ELECTRICAL INSTALLATION
suis utama 12 3
dimatikan `
Suis utama PLBK
EN
LN Multimeter(volt)/ AVO meter (volt)/ Lampu uji
Bekalan 240V 50 Hz
Rajah 9.25: Ujian kekutuban pengalir Neutral (Litar hidup)
211 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
9.3.2 UJIAN GALANGAN GELUNG KEROSAKAN KEBUMI.
Bacaan galangan lengkaran bumi boleh diperolehi dengan menggunakan alat yang
dipanggil Line earth loop impedance tester. Alat ini hanya boleh digunakan keatas
pemasangan yang mempunyai bekalan. Ia mempunyai plug top yang perlu dipasang
kepada soket alir keluar 13A.
Di mana langkah-langkah pelindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan
tentang impedans gelung kerosakan bumi, impedans yang relevan hendaklah
disukat untuk menentukan kaedah altematif. Di mana kaedah altematif yang
diterangkan dalam Peraturan 413-02-12 (lihat Jadual 41C) digunakan, impedans litar
konduktor pelindung yang berkenaan hendaklah disukat/ukur.
Tujuan :
Untuk memastikan nilai galangan gelung kerosakan kebumi bagi sesuatu
pepasangan tidak melebihi daripada had maksimum mengikut peraturan IEE (Jadual
604B1) dan (Jadual 604B2).
Alat penguji yang digunakan
Line Earth Loop Tester.
Tatacara menjalankan ujian : Rajah 9.26:Line earth loop tester
1. Pilih julat yang tinggi (0 hingga 100Ω) dan sekiranya bacaan didapati kurang
daripada 10Ω, maka hendaklah menggunakan julat yang rendah (0 hingga 10Ω)
2. Sambungkan palam tiga pin (plug) pada soket alir keluar 13A.
212 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
3. Semasa ujian dijalankan hendaklah dipintaskan L1 dan L2 serta N1 dan N2
(kemasukan dan keluaran) pada RCCB kerana dikuatiri ia akan terpelantik semasa
ujian dijalankan serta bacaan tidak dapat direkodkan.
4. ‘ON’ soket alir keluar 13A dan pastikan lampu L-N dan L-E menyala. Ini
menunjukkan kekutuban adalah betul. Sekiranya lampu L-N dan L-E tidak menyala
ujian tidak boleh diteruskan.
5. Tekan butang penguji serta rekodkan bacaan.
- Keputusan tadi hendaklah dirujuk dengan mengambilkira jenis peranti dan
kadarannya sebagaimana contoh dibawah :-
Pepasangan satu fasa 240 V. 50 Hz. yang menggunakan Suis Utama adalah HRC
berkadaran 32A, maka galangan gelung kerosakan kebumi maksimum tidak melebihi
0.92Ω. Z = V/I
= 50/(32 x 1.7)
= 0.919
HRC fuse = 1.7 (rupturing)
Kesimpulan :-
Keputusan bagi pepasangan di atas mestilah tidak melebihi 0.92Ω,
Perkara yang perlu dilakukan sekiranya impedan tinggi / melebihi had yang ditetapkan.
i. Tukarkan jenis peranti kepada yang mempunyai kepekaan yang lebih seperti MCB –
Ini adalah kerana MCB 32A membolehkan impedan sehingga 1.88Ω.
ii. Besarkan saiz pengalir pelindung litar, pengalir bumi serta pengalir ikatan utama dan
tambahan.
iii. Rendahkan nilai rintangan elektrod bumi.
213 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
9.3.3 UJIAN PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI (RCCB)
Tujuan ujian pemutus litar arus bocor ke bumi adalah Untuk memastikan Pemutus
Litar Arus Baki (PLAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku
kebocoran arus kebumi.
Dimana perlindungan terhadap sentuhan tak langsung hendak disediakan oleh
peranti arus baki, kekesanannya hendaklah disahkan melalui ujian yang menyerupai
keadaan kerosakan yang sesuai dan bebas daripada mana-mana kemudahan ujian
yang digabungkan didalam peranti.
Ada dua cara untuk menguji RCCB iaitu:
a. Menggunakan Butang Tekan Trip
Menekan butang trip yang terdapat pada RCCB tersebut, sama ada ia
terpelantik atau tidak. Ujian ini tidak dapat menentukan kepekaan RCCB dan
masa yang diambil untuk ianya terpelantik.
b. Menggunakan RCCB Tester
Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket
alir keluar 13A. Dengan memilih kepekaan yang sama dengan kepekaan
RCCB yang hendak diuji alat ini boleh menentukan sama ada RCCB boleh
terpelantik dan masa yang diambil untuk terpelantik juga boleh diketahui.
Masa tersebut mestilah tidak melebihi 40 milisaat.
214 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Alat penguji yang digunakan
RCCB Tester / RCD Tester
Rajah 9.27:RCCB tester/RCD tester 100 mA
Tatacara menjalankan ujian :
Laraskan suis pilihan mengikut kepekaan
RCCB yang digunakan pada pepasangan tersebut.
Contohnya : 100 mA / 0.1 A
Laraskan suis operasi kepada ‘No Trip’
(½ Rated mA = 50%), sambungkan palam 3 pin
pada soket alir keluar 13 A.
iii. ‘On’ soket alir keluar 13 A – pastikan lampu P-N dan P-E menyala ataupun
berfungsi. Ini menunjukkan kekutuban adalah betul.
Nota : 00.0
Sekiranya kedua-dua lampu di atas tidak menyala – ujian tidak boleh
diteruskan.
215 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
iv. Tekan butang uji – bacaan menunjukkan tidak kurang daripada 200 milisaat dan
pada masa yang sama lampu ‘test’ menyala dan lampu P-N dan P-E tidak menyala.
200.2
v. Pada waktu ini RCCB tidak akan terpelantik.
vi. Tukarkan suis pilihan kepada 1800 (gelombang +ve) – ulang langkah 4 dan 5.
202.0
vii. Ubah suis operasi kepada ‘Trip’ (Rated mA = 100%).
viii. Tekan butang uji – RCCB akan terpelantik dan bacaan yang ditunjukkan
mestilah tidak melebihi 200 milisaat.
63.0
216 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
ix. Tukarkan suis pilihan kepada 00 (gelombang -ve)
x. Tekan butang uji – RCCB akan terpelantik dan bacaannya mestilah tidak
melebihi 200 milisaat.
60.0
xi. Ujian diatas hendaklah dibuat berulang kali sehinggalah mendapat bacaan
yang hampir tepat.
xii. Rekodkan keputusan ujian di dalam Borang H (Borang Perakuan Ujian).
xiii. Tukarkan suis operasi kepada ‘Fast Trip’ dan tekang butang uji – RCCB akan
terpelantik dalam masa tidak melebihi daripada 40 milisaat.
34.5
xiv. Lakukan berulangkali pada 00 atau 1800.
217 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
Kesimpulannya :-
BIL KEDUDUKAN SUIS MASA KENDALIAN KEPUTUSAN
OPERASI
> 200 ms Tidak Terpelantik
1 No Trip < 200 ms Terpelantik
< 40 ms Terpelantik
2 Trip
3 Fast Trip
218 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
LATIHAN 9.3
1.Senaraikan jenis-jenis pengujian( litar hidup);
a)………………………………………………………..
b)………………………………………………………..
c)………………………………………………………..
2. Berikan peraturan IEE yang digariskan untuk ujian kekutuban;
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………..
3. Apakah alat yang digunakan untuk ujian galangan gelung kerosakan kebumi dan apakah
tujuan ujian ini dilakukan?
……………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………
3. Apakah tujuan ujian pemutus litar bocor kebumi dilakukan?
.…………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………
4. Apakah alat yang boleh digunakan untuk ujian pemutus litar bocor kebumi?
i. ……………………………………………………
ii. ……………………………………………………
219 KEV 1033
ELECTRICAL INSTALLATION
RUMUSAN
Untuk tajuk pemeriksaan dan pengujian pepasangan, kita telah mempelajari:
1. Jenis – jenis pengujian pepasangan (litar mati dan hidup)
2. Mengetahui peraturan MS IEC 60364 yang berkaitan ujian- ujian tersebut.
3. Cara dan prosuder dalam menjalankan ujian pepasangan.
4. Alat-alat uji yang boleh digunakan bagi setiap jenis ujian.
RUJUKAN
1. Peraturan – Peraturan MS IEC 60364
2. Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik (edisi ke-2), Abd Samad Hanif,Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2004
3. Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Haji Hanif,Mohd Nazri Bin Haji
Mustapa,Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 1989.
4. Nota Panduan Subjek Electrical Installation 1, Cawangan Kurikulum Bahagian
Kemahiran Mara, Disember 2000.
5. Nota Pengujian pepasangan, PEJEMA.
220 KEV 1033