1 TARIKH / HARI : 10 JUN 2023 / SABTU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SERI MURNI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SERI MURNI, KUALA LUMPUR KALI KE – 24 SESI 2023/2024
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Aturcara Mesyuarat Agung Kali ke - 24 1 2. Dari Pena Penasihat PIBG SK Seri Murni 2 3. Perutusan Yang Dipertua PIBG 3 4. Surat Makluman Mesyuarat 4 5. Jawatankuasa PIBG SK Seri Murni Sesi 2022/2024 5 6. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 24 6 7. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 23 7 - 12 8. Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2022 13 - 16 9. Laporan Tahunan Aktiviti PIBG sepanjang Tahun 2022 17 - 18 10. Usul / Cadangan 19 - 21 11. Lampiran - Kehadiran ibubapa dalam Mesyuarat Agung PIBG ke – 23 sesi 2022 - Kehadiran Guru dalam Mesyuarat Agung PIBG ke – 23 sesi 2022 - Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 - 2023 22 - 30
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 10 JUN 2023 8.30 PAGI : Pendaftaran & Ketibaan Tetamu Jemputan 9.00 PAGI : Kata - kata aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa Oleh Ustaz Roslan Bin Nik Mat : Ucapan oleh Puan Norsilah Binti Dali Guru Besar SK Seri Murni : Perutusan dan Ucapan Perasmian oleh En. Nor Azlan Bin Samicho Yang Dipertua PIBG SK Seri Murni : Cabutan Bertuah 1 : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 24 bermula Dipengerusikan oleh En. Nor Azlan Bin Samicho Yang Dipertua PIBG SK Seri Murni : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 23 tahun 2022 : Laporan Aktiviti Tahunan & Sumbangan PIBG oleh En. Nor Hasraa Hakimi Bin Hassan Setiausaha Kehormat PIBG. : Cabutan Bertuah 2 : Laporan dan Pengesahan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 oleh En. Mohd Firdaus Bin Mohd Saari Bendahari Kehormat PIBG. : Membahaskan Usul / Cadangan : Persetujuan Kutipan Sumbangan PIBG Tahun 2023 : Cabutan Bertuah 3 : Ucapan Penangguhan 1.00 PTG : Mesyuarat Agung Bersurai 1
DARI PENA PENASIHAT PIBG SK SERI MURNI Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Wilayahku Ceria, Salam ABC, Anak Bijak lagi Cerdik dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNYA kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-24 khususnya bagi Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Pada tahun ini, Mesyuarat Agung Tahunan telah dapat dijalankan secara bersemuka selepas terpaksa dijalankan secara dalam talian pada tahun sebelum ini akibat Pandemik Covid 19. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga murid yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 ini. Kehadiran tuan puan pada hari ini menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Seri Murni. SK Seri Murni telah menjangkau usia 24 tahun dan telah banyak juga berlaku perubahan fizikal. Kini sekolah telah mempunyai 18 buah kelas dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Bilangan murid pula ialah seramai 489 orang dan 41 orang guru. SK Seri Murni juga mempunyai sebuah kelas Pra Sekolah dengan beroperasi 25 orang murid. Untuk makluman tuan puan juga, Kelas Pendidikan Khas (PPKI) untuk murid MBK (murid berkeperluan khas ) juga telah dibuka pada tahun lepas, setakat ini beroperasi dengan hanya dengan seorang murid. Misi SK Seri Murni ialah membudayakan setiap aktiviti ketahap pencapaian yang tertinggi bagi membangunkan potensi murid dengan meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum yang cemerlang. Pihak sekolah juga sentiasa berusaha dengan gigih bagi melahirkan murid-murid yang cerdik pengetahuan ICT serta dapat menguasai pembelajaran secara digital. Membentuk generasi yang memiliki sahsiah dan berakhlak mulia serta mempunyai daya tahan yang tinggi. Pihak sekolah juga sentiasa menggembeleng seluruh tenaga dengan sumber yang ada dalam suasana sekolah yang selamat, kondusif serta ceria. Mengurus dengan cekap dan berkesan serta sentiasa meningkatkan semangat bekerjasama secara berpasukan. PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan pemuafakatan ini sekolah akan menjadi lebih cemerlang, seterusnya dapat mencapai visi dan misinya. Saya amat berharap kumpulan sokongan ibubapa (KISB) dapat digerakkan dengan lebih aktif pada setiap masa, penglibatan komuniti setempat, agensi-agensi yang lain dapat dipertingkatkan bagi membentuk kerjasama yang padu dengan pihak sekolah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program sekolah. Hari ini bukan semudah semalam. Untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang perlu kita lepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Selagi prinsip hidup berada pada landasan yang betul, usah digusar pada anugerah. Sebelum saya mengundur diri, sama-samalah kita hayati peribahasa Cina ini: WITH MONEY WE CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME WITH MONEY WE CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME WITH MONEY WE CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP WITH MONEY WE CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, TAMAN SERI MURNI, 68100 BATU CAVES, KUALA LUMPUR. [email protected] Telefon : 03-61379832 Fax : 03-61384305 2
PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikumw.b.t. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Saya juga berharap, kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Sama-sama kita cuba untuk jalankan tugas sebagai ibubapa dengan cara yang terbaik. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Tiada kejayaan yang lebih besar buat ibubapa apabila anak-anaknya mempamerkan perilaku dan mengamalkan adab dan akhlak yang mulia. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibubapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai terutamanya untuk berdepan dengan cabaran masa kini yang sangat mencabar. Hadirin dan hadirat sekalian, Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkapmelengkapi. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Saya merasakan para guru akan merasa bangga jika kita sebagai ibubapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anakanak kita di sekolah. Kita harus sedar, kecemerlangan seseorang pelajar ini amat bergantung kepada pendisiplinan mereka dalam menuntut ilmu. Mereka mesti disiplin dengan peraturan agama. Mereka juga mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata-mata. Mungkin sikap mereka di rumah tidak sama dengan sikap mereka ketika berada di sekolah. Akhir kata, sebelum saya menutup ucapan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibubapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak semua. Saya tinggalkan tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga menjadi panduan dalam usaha kita mendidik anak-anak menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah. Sampan kotak hilir mudik, Dayung patah galah sebatang; Ikhtiar tidak datang menggolek, Akal tidak datang melayang. Sekian, terima kasih. “ Berkhidmat Untuk Negara”, ………………………………………...………. (EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO) YANG DIPERTUA PIBG , SK SERI MURNI. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, TAMAN SERI MURNI, 68100 BATU CAVES, KUALA LUMPUR. [email protected] Telefon : 03-61379832 Fax : 03-61384305 3 2
4
JAWATANKUASA PIBG SK SERI MURNI SESI 2022/2024 PENASIHAT: PN. NORSILAH BINTI DALI YANG DIPERTUA: EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO NAIB YANG DIPERTUA: EN. YUSSAINY BIN HARON SETIAUSAHA: EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN NAIB SETIAUSAHA: PN. RAHAYU BINTI ABU BAKAR BENDAHARI: EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI AJK GURU: EN. ABD AZIZ BIN DISA PN. SANTHIYA A/P NADARAJAN PN. NORIAH BINTI MUHAMMAD EN. AHMAD AMSYAR BIN MAZLAN AJK IBUBAPA: PN. YUMATINI BINTI MAON PN. NORZEE BINTI ISMAIL PN. NOR EIFAZIHAN BINTI MD AMIN EN. MOHD AFIQ BIN AZAMI EN. AZRUL ANWAR BIN MOHD ZIHEHE JURUAUDIT (WAKIL GURU): PN. MARLISA BINTI SHAMSUDDIN JURUAUDIT (WAKIL IBUBAPA): PN. IDAYU ZURAIRAH BINTI IBRAHIM 5
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 SK SERI MURNI PENASIHAT : PN. NORSILAH BINTI DALI ( GURU BESAR ) YANG DIPERTUA PIBG : EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO NAIB YANG DIPERTUA PIBG : EN. YUSSAINY BIN HARON SETIAUSAHA : EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN BENDAHARI : EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI PROTOKOL 1. PN. NORSILAH BINTI DALI 2. EN. MOHD HAZNI BIN MOHD HANAFIAH 3. PN. WAN ASMARIAH BINTI WAN ISMAIL 4. PN. NOR LAILI BINTI AHMAD SISTEM SIARAYA 1. EN. MOHD AZMAN BIN AWANG ALI (K) 2. EN. MOHAMAD IKRAAMUDDEEN BIN MOHD NASIR BACAAN DOA 1. EN. ROSLAN BIN NIK MAT LAPORAN DAN DOKUMENTASI 1. PN. NORIAH BINTI MUHAMAD (K) 2. PN. HASIBAH BINTI HARUN JURUGAMBAR 1. EN. ZAMRI BIN SAIMAN (K) 2. EN. AHMAD ROSKHAIRIL HISYAM BIN TAJUDIN BUKU PROGRAM 1. PN.SANTHIYA A/P NADARAJAN (K) 2. EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN BANNER 1. EN. MUHD IQBAL B. ABD RAHIM (K) 2. EN. MOHD AISAMUDDIN BIN MOHD AZILAH MAKANAN VIP, IBU BAPA DAN GURU 1. PN. MARLISA BT. SHAMSUDIN (K) 2. PN. NOREHAN BINTI ABDUL HAMID 3. CIK. KOMATHI A/P KARUPPIAH 4. PN. SHAZILA BINTI ABD RAHMAN PENCATAT MINIT 1. PN. RAHAYU BINTI ABU BAKAR (K) 2. PN. NUR SYAZANA BINTI RAMLI 3. CIK. NAVINIA ANNETA A/P N. LAWRENCE PENDAFTARAN 1. PN. ALIA BINTI ISMAIL (K) 2. PN. KALWANT KAUR A/P SADAGAR SINGH 3. EN. ROSLAN BIN OMAR 4. PN. FARIDAHTUL AKMAR BINTI ISMAIL PENGACARA MAJLIS 1. EN. MUHAMMAD HAMDI BIN AHMAD LABIB CENDERAMATA DAN CABUTAN BERTUAH 1. EN. AHMAD AMSYAR BIN MAZLAN (K) 2. CIK. AMNI AMIRAH BINTI KAMARUL BAHAROM 3. PN. ROSZAZALIZA BINTI RUSLI PENYUSUNAN DEWAN DAN KEBERSIHAN 1. EN. ABD AZIZ BIN DISA (K) 2. EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI 3. EN. SYAHMAN BIN MAT DAUD 4. EN. MOHD NASIR BIN IBRAHIM 5. EN. SUHAIMI BIN AHMAD RAZALY HIASAN LATAR PENTAS 1. PN. NORJANNAH BINTI ABDULLAH HALIM (K) 2. EN. ABDUL MUEN BIN MD SIDEK 3. PN. NUR DIYANA BINTI ABD AZIZ 4. PN. UMMU AIMAN BINTI HUSSIN 5. PN. AMIERAH SOLEHAH BINTI AHMAD TAJUDIN 6. PN. NORMA SYAKIRAH BINTI MOHD NOOR 6
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SERI MURNI KALI KE-23 7
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, 68100 BATU CAVES, KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -23 TARIKH : 28 MEI 2022 HARI : SABTU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : GOOGLE MEET PENGERUSI : EN. MUAMMAR GADDAFI B ABDUL RAHIM 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Yang Dipertua PIBG SKSM (En. Muammar Gaddafi Bin Abdul Rahim) mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG (MAT) kali ke-23 ini. 1.2 Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir SKSM, guru SKSM dan AJK Pelaksana kerana menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. 1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) atas penganjuran Majlis Hari Raya semalam yang disifatkan sebagai penganjuran yang sangat meriah dan bermakna buat semua setelah 2 tahun tiada sebarang aktiviti bersemuka pada skala yang agak besar di peringkat sekolah. 1.4 Beliau menzahirkan rasa gembira kerana PdP telah dapat dilakukan secara bersemuka dan ianya secara langsung memberikan semangat baru kepada guru dan murid khususnya untuk menimba ilmu. 1.5 Beliau juga menyeru ibubapa agar dapat menjelaskan pembayaran sumbangan PIBG sebanyak RM50 untuk setiap keluarga agar pihak sekolah dapat menjalankan aktiviti dengan lancar. Beliau juga berharap supaya ibubapa sentiasa memberikan kepercayaan kepada barisan guru untuk meningkatkan sahsiah dan kecemerlangan murid. 1.6 Beliau memaklumkan akan sentiasa memberi sokongan dan akan berusaha mendapatkan sumbangan untuk murid SK Seri Murni walaupun dirinya tidak lagi menjadi sebahagian daripada AJK PIBG untuk sesi yang baharu memandangkan sudah tiada lagi anak yang bersekolah di SK Seri Murni. 2. PERUTUSAN PENASIHAT 2.1 Tuan Guru Besar (En. Roslan Bin Jais) mengucapkan tahniah kepada ibubapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23. Ucapan tahniah juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG atas kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23. 2.2 Beliau memohon kerjasama ibubapa untuk terlibat sama dalam aktiviti sekolah agar segala objektif tercapai. Berganding bahu mencapai matlamat demi kecemerlangan anak-anak. 8
2.3 Beliau meminta ibubapa untuk memantau kehadiran anak-anak ke sekolah kerana tiada lagi terma kebimbangan terhadap Covid-19 sebagai alasan untuk tidak hadir ke sekolah. 2.4 Beliau mengingatkan Ibubapa bahawa pihak Kementerian dan sekolah sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak baik dari segi pembelajaran mahupun bantuan persekolahan seperti RMT, Baitulmal, Bantuan Awal Persekolahan, gerobok rezeki dan lain-lain. 2.5 Beliau berharap supaya AJK baharu yang akan dilantik nanti akan terus bekerja keras untuk memastikan kecemerlangan PIBG dapat dipertingkatkan lagi. 2.6 Akhir kata, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23. 3. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 BERMULA 3.1 Encik Gaddafi meminta ibubapa untuk merujuk agenda Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 yang telah dilampirkan. 3.2 Beliau membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22. Cadangan Pengesahan : Pn. Yumatini BintiMaon Disokong oleh : Pn. Norzee Binti Ismail 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit. 5. PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG 5.1 Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan PIBG sesi 2021-2022. 5.2 Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang memberi sokongan, komitmen dan sumbangan sama ada berbentuk tenaga mahupun wang ringgit untuk membantu pihak sekolah secara amnya dan pihak guru khasnya dalam sesi pembelajaran dirumah sepanjang tahun 2021 yang lepas. 6. MEMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN LAPORAN KEWANGAN BERMULA BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 6.1 En. Mohd Firdaus Bin Mohd Saari selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan. Seperti di lampiran muka surat 14-20. Cadangan Pengesahan : Puan Salena Binti Muhammad Disokong oleh : Puan Noreifazihan Binti Md Amin 9
7. MEMBAHASKAN USUL / CADANGAN. 7.1 Encik Gaddafi memaklumkan bahawa usul / cadangan akan dibacakan sekiranya pembawa usul hadir. 7.1.1 Usul dan cadangan yang telah dihantar - Rujuk Lampiran. 7.2 Usul 1 – En. Rashiruleneey mencadangkan supaya kelas tambahan diadakan memandangkan murid-murid banyak ketinggalan sepanjang 2 tahun kebelakangan dan kutipan yuran dikenakan untuk kelas tambahan tersebut 7.3 Usul 2 - En. Nor Azmi Bin Ahmad mencadangkan supaya diwujudkan loker untuk penyimpanan buku murid serta diadakan kutipan dari ibubapa dan penjaga untuk penyediaan loker tersebut. 7.4 Usul 3 – En. Muhammad Hafiz Bin Razi mencadangkan agar dibina “Page” Facebook Sekolah. 7.5 Usul 4 – Pn. Paridah Binti Bhtan Pandi mencadangkan agar diadakan kelas tambahan murid tahun 2 yang masih belum mahir membaca. 7.6 Usul 5 – En. Muhammad Hafiz Bin Mohd Zudkhi mencadangkan agar diadakan kelas tambahan murid tahun 2 yang masih belum mahir membaca. 7.7 Usul 6 - Pn. Norhafiza Binti Md Yusop memberi cadangan untuk disediakan loker untuk penyimpanan buku murid. 7.8 Usul 7 – En. Nasrul Affendi Bin Nurul Akla mencadangkan supaya tandas murid di tambah baik. 7.9 Ulasan Guru besar berkaitan usul dan cadangan yang telah dibangkitkan merangkumi 3 usul : 7.9.1 - Kelas Tambahan : Beliau menyarankan pantauan daripada ibubapa perlu dilakukan dirumah untuk mengenalpasti tahap perkembangan anak masing - masing bagi tindakan seterusnya. 7.9.2 - Loker : Penyediaan loker akan dibincangkan lebih lanjut dalam Mesyuarat AJK PIBG. 7.9.3 - Tandas : Pihak sekolah dan PIBG akan membincangkannya dalam Mesyuarat AJK PIBG untuk tindakan seterusnya. 8. PERSETUJUAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2022 8.1 Yang Dipertua PIBG SKSM (En. Muammar Gaddafi Bin Abdul Rahim) mencadangan sumbangan PIBG dikekalkan dengan jumlah RM 50. Cadangan Pengesahan : Encik Salleh Bin Harun Disokong oleh : Sebulat suara (semua ibubapa yang hadir) 10
9. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020-2021 9.1 Yang Dipertua PIBG SKSM (En. Muammar Gaddafi Bin Abdul Rahim) membubarkan jawatankuasa semasa. 10.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA INDUK PIBG YANG BAHARU 10.1 Cikgu Firdaus terlebih dahulu menerangkan cara-cara pengundian secara ‘online’ sebelum menyerahkan acara pengundian kepada pengerusi sementara iaitu En. Roslan B Jais (Guru Besar SKSM). 10.2 Jawatankuasa Induk PIBG SESI 2022 - 2024 : PENASIHAT: EN. ROSLAN BIN JAIS YANG DIPERTUA: EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO NAIB YANG DIPERTUA: EN. YUSSAINY BIN HARON SETIAUSAHA: EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN BENDAHARI: EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI AJK GURU: EN. ABD AZIZ BIN DISA PN. SANTHIYA A/P NADARAJAN PN. NORIAH BINTI MUHAMMAD PN. RAHAYU BINTI ABU BAKAR EN. AHMAD AMSYAR BIN MAZLAN AJK IBU BAPA: PN. YUMATINI BINTI MAON PN. NORZEE BINTI ISMAIL PN. NOR EIFAZIHAN BINTI MD AMIN EN. MOHD AFIQ BIN AZAMI EN. AZRUL ANWAR BIN MOHD ZAHEHE JURUAUDIT (WAKIL GURU): PN. MARLISA BINTI SHAMSUDDIN JURUAUDIT (WAKIL IBU BAPA): PN. IDAYU ZURAIRAH BINTI IBRAHIM 11
11.0 UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 Encik Nor Azlan Bin Samicho selaku Yang Dipertua PIBG yang baharu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir walaupun secara atas talian atas rasa tanggungjawab dan komitmen yang diberikan kepada sekolah 11.2 Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua AJK PIBG yang baharu atas pelantikan dan beliau mengharapkan agar kerjasama yang baik daripada semua pihak dapat diberikan. 11.3 Beliau juga berharap supaya segala aktiviti PIBG yang akan direncana dan dilaksanakan nanti mendapat sokongan daripada semua pihak. 11.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.07 tengahari. DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: ........................................................ ....................................................... (NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN) (NOR AZLAN BIN SAMICHO) SETIAUSAHA, YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK SERI MURNI, KL. SK SERI MURNI, KL. DISAHKAN OLEH: ........................................................ (ROSLAN BIN JAIS) PENASIHAT, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK SERI MURNI, KL. 12
PENYATA KEWANGAN Berakhir 31 Disember 2022 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SERI MURNI 13
14
15
16
LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU BAGI TAHUN 2022 17
LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2022 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SERI MURNI 1 JANUARI 2022 - 31 DISEMBER 2023 Jawatankuasa PIBG SK Seri Murni sesi 2022-2024 telah berusaha dengan gigih dalam menjalankan tugas berpandukan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 semasa awal pembukaan sesi persekolahan Tahun 2022 sebelum Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 berkuatkuasa pada 1 Mei 2022 yang memberikan banyak kelonggaran dalam pengamalan SOP sedia ada. Pihak PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga yang memberi sokongan, komitmen dan sumbangan sama ada berbentuk tenaga mahupun kewangan untuk membantu pihak sekolah anaknya dan pihak guru khasnya dalam usaha membantu memulihkan kembali perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak selepas melalui ranjau Covid-19 selama lebih kurang 2 tahun. BIL PERKARA (AKTIVITI) TEMPAT TARIKH 1 Program Penutup Minggu Transisi Tahun 1 Dewan Terbuka SKSM 8 April 2022 2 Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Dewan Terbuka SKSM 25 Mei 2022 3 Gotong Royong Perdana SK Seri Murni 8 Ogos 2022 4 Kerja-Kerja Pembinaan Hadapan SK Seri Murni Pintu Masuk SKSM 1 September 2022 5 Makanan Murid Persembahan Sempena Persaraan Guru Besar: En. Roslan Jais Dewan Terbuka SKSM 6 Oktober 2022 6 Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Dewan Terbuka SKSM 24 November 2022 DISEDIAKAN OLEH: ........................................................ (NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN) SETIAUSAHA, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK SERI MURNI, KL 18
USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24, 2023 192
SENARAI USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 24 SESI 2023 BIL PERKARA USUL / CADANGAN NAMA IBUBAPA / PENJAGA NAMA ANAK 1 Pemakaian Murid CADANGAN: Baju lengan Panjang untuk sukan dan PJK bagi murid perempuan. PN. NORMALISA BINTI ABDULLAH SITI NUR AISHAH BINTI ABDULLAH (4 BRILLIANT) 2 Beg Sekolah Berat CADANGAN: Buku teks tak perlu bawa balik ke rumah. Tinggal dalam meja sekolah / locker PN. UMI SYAMIRA AKHMAR BINTI MAZLAN ZULKIFLI NUR SAFIYYAH ALANI BINTI SHAFFARIN (5 GENIUS) 3 Penganjuran Program CADANGAN: - Menganjurkan PROGRAM KESEDARAN IBU AYAH BERSAMA ANAK-ANAK. - Penerapan nilai murni dan cegah sikap anak-anak yang suka buli dan minta duit dari murid lain. - Ibu bapa perlu menasihati anak-anak dari rumah supaya tidak bersikap negatif terhadap murid lain. PN. NOR KHAIZATUL ATIQAH KHAIRUL IMAN (2 EXCELLENT) 4 Waktu pulang sekolah CADANGAN: Seragamkan waktu pulang persekolahan bagi semua murid. PN. NORBAITI BINTI ABDUL MURAD NUR BASHIRAH BINTI MOHD HASBI (2 GENIUS) 5 Beg Sekolah Berat CADANGAN: Menyediakan locker/almari untuk menyimpan buku bagi mengelakkan murid membawa buku yang banyak setiap hari. PN. AZURA BINTI ABDUL GHANI ZARA ARIANA BINTI ZAIM WAZIZI (2 GENIUS) 6 1) Carta Organisasi 2 )Penganjuran Program 3) Media Sosial Rasmi Sekolah 4) Pemakaian Pakaian Sukan CADANGAN: - Adakan satu carta organisasi berserta nom. telefon untuk memudahkan ibu / bapa mengenali PIBG bagi memudahkan mereka mengenali dan sekaligus memberikan sebarang pendapat atau aduan secara terus. - Perbanyakkan pogram yang melibatkan ibubapa setiap kali ada aktiviti. PN. YUMATINI BINTI MAON FARIS HANNAN BIN MOHD FIRDAUS (6 BRILLIANT) 20 2
5) Kipas Mudah Alih 6) Pemantauan waktu murid pulang 7) Tambahan AJK Ibubapa - Aktifkan media sosial “PIBG SEMURNI” untuk memudahkan PIBG mencari dana dan membantu ibubapa melihat sendiri perjalanan PIBG dan sumbangan yang mereka berikan. - Izinkan murid memakai pakaian sukan disebabkan cuaca panas ketika ini. - Kebenaran murid membawa mini kipas / portable fan untuk diletakkan diatas meja ketika sesi pembelajaran. - Ketatkan pemantauan untuk ibubapa berkumpul di depan pintu pagar sekolah ketika waktu pulang. Amat menggangu perjalanan pulang anak-anak. USUL: - Meramaikan AJK dalam kalangan ibubapa 7 1) Sambutan awal Persekolahan 2) Tambah baik Pengurusan Rumah Hantu (Karnival Usahawan) 3) Tambahan permainan semasa PJ / Aktiviti Kokurikulum 4) Penubuhan Kelab / Akademi Bola Sepak CADANGAN: - Ucapan Tahniah dan terima kasih atas penyediaan “Maskot Spiderman” semasa hari pertama persekolahan. Harap dapat diteruskan. - Rumah Hantu semasa Karnival Usahawan harap ditambah baik lokasinya memandangkan lokasi sedia ada kurang sesuai kerana pengunjung perlu beratur terlalu panjang dan tiada pantauan bagi kes potong barisan. - Tambahan permainan Chess dan Memanah sewaktu kelas PJ atau aktiviti Kokurikulum. - Penubuhan Kelab / Akademi Bola Sepak bermula Tahun 1 dengan menyediakan jurulatih serta yuran seperti kelas Taekwondo. PN. NURHAZIRAH FATEH ALHAKIMI (2 BRILLIANT) 21 2
LAMPIRAN 222
KEHADIRAN IBU BAPA KE MESYUARAT PIBG KALI KE – 23, 2022 23 2
BIL NAMA IBUBAPA / PENJAGA : NAMA ANAK : 1 NORZEE BINTI ISMAIL MOHAMAD IMAN IZZ HAKIM BIN MOHAMAD SAFUAN 2 NOR AZMI BIN AHMAD NUR AMIRAH ZULAYKHA BINTI NOR AZMI 3 EZLY HUFAIDA BT AB RAHIM AINA DAMIA BT YUS EZWAN 4 HASNIZA BINTI ISMAIL WAN NUR HASZUMAIRA BINTI WAN AZRI 5 MARLISA BT SHAMSUDDIN AMZAR MUKHRIZ B SAIFUZZAMAN 6 LAISIAH BINTI MAT SOM MUHAMMAD SAFWAN BIN ROSHIZAN 7 MUHAMMAD ZULHILMI BIN MAT ISA NUR ZARIN ARISSA BINTI MUHAMMAD ZULHILMI 8 ROSZAZALIZA BINTI RUSLI AHMAD ZIKRI BIN ZAMRI 9 SAIFUZZAMAN B MD NOOR AMZAR MUKHRIZ B SAIFUZZAMAN 10 NUR DARMAWATI RIZKY MAULID 11 ROSHIZAN BIN MAT MUHAMMAD SAFWAN BIN ROSHIZAN 12 ZAMRI BIN SAIMAN AHMAD ZIKRI BIN ZAMRI 13 ASRUL HAFIDZ BIN BAHARUDIN KHALIF UMAR BIN ASRUL HAFIDZ 14 PARIDAH BINTI BHTAN APANDI AHMAD AQIL BIN MOHD SAHLAN 15 NUR AZLINA BINTI MOHAMAD ADNAN MUHAMMAD DANIAL BIN ZULFIARDI 16 NORDIEANA BINTI MOHD ZAIDI EQHWAN HAIQAL BIN SHAHRUL IRWAN 17 SITI NORAINI BINTI NURI PUTRI AULIA 18 HAMIDAH BINTI NOORMOHAMED MUHAMMAD JAFER BIN MOHD YUSUF 19 WAN NOR ASIAH BT WAN SAMAN WAN NURJANNATUN SHAZA ZAHRA ALKAUSAR BT SANIZA 20 MOHD AFIFI BIN ZULKIFLE MUHAMMAD AFIF AL-FATEH 21 HASIBAH BINTI HARUN NUR INSYIRAH HUDA BINTI MOHD AZMAN 22 MARINA MAZLAN NUR ALEESYA QISTINA BINTI RIDWAN 23 NOREHAN BINTI ABDUL HAMID QISYA IZZ ZARA BINTI ABDUL RAHIM 24 NOR AINI BINTI OSMAN NUR AIRIS ARIANA BINTI MOHAMMAD FAHMI 25 SITI JAMILAH BINTI AHMAD MUHAMAD AFIQ ADLI BIN MUHAMAD NASRUDDIN 26 NOR EIFAZIHAN BT MD AMIN ALEESYA MAISARAH BT FIRDAUSH 27 SETI ROHANA BT ISMAIL MUHAMMAD DANIAL NAUFAL B KAMARUDIN 28 SHAZALI BIN ZAKARIA AHMAD AMIRUL ANAN 29 ERLIYUSMAN BIN OSMAN ZARA AMANI ERLIYUSMAN 30 RAHIM BIN RAMLI MUHAMMAD IZZ FATTAH BIN RAHIM 31 HARMIZI BIN ABDULLAH HARIS DANIAL BIN HARMIZI 24
32 MUHAMMAD IQBAL ABDUL RAHIM NUR QISYA ADELIA BINTI MUHAMMAD IQBAL 33 NOR ASHIKIN ABDUL RAHIM MUHAMMAD DANISH HAYQAL BIN MOHD FIRDAUS 34 IDAYU ZURAIRAH IBRAHIM A'THILIA QALEESYA MOHD HAFIS 35 ANNA ANAK ENSOREN MARSHALL IVAN WILLY 36 SITI ROZIYAH BINTI IDRIS ADAM SYAFI'IE 37 NOOR SAADIAH BINTI MUHAMMAD MUHAMMAD ANAS NAUFAL BIN MOHD ANIS 38 MARSITA BINTI ISMAIL NUR DALILY BINTI NOREFFENDEY 39 JAMEAHTON BINTI SAHIMIN TUAN MUHAMMAD FAREEZ HAIQAL BIN MOHD KAMARUDDIN 40 NUR DIYANA BINTI ABD AZIZ MUHAMMAD YASHFIY BIN IMRAN 41 MOHAMAD SAFUAN BIN SHAHARUDIN MOHAMAD IMAN IZZ HAKIM BIN MOHAMAD SAFUAN 42 AZIAH BINTI MASHOD AINA FASHAHAH BINTI MOHD FAIZAL 43 TUAN HASNITA BINTI TUAN HASSAN NIK AISYAH SYAHIRA BINTI MOHD ARIF 44 RUSMANHERY BIN OTHMAN NUR AKIF ZAMANI 45 NORIZAN BT ZAKARIA MUHAMMAD AIDIL AMZAR BIN MOHD AZIRY 46 ALINA BUT. MD ISA NUR HASTA DAMIA BY. AHMAD KHAIRUL AZLAN 47 AZRUL ANWAR BIN MOHD ZIHEHE IFFAH NAZURAH BINTI AZRUL ANWAR 48 HASYIMAH BINTI MILOS MOHAMAD AIDIL SYAZWAN B. MOHAMAD IMRAN 49 TUAN MOHD FARID REDZUAN BIN TUAN MAHAMUD TUAN NASHRIQ AQASYA 50 ISMAIL BIN IBRAHIM MOHAMAD DARWISH DANIAL BIN ISMAIL 51 TIK AZLINDA BINTI MOHD ZAINUDDIN M.ADAM HAIQAL BIN SAIDI 52 NORHAYATI BINTI SAAD MUHAMMAD UZAIR B HAIRUL HARIRI 53 ASMUNGI BIN SAMBERING MUHAMMAD IRFAN RAZIQ 54 SITI SARA BT AZMAN HAIKAL SULAIMAN BIN MUHAMMAD NAJMUDDIN 55 NORSIAH BT YUNUS ZARA SALSABILA BT MOHD ZUKRI HARDI 56 MEGAT ZULAZIANOOR BIN MEGAT ZULKAFLI PUTERI NURSYAZIRA SOFEA 57 ROSMAZNI ABD MANAN MUHAMMAD FIRAAS RAYYAN BIN MOHD KHIR 58 SITI NOOR AFIDATUL ASMA BT ZULKIFLIE NUR FARZANA IZATUL BINTI MUHAMAD FAZAL 59 ZAINITA ZAINAL NUR AULIA IZZATUNNISA 60 SHAHIDA BINTI ABD GANI MIA RUMAYSHA BINTI RUSDI 61 SALENA MUHAMMAD MUHAMMAD ADNIN MUSLIM 62 SITI ZULIAH BT ISMAIL DALISYA BT ABDULLAH 25
563 SITI MAISARAH BINTI SHARIF UMAR SYAUQI BIN MOHD SHAHRIL HANAFI 64 ROSILAWATI BT MUHAMMAD DAUD NUR QISTINA AMALIN BT MARZUKI 65 ABDUL SALAM JAAFAR AUNI INSYIRAH BINTI AHMAD ABDUL SALAM 66 FAIRULNISA BT DIN AMMAR YASIR 67 NURULAMIN BIN ABU BAKAR MUHAMMAD ARMAN AMIN 68 SHAZILA BT ABD RAHAMAN FATMA HANNAN AZ ZAHRAH BT MOHAMMAD 69 YUMATINI BTE MAON FARIS HANNAN BIN MOHD FIRDAUS 70 NUR HEDAYAH BINTI MOHDI RAJA AFIQ NAUFAL BIN RAJA AZUAN 71 AHMAD ROSKHAIRIL HISYAM BIN TAJUDIN MUHAMMAD DANIAL RAYYAN IMAN 72 SYAHMAN BINAT DAUD NURUL AIN BT SYAHMAN 73 NUR AZLINA BINTI MOHAMAD ADNAN (IBU) MUHAMMAD DANIAL BIN ZULFIARDI 74 AMIERAH SOLEHAH BT AHMAD TAJUDDIN ALEESYA AZZAHRA BT MOHD HASSAN 75 NORBAITI BINTI ABDUL MURAD NUR BATRISYIA BINTI MOHD HASBI 76 MOT MD DAYAN (DAYAT) MUHAMMAD RALFFAEL (CICIT) 77 AFEINDEH BIN MENGKULU MUHAMMAD FAIRUS BIN ABDULLAH 78 SHAMSUL BIN MUSTAFFA NUR ANIS NABULAH BINTI SHAMSUL 79 HASLINA NURFAREESYA 26
KEHADIRAN GURU KE MESYUARAT PIBG KALI KE – 23, 2022 27
2 BIL NAMA PENUH JAWATAN 1 ROSLAN BIN JAIS GURU BESAR 2 MOHD FIRDAUS BIN MOHDSAARI GURU 3 MOHDHAZNI BIN MOHDHAÑAFIAH GPKTADBIR 4 MOHAMAD IKRAAMUDDEEN BIN MOHMAD NASIR GURU 5 KALWANT KAUR A/P SADAGAR SINGH GURU 6 SUHAIMI BIN AHMAD RAZALY GURU 7 SHAZILA BT ABD RAHAMAN GURU 8 MARLISA BT SHAMSUDDIN GURU 9 HASIBAH BINTI HARUN GURU 10 WAN AZRAEI BIN MOHAMED GPK HEM 11 MOHDAISAMUDDINMOHDAZILAH GURU 12 NOREHAN BINTI ABDUL HAMID GURU 13 SANTHIYA A/P NADARAJAN GURU 14 HAFIZAH BINTI ABDULLAH GPK KOKO 15 MUHAMMAD IQBAL BIN ABDUL RAHIM GURU 16 ABD MUEN BIN MD. SIDEK GURU 17 NANTHINI A/P SUPPIAH GURU 18 NUR DIYANA BINTI ABD AZIZ GURU 19 NORIAH BT MUHAMAD GURU 20 AMIERAHSOLEHAH BT AHMAD TAJUDDIN GURU 21 MOHD AZMAN BIN AWANG ALI GURU 22 NUR HEDAYAH BINTI MOHDI GURU 23 NORJANNAH BINTI ABDULLAH HALIM GURU 24 MOHD NASIR BIN IBRAHIM GURU 25 ROSZAZALIZA BINTI RUSLI GURU 26 UMMU AIMAN BT. HUSSIN GURU 27 ZAMRI BIN SAIMAN GURU 28 KOMATHI A/P KARUPPIAH GURU 29 AHMAD AMSYAR BIN MAZLAN GURU 30 FARIDAHTULAKMAR BINTI ISMAIL GURU 31 ALIA ISMAIL GURU 32 AHMAD ROSKHAIRILHISYAM BIN TAJUDIN GURU 33 ABD AZIZ BIN DISA GURU 34 RAHAYU BINTI ABU BAKAR GURU 35 SYAHMAN BIN MAT DAUD GURU 36 NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN GURU 37 NUR SYAZANA BINTI RAMLI GURU 28
KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022-2023 29
TURUT HADIR BIL NAMA JAWATAN 1 2 3 KEKERAPAN 1. EN. MOHD HAZNI BIN MOHD HANAFIAH GPK TADBIR / / / 3/3 2. PN. WAN ASMARIAH BINTI WAN ISMAIL GPK HEM - - / 1/3 3. PN. NOR LAILI BINTI AHMAD GPK KOKO - - - 0/3 TARIKH MESYUARAT AJK: 1.) 15 JUN 2022 2.) 25 JANUARI 2023 3.) 3 MEI 2023 BIL NAMA JAWATAN 1 2 3 KEKERAPAN 1 PN. NORSILAH BINTI DALI PENASIHAT - - / 1/3 2 EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO YANG DIPERTUA / / / 3/3 3 EN. YUSSAINY BIN HARON NAIB YANG DIPERTUA / / / 3/3 4 EN. NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN SETIAUSAHA / / / 3/3 5 PN. RAHAYU BINTI ABU BAKAR NAIB SETIAUSAHA / / / 3/3 6 EN. MOHD FIRDAUS BIN MOHD SAARI BENDAHARI / / / 3/3 7 EN. ABDUL AZIZ BIN DISA AJK (GURU) / / / 3/3 8 PN. SANTHIYA A/P NADARAJAN AJK (GURU) / / / 3/3 9 PN. NORIAH BINTI MUHAMMAD AJK (GURU) / - / 2/3 10 EN. AHMAD AMSYAR BIN MAZLAN AJK (GURU) / - / 2/3 11 PN. YUMATINI BINTI MAON AJK (IBU BAPA) / / / 3/3 12 PN. NORZEE BINTI ISMAIL AJK (IBU BAPA) / / - 2/3 13 PN. NOR EIFAZIHAN BINTI MD AMIN AJK (IBU BAPA) / / - 2/3 14 EN. MOHD AFIQ BIN AZAMI AJK (IBU BAPA) / / / 3/3 15 EN. AZRUL ANWAR BIN MOHD ZIHEHE AJK (IBU BAPA) / - - 1/3 16 PN. MARLISA BINTI SHAMSUDDIN JURUAUDIT (GURU) / / / 3/3 17 PN. IDAYU ZURAIRAH BINTI IBRAHIM JURUAUDIT (IBU BAPA) / / - 2/3 30
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan bekerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKSM Kali ke-23/2023 ini; Ucapan ini khusus ditujukan kepada, Pn. Norsilah binti Dali PENASIHAT PIBG EN. NOR AZLAN BIN SAMICHO YDP PIBG SKSM 2022/2024 AJK PIBG SKSM 2022 / 2024 Guru - guru / AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG KE 24 SKSM 2023 INDIVIDU YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKSM KALI KE 24, 2023