MEI JUMAAT Bakti Disanjung Budi Dijunjung Bakti Disanjung Budi Dijunjung MAJLIS 8.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI JUMAAT 26 Mei 2023 PUAN ROZAIDA BINTI YUSOF UJANA ILMU, SMK SERI KANDI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat kita berkumpul dan mengadakan majlis persaraan seorang guru di sekolah ini selama hampir dua tahun iaitu Puan Rozaida binti Yusof. Beliau mula bertugas di SMK Seri Kandi pada sehingga kini. Di SMK Seri Kandi, Puan Rozaida binti Yusof telah menjawat pelbagai jawatan dan telah memberi sumbangan antaranya dengan mempertahankan 100% kelulusan subjek Biologi dalam peperiksaan SPM. Saya bagi pihak warga sekolah ini mengucapkan selamat bersara kepada beliau dan semoga persaraan ini akan memberikan peluang kepada beliau untuk berehat dan menenangkan fikiran. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik kepada beliau dan beliau dapat bersara dalam suasana yang gembira. Terimalah serangkap pantun dari saya sebagai kenang-kenangan Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Walau jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan Akhir sekali saya berdoa semoga Puan Rozaida binti Yusof yang diraikan akan sentiasa gembira dan dalam lindungan serta rahmat Allah sentiasa hendaknya. Sekian, terima kasih. Santai Bicara Pengetua Tn Hj Mohd Mazlan Bin Mohd Jamhuri Pengetua SMK Seri Kandi 1
Nukilan YDP PIBG Tn Hj Jaafar Bin Hj. Mohamed Noor Yang Dipertua PIBG SMK Seri Kandi Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera Pertama sekali, saya merakam ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan saya kesempatan menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita berasa amat terharu kerana bakal kehilangan Puan Rozaida binti Yusof yang mengajar subjek Biologi dan Sains yang banyak berpengalaman dan kita sayangi. Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh ibu bapa penjaga kepada anak-anak SMK Seri Kandi mengucapkan selamat bersara kepada Puan Rozaida binti Yusof. Jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan cikgu. Sekian, terima kasih. 2
Tentatif Majlis Tema 7.30pagi : Guru dan murid berkumpul di Dewan Ujana Ilmu 8.00pagi : Ketibaan Yang Diraikan, Puan Rozaida binti Yusof 8.15pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis,nyanyian Negaraku dan lagu sekolah 8.30pagi : Bacaan Doa 8.35pagi : Ucapan Tn Hj Mazlan bin Mohd Jamhuri, Tn Pengetua SMK Seri Kandi 8.40pagi : Ucapan yang diraikan Puan Rozaida binti Yusof 9.00pagi : Gimik Simbolik Tandatangan Buku Persaraan 9.10pagi : Persembahan Multimedia 9.15pagi : Persembahan Guru dan Murid 9.30pagi : Sesi bergamber dan 'send off' yang diraikan 9.45pagi : Jamuan makan guru / rehat murid 10.00pagi : Bersurai Tradisional 3
Biodata Puan Rozaida binti Yusof Pada tanggal 24 Ogos, di Kg Tebat, Alor Gajah, Melaka, lahir seorang bayi perempuan yang comel yang diberi nama Rozaida. Merupakan anak kedua dari pasangan Encik Yusof bin Mohamad dan Puan Rokiah binti Mohd Taib.Encik Yusof b. Mohamad yang bertugas sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat bertemu jodoh dengan pasangannya Puan Rokiah binti Mohd Taib yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Mendapat pendidikan awal Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka dari darjah 1 hingga darjah 2, kemudian,beliau berpindah ke Sekolah Rendah Undang Jelebu, Negeri Sembilan dari darjah 3 hingga darjah 6. Puan Rozaida menyambung pendidikan menengah di Sek. Men Kebangsaan Tunku Besar Tampin dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 2. Kemudian berpindah lagi ke Sekolah Menengah Undang Jelebu , Negeri Sembilan dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5. Setelah mendapat kejayaan dalam peperiksaan SPM, beliau menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu selama 2 tahun dari tahun 1990 sehingga 1992. Pada tahun 1992, beliau berjaya mendapat penempatan awal di Sekolah Kebangsaan Ubai, Kuantan, Pahang sehingga tahun 1995. Setelah bertemu jodoh dengan pasangan Encik Ahmad Badrul Hisham bin Muhammad pada 1995, beliau berpindah ke Perak.Pasangan ini dikurniakan 7 orang cahayamata. 4
Biodata Puan Rozaida binti Yusof Setelah setahun menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Selekoh beliau berpindah ke Sekolah Rendah Changkat Jong. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris sepenuh masa. Setelah berjaya mendapat segulung ijazah beliau ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang. Setelah 9 tahun berkhidmat, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia dan pada tahun 2021, Puan Rozaida ditempatkan ke sekolah ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi. 5
JawatankuasaInduk Penasihat Tn. Hj. Mohd Mazlan bin Mohd Jamhuri Pengerusi Tn. Hj. Mohamad Suhaimi bin Mansor Naib Pengerusi 1 En. Zamanhuri bin Yaakob Naib Pengerusi 2 Pn. Rohayati binti Kusrin Naib Pengerusi 3 Pn. Siti Radziah binti Che Soh Penyelaras En. Mohamad Yusuf bin Omar PENOLONG Penyelaras Pn. Jamaruziana binti Jamaluddin Setiausaha Pn. Rohani binti Alias Bendahari Pn. Anisah binti Umar 6
Penyambut Tetamu / Sambutan Tn. Hj. Mohd Mazlan bin Mohd Jamhuri Tn Hj. Jaafar bin Mohamed Noor En. Zamanhuri binti Yaakob Pn. Rohayati binti Kusrin Pn. Siti Radziah binti Che Soh Pn. Hjh Norizah binti Hashim Pn. Homsaton binti Tamzis En. Mohd Rokhi Mudzin bin Ruslan Pn. Noraziah binti Abdul Hamid Jawatankuasa Utama 7
Teks Ucapan 1.Pn. Rohani binti Alias Pengacara 1.Cik Fatin Masturah binti Mohd Mahali(K) 2.En. Muhammad Anwar Syafiq bin Aswadi Buku Atur cara dan Pendaftaran 1.Pn.Azmaniza binti Adnan(K) 2.Pn Norlina Amalia binti Mohd Idris 3. Pn Arbaiyah binti Mohd @ Harun. Surat Jemputan 1. Cik Hajah Marianah Hayati bin Salleh(K) 2. Pn. Rozaleha binti Bakar Jawatankuasa Kerja Jamuan 1. Pn. Jamaruziana binti Jamaluddin (K) 2. Pn. Zainuyah binti Mohamed Zakaria. 3. Pn. Rohana binti Mohd Aini 4. Pn. Wahida binti Abdul Wahab Persembahan Murid dan Guru 1. Muhammad Syafiq Nazrin bin Mohamad Zamri (K) 2. Cik Dewi Kartika Khuzaimah binti Razali 3. Pn. Anisah binti Umar Tayangan Montaj 1. Pn. Mardiana binti Mohamed Yusoff (K) 2. En Muhammad Kamil bin Zulkifli 3. En. Alif Danial bin Mohd Kamal 4. En Mazli bin Mugini Bacaan Doa 1. En. Ainol Jamal Azhar bin Ariffin (K) 8
Tugas-tugas khas 1. Mohamad Salleh bin Omar (K) 2. Pn Yogeswawari Thilagham a/p Ponnampalam Gimik Persaraan 1. Pn. Nor Afidah binti Mohd Sabri (K) 2. Pn. Ismawati bin Kamaruddin Banner 1. En Mohd Asraf bin Saidin @ Mohd Isa (K) 2. Encik Mohd Sahar bin Yang Juru gambar 1. En. Supparamani a/l Appalanaidu (K) Siar raya 1. En. Kamarulzaman bin Abdul Rahman (K) 2. En. Hafiz Zaki bin Hamdan Jawatankuasa Kerja Persiapan Tempat dan Pentas 1. Cik Pavitra a/p Ganesan (K) 2. Pn. Afiza Bt Kintan 3. Pn. Nurziana Bt Razali 4. Cik Noor Hayani Bt Mohd Radzuan 5. Pn. Zawahir Bt Tahrim 6. Pn. Noor Farizah Bt Abdul Kadir 7. Nurzafirah binti Mohameed 8. En. Mohd Zainor Hasrin B. Zakaria 9. Pn. Fara’ain binti Daud 10. En. Vasantarao a/l Appalanaidu 11. Pn. Noradibah binti Ibrahim 12. Tn. Hj. Abdul Rahman bin 9
Hadiah dan Cenderahati 1. Pn. Siti Aishah binti Mahmud (K) 2. Pn. Noor Adila binti Mohd Shafie 3. En. Mohamad Aliff bin Mohd Nordin Jawatankuasa Kerja Disiplin Murid 1. En. Yusri bin Ja’afar (K) 2. Cik Thanaletchumy a/p Munusamy Send Off 1. En. Ahmad Faizal bin Ahmad (K) 2. En Sharbi bin Mohammad Khawari 3. En. Hadzrami bin Yahaya 10
Jawatankuasa Pengelola Majlis Bakti Disanjung, Budi Dijunjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama serta sokongan dan sumbangan yang telah diberikan kepada, Barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan, PIBG, kakitangan swasta, dan para pelajar SMK Seri Kandi serta semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan tenaga, masa, idea dan material bagi menjayakan majlis ini. Terima Kasih Sekalung Penghargaan