The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-7626656, 2021-10-17 10:51:56

Buku Skrap Digital PSV Seni Tekat

Buku Skrap Digital PSV Seni Tekat

Bab 8 :
Seni Tekat

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

ISI KANDUNGAN

01. Pengenalan 02. Sejarah

Pengenalan seni tekat Sejarah seni tekat

03. Tokoh 04. Jenis alatan, bahan

Tokoh seni tekat dan produk

Jenis alatan, bahan dan
produk seni tekat

PENGENALAN

Seni tekat merupakan kemahiran hasil kerja tangan warisan. Seni
tekat juga dikenali sebagai tekat bersuji yang merupakan hiasan
sulaman benang emas atau perak yang dijahit di atas kain dasar,
iaitu kain baldu mengikut motif atau corak tertentu. Penghasilan
produk seni tekat mengambil masa yang lama disebabkan setiap
penekat mementingkan kehalusan dan ketelitian yang tinggi dalam

proses penghasilan seni tekat yang berkualiti.

SEJARAH

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal
kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat
dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman
tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai
pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan
tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai
tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah
menggalakkan kraf tangan seni tekat.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri
Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh
pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

JENIS SENI TEKAT

Tekat Timbul Benang Tekat Gubah
Emas
Menggunakan acuan yang diperbuat
Dikenali sebagai tekat bersuji daripada kertas nipis yang ditebuk
yang merupakan proses sulaman dengan motif atau corak. Benang sutera
merah yang dikenali sebagai benang
benang emas atau perak yang untina digunakan untuk menjahit benang
ditekat di atas kain baldu ijuk mengikut reka corak yang dipilih.
mengikut motif atau corak

TOKOH SENI TEKAT

Hajah Azizah binti Mohd Yusuf lahir pada 14
Ogos 1938. Beliau berasal dari Kg. Panang
Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar,
Perak. Kemahiran menekat adalah diwarisi
dari ibu dan warisan keluarga sejak turun
temurun. Sekarang beliau menumpukan
sepenuh masa dalam perusahaan menekat.
Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih
di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak.
Beliau pernah mewakili negara ke Jepun,
Arab saudi dan Brunei untuk membuat
demonstrasi.

ALATAN SENI TEKAT

Cuban Pemidang Kayu Mempulur
Berkaki
Kayu bercabang untuk Isi tekat yang bermotif.
melilit benang emas. Digunakan untuk
meregang kain dan
memudahkan tekatan.

Benang Emas BAHAN SENI Gam Kanji
dan Perak TEKAT

Benang Putih Kain Irasan (Baldu)

Kain Putih

PRODUK SENI TEKAT

Kipas Tudung
Tangan Saji

Tepak Sarung
Sirih Bantal

BEKAS TEPAK SIRIH TEKAT

Tepak sirih ialah bekas menyimpan bahan-bahan dan alat menyediakan
daun sirih untuk dimakan kunyah dalam kalangan masyarakat Melayu,

India dan Cina. Penyediaan ini tidak sahaja khusus untuk tujuan
perasmian secara adat seperti menyambut tetamu, malah diterapkan
dalam persembahan-persembahan tarian tradisi serta alat-alat istiadat

diraja. Tekat timbul benang emas menghiasi tepak sirih dengan
menggunakan benang emas atau perak dan mempulur untuk membentuk

corak motif.

-TAMAT-

CRÉDITOS: Esta plantilla de presentación fue creada por Slidesgo, que incluye
iconos de Flaticon, e infografías e imágenes de Freepik.


Click to View FlipBook Version