Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.6 RUANG MENUNGGU
1) Ruang menunggu dan kawasan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan tersusun.
2) Tempat duduk / sofa dan bahan bacaan disediakan di ruang menunggu untuk
kemudahan pelanggan / tetamu luar dalam keadaaan baik, bersih, teratur dan ceria
selaras dengan imej korporat.
3) Peralatan / kemudahan / perabot dan perhiasan di ruang menunggu disusun dengan
teratur, bersih dan berada dalam keadaan baik.
4) Tong sampah yang bersesuaian dan mencukupi disediakan.
5) Bahan bacaan boleh disediakan dan disusun rapi.
19.7 LALUAN UTAMA / KORIDOR
1) Susunan peralatan atau hiasan sepanjang laluan dalam keadaan kemas, bersih dan
teratur.
2) Tiada halangan yang mengganggu atau menyekat di semua laluan dan pintu
kecemasan.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 50
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.8 BILIK MESYUARAT
1) Peralatan / kemudahan, persekitaran bilik mesyuarat dan lantai dalam keadaan
bersih, tidak berdebu, tiada kekotoran dan berada dalam keadaan selamat.
2) Peralatan / kemudahan seperti kerusi, meja, skrin komputer dan projektor dalam
keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan baik.
3) Hiasan berbentuk korporat boleh menaikkan suasana bilik dan perlu ada
penyelenggaraan yang berkala. (Contoh: gambar, maklumat pencapaian Jabatan,
penyataan kualiti, piagam pelanggan, dll).
4) Barang-barang elektronik seperti LCD Projektor, pembesar suara dan power supply
ditutup sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.
5) Kerusi hendaklah disusun semula selepas selesai mesyuarat.
6) Meja mesyuarat mempunyai tanda/label bagi kedudukan tempat Pengerusi dan
Setiausaha Mesyuarat (Pencatit Minit).
7) Pegawai bertanggungjawab perlulah dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik
mesyuarat.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 51
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.9 BILIK LATIHAN/ BILIK TAKLIMAT
1) Lantai dan persekitaran bersih, tidak berdebu dan tiada kekotoran.
2) Hiasan berbentuk korporat dan ada penyelenggaraan yang berkala
(Contoh : gambar, maklumat mengenai pencapaian Jabatan, penyataan kualiti,
piagam pelanggan).
3) Peralatan / kemudahan bersih dan tidak berhabuk, dalam keadaan sempurna dan
boleh digunakan dengan baik.
4) Barang-barang elektronik seperti LCD Projektor, pembesar suara dan power supply
ditutup sebelum meninggalkan bilik latihan / taklimat.
5) Peralatan / kemudahan seperti kerusi, meja, skrin komputer, pembesar suara dan
projektor dalam keadaan sempurna dan boleh digunakan dengan baik.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 52
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.10 PANTRI
1) Pantri sentiasa berada dalam keadaan bersih, kering, tidak berdebu, kemas,
tersusun dan bebas daripada sebarang serangga, makhluk perosak, dan bau yang
tidak menyenangkan.
2) Peralatan / perabot dan perkakas disusun kemas dan teratur setelah digunakan.
3) Kabinet / almari / rak dilabelkan dengan nama perkakas di luar pintu dengan
seragam mengikut kesesuaian.
4) Peralatan / perkakasan yang berada di pantri hendaklah dari jenis peralatan atau
perkakasan yang sesuai dan dibenarkan penggunaannya di dalam bangunan.
5) Kain lap yang kotor dicuci dan disangkut kemas selepas digunakan.
6) Sinki sentiasa dibersihkan, tidak tersumbat dan tiada sisa makanan.
7) Bahan makanan seperti milo, nescafe, gula, susu, teh dan sebagainya hendaklah
diletakkan dalam bekas bertutup.
8) Tong sampah disediakan dan ditutup.
9) Pastikan peralatan elektrik ditutup setelah digunakan.
10) Menyediakan satu sudut informatif untuk mempamerkan jadual tugasan, peraturan,
pemberitahuan ataupun apa-apa arahan yang berkaitan.
11) Pegawai bertanggungjawab perlulah dilantik bagi menguruskan kebersihan pantri.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 53
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.11 BILIK e-SPKB / BILIK KONTIGENSI DAN DATA CENTRE
1) Lantai bilik hendaklah sentiasa bersih, tidak berdebu, tidak terdapat lubang,
rekahan. Sekiranya ada, sila pastikan ia dibaiki dengan segera.
2) Peralatan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik dan tersusun dengan
teratur.
3) Mesin diletak di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak menghalang pergerakan
proses kerja.
4) Mesin hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berdebu, berminyak,
berkarat dan sebagainya kerana ia boleh memendekkan jangka hayat mesin.
5) Pastikan tiada barang yang diletak di atas atau di bawah mesin terutamanya bahan
yang berbentuk cecair.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 54
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
6) Perlu meletakkan tanda berhati – hati seperti “AWAS” pada bahagian yang
merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja lain.
7) Mesin hendaklah mempunyai maklumat pengenalan mengikut kesesuaian.
8) Mesin yang rosak hendaklah diletakkan berasingan untuk dibaiki atau dilupuskan.
9) Jadual penyelenggaraan mesin perlu disediakan untuk pemantauan mesin.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 55
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.12 RUANG KAUNTER
1) Ruang Kaunter sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, ceria dan tersusun.
2) Tempat duduk disediakan di ruang menunggu untuk kemudahan pelanggan / tetamu
luar.
3) Kaunter utama berimej korporat dan memenuhi kriteria yang berikut:-
i. Sistem maklum balas pelanggan
ii. Direktori warga agensi
iii. Borang-borang / brosur berkaitan
iv. Bahan bacaan / informasi
v. Info mengenai agensi / piagam pelanggan
4) Usaha-usaha delighting the customer seperti persekitaran yang kondusif dan
kemudahan sokongan dilaksanakan.
5) Carta aliran perkhidmatan disediakan dan dipapar yang telah dikemas kini.
6) Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang strategik serta
mudah dilihat oleh orang ramai.
7) Maklumat korporat JANMNS atau Jabatan boleh dipamerkan dan diselenggara
secara berkala.
8) Sentiasa mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 56
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.13 BILIK FAIL
1) Pelan susun atur / pelan lantai bilik fail perlu disediakan dan dipamerkan di ruang
strategik.
2) Bilik fail dalam keadaan bersih, tidak berdebu, tersusun dan kemas.
3) Peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik dan kemas.
4) Fail–fail hendaklah disusun dengan teratur, mudah diperolehi, disimpan dan
bersistem.
5) Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian / capaian dalam satu tempoh
masa. ( Contoh : 30 saat per fail )
6) Label yang jelas dan mudah dilihat disediakan pada setiap fail / dokumen yang
mengandungi tajuk fail dan nombor susunan fail. Kabinet fail yang perlu dilabelkan
dengan jenis dokumen dan meletakkan indeks.
7) Sistem kawalan dan pergerakan fail disediakan untuk semua kategori fail aktif / fail
tidak aktif / fail tutup.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 57
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
8) Tangga, troli dan kerusi hendaklah ditempatkan di tempat yang selamat dan
diparkirkan.
9) Fail terperingkat yang digunakan perlu disimpan dalam kabinet besi berpalang dan
perlu mematuhi Arahan Keselamatan dan lain-lain arahan yang berkuatkuasa. Indeks
bagi fail terperingkat tidak perlu dilekatkan di luar kabinet.
10) Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik fail.
19.14 BILIK CETAK / DOKUMENTASI / SERBAGUNA
1) Peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik dan kemas.
2) Bilik Cetak/Dokumentasi/Serbaguna memenuhi kriteria yang berikut:
i. Bersih
ii. Tidak berdebu
iii. Tersusun
iv. Kemas
v. Selamat
3) Etika penggunaan barangan dari Bilik Cetak/Serbaguna disediakan dan dipamerkan
untuk memudahkan penggunaan warga kerja dan mengelakan sebarang kerosakan.
4) Peralatan-peralatan yang disusun di suatu tempat yang sama perlu dilabelkan.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 58
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.15 KEUPAYAAN SUMBER MANUSIA
Penampilan dan Mempamerkan keperibadian yang tinggi seperti perwatakan
Imej ceria, bersemangat, cara pakaian, dandanan dan fesyen rambut
yang normal dan kemas serta kebersihan diri sesuai dengan
imej penjawat awam.
Perhubungan Mempamerkan usaha bersama / kerja berpasukan seperti
dengan Rakan gotong-royong, kreativiti, mesyuarat dan sebagainya.
Sejawat
Perhubungan Hubungan berorientasikan pelanggan seperti mempamerkan
dengan Pelanggan senyuman, budi bahasa, sopan santun, bertatasusila dan sedia
membantu.
Kecekapan dan Mempamerkan kecekapan dalam menguruskan tugas seperti
Kemahiran kesetiaan dan komitmen yang tinggi pada tugas, proaktif,
dalam mahir dan berpengetahuan dengan tugas hakiki dan
berinisiatif.
Melaksanakan
Tugas
JK LATIHAN EKSA JANMNS 59
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.16 KESELAMATAN PERSEKITARAN
1 Pelan Tindakan Kecemasan perlu disediakan
mengandungi kriteria berikut:
i. Arahan Keselamatan.
ii. Latihan pengungsian bangunan, iaitu Latihan
Kebakaran (fire-drill).
iii. Tanda Amaran.
iv. Pelan laluan kecemasan dan tempat berkumpul.
v. Tanda arah laluan kecemasan.
PELAN Lampu kecemasan yang disediakan mudah dilihat,
TINDAKAN berfungsi dengan baik dan tiada halangan.
KECEMASAN
Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit) perlu mematuhi
kriteria yang berikut :
i. Digantung di tempat yang mudah dilihat dan dicapai.
ii. Ubat-ubatan untuk dimakan tidak boleh diletakkan
di dalam Peti Pertolongan Cemas.
iii. Ubat-ubatan untuk kegunaan luar disimpan di
dalam Peti Pertolongan Cemas mengikut fungsi dan
kegunaannya.
iv. Senarai barang di dalam Peti Pertolongan Cemas
dipapar bersama tarikh luput dan sentiasa dipantau.
2 Pendawaian elektrik / telefon / kabel komputer / mesin
peralatan dalam keadaan kemas, teratur dan selamat.
PENDAWAIAN
/ KABEL Plag dilabelkan mengikut kesesuaian peralatan eletrik
yang digunakan.
Tidak membuat pendawaian tambahan tanpa kebenaran.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 60
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
3 Alat pemadam api menepati kriteria yang berikut:
i. Penyelenggaraan secara berkala
PERALATAN ii. Mempunyai Tata Cara Penggunaan
PENCEGAHAN iii. Berkeadaan bersih
KEBAKARAN iv. Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah
dicapai.
Gelung hos pemadam api perlu disediakan dan masih
boleh digunakan.
Pili bomba tidak dihalang dan dalam keadaan baik
Prosedur dan latihan kebakaran (fire drill) hendaklah
dilaksanakan selaras dengan arahan yang dikeluarkan
oleh pihak pengurusan bangunan, pada masa yang
ditetapkan.
Peralatan-peralatan rosak hendaklah dilaporkan supaya
ia dapat diselenggarakan dengan segera.
4 Pintu rintangan api hendaklah sentiasa ditutup dan
tidak dihalang.
LALUAN /
TANGGA Tanda arah KELUAR dipaparkan dengan jelas.
KECEMASAN
Tangga, laluan dan pintu kecemasan tidak dihalang
daripada sebarang peralatan (Contoh: barang-barang
pra-pelupusan dll).
5 Anak kunci dilabelkan / ditandai dan memenuhi
tatacara keselamatan.
KUNCI
Anak kunci disimpan di dalam ruang penyimpanan
yang selamat.
Senarai anak kunci disimpan dengan selamat oleh
pegawai bertanggungjawab.
Buku log peminjaman kunci disediakan dan dikemas
kini.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 61
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
19.17 TANDAS
1) Persekitaran tandas perlu dipantau bersih dan kering.
2) Bau tandas adalah menyenangkan.
3) Peralatan tandas dipantau agar berfungsi dengan baik.
4) Pengudaraan tandas baik.
5) Pemakluman seperti jadual tugas, etika dan peraturan penggunaan tandas
dipaparkan.
6) Peralatan tambahan seperti yang berikut:
i. Cecair pencuci tangan
ii. Tisu tangan
iii. Bakul sampah/Tong sanitari
iv. Cermin muka
v. Bahan pewangi
JK LATIHAN EKSA JANMNS 62
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
20.0 FAEDAH PELAKSANAAN EKSA
EKSA
Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
Mengenal pasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran
Meningkatkan imej jabatan/agensi sektor awam
Menjana idea kreatif dalam kalangan warga jabatan /agensi
Meningkatkan semangat kerja berpasukan
Meningkatkan disiplin warga jabatan/agensi
Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
Mewujudkan piawaian kerja yang jelas
21.0 LAIN-LAIN
Hasil penambaikan daripada pensijilan pertama, perkara berikut telah diwujudkan dan
ditambah baik mengikut kesesuaian penyampaian pada masa kini :
1) Format Borang Penilaian Peserta (Rujuk Lampiran A1)
Objektif dan Tujuan :
Borang Penilaian Peserta digunakan pada sesi kursus / taklimat dalaman EKSA.
Borang ini digunakan bertujuan untuk melihat keberkesanan dan tahap pemahaman
peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus / taklimat yang diadakan.
Penambahbaikan :
Borang Penilaian Peserta sebelum ini menggunakan borang secara manual tetapi
telah ditambahbaik di mana peserta boleh mengakses borang secara mengimbas QR
kod melalui aplikasi di telefon bimbit atau klik link yang diberikan untuk mengisi
borang pada Google Form yang telah disediakan.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 63
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
2) Format Borang Cadangan Dan Idea Kreatif (Rujuk Lampiran A2)
Objektif dan Tujuan:
Borang Cadangan Dan Idea Kreatif digunakan oleh ahli-ahli zon untuk menyuarakan
idea atau cadangan bagi projek / aktiviti penambahbaikkan sama ada di peringkat
zon atau jabatan. Cadangan yang diterima ini akan dibincangkan semasa Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu EKSA untuk pandangan serta kelulusan oleh Jawatankuasa
Pemandu.
Penambahbaikan :
Borang Cadangan Dan Idea Kreatif sebelum ini menggunakan borang secara manual
tetapi telah ditambahbaik di mana peserta boleh mengakses borang secara
mengimbas QR kod melalui aplikasi di telefon bimbit atau klik pada link yang
diberikan untuk mengisi borang pada Google Form yang telah disediakan.
3) Format Borang Soal Selidik – Kajian Mengenai Kepuasan Pelanggan JANMNS dan
Pelaksanaan Amalan EKSA di JANMNS (Rujuk Lampiran A3)
Objektif dan Tujuan:
Tujuan borang maklumbalas ini disediakan adalah untuk diisi oleh :
i. Pelanggan yang berurusan di pejabat JANMNS
ii. Jabatan / Agensi luar yang mengadakan lawatan EKSA ke jabatan ini
Soal selidik ini disediakan sebagai satu kajian bagi mengenalpasti tahap kepuasan
pelanggan JANMNS ketika berurusan di JANMNS dan pendapat mereka terhadap
pelaksanaan Amalan EKSA yang diamalkan di jabatan ini.
Penambahbaikan :
Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan JANMNS sebelum ini menggunakan borang
secara manual tetapi telah ditambahbaik di mana peserta boleh mengakses borang
secara mengimbas QR kod melalui aplikasi di telefon bimbit atau klik pada link yang
diberikan untuk mengisi borang pada Google Form yang telah disediakan.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 64
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
4) Format Borang Soal Selidik – Kajian Mengenai Kepuasan Bekerja Warga JANMNS
Terhadap Pelaksanaan EKSA di JANMNS (Rujuk Lampiran A4)
Objektif dan Tujuan:
Soal selidik ini disediakan sebagai satu kajian bagi mengenalpasti tahap kepuasan
warga JANMNS mengenai aspek kerja khususnya dan pelaksanaan Amalan EKSA
yang diamalkan di jabatan ini.
Penambahbaikan :
Borang Soal Selidik Kepuasan Bekerja Warga JANMNS Terhadap Pelaksanaan EKSA
sebelum ini menggunakan borang secara manual tetapi telah ditambahbaik di mana
peserta boleh mengakses borang secara mengimbas QR kod melalui aplikasi di
telefon bimbit atau klik pada link yang diberikan untuk mengisi borang pada Google
Form yang telah disediakan.
5) Format Kertas Kerja Seragam :
i. Lawatan (Rujuk Lampiran A5i)
ii. Peraduan / Pertandingan (Rujuk Lampiran A5ii)
iii. Projek Penambahbaikan (Rujuk Lampiran A5iii)
Objektif dan Tujuan:
Format kertas kerja ini disediakan adalah sebagai panduan kepada warga JANMNS
dalam menyediakan kertas kerja bagi setiap projek atau aktiviti yang hendak
dijalankan. Ia diharap akan memudahkan pegawai yang bertanggung jawab untuk
merangka kertas kerja yang ringkas dan padat sebelum dibentangkan untuk
kelulusan.
7) Kriteria-kriteria Audit EKSA daripada MAMPU sebagai garis panduan semua warga
kerja JANMNS. (Rujuk Lampiran A6)
JK LATIHAN EKSA JANMNS 65
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
22.0 PENUTUP
Panduan EKSA JANMNS yang disediakan ini memberi panduan kepada warga kerja JANMNS
dalam pengurusan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan tersusun serta selamat.
Melalui Amalan EKSA dan diharap semua warga JANMNS akan bersama-sama membina
disiplin dan etika kerja yang baik dan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.
EKSA dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi yang dapat meningkatkan kualiti
dan produktiviti penyampaian kepada para pelanggan dan menyerlahkan imej JANMNS.
Panduan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan, perubahan dan
kesesuaian perlaksanaan EKSA di JANMNS.
Oleh yang demikian, diharap panduan ini dapat dimanfaatkan dalam membantu warga kerja
bersama-sama menjayakan pelaksanaan EKSA di JANMNS demi menghasilkan persekitaran
yang berkualiti dan seterusnya menjadi amalan kepada semua warga JANMNS.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 66
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
23.0 RUJUKAN
1. MAMPU, Panduan Amalan 5S Sektor Awam, 2010.
2. MAMPU, Panduan Pelaksanaan EKSA, 2015.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Panduan Amalan 5S.
4. Buku Panduan Amalan 5S, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan.
5. Kaizen Solution Sdn Bhd, Slide Bengkel Pelaksanaan Sistem 5S, 2010.
6. Akademi Kastam DiRaja Malaysia, Panduan Pelaksanaan Amalan 5S, Ogos 2010.
7. Unit Promosi 5S, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Panduan dan Amalan 5S,
2010.
8. CIAST, Panduan Pelaksanaan Amalan 5S.
9. Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Buku Panduan Amalan Persekitaran
Berkualiti 5S, 2011.
10. Kementerian Kewangan Malaysia, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009,
Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan.
11. Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Slide Ke arah Pensijilan EKSA oleh MAMPU
2015
12. MAMPU, Slide Kursus Pemantapan Amalan EKSA, 2019.
JK LATIHAN EKSA JANMNS 67
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN
BAHAGIAN A ( BORANG-BORANG / PANDUAN)
PERKARA M/SURAT
LAMPIRAN A1 : BORANG PENILAIAN PESERTA KURSUS/TAKLIMAT EKSA 69-71
LAMPIRAN A2 : BORANG CADANGAN DAN IDEA KREATIF 72-73
LAMPIRAN A3 : BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JANM 74-76
LAMPIRAN A4 : BORANG KAJIAN KEPUASAN BEKERJA WARGA JANM 77-81
LAMPIRAN A5 : i.)PANDUAN KERTAS KERJA - LAWATAN 82-87
LAMPIRAN A5 : ii.)PANDUAN KERTAS KERJA – PERADUAN/PERTANDINGAN 88-90
LAMPIRAN A5 : iii.)PANDUAN KERTAS KERJA – PROJEK PENAMBAHBAIKAN 91-93
LAMPIRAN A6 : PANDUAN KRITERIA-KRITERIA AUDIT EKSA 94-130
BAHAGIAN B ( LABEL EKSA) M/SURAT
131
PERKARA 132
LAMPIRAN B1 : LABEL RING FILE DAN MAGAZINE BOX 133
LAMPIRAN B2 : LABEL PADA LACI MEJA DI RUANG KERJA 133
LAMPIRAN B3 : LABEL DASAR/POLISI EKSA 134
LAMPIRAN B4 : LABEL P.I.C BAGI SETIAP RUANG/BILIK GUNASAMA 135
LAMPIRAN B5 : LABEL FIRST AID KIT 136
LAMPIRAN B6 : LABEL ETIKA PENGGUNAAN TANDAS 137
LAMPIRAN B7 : LABEL DI PINTU TANDAS 138
LAMPIRAN B8 : LABEL PENJIMATAN BAGI PENGGUNAAN AIR 139
LAMPIRAN B9 : LABEL PENJIMATAN BAGI PENGGUNAAN ELEKTRIK (LAMPU) 140
LAMPIRAN B10 : LABEL PENJIMATAN BAGI PENGGUNAAN ELEKTRIK (P.UDARA) 141
LAMPIRAN B11 : LABEL TATACARA PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API 142
LAMPIRAN B12 : LABEL TANDA ARAH KELUAR LALUAN KECEMASAN 143
LAMPIRAN B13 : LABEL S.O.P COVID 19 - PENJARAKAN FIZIKAL 1 METER 144
LAMPIRAN B14 : LABEL S.O.P COVID 19 - PEMAKAIAN TOPENG MUKA 145
LAMPIRAN B15 : LABEL S.O.P COVID 19 - PEMERIKSAAN SUHU BADAN
LAMPIRAN B16 : LABEL S.O.P COVID 19 - PENGGUNAAN PEMBERSIH TANGAN
JK LATIHAN EKSA JANMNS 68
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A1 – BORANG PENILAIAN PESERTA KURSUS EKSA
JK LATIHAN EKSA JANMNS 69
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
BORANG MANUAL PENILAIAN PESERTA KURSUS/TAKLIMAT EKSA :
JK LATIHAN EKSA JANMNS 70
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 71
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A2 – BORANG CADANGAN / IDEA KREATIF
JK LATIHAN EKSA JANMNS 72
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
BORANG MANUAL CADANGAN DAN IDEA KREATIF :
JK LATIHAN EKSA JANMNS 73
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A3 : BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
JK LATIHAN EKSA JANMNS 74
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
BORANG MANUAL KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN :
JK LATIHAN EKSA JANMNS 75
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 76
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A4 : BORANG KAJIAN KEPUASAN BEKERJA WARGA JANM
JK LATIHAN EKSA JANMNS 77
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
BORANG MANUAL KAJIAN KEPUASAN BEKERJA WARGA JANMNS :
JK LATIHAN EKSA JANMNS 78
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 79
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 80
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 81
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A5(i) : PANDUAN KERTAS KERJA SERAGAM (LAWATAN)
JK LATIHAN EKSA JANMNS 82
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 83
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 84
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 85
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 86
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 87
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A5(ii) : PANDUAN KERTAS KERJA SERAGAM
(PERADUAN/PERTANDINGAN)
JK LATIHAN EKSA JANMNS 88
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 89
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 90
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A5(iii) : PANDUAN KERTAS KERJA
(PROJEK PENAMBAHBAIKAN)
JK LATIHAN EKSA JANMNS 91
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 92
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 93
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
LAMPIRAN A6 : PANDUAN KRITERIA-KRITERIA AUDIT EKSA
JK LATIHAN EKSA JANMNS 94
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 95
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 96
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 97
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 98
Persekitaran Kerja Kondusif, Warga Kerja Inovatif
JK LATIHAN EKSA JANMNS 99