The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

makanan di malysia dan perpaduan yang terbentuk_20240516_200219_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aizad Afid, 2024-05-16 08:13:18

ETIKA

makanan di malysia dan perpaduan yang terbentuk_20240516_200219_0000

MAKANAN DI MALAYSIA DAN PERPADUAN YANG TERBENTUK DROP-OFF LOCATION 14 MAY ,2024 AIZAD AFIQ BIN MOHD ARIFFIN (14DET23F1126) MUHAMMAD SYAHMI HAZIQ BIN MOHD ZAMRI (14DET23F1154) MUHAMMAD AIMAN NAJMI BIN AHMAD REDZUAN (14DET23F1129) AHMAD FAHRIN DANIEL BIN AHMAD FAIRUZ (14DET23F1157) MUHAMMAD AZIEM BIN ABDUL AIZ (14DET23F110) E FOLIO LECTURE NAME:PUAN SHAHRIZAH BINTI HUSIN PROGRAM:DET2D SESSION :2023/2024


ISI KANDUNGAN 1.Kata Aluan 2.Pengenalan 3.Makanan di Malaysia 4.Kesan keunikan makanan di malaysia 5.Pengenalan perpaduan 6.Perpaduan yang terbentuk 7.Kesimpulan makanan dan perpaduan


kata aluan noodle for al noodle for all Assalamualaikum dan salam sejahtera ,terlebih dahulu alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kurnianya dapat menyelesaikan tugasan e folio bagi kursus MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAAN.Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan tugasan ini.Seterusnya tidak lupa juga kepada pensyarah kami Puan Shahrizah atas bantuan dan tunjuk beliau kami dapat menyiapkan tugasan ini


PENGENALAN Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Malaysia yang mempunyai banyak negeri sememangnya mempunyai pelbagai jenis bangsa dan budaya. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat malaysia menjadi 1 Malaysia.Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan.Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia. Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu amnya. Tidak dinafikan juga budaya makanan masyarakat Cina turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam menu masyrakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar dan sebagainya. Bagi masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan membangkitkan selera.


NASI LEMAK nasi lemak ialah nasi yang dimasak dengan santan kelapa serta daun pandan yang merupakan makanan masyarakat melayu RENDANG merupakan hidangan asli bangsa minangkabau yang disediakan dengan memasak daging bersama santan , lada dan banyak lagi rempah ratus sehingga kering DIM SUM merupakan sejenis makanan cina yang merupakan makanan ringan bersama teh cina, ia dimasak secara dikukus ataupun digoreng


PANI PURI pani puri ialah sfera yang digoreng dengan tepung roti yang diisi dengan kentang atau bawang . ia sering dibumbu dengan chutney asam jawa atau chaat masala IDLI IDLI merupakan makanan berasal india ia mempunyai banyak jenis, contohnya sanna rave atau sambar idli, makanan ink sering dihidangkan dengan sambal dari buah buahan


Kesan Keunikan Makanan di Malaysia 1.Warisan budaya bernilai tinggi.Hal ini kerana ianya membantu dalam memelihara budaya dan identiti negara kita supaya tidak pupus 2.Menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan.Hal ini kerana pelancongan dari pelbagai negara melancong ke negara kita ingin mencuba makanan tempatan 3.Menggalakkan pemakanan yang sihat dan bernutrisi.Untuk memastikan pembangunan negara seiring dengan melahirkan komuniti yang sihat dan cergas


- Perpaduan Pendahuluan Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalamkeadaan yang aman dan damai malah saling hormat menghormatidan bekerjasama berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan, bak kata pepatah "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Konsep 1 Malaysia 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dapat menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Perpaduan Melalui Pendidikan Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaanuntuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan - Perpaduan Pendahuluan Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalamkeadaan yang aman dan damai malah saling hormat menghormatidan bekerjasama berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan, bak kata pepatah "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat". Konsep 1 Malaysia 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dapat menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Perpaduan Melalui Pendidikan Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaanuntuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan PERPADUAN


Perpaduan melambangkan keharmonian kaum dan merupakan komponen penting yang mesti diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. berhati-hati Semua pihak perlu berhati-hati serta perlu saling memahami dan menghormati agama, budaya, bahasa dan adat masing-masing dan menggelakkan diri daripada membuat kenyataan yang bersifat mengadu domba, menghasut dan menyebar maklumat palsu terutama di media sosial yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum negara ini. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 digunakan untuk mengekang cubaan segelintir pihak yang mahu memainkan sentimen perkauman serta menyalahgunakan media sosial menyebar kandungan berbaur hasutan, fitnah dan fahaman ekstremis. niilai perpaduan yang terbentuk


PERPADUAN YANG TERBENTUK Perayaan besar disambut bersama dengan menghidangkan makanan pelbagai kaum. Dengan hanya makan kita bole menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam perhubungan. Semua ini terhasil daripada jalan yang inginkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Semua ini akan terus menjadi ikon yang menjadi identiti sesebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Ikon yang menjadi identiti sebuah bangsa Malaysia yang aman dan harmoni. Kita dapat melihat makanan tradisi sesuatu kaum ini bukan hanya boleh dimasak oleh kaum sendiri sahaja tetapi oleh bangsa lain juga.Sebagai contoh, roti canai dia masak oleh kaum melayu.


Kesimpulan SECARA KESELURUHAN, DAPAT DIRUMUSKAN BAHAWA KEUNIKAN MAKANAN DI NEGARA MALAYSIA INI DAPAT MEMBENTUK PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT NEGARA KITA.SETIAP KAUM YANG ADA DI NEGARA KITA INI MEMPUNYAI PELBAGAI ADAT DAN BUDAYA TERSENDIRI DALAM MENGERATKAN SILATULRAHIM DAN MENGUATKAN PERPADUAN ANTARA SATU SAMA LAIN. SEBAGAI GENERASI MUDA, KITA PERLU MENGHARGAI DAN MEMPROMOSIKAN MAKANAN TRADISI KITA. SEMUA PIHAK PERLULAH MEMAINKAN PERANAN DALAM MENJAGA WARISAN BUDAYA KITA SUPAYA IA TIDAK HILANG DEK DITELAN ZAMAN


KESIMPULAN PERPADUAN Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia. Selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Malaysia. Kesimpulan yang didapati dalam kajian ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. makanan juga dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum.


Click to View FlipBook Version