M P U 3 1 2 2 H U B U N G A N E T N I K P B 5 ( K U M P U L A N 5 )
Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksudmaksud rasmi) PERKARA 152
I M P L I K A S I Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
R A S I O N A L P E R K A R A 1 5 2 Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya. Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
KEPENTINGAN PERKARA 152 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama bahasabahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa.
Sekian dan Terima Kasih