The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Brosur Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang & Kempen Amalan 3S 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitalip78, 2022-03-25 22:52:44

Brosur Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang & Kempen Amalan 3S 2022

Brosur Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang & Kempen Amalan 3S 2022

MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM GURU
PENYAYANG
&
KEMPEN
AMALAN 3S

(SENYUM, SAPA, SALAM HORMAT)

TARIKH/HARI/MASA
28 MAC 2022/ISNIN/7.30 PAGI

TEMPAT
DATARAN SKKB

PERASMI
TN. HJ. ANUAR BIN JAFFAR
{Guru Besar SK Kelebang Besar}

RASIONAL

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan
agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih

sayang di sekolah dan ianya mampu menarik minat
murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Budaya memberi senyuman, sapaan dan salam
hormat adalah salah satu elemen yang dapat
mempengaruhi sahsiah dan jati diri murid serta guru-
guru di sekolah. Budaya ini juga melambangkan tanda
hormat dan ucapan penghargaan daripada golongan
yang lebih muda kepada yang dewasa. Hal ini secara
tidak langsung dapat mendidik anak-anak dalam
menerapkan nilai-nilai yang murni seterusnya menjadi
amalan yang baik dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF

1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan

rahmat kepada sekolah.
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset

kepada sekolah.
4. Memastikan budaya 3S (Senyum, Sapa, Salam

Hormat) menjadi amalan dalam kalangan warga
sekolah dan dipraktikkan secara berterusan sama
ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

ATUR CARA MAJLIS

7.30 pagi
- Murid & guru kelas berada di kelas masing-masing.

7.40 pagi
- Nyanyian lagu ( Negaraku, Negeri, Sekolah).
- Bacaan doa.
- Ucapan alu-aluan.
- Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Anuar bin Jaffar
{Guru Besar SK Kelebang Besar, Melaka}
- Gimik pelancaran program

- Penyampaian Buttonbadge (Saya Guru Penyayang)

- Penyampaian poster (Kempen Amalan 3S)

8.10 pagi
- PdPc seperti biasa.



Penghargaan

Sekalung Budi,
Sejambak Penghargaan
& Serangkai Terima Kasih
Yang Tidak Terhingga
Ditujukan Khas Kepada :

Guru Besar SK Kelebang Besar
Tn. Hj. Anuar bin Jaffar

Guru-Guru Penolong Kanan,
Semua Guru dan Kakitangan

SK Kelebang Besar,
Serta Kepada Semua
Yang Telah Memberikan
Kerjasama Bagi Menjayakan
Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang
& Kempen Amalan 3S
(Senyum, Sapa, Salam Hormat)

2022

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version