1 TARIKH / HARI : 22 JUN 2024 / SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SERI MURNI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SERI MURNI, KUALA LUMPUR KALI KE – 25 SESI 2024/2025
2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Kata Alu - aluan Penasihat PIBG SK Seri Murni 3 2. Perutusan Yang Dipertua PIBG SK Seri Murni 4 3. Aturcara Mesyuarat Agung Kali ke - 25 5 4. Jawatankuasa PIBG SK Seri Murni Sesi 2022 - 2024 6 5. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 25 7 6. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 24 8 – 13 7. Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 14 – 18 8. Usul / Cadangan 19 – 24 9. Lampiran - Surat Makluman Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 25 - Kehadiran ibubapa dalam Mesyuarat Agung PIBG ke – 24 Sesi 2023 - Kehadiran Guru dalam Mesyuarat Agung PIBG ke – 24 Sesi 2023 - Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 – 2024 25 – 35 10 Penghargaan 36
3 DARI PENA PENASIHAT PIBG SK SERI MURNI Bismillahirrahmanirrohim Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sentul sentiasa unggul. Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNYA kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) PIBG kali ke -25 khususnya bagi Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa / penjaga murid yang dapat hadir pada Mesyuarat Agong PIBG kali ke-25 ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan Visi dan Misi Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Sekolah Kebangsaan Seri Murni telah pun menginjak ke usia 25 tahun. Sekarang , SK Seri Murni mempunyai bilangan murid seramai 500 orang termasuk 10 orang murid kelas Pendidikan Khas (PPKI) dan 25 orang di kelas PraSekolah. Bilangan guru pula ialah seramai 45 orang termasuk 3 orang Guru Penolong Kanan dan 4 orang kakitangan sokongan atau AKP iaitu, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid dan seorang Pembantu Operasi. Sekolah Kebangsaan Seri Murni mempunyai 18 buah bilik darjah iaitu 3 kelas bagi setiap aliran, sebuah kelas Prasekolah. Sebuah kelas Pendidikan Khas, 2 buah makmal Sains, 3 buah makmal komputer, sebuah Pusat Akses, sebuah Pusat Sumber, sebuah kantin, sebuah bilik RBT, sebuah bilik Kesihatan, sebuah bilik pemulihan, sebuah bilik JQAF, Sebuah bilik Pendidikan Agama Islam, sebuah bilik TS25, sebuah dewan terbuka dan sebuah surau. SK Seri Murni sedang mengorak langkah seiring dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang memacu ke arah Pendidikan digital. Selaras dengan itu, dengan adanya kekuatan 3 buah makmal komputer sekarang, SK Seri Murni dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran di makmal komputer mengikut keperluan sukatan Pelajaran. Terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang telah menghulurkan sumbangan tahunan untuk ICT sebanyak RM 10 bagi setiap orang anak. Sangat besar ertinya sumbangan tersebut kerana sedikit sebanyak dapat membantu urusanurusan penyelenggaraan di makmal komputer. Kemahiran murid-murid dalam Teknologi Maklumat pada masa kini bukan lagi satu perkara yang boleh diambil ringan oleh pihak sekolah mahupun ibubapa. Anak-anak kita setiap hari terdedah dengan teknologi komunikasi ini dan ibubapa memainkan peranan yang besar bagi mengawal mereka supaya ianya digunakan pada landasan yang betul. Kesempurnaan Pendidikan adalah menjadi tekad kami warga pendidik SK Seri Murni dengan kerjasama dan penggembelengan tenaga yang padu daripada seluruh ibubapa/penjaga dengan kepakaran yang ada bersedia menjayakan program-program kecemerlangan sekolah bagi menaikkkan nama SK Seri Murni kepada masyarakat setempat khususnya. Harapan saya, SK Seri Murni terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, Kemahiran serta tingg sahsiahnya di samping kemudahan Pendidikan yang berkualiti agar anak-anak didik kita menjadi insan yang dapat memenuhi tuntutan Akhirat dan dunia, inshaAllah. “ Saya bukanlah orang yang hebat, tetapi saya mahu belajar dari orang-orang yang hebat” Sekian, terima kasih. NORSILAH BINTI DALI Guru Besar, SK Seri Murni, Kuala Lumpur. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, TAMAN SERI MURNI, 68100 BATU CAVES, KUALA LUMPUR. [email protected] Telefon : 03-61379832 Fax : 03-61384305
4 PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama terlibat dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Saya juga berharap, kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti PIBG sekolah ini. Sama-sama kita cuba untuk jalankan tugas sebagai ibubapa dengan sebaiknya. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Tiada kejayaan yang lebih besar buat ibubapa apabila anak-anaknya menzahirkan perilaku dan mengamalkan adab dan akhlak yang mulia. Hadirin dan hadirat sekalian, Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkap-melengkapi. Masalah disiplin dan tingkahlaku anak-anak perlu kita tanganinya bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Kita sebagai ibubapa perlu mengambil berat dengan disiplin anak-anak kita di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama. Mereka juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak kita semata-mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika berada di sekolah. Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibubapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak semua. Kain dicelup menjadi baju, Kain dapat dilipat-lipat, Pakaian hidup aib dan malu, Pakaian mati amal ibadat. Sekian, terima kasih. “ Berkhidmat Untuk Negara”, ………………………………………...………. (EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO) YANG DIPERTUA PIBG, SK SERI MURNI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, TAMAN SERI MURNI, 68100 BATU CAVES, KUALA LUMPUR. [email protected] Telefon : 03-61379832 Fax : 03-61384305
5 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -25 22 JUN 2024 8.00 PAGI : Pendaftaran & Ketibaan Tetamu Jemputan 8.30 PAGI : Kata - kata aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa Oleh Ustaz Ahmad Sulaiman Bin Md Sha’ari : Ucapan oleh Puan Norsilah Binti Dali Guru Besar SK Seri Murni : Perutusan dan Ucapan Perasmian oleh En. Nor Azlan Bin Samicho Yang Dipertua PIBG SK Seri Murni : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi, YDP PIBG : Cabutan Bertuah 1 : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 25 bermula Dipengerusikan oleh En. Nor Azlan Bin Samicho Yang Dipertua PIBG SK Seri Murni : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 24 tahun 2023 oleh En. Nor Hasraa Hakimi Bin Hassan Setiausaha Kehormat PIBG. : Laporan dan Pengesahan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 dan 31 Mei 2024 oleh En. Mohd Firdaus Bin Mohd Saari Bendahari Kehormat PIBG. : Cabutan Bertuah 2 : Membahaskan Usul / Cadangan : Ucapan Penangguhan oleh En. Nor Azlan Bin Samicho Yang Dipertua PIBG SK Seri Murni : Penyampaian Cenderamata kepada semua AJK PIBG : Pemilihan AJK sesi baharu 2024 - 2026 : Persetujuan Kutipan Sumbangan PIBG Tahun 2024 12.55 TGH : Cabutan Bertuah 3 1.00 PTG : Mesyuarat Agung Bersurai
6 JAWATANKUASA PIBG SK SERI MURNI SESI 2022 - 2024 PENASIHAT: PN. NORSILAH BINTI DALI YANG DIPERTUA: EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO NAIB YANG DIPERTUA: EN. YUSSAINY BIN HARON SETIAUSAHA: EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN NAIB SETIAUSAHA: PN. RAHAYU BINTI ABU BAKAR BENDAHARI: EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI AJK GURU: EN. ABD AZIZ BIN DISA PN. SANTHIYA A/P NADARAJAN PN. NORIAH BINTI MUHAMMAD AJK IBUBAPA: PN. YUMATINI BINTI MAON PN. NORZEE BINTI ISMAIL PN. NOR EIFAZIHAN BINTI MD AMIN EN. MOHD AFIQ BIN AZAMI EN. AZRUL ANWAR BIN MOHD ZIHEHE JURUAUDIT (WAKIL GURU): PN. MARLISA BINTI SHAMSUDDIN JURUAUDIT (WAKIL IBUBAPA): PN. IDAYU ZURAIRAH BINTI IBRAHIM
7 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 SK SERI MURNI PENASIHAT : PN. NORSILAH BINTI DALI ( GURU BESAR ) YANG DIPERTUA PIBG : EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO NAIB YANG DIPERTUA PIBG : EN. YUSSAINY BIN HARON SETIAUSAHA : EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN BENDAHARI : EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI PROTOKOL DAN SAMBUTAN 1. PN. NORSILAH BINTI DALI 2. EN. MOHD HAZNI BIN MOHD HANAFIAH 3. PN. WAN ASMARIAH BINTI WAN ISMAIL 4. PN. NOR LAILI BINTI AHMAD SISTEM SIARAYA 1. EN. MOHAMAD IKRAAMUDDEEN BIN MOHD NASIR (K) 2. EN. MOHD AZMAN BIN AWANG ALI HIASAN LATAR PENTAS 1. CIK. AMNI AMIRAH BINTI KAMARUL BAHAROM (K) 2. CIK. NAVINIA ANNETA A/P N. LAWRENCE 3. PN. SHAZILA BINTI ABD RAHMAN 4. PN. ALIA BT. ISMAIL 5. PN. HERNI BINTI ABD HAMID 6. PN. ZARINA BINTI MAMAT 7. PN. NORMA SYAKIRAH BINTI MOHD NOOR 8. EN. MUHAMMAD HAZIQ ADLI BIN AHMAD KHAIRUNDIN MAKANAN VIP, IBU BAPA DAN GURU 1. CIK. KOMATHI A/P KARUPPIAH (K) 2. PN. NUR DIYANA BT. ABD AZIZ 3. PN. KHAIRIMASLIYANI BINTI SALIM 4. PN. NORFARAH HAYANA BINTI NORDIN BACAAN DOA 1. EN. AHMAD SULAIMAN BIN MD SHA’ARI PENYUSUNAN DEWAN DAN KEBERSIHAN 1. EN. ABD AZIZ BIN DISA (K) 2. EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI 3. EN. SYAHMAN BIN MAT DAUD 4. EN. ROSLAN BIN OMAR 5. EN. ABDUL MUEN BIN MD SIDEK 6. EN. SUHAIMI BIN AHMAD RAZALY 7. EN. MOHD HADRI BIN MOHD HANAPI PENDAFTARAN 1. PN. MARLISA BT. SHAMSUDIN (K) 2. PN. HASIBAH BINTI HARUN 3. EN. ROSLAN BIN NIK MAT 4. PN. NANTIHINI A/P SUPPIAH BUKU PROGRAM 1. PN. SANTHIYA A/P NADARAJAN (K) 2. EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN LAPORAN DAN DOKUMENTASI 1. PN. NORIAH BINTI MUHAMAD (K) 2. CIK WAN FARIDATUL NAZIFA BINTI WAN ABDUL KHOHAR BANNER 1. EN. MUHD IQBAL B. ABD RAHIM (K) 2. EN. AHMAD SULAIMAN BIN MD SHA’ARI 3. EN. MUHAMMAD HAZIQ ADLI BIN AHMAD KHAIRUNDIN CENDERAMATA DAN CABUTAN BERTUAH 1. EN. MOHD AISAMUDDIN BIN MOHD AZILAH (K) 2. CIK. NATASHA VERA AW 3. PN. NOOR AZLINA BINTI MOHD ZAINI 4. PN. FARIDAHTUL AKMAR BT. ISMAIL 5. PN. AMIERAH SOLEHAH BT. AHMAD TAJUDIN 6. PN. NOREHAN BINTI ABDUL HAMID PENCATAT MINIT 1. PN. RAHAYU BINTI ABU BAKAR (K) 2. CIK. SITI NUR IZANA BINTI AB RASHID PENGACARA MAJLIS 1. EN. MUHAMMAD HAMDI BIN AHMAD LABIB 2. PN. NUR HEDAYAH BINTI MOHDI
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE – 24 SK SERI MURNI
9 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, 68100 BATU CAVES, KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Seri Murni Pengerusi : En. Azlan Bin Samicho ( YDP PIBG ) 1. PERUTUSAN PENASIHAT 1.1 Puan Guru Besar (Pn. Norsilah binti Dali) mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG (MAT) kali ke-24 ini. 1.2 Beliau menzahirkan kesyukuran kerana semua pihak dapat berkumpul serta mengalualukan kehadiran ibubapa ke Mesyuarat Agung PIBG (MAT) kali ke 24 ini. 1.3 Beliau mengharapkan kerjasama dan komitmen daripada ibubapa yang berterusan untuk menyuntik semangat kepada anak-anak dan akan membincangkan pelbagai masalah untuk kebaikan bersama. 1.4 Beliau menyatakan bahawa pihak sekolah dan PIBG akan sentiasa bekerjasama bagi memenuhi segala keperluan yang diperlukan. 1.5 Beliau juga mengucapkan salam perkenalan kepada semua ibubapa yang hadir dan berharap semoga dapat bekerjasama serta menggembleng tenaga bagi memastikan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar untuk kebaikan anak-anak. 2. PERUTUSAN PENASIHAT 2.1 Encik Nor Azlan b. Samicho mengucapkan tahniah kepada Puan Norsilah kerana telah dilantik menjadi Guru Besar di SK Seri Murni menggantikan Guru Besar lama yang telah bersara. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG atas kejayaan penganjuran MAT kali ini. 2.2 Beliau menyatakan bahawa AJK PIBG akan sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibubapa bagi memenuhi segala keperluan yang diperlukan. 2.3 Beliau berharap supaya AJK PIBG akan lebih terus bekerja keras untuk memastikan kecemerlangan PIBG dapat dipertingkatkan lagi.
10 2.4 Beliau memaklumkan akan sentiasa memberi sokongan dan akan berusaha mendapatkan sumbangan serta dana tambahan daripada pelbagai pihak untuk memastikan keperluan anak-anak SK Seri Murni dapat direalisasikan, memandangkan sumbangan daripada ibubapa/penjaga agak kurang atas faktor-faktor tertentu. 2.5 Akhir kata, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24. 3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-23 3.1 Encik Nor Azlan b Samicho mempersilakan Setiausaha PIBG Encik Nor Hasraa Hakimi Bin Hassan untuk membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23. 3.2 Encik Nor Hasraa Hakimi Bin Hassan selaku Setiausaha telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 23. Cadangan Pengesahan : Puan Syahida bt Ahmad Ibrahim Disokong oleh : Puan Nurul Amin bt Abu Bakar 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit. 5. PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG 5.1 Setiausaha membentangkan laporan tahunan PIBG dan kehadiran AJK ke mesyuarat jawatankuasa PIBG sesi 2022 - 2023. 5.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa atas sokongan yang diberikan terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG dan sekolah. 5.3 Beliau membentangkan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 dan meminta ibubapa merujuk buku program berkaitan laporan tahunan PIBG. 6. MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN LAPORAN KEWANGAN BERMULA BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 6.1 Encik Mohd Firdaus bin Mohd Saari selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan. - Rujuk Lampiran. Cadangan Pengesahan : Encik Mohd Zulhimi b Md Isa Disokong oleh : Encik Kholifudin b Abdullah
11 7. MEMBAHASKAN USUL / CADANGAN. 7.1 Encik Nor Azlan b Samicho memaklumkan bahawa usul/cadangan akan dibacakan sekiranya pembawa usul/cadangan hadir. 7.1.1 Beliau memaklumkan tentang usul dan cadangan yang telah dihantar - Rujuk Lampiran. 7.2 Cadangan 1 – Pn. Nor Khaizatul Atiqah mencadangkan Program Kesedaran Ibu Bapa bersama anak-anak berkaitan adab dan sahsiah dalam pergaulan. 7.2.1 Jawapan – Puan Guru Besar menjelaskan bahawa pihak PIBG akan menganjurkan program yang melibatkan pihak polis dengan menjemput pegawai polis untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang disiplin dan salah laku murid. 7.3 Cadangan 2 – Pn. Yumatini bt Maon mencadangkan pihak sekolah supaya mengadakan carta organisasi AJK PIBG memudahkan ibubapa mengenali AJK PIBG. 7.3.1 Jawapan – YDP PIBG menyatakan akan dibuat carta organisasi di papan kenyataan. Segala info akan dipamerkan di papan kenyataan. Pn Guru Besar juga mencadangkan agar disediakan kotak cadangan supaya ibubapa dapat memberikan cadangan pada bila-bila masa. 7.4 Cadangan 3 - Pn. Yumatini bt Maon memberi cadangan supaya PIBG mengadakan media sosial sendiri untuk mewar-warkan aktiviti di sekolah untuk menarik minat NGO atau Badan di luar untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. 7.4.1 Jawapan – Puan Guru Besar menjelaskan sekolah telah mempunyai medium sosial “Facebook”untuk memaklumkan aktiviti atau apa-apa program sekolah untuk pengetahuan ibubapa/penjaga. 7.5 Cadangan 4 – Pn. Yumatini bt Maon mencadangkan agar membenarkan murid - murid membawa kipas (portable fan) berikutan cuaca panas sekarang. 7.5.1 Jawapan – Puan Guru Besar menjelaskan tiada halangan jika ada permintaan tersebut, akan tetapi adalah menjadi tanggungjawab murid tersebut untuk menjaga keberadaan kipas itu. 7.6 Cadangan 5 – Pn. Yumatini bt Maon mencadangkan agar diperketatkan pemantauan ibubapa yang terlalu ramai menunggu anak di hadapan sekolah yang mengganggu perjalanan murid keluar sekolah.
12 7.6.1 Jawapan – YDP PIBG memohon ibubapa supaya tidak mengganggu perjalanan murid-murid. Ibu boleh hadir mengikut waktu pulang anak masing-masing mengikut jadual waktu sekolah yang telah disediakan kepada semua murid. 8. HAL - HAL LAIN 8.1 Ahli mesyuarat yang hadir telah sebulat suara bersetuju untuk menghulurkan sumbangan kepada tabung kewangan PIBG sebanyak RM50 untuk satu keluarga bagi sesi persekolahan 2023/2024. 8.2 Memandangkan musim cuaca panas yang melanda seluruh negara buat masa ini, Guru Besar telah mengemukakan cadangan untuk pihak PIBG menyediakan mesin air Coway untuk kemudahan semua murid. Beliau telah mencadangkan setiap ibubapa/penjaga membuat sumbangan untuk pembayaran mesin tersebut sebanyak RM10.00 bagi seorang murid selama setahun. Cadangan ini telah mendapat persetujuan semua ibubapa/penjaga yang hadir. 8.3 Pihak sekolah juga telah mencadangkan sumbangan ICT sebanyak RM10.00 bagi seorang murid selama setahun. Sumbangan ini adalah untuk tujuan pembelian perkakasan dan penyelenggaraan ICT sekolah. Sumbangan itu akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG. Cadangan itu juga telah diterima sebulat suara oleh ibubapa/penjaga yang hadir. 8.4 Pengerusi merumuskan bahawa setiap keluarga akan membuat sumbangan sebanyak RM 50.00 bagi seorang anak untuk tabung PIBG dan RM 20.00 untuk setiap orang anak berkaitan dengan sumbangan ICT serta mesin air. 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Encik Azlan b Samicho selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir ke mesyuarat pada hari ini. 9.2 Yang Dipertua PIBG mengharapkan ibubapa dapat memberi kerjasama yang berterusan untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. 9.3 Beliau juga mengharapkan ibubapa memberikan sokongan kepada pihak sekolah dan PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. 9.4 Beliau memohon maaf atas salah silap dan kekhilafan semua AJK PIBG. 9.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahhari.
13 DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: ........................................................ ....................................................... (NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN) (NOR AZLAN BIN SAMICHO) SETIAUSAHA, YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK SERI MURNI, KL. SK SERI MURNI, KL. DISAHKAN OLEH: ........................................................ (NORSILAH BINTI DALI) PENASIHAT, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK SERI MURNI, KL.
14 PENYATA KEWANGAN Berakhir 31 Disember 2023 & Berakhir Mei 2024 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SERI MURNI
15
16
17
18
19 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -25, 2024
20 SENARAI USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 25 SESI 2024 BIL PERKARA USUL / CADANGAN NAMA ANAK 1 Isu Beg Sekolah CADANGAN: 1. Beg sekolah berat. (Puan Nor Haslinda Binti Abdul Mutalib) 2. Mohon dibuat kutipan sumbangan daripada ibubapa bagi tujuan penyediaan lokar simpanan buku kerana beg terlalu berat untuk murid. (Encik Mohd Afiq Bin Azami) 3. Mohon dibuat kutipan sumbangan kepada ibubapa bagi tujuan pembelian lokar simpanan buku kerana beg terlalu berat untuk murid. (Puan Azura Binti Abdul Ghani) 4. Menyediakan tempat simpanan buku dalam kelas. Hanya buku aktiviti atau buku tulis yang diberikan tugasan untuk disiapkan sahaja dibawa pulang. Mohon dibuat kutipan untuk ibubapa bagi tujuan pembelian lokar simpanan buku kerana beg terlalu berat untuk murid. Beban untuk anak-anak. (Encik Khairul Syafizad Bin Mohd Nasir) 5. Menyediakan tempat simpanan buku supaya beg tidak terlalu berat. (Puan Aishah Saroja Binti Abdullah) 6. Menyediakan tempat simpanan buku supaya beg tidak berat. (Encik Akmal Bin Azmi) 7. Menyediakan tempat simpanan buku teks. (Encik Muhammad Fahmi Bin Mohd Nor) • Mohamad Harith Aiydan b. Mohd Hairi (1 G) • Nur Arissa Malaika (4 G) • Zara Ariana Binti Zaim Wazizi (3G) • Muhammad Aisy Danish (1E) • Anisa Menaal Binti Raja Kamran Sadiq (4B) • Muhammad Aqlan (4B) • Muhammad Ariq (2G) • Nur Airis Ariana (4G) • Muhammad Adeeb Naufal (2G) 2 Kantin sekolah CADANGAN: 1. Mempelbagaikan lagi menu yang berkhasiat di kantin seperti buah-buahan dan aneka kuih muih. (Puan Nur Shafiqah Binti Mohd Rosli) 2. Menghentikan jualan makanan/minuman yang tidak berkhasiat di kantin sekolah. (Puan Nabilah Binti Mohd Fauzi) 3. Jualan makanan yang sihat untuk murid. Tiada jualan jajan serta harga yang berpatutan untuk murid. (Puan Nor Hafiza Md Yusop) 4. Hentikan jualan makanan yang tidak berkhasiat untuk murid. Masih ada menu seperti maggi sup dan keropok. (Puan Nur Diana Binti Ahmad Tajudin) 5. Pantauan kebersihan kantin. Lalat berterbangan dan makanan terdedah. (Puan Azlina Binti Rasin) • Nur Salsabila Nadzifa (4B) • Muhamad Adam Danial (1G) • Mohamad Naufal Rizqullah Bin Mohamad Rusydi (5E) • Nur Ain Zulaikha (2B) • Nur Khayla Humaira Binti Muhammad Abdul Hakim (2B) • Alif Aidel Bin Abdullah (6B) • Arra Aleesya Binti Mohammad Zaini (1E)
21 6. Mempelbagaikan lagi menu yang berkhasiat di kantin. (Puan Farhana Lydia Putri Binti Ahmad Shukri) 7. Jualan makanan yang sihat untuk murid. Tiada jualan jajan, nuget dan seumpama. (Puan Aishah Saroja Binti Abdullah) 8. Mempelbagaikan lagi menu di kantin untuk pilihan murid. (Encik Muhammad Fahmi Bin Mohd Nor) 9. Penambahbaikan menu di kantin dan harapan agar menu murid diwar warkan juga kepada ibubapa. (Encik Harun B Ahmat Raglan @ Ahmad Razlan) 10. Harga makanan perlu diturunkan sedikit untuk kanak-anak B40. (Encik Muhamad Fakhrurazy Bin Abu Bakar) 11. Hentikan jualan jajan atau makanan proses kepada murid. Galakkan jualan buah-buahan. Pihak sekolah perlu tegas agar perkara ini dapat diatasi. (Encik Mohd Hafiz Bin Muhamad Kassim) 12. Mempelbagaikan lagi menu menarik dan berkhasiat di kantin. (Puan Nor Farahanim Binti Aziz) • Nur Alyana Qaira Bt Khairul Arman (4B) • Nur Aurora Qaisya Bt Khairul Arman (1E) • Anisa Menaal Binti Raja Kamran Sadiq (4B) • Nur Airis Ariana (4G) • Muhammad Adeeb Naufal (2G) • Nur Auni Humaira(3E) • Ammar Faliq (1E) • Putri Nur Zalikha (1B) • Iris Kayyisa (2G) • Nur Batrisya Amani (5E) • Nur Khairah Medina (2G) 3 Tandas sekolah CADANGAN: 1. Mohon pastikan kondisi lampu tandas sekolah. Ada yang malap malah dan tak bernyala. (Puan Ezly Hufaida Binti Abdul Rahim) 2. Naik taraf tandas. Masih ada tandas yang tidak berpintu. (Puan Azlina Binti Rasin) 3. Baik pulih tandas. (Puan Farhana Lydia Putri Binti Ahmad Shukri) 4. Naik taraf tandas dan kebersihannya. (Puan Aishah Saroja Binti Abdullah) • Dhia Aleesya Binti Yus Ezwan (4E) • Alif Aidel Bin Abdullah (6B) • Arra Aleesya Binti Mohammad Zaini (1E) • Nur Alyana QairaBt Khairul Arman (4B) • Nur Aurora Qaisya Bt Khairul Arman (1E) • Anisa Menaal Binti Raja Kamran Sadiq (4B) 4 Pintu pagar sekolah CADANGAN: 1. Membina penyambungan atap/bumbung (awning) di laluan masuk sekolah bagi memudahkan ibubapa mengambil anak ketika hujan. (Puan Nabilah Binti Mohd Fauzi) 2. Menambah satu lagi pintu masuk ke sekolah untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. (Puan Nurul Ain Binti Hamidon) • Mohamad Naufal Rizqullah Bin Mohamad Rusydi (5E) • Ayish Zakwan Bin Zulkifli (3E) • Umar Zafran Bin Zulkifli (2B) • Muhammad Ziyad Hamzah Bin Zulkifli (Pra sekolah)
22 3. Membina penyambungan atap/bumbung di laluan masuk sekolah bagi memudahkan ibubapa menghantar/ mengambil anak ketika hujan. (Puan Idayu Zurairah Binti Ibrahim) • Ashmaan Qhaliff Bin Mohd Hafis (3B) 5 T-Shirt Sukan/PJ CADANGAN: 1. Menyediakan jualan tshirt sukan dan PJ berlengan panjang. (Encik Mohd Firdaus Bin Zakaria) 2. Menyediakan jualan tshirt sukan dan PJ berlengan panjang untuk murid Perempuan. (Puan Nor Farahanim Binti Aziz) • Muhammad Danish Hayqal (5E) • Muhammad Darwish Hazeeq (4G) • Nur Dhia Hannah (1E) • Nur Batrisya Amani (5E) • Nur Khairah Medina (2G) 6 Kedai buku CADANGAN: 1. Kedai buku perlu memastikan stok buku cukup terutamanya pada awal sesi pembukaan sekolah. (Puan Nabilah Binti Mohd Fauzi) 2. Mohon kedai buku agar tidak menjual barang mainan atau yang tidak berkaitan kecuali buku atau yang berkaitan dengan PdP sahaja. (Puan Nur Diana Binti Ahmad Tajudin) • Mohamad Naufal Rizqullah Bin Mohamad Rusydi (5E) • Nur Khayla Humaira Binti Muhammad Abdul Hakim (2B) 7 Waktu pulang sekolah CADANGAN: 1. Ketatkan lagi kawalan murid semasa waktu pulang tidak kira semasa waktu persekolahan, KOKO atau Latihan sukan. (Encik Muhammad Farid Bin Zulkifli) 2. Keselamatan murid ketika pulang sekolah. (Encik Mohamad Azhar Bin Arif) • Nur Raudatul Aisy (4E) • Zara Zahirah (3E) 8 Pengurusan Kelas: - Jadual Waktu - Group WhatApp kelas CADANGAN: 1. Jadual waktu perlu dinyatakan terperinci. Contohnya Bahasa Melayu 4 kali seminggu. Hari Isnin BM Pemahaman, Selasa BM Tatabahasa, Rabu BM Ejaan supaya murid tidak perlu bawa 4 buah buku BM setiap waktu. Menyenaraikan kerja rumah murid mengikut subjek dalam ‘group whatsapp’ kelas. (Puan Nor Haslinda Binti Abdul Mutalib) 2. Diawalkan pemberitahuan mengenai aktiviti atau keperluan bagi matapelajaran. Kebiasaan dimaklumkan dalam waktu yang singkat menyukarkan ibubapa untuk menyediakannya. (Puan Thamil A/P Arumugam) • Mohamad Harith Aiydan B Mohd Hairi (1G) • Shakkthivel A/L P.Rutreswaran (4B)
23 9 PIBG: - Dana - Slogan CADANGAN: 1. Dapatkan dana kepada murid melalui permohonan kepada Baitulmal atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Encik Muhamad Hafiz Bin Razi) 2. Melaksanakan program yang boleh menambah tabungan PIBG seperti pengumpulan dan jualan barangan terpakai. (Encik Muhamad Nasrul Hisyam Bin Hamid) 3. Pibg seharusnya mempunyai pengaruh dalam menentukan aktiviti yang menjana keuntungan. Misalnya jualan buku. PIBG harus mempunyai slogan sendiri untuk dijadikan pegangan. Contohnya, “Kepimpinan Menerusi Tauladan”. (Encik Muhammad Faizul IzreenBin Othman) • Nur Airis Medina (3 E) • Nuh Hamizan (1E) • Muhamad Hafuza Ziyad (3B) • Cinta Adra (3E) • Ikhlas Mikail (1B) 10 Akademik: - Kelas Amali Solat - Peperiksaan - Buku aktiviti - Kempen - Kelas DLP CADANGAN: 1. Menganjurkan kelas amali solat untuk anak murid. (Encik Mohd Zahari B Sekam) 2. Mohon penjelasan/pandangan pihak sekolah berkaitan: “Adakah dasar pendidikan ketika ini mampu melahirkan generasi cemerlang dengan pemansuhan UPSR ataupun peperiksaan?”. Mohon pihak sekolah adakan peperiksaan yang formatnya sama seperti peperiksaan sebelum ini memandangkan UASA dilihat kurang berkesan untuk mengukur prestasi murid. (Encik Azrul Anwar Bin Mohd Zahehe) 3. Buku aktiviti jarang digunakan (terutama Tahun 1). Guru perlu elak guna helaian kertas kerana mudah hilang dan rosak. (Encik Harun B Ahmat Raglan@ Ahmad Razlan) 4. Adakan kempen kesedaran tentang keselamatan terutama melibatkan pasukan beruniform seperti Polis, Tentera dan sebagainya. Pendedahan/galakan kepada murid agar menghormati orang lain. (Encik Mohamad Azhar Bin Arif) 5. Diperbanyakkan aktiviti/program yang membantu kepada kemajuan akademi kanak-anak. (Puan Noorulhutah Binti Jannah) 6. Melaksanakan aktiviti/program yang membantu memajukan akademi kanak-anak. (Puan Mailiza Binti Kalih) 7. Mewujudkan kelas DLP. (Encik Mohammad Rozaid Bin Che Omar) Nur Alya Arisya (1G) Irdina Nabihah (5 B) Nur Auni Humaira (3E) Ammar Faliq (1E) Zara Zahirah (3E) Noor Jannatuniesha (6B) Aaisyah Bee (3G) Muhammad Ali Jinnah (1B) Muhammad Hafizudin Bin Shaharin (5G) Dhia Raisya (3E) 11 HEM: -3K (Kebersihan, Keselamatan & Kesihatan) - Disiplin CADANGAN: 1. Longkang sekolah perlu ditutup. Dibimbangi murid terjatuh. (Puan Azlina Binti Rasin) Alif Aidel Bin Abdullah (6B) Arra Aleesya Binti Mohammad Zaini (1E)
24 2. Meningkatkan keceriaan sekolah dan menjaga kebajikan murid. (Puan Mailiza Binti Kalih) 3. Perketatkan kembali pemakaian uniform/seragam sekolah. Perbaiki disiplin murid berkaitan kebersihan kuku, lencana sekolah, kekemasan rambut dan seumpama. (Puan Mazlina Binti Majuk) Muhammad Hafizudin Bin Shaharin (5G) Nur Insyirah Zulaikha (5E) Muhammad Uwais Al-Qarni (1B) 12 Kokurikulum : - Sukan Memanah - Senaman Pagi CADANGAN: 1. Mewujudkan sukan memanah di sekolah. Mengadakan aktiviti riadah/senaman ringan di dewan waktu pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran. (Puan Norazilah) Muhammaddhiyah Al Amin Bin Muhammad Fuad (PPKI BIJAK) 13 Pakaian/ kostum yang tidak berkaitan CADANGAN: 1. Tidak perlu diadakan pakaian bertema untuk Sambutan Hari Kanak-kanak atau apa jua sambutan yang melibatkan pakaian/kostum tertentu kerana bukan semua berkemampuan dan jika berkemampuan ianya melibatkan masa dan penggunaan wang. Murid rasa rendah diri jika tiada pakaian tema dibandingkan dengan rakan yang lain.Elakkan pembaziran kerana hanya sekali digunakan. (Puan Nur Hidayah Binti Mohd Tajudin) Nur Arissa Zulaikha Bt Zainal Abidin (4G) Nur AfeeyaBt Zainal Abidin (2B) 14 Buku Teks CADANGAN: 1. Mohon dilupuskan buku teks yang berusia lebih dari 5 tahun kerana terlalu uzur untuk digunakan. Mohon agar guru SPBT/Pengawas SPBT periksa terlebih dahulu kondisi sebelum diagihkan kepada murid. (Puan Idayu Zurairah Binti Ibrahim) Ashmaan Qhaliff Bin Mohd Hafis (3B) 15 Pengawal Keselamatan CADANGAN: 1. Mohon dipantau ‘guard’ (Wanita India) kerana anak sering mengadu ‘guard’ tersebut acap kali mengeluarkan perkataan kesat kepada murid. (Puan Nor Farahanim Binti Aziz) Nur Batrisya Amani (5E) Nur Khairah Medina (2G)
25 LAMPIRAN
26
27 KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT PIBG KALI KE – 24, 2023
28 KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-24, 2023 BIL NAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA ANAK 1 Norizuana B Asli Airel Hakim (1B) 2 Siti Jamilah Muhammad Afiq Adli (6G) 3 Hasanah Bt Talib Nurul Nur Sofiah (5B) 4 Mohd Asmadi Nur Aulia Izzatunnisha (6G) 5 Abdul Rahman Nur Umairah (5B) 6 Mohd Salleh Ishak Ahmad Hazwan Najmi (5E) 7 Nor Ashikin Bt Abdul Hakim Muhammad Danish Haiqal (4B) 8 Mat Azri Adam Danial (4B) 9 Mohd Zuzeeyadi Muhd Danial Zahran (5B) 10 Aishah Bt Mohd Razak Siti Suhairah (6B) 11 Fakhriaty Muhd Fairus (6G) 12 Nor Azmi b Ahmad Nur Amirah Zulaikha (5E) 13 Ahmad Roskhairil Hisyam Mohammad Danial Rayyan (2G) 14 Syahida Bt Ahmad Imran Emir Raees (6B) 15 Hasibah Bt Harun Nur Nuhaa Uzma (1B) 16 Mohd Azman Awang Ali Ahmad Umair (3E) 17 Nor Azizah Mohd Aziza B Abdul Rahim (4E) 18 Zamri B Saiman Ahmad Zikri (5B) 19 Sh Naimah Sh Shaikh Sharifah Widad Al Tahir (1G) 20 Harmizi B Abdullah Zeti Daniela BtHarmizi(5G) 21 Mohd Aisamuddin Nuraisya Adyra (2E) 22 NorzeeBt Ismail Mohammad Iman Izz (5G) 23 Ayra Khan Mustafa Khan (4B) 24 Siti Razmah Bt Mansur Nur Fatihah Bt Abdullah (5E) 25 Roszazaliza Ahmad Zikri (5B) 26 Nor Azlan Samicho Muhammad Khairul Iman (2E)
29 27 Azrul Anwar Mohd Zahehe Irdina Nabihah (4G) 28 Alia Bt Azami Arissa Malaika (3B) 29 Siti Salamah Seri Nur Batrisya (6G) 30 RosnorhasimahBt Ruslan Dania Raisya (3G) 31 Yussainy Muhammad Fakish (3G) 32 Muhammad Zulhilmi B Mat Isa Nur Zarin Arissa (5B) 33 Sharifah Aminah Muhd Adam Rayyan (4G) 34 HazwaniSyaza Nuwairah Rumaisya (1G) 35 Zainab Bt Mat The Mohd Arif (5B) 36 Rosmawati Bt Che Daud Rabiatul Adawiyah Bt M. Yasser (3B) 37 Fenelah Baleh Nur Farah Aereena (5G) 38 Muhammad Iqbal B Abd Rahim Muhammad Faiq (6B) 39 Shahrizal b Ardi Amir Hamzah (1B) 40 NoridaBt Ismail Nurin Alya (6G) 41 YumatiniBt Maon Faris Hannan (6B) 42 IdayuZurairahBt Ibrahim AthiliaQaleesya (6G) 43 Norehan Bt Abdul Hamid Qisya Izz Zara (5E) 44 Shazila Bt Abd Rahman Mohd Faith Nasrullah (6B) 45 Farzana Mohamed Fahim (5E) 46 Nor EifazihanBt Md Amin Aleesya Maisarah(6E) 47 Kholliffuddin Nirmashitah Bt Abdullah (4E) 48 Laisiah Bt Mat Som Muhammad Safwan (6G) 49 Nur Azlina Muhammad Danial (6G) 50 Safina Bt Musa Nur Amalia Dayini (5B) 51 Hasniza Bt Ismail Wan Nur Haszumaira (6G) 52 Muhammad Affendy Nur Aleesya Damia (6B) 53 Yasmin Bt Abdul Gofoor Nur Fatihah (2E) 54 Siti Azura Bt Abdullah Muhammad Safuan Rizqi (2G) 55 Nolizawati Bt Ismail Muhammad Adam Fairuz (1B) 56 Nor Azha Nur Amiera Danisha (3G)
30 57 Paridah Ahmad Ramadhan (3B) 58 Nor Azizah Bt Ali Nur Fatihah Amiera (6G) 59 Nor Hayati Bt Mohamad Awangku Rizqullah (2B) 60 Rohani Bt Che Sidi Iris Kayyisa (1E) 61 FadihahBt Kasim Arissa Sofea (1B) 62 Mohd Azry B Ramli Mohamad Aidil (6E) 63 Wan Nor Asilah Wan Nur Jannatun (4G) 64 Solah Mardhiah Nur Asma Aqilah (2B) 65 Mohammad Fahmi B Mohd Nor Nur Airis Ariana (3B) 66 Nurulamin B Abu Bakar Muhammad Arman Amin(6E) 67 Shahril B Hamid Luqman (2G) 68 Widi Asni Rashdan (5E) 69 Mohd Nazri Dhia Annesa(4G) 70 Sharifa Bt Musa Aiman Haikal (1E) 71 Hamidah Bt Noor Mohamed Muhammad Jafer (3B) 72 Nor ZuraimiBt Lokman Nur Faizah Zuraida (4B) 73 Siti NorhafizahBt Mohd Radzi Rayyan B Aizuddin (4B) 74 Suriana Bt Jaafar Nur Amira Syukriah (4E) 75 M Zukri Hamdi Zara Salsabila (4E) 76 Nor Sarina bt Malik Nurul Aleeya Nabihah (6B) 77 Nor Darmawati M Rizki Maulal (5E) 78 Nur Diyana Bt Abdul Aziz Muhammad Yashfiy B Imran(6E)
31 KEHADIRAN GURU KE MESYUARAT PIBG KALI KE – 24, 2023
32 KEHADIRAN GURU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 24, 2023 BIL NAMA JAWATAN 1 ABD AZIZ BIN DISA GURU 2 ABD MUEN BIN MD. SIDEK GURU 3 AHMAD AMSYAR BIN MAZLAN GURU 4 AHMAD ROSKHAIRIL HISYAM BIN TAJUDIN GURU 5 ALIA BINTI ISMAIL GURU 6 AMIERAH SOLEHAH BINTI AHMAD TAJUDDIN GURU 7 AMNI AMIRAH BINTI KAMARUL BAHAROM GURU 8 ELEME BTE SALLEH AKP 9 FARIDAHTUL AKMAR BINTI ISMAIL GURU 10 HASIBAH BINTI HARUN GURU 11 HERNI BINTI ABD HAMID AKP 12 KALWANT KAUR A/P SADAGAR SINGH GURU 13 KOMATHI A/P KARUPPIAH GURU 14 MARLISA BT SHAMSUDDIN GURU 15 MOHAMAD IKRAAMUDDEEN BIN MOHMAD NASIR GURU 16 MOHD AISAMUDDIN BIN MOHD AZILAH GURU 17 MOHD AZMAN BIN AWANG ALI GURU 18 MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI GURU 19 MOHD HAZNI BIN MOHD HANAFIAH GPK TADBIR 20 MOHD NASIR BIN IBRAHIM GURU 21 MUHAMMAD HAMDI BIN AHMAD LABIB GURU 22 MUHAMMAD IQBAL BIN ABDUL RAHIM GURU 23 NANTIHINI A/P SUPPIAH GURU 24 NOR HASRAA HAKIMI BN HASSAN GURU 25 NORMA SYAKIRAH BINTI MOHD NOOR GURU 26 NOREHAN BINTI ABDUL HAMID GURU 27 NORIAH BINTI MUHAMAD GURU 28 NORJANNAH BT ABDULLAH HALIM GURU 29 NORSILAH BINTI DALI GURU BESAR
33 30 NUR DIYANA BINTI ABD AZIZ GURU 31 NUR HEDAYAH BINTI MOHDI GURU 32 NUR SYAZANA BINTI RAMLI GURU 33 RAHAYU BINTI ABU BAKAR GURU 34 ROSLAN BIN NIK MAT GURU 35 ROSLAN BIN OMAR GURU 36 ROSZAZALIZA BINTI RUSLI GURU 37 SANTHIYA A/P NADARAJAN GURU 38 SHAZILA BINTI ABD RAHAMAN GURU 39 SHELLINA BINTI KHUAJAH GURU 40 SUHAIMI BIN AHMAD RAZALY GURU 41 SYAHMAN BIN MAT DAUD GURU 42 UMMU AIMAN BINTI HUSSIN GURU 43 WAN ASMARIAH BINTI WAN ISMAIL GPK HEM 44 WAN ROHAIZAD BIN WAN ZAKARIA JURUTEKNIK 45 ZAMRI BIN SAIMAN GURU
34 KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022-2024
35 KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2023-2024 HARI / TARIKH MESYUARAT AJK: 1 - SABTU : 20 JANUARI 2024 2 - JUMAAT : 7 JUN 2024 TURUT HADIR BIL NAMA JAWATAN 1 2 KEKERAPAN 1. EN. MOHD HAZNI BIN MOHD HANAFIAH GPK TADBIR / / 2/2 2. PN. WAN ASMARIAH BINTI WAN ISMAIL GPK HEM / / 2/2 3. PN. NOR LAILI BINTI AHMAD GPK KOKO / - 1/2 BIL NAMA JAWATAN 1 2 KEKERAPAN 1 PN. NORSILAH BINTI DALI PENASIHAT / / 2/2 2 EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO YANG DIPERTUA / / 2/2 3 EN. YUSSAINY BIN HARON NAIB YANG DIPERTUA / / 2/2 4 EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN SETIAUSAHA - / 1/2 5 PN. RAHAYU BINTI ABU BAKAR NAIB SETIAUSAHA / / 2/2 6 EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI BENDAHARI / - 1/2 7 EN. ABDUL AZIZ BIN DISA AJK (GURU) / - 1/2 8 PN. SANTHIYA A/P NADARAJAN AJK (GURU) / / 2/2 9 PN. NORIAH BINTI MUHAMMAD AJK (GURU) / / 2/2 10 PN. YUMATINI BINTI MAON AJK (IBU BAPA) / - 1/2 11 PN. NORZEE BINTI ISMAIL AJK (IBU BAPA) - - 0/2 12 PN. NOR EIFAZIHAN BINTI MD AMIN AJK (IBU BAPA) / - 1/2 13 EN. MOHD AFIQ BIN AZAMI AJK (IBU BAPA) - - 0/2 14 EN. AZRUL ANWAR BIN MOHD ZIHEHE AJK (IBU BAPA) - - 0/2 15 PN. MARLISA BINTI SHAMSUDDIN JURUAUDIT (GURU) / / 2/2 16 PN. IDAYU ZURAIRAH BINTI IBRAHIM JURUAUDIT (IBU BAPA) / - 1/2
36 Sekalung Penghargaan & Terima Kasih Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan bekerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKSM Kali ke-25/2024 ini; Ucapan ini khusus ditujukan kepada, Pn. Norsilah binti Dali PENASIHAT PIBG EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO YDP PIBG SKSM 2022 - 2024 AJK PIBG SKSM 2022 - 2024 Guru - guru / AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG KE 25 SKSM 2024 INDIVIDU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKSM KALI KE 25, 2024