin jika berlaku kerosakan
Unit 8 -16
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
e. Besar, bahan pendingin boleh dikumpulkan dibahagian unit luar dengan melakukan proses
`pump down’.
iii. Menyelenggara Penyaman Udara Unit Bungkus
Cara senggaraan yang dilakukan bagi penyaman udara unit bungkus serupa dengan unit tingkap.
Perbezaanya ialah unit bungkus tidak perlu dikeluarkan unitnya daripada kerangka. Ujian
pendawaian, ujian tekanan dan suhu perlu dilakukan dengan teliti kerana unit ini melibatkan kos
penyelenggaraan yang besar. Pembersihan turas udara perlu juga dilakukan dengan baik kerana
turas udara unit bungkus menuras udara dalam ruang yang luas.
iv. Menyenggara Sistem Air Dingin
Pemeriksaan semasa unit sedang beroperasi :
a. Ujian penebatan alat elektrik
b. Pelarasan larian unit pelega
c. Pemeriksaan tempoh operasi ( log )
d. Pelarasan larian pendingin air
Prosedur senggaraan :
a. Menanggalkan, memeriksa dan membersihkan unit pelega
b. Menukarkan minyak pelincir atau menambahkannya
c. Membersihkan tangki minyak
d. Memeriksa, membersih atau mengganti penuras minyak
e. Memeriksa alat-alat berputar
f. Pemeriksaan tempoh operasi unit
g. Memeriksa keadaan skala didalam pemeluwap
h. Memeriksa atau jika perlu menggantikan termostat perlindungan sejuk beku
i. Ujian kebocoran
j. Mengecas bahan pendingin
k. Ujian fungsi antara kawalan konsol dan pemula motor
l. Pelarasan larian bagi pendingin
m. Memeriksa bahan pendingin
n. Memeriksa dan membersihkan serbuk apung
o. Menanggalkan memeriksa pam minyak
p. Memeriksa secara pemerhatian sesentuh utama dan pengubah
Unit 8 -17
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
q. Pelarasan larian bagi unit pelega
r. Menambahkan bahan pendingin
s. Vakum pengeringan
Maklumat prosedur mevakum unit seperti berikut :
Seperti di keterangan sebelumnya sistem kitaran penyejukan diperlukan supaya beroperasi
dalam keadaan di mana ia mesti bebas dari sebarang kehadiran gas atau wap seperti udara, lembapan
dan gas-gas yang tidak dimampatkan (non-condensable gas). Di dalam sistem kitarannya hanyalah
semata-mata bahan refrigerant dan sejumlah kecil minyak pelincir pemampat yang termengalir
mengikut bahan refrigerant.
Oleh itu sebelum sebarang sistem penyejukan dicaskan dengan bahan refrigerant langkah-
langkah bagi mengosongkan sistem kitaran dari bahan-bahan yang tidak diperlukan harus dijalankan
dengan prosedur yang betul dan tepat bagi mendapatkan kualiti mevakum yang tinggi.
1. Persediaan yang perlukan ke atas unit sebelum kerja mevakum boleh dilakukan :
Sebelum unit boleh divakumkan beberapa persediaan awal ke atas unit bagi menentukan
supaya kerja-kerja vakum dapat dijalankan dengan sempurna dan terjamin kualiti vakumnya maka
prosedur dan langkah seperti berikut perlu dijalankan.
a. Pastikan semua komponen yang perlu ada pada sistem kitaran unit telah disambungkan
sepenuhnya.
b. Kenal pasti peralatan dan alat-alat yang akan digunakan dalam kerja-kerja mevakum di atas.
c. Sediakan alat-alat sambungan (fittings) yang sesuai dengan semua peralatan mevakum yang
akan digunakan.
d. sediakan unit dengan fittings yang sesuai untuk sambungan kerja-kerja menguji kitaran sistem
dari sebarang kobocoran.
e. sediakan tolok manifold, pam vakum dan peralatan yang sesuai dan perlu untuk kerja yang
akan dijalankan.
f. sediakan pam vakum yang bersesuaian dengan kerja.
2. Ujian yang diperlukan sebelum kerja-kerja mevakum
Unit 8 -18
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Setelah unit penyejukan disediakan dengan segala keperluan seperti di atas tindakan
seterusnya yang perlu diambil ialah menjalankan kerja-kerja ujian seperti berikut bagi kerja-kerja
mevakum boleh dilakukan.
a. Jalankan kerja-kerja menguji sistem kitaran pemaipan unit kalis dari sebarang kebocoran,
setelah unit 100% kalis bocor barulah kerja-kerja mevakum boleh dilakukan.
b. Pastikan tekanan kitaran sistem pada tahap tekanan atmosfera, keluarkan sebarang tekanan
tinggi yang terdapat dalamnya.
3. Maklumat teknikal peralatan-peralatan dalam kerja-kerja mevakum .
i. Peralatan tangan yang diperlukan :
a. ¼ in wretchet wrench
b. manifold gauge
c. screw & phillip driver
d. extension cord
ii. Peralatan mesin (power tools) yang diperlukan :
a. pam vakum
b. thermistor vakum gauge (optional)
4. Maklumat-maklumat teknikal pam vakum
Pada masa ini terdapat pelbagai jenama dan model pam vakum yang digunakan untuk kerja-
kerja mevakum di jurusan penyejukan IKBN Dusun Tua, setiap unit telah dibekalkan oleh pembuatnya
dengan manual-manual untuk pengguna dan juga pemasangannya, untuk mendapatkan keterangan
yang lebih lengkap dan terperinci sila rujuk kepada manual-manual tersebut, walau bagaimanapun
Unit 8 -19
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2 intake
SLIDING VANE
exhaust
rotor VAKUM
CYLINDER
EXHAUST
OIL SEALS
2 stages vacuum
pump
maklumat berikut dapat menerangkan beberapa perkara teknikal yang umum berkenaan
operasi sesebuah pam vakum,
Pam Vakum
Penciptaan dan penggunaan pam vakum merupakan satu penemuan yang amat berguna
kepada sistem penyejukan. Fungsi utama pam vakum ialah untuk mengeluarkan objek atau benda
yang tidak dikehendaki dalam sistem kitaran penyejukan yang boleh membuat tekanan, ini termasuk
udara (oksigen), lembapan, hidroklorik asid dan lain-lain benda yang terpeluwap dalam udara dan juga
habuk-habuk.
Pada masa ini penggunaan pam dari jenis 2 peringkat (two stages) menjadi pilihan oleh
mekanik penyejukan kerana keupayaan pam dari jenis ini lebih baik dari jenis 1 peringkat.
a. Cara penggunaan pam vakum
Seperti penerangan di atas kegunaan utama pam vakum ialah untuk mengosongkan kitaran
unit penyejukan dari sebarang tekanan, oleh itu setelah semua langkah-langkah persediaan dan
pengujian yang diperlukan untuk persediaan menjalankan kerja-kerja mevakum telah dijalankan
maka langkah seterusnya adalah seperti berikut.
SUCTION LINE SUCTION MANIFOLD
SERVICE VLAVE GAUGE
Unit 8 -20
LIQUID LINE
HIGH SIDE
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
a. Pastikan manual pengguna pam vakum yang hendak digunkaan telah difahami sepernuhnya
telebih dahulu.
b. Sambungkan hos-hos manifold gauge kepada service valve unit penyaman udara jika ia
disediakan kepada pam vakum seperti di gambarajah sambungan pam vakum di atas.
c. Pastikan hos tekanan rendah manifold gauge disambungkan kepada bahagian tekanan rendah
sistem dan sebaliknya, hos servis disambungkan terus kepada "inlet port" pam vakum.
d. Pastikan sebarang tekanan yang melebihi dari tekanan atmosfera di dalam pemaipan yang
hendak divakumkan didiscaskan terlebih dahulu jika ada.
e. Sambungkan unit pam vakum kepada sumber kuasa.
f. Hidupkan unit pam vakum.
g. Buka injap tekanan rendah dan tinggi manifold gauge untuk prosedur mevakum oleh pam.
h. Biarkan pam vakum menjalankan kerja mevakum sehingga tahap vakum yang diperlukan
tercapai.
i. Tutup semula injap-injap pada manifold gauge dan matikan pam vakum.
j. Putuskan sambungan pam vakum ke unit dan kerja-kerja mevakum telah dilaksanakan.
HANDLE INTAKE
FITTING
Unit 8 -21
EXHAUST GAS BALLAST
VALVE
POWER
SWITCH OIL FILL PORT
SIGHT GLASS
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Bahagian-bahagian Pam Vakum
8.4 KEROSAKAN DAN PROSEDUR SENGGARAAN
8.4.1 Tanda-tanda kerosakan Unit Penyaman Udara
Unit 8 -22
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Terdapat banyak tanda kerosakan pada sesebuah unit yang boleh menimbulkan kesulitan
kepada pengguna.
Kerosakan Tanda yang kelihatan
a. Pemampat mengalami litar pintas
Kekurangan bahan pendingin b. Pemampat beroperasi terus menerus
c. Unit tidak mencapai kesejukkan yang dikehendaki
d. Keupayaan sisterm berkurangan
e. Turus tekanan terlalu rendah
f. Tekanan sedutan terlalu rendah
g. Unit kemungkinan bocor
a. Termostat tidak berfungsi
Pemampat tersekat b. Beban lampau rosak – tidak berfungsi
c. Kekotoran atau penyejat dipenuhi ais
d. Turas udara kotor atau tersumbat
e. Kekurangan bahan pendingin
f. Motor gagal berfungsi sepenuhnya
g. Cas lebih atau terdapat gas yang tidak terpeluwap
a. Gagal atau sukar dihidupkan
Pemampat tidak cekap b. Kitar pintas
c. Beroperasi terus menerus
d. Mengeluarkan bunyi bising
e. Beroperasi dalam keadaan hidup henti
Kerosakan Tanda yang kelihatan
Unit 8 -23
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Kitar bahan pendingin a. Unit tidak sejuk
tersumbat b. Bahagian tekan tinggi terlalu panas
c. Pros terdapatpada peranti pemeteran
d. Pemampat bising
Litar pintas twerbuka atau a. Pemampat atau moyor pemampat tidak boleh
pembumian pada belitan dihidupkan
motor .
b. Pemampat berdengung
Kapasitor mula terbakar a. Pemampat berkitar berulang -ulang
b. Gegelung mula beroperasi berpanjangan
c. Sesentuh geganti melekat
d. Kapasitor tak wajar
Kapasitor larian terbakar a. Talian voltan tinggi
b. Beban kurang
c. Talian voltan berlebihan
Kerosakan Tanda yang kelihatan
Geganti terbakar a. Talian voltan rendah
b. Kapasitor larian tak wajar
c. Pemampat berkitar berulang alik
d. Geganti bergegar
e. Geganti tak wajar
Unit 8 -24
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
Pemampat tidak boleh a. Pendawaian yang salah
dihidupkan b. Talian voltan rendah
c. Kapasitor mula terbuka
d. Litar terbuka pada gegelung mula
e.Sesentuh geganti tidak tertutup
Motor kipas tidak boleh a. Pendawaian yang salah
dihidupkan b. Kapasitor mula terbakar
c. Litar pintas terbuka
d. Talian voltan rendah
e. Termostat dilaraskan terlalu tinggi
8.4.2 Mengecas Gas ( Gas Charging )
Mengecas adalah proses mengisi bahan pendingin kedalam sistem melalui berbagai-bagai
kaedah. Mengecas kedalam sistem penyejukan dan penyamanan udara dilakukan kerana unit
tersebut baru dipasang, berlakunya kebocoran atau selepas mengantikan komponen-komponen
pada sistem tersebut.
Sebelum proses mengecas dapat dilakukan, sistem tersebut perlulah diuji kebocorannya dan
proses pengusian perlulah dilakukan terlebih dahulu.Pada kebiasaannya, sesuatu sistem penyejukan
dan penyamanan udara telah dicas secukupnya sebelum dikeluarkan daripada kilang. Apabila
berlakunya bahan pendingin disebabkan kebocoran atau penggantian alat-alat yang rosak, dua
perkara perlu dilakukan iaitu pengusian (vakum) dan mengecas (charging). Proses pengusian dan
mengecas hendaklah dilakukan adalah seperti berikut:
1. Lepaskan bahan pendingin yang ada didalam sistem.
2. Perbaiki kerosakan (kebocoran) atau gantikan alat-alat yang rosak.
3. Uji kebocoran seperti yang diterangkan dalam task 07.03.
4. Pengusian (vakum) sistem keseluruhan.
5. Caskan bahan pendingin melalui bahagian tekanan rendah atau injap servis
tekanan rendah dengan secukupnya.
Unit 8 -25
MES 3113 ELECRICAL INDUSTRIAL INSTALLATIO 2
8.4.3 Tolok Pancarongga (Manifold Gauge)
Manifold gauge merupakan kombinasi sepasang injap kawal manual dengan sepasang tolok
tekan yang terdiri dari sepasang tolok tekan tinggi dan rendah dan juga hos-hos khas untuk kerja-
kerja sambungan fitting kepada unit penyejukkan.
Kegunaannya :
a. Menguji tekanan tinggi atau tekanan rendah
b. Melakukan kerja-kerja mengecas / membuang cas
c. Melakukan kerja-kerja vakum
d. Mengukur tekanan
e. Menguji/menyelenggara peralatan / sistem
Bahagian-bahagian Manifold Gauge
a. Pressure gauge meter LO dan HI
b. Hose
1. Warna biru dipasang pada LO
2. Warna merah dipasang pada HI
3. Warna kuning dipasang pada vakum / tabung bahan pendingin
MANIFOLD
GAUGE
HIGH SIDE
SERVICE HOSE
LOW SIDE
Unit 8 -26