NOTA TATABAHASA BUKU TEKS BM TINGKATAN 5 KSSM CIKGU ROHAIZA
TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
AYAT TERBITAN (BUKU TEKS M/S 74-75)
5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks.
(TATABAHASA DEWAN –halaman 323 , 414, 503-550)
1. Ayat terbahagi kepada dua golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
2. Ayat dasar dan ada kalanya disebut sebagai ayat inti dapat dibentuk atau diterbitkan berbagai-bagai ayat lain
yang disebut sebagai ayat terbitan atau ayat transformasi.
3. Oleh sebab itu, ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa
ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.
4. Proses perubahan atau penerbitan ayat boleh berlaku melalui proses
(i) Pengguguran
(ii) Penyusunan semula
(iii) Peluasan
Proses Pengguguran
1. Satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu
daripada binaan ayat itu.
2. Terdapat tiga jenis penguguran utama, iaitu
(i) Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek
Pengguguran subjek kata ganti nama diri Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat
majmuk
orang kedua dalam ayat perintah
Dia sangat bijak. Dia sangat baik.
Engkau masuklah dulu. Masuklah dulu. Dia sangat bijak dan baik. (Dia digugurkan kerana
merujuk orang yang sama)
Kamu ke sini. Ke sini. Murid-murid gembira. Murid-murid ceria.
Murid-murid gembira dan ceria.
(ii) Pengguguran Frasa Predikat
(a) Pengguguran seluruh frasa predikat
FK yang serupa FN yang serupa FA yang serupa FSN yang serupa
Haris sangat rajin. Novel ini untuk adik.
Hasif belajar di United Senaman dapat Haiqal sangat rajin. Majalah ini untuk adik.
Kingdom. Haziq menyihatkan badan. Haris dan Haiqal Novel dan majalah ini
sangat rajin. untuk adik.
belajar di United Senaman dapat
Kingdom. mengelakkan penyakit.
Hasif dan Haziq belajar Senaman dapat
di United Kingdom. menyihatkan badan dan
mengelakkan penyakit.
(b) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
Pengguguran Pengguguran kata Pengguguran FN Pengguguran FN
sebagai objek yang
oleh+FN dalam ayat bantu yang serupa sebagai objek selepas
serupa
pasif kata kerja yang
Alia memanggil kami.
Alia melambai kami. membawa makna
Alia memanggil dan adjektif
melambai kami.
Alia tidak terpilih oleh Dia masih di situ. Dia Keputusan ayah
majikannya. masih berdiam diri. sungguh
menggembirakan saya.
Alia tidak terpilih. Dia masih di situ dan Keputusan ayah
berdiam diri.
sungguh
menggembirakan.
27
NOTA TATABAHASA BUKU TEKS BM TINGKATAN 5 KSSM CIKGU ROHAIZA
(iii) Pengguguran Frasa Nama yang mendahului Frasa Relatif
Ayat Pengguguran Frasa Nama yang mendahului
Frasa Relatif
Orang itu bapa saya. Orang itu memakai baju
kemeja. Orang yang memakai baju kemeja itu bapa saya.
Kereta itu berwarna kuning. Kereta itu baharu
dibeli. Kereta yang berwarna kuning itu baharu dibeli.
Proses Penyusunan Semula
1. Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula
dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
2. Proses penyusunan semula ayat-ayat biasanya akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran pada
kata-kata tertentu, dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.
3. Namun demikian, pada umumnya, proses penyusunan semula ayat-ayat tidak membawa perubahan pada makna
ayat.
4. Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu
(i) penyusunan semula FN sebagai subjek
-boleh berlaku melalui proses transformasi pasif
Ayat Penyusunan semula FN sebagai subjek
Ramli mengecat rumah neneknya. Rumah neneknya dicat oleh Ramli.
Raju menunggang basikal. Basikal ditunggang oleh Raju.
Saya menyiram bunga di laman. Bunga di laman saya siram.
(ii) penyusunan semula FN sebagai objek
- boleh terjadi pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek iaitu objek tepat dan objek sipi
-FN yang berkedudukan secara langsung selepas kata kerja ialah objek tepat manakala FN yang mengikuti
objek tepat tersebut ialah objek sipi.
Ayat Penyusunan semula FN sebagai objek
Ayah menghadiahi kakak sebentuk cincin. Ayah menghadiahkan sebentuk cincin kepada kakak.
kakak - objek tepat -objek tepat (kakak) dalam ayat asal dipindahkan ke
sebentuk cincin - objek sipi bahagian akhir dengan didahului kata sendi nama
kepada
- FN objek sipi (sebentuk cincin) pada kedudukan
selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat
yang baharu
(iii) penyusunan semula melalui ayat songsang
- ayat-ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat, keterangan musabab
dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan.
Ayat Penyusunan semula melalui ayat songsang
Orang itu pergi ke kedai.(Keterangan tempat) Ke kedai orang itu pergi.
Fatima tiba di sini semalam. (Keterangan masa) Semalam Fatima tiba di sini.
Dia akan membeli kereta itu kalau ada potongan Kalau ada potongan harga dia akan membeli kereta
harga. (Keterangan syarat) itu.
Sanusi tidak datang ke sekolah kerana selesema. Kerana selesema Sanusi tidak datang ke sekolah.
(Keterangan musabab)
28
NOTA TATABAHASA BUKU TEKS BM TINGKATAN 5 KSSM CIKGU ROHAIZA
- apabila kata kerja yang hendak difokuskan maka kata kerja dalam ayat-ayat tersebut dikedepankan
Ayat Penyusunan semula melalui ayat songsang
Orang itu pergi ke kedai. Pergi ke kedai, orang itu.
Fatima tiba di sini semalam. Tiba di sini semalam, Fatima.
Dia akan membeli kereta itu kalau ada potongan Akan membeli kereta itu, dia, kalau ada potongan
harga. harga.
Sanusi tidak datang ke sekolah kerana selesema. Tidak datang Sanusi ke sekolah, kerana dia sakit.
Proses Peluasan
1. Proses peluasan ayat ialah proses menambahkan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.
2. Terdapat tiga jenis peluasan
(i) Peluasan FN sebagai Subjek
-FN sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu
ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan
-frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang
Ayat Peluasan FN sebagai subjek
Kereta itu kepunyaan saya. Kereta itu berwarna Kereta yang berwarna merah itu kepunyaan saya.
merah.
Tikus itu sudah mati. Kucing menerkam tikus itu. Tikus yang diterkam oleh kucing itu sudah mati.
[pasif] - Tikus itu diterkam oleh kucing. [proses relativisasi]
Proses relativisasi hanya boleh berlaku apabila:
(a) kedua-dua subjek FN serupa atau beridentiti sama (ayat 1)
(b) kedua-dua FN yang mempunyai kesamaan identiti hendaklah juga berfungsi sebagai subjek (ayat 2)
(ii) Peluasan Frasa Predikat
- FN yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan dipancangkan.
Ayat Peluasan Frasa Predikat
Haiqal mengusik perempuan itu. Perempuan itu Haiqal mengusik perempuan yang cantik itu.
cantik.
Mereka membina bangunan itu. Bangunan itu Mereka membina bangunan yang sungguh tinggi
sungguh tinggi. itu.
(iii) Peluasan dengan Kata Hubung
-boleh berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun dan sebagainya.
-Tiap-tiap kata hubung boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk menghasilkan ayat
terbitan yang bersifat peluasan.
Ayat Peluasan dengan Kata Hubung
Suzana pergi ke sekolah. Atikah pergi ke sekolah. Suzana dan Atikah pergi ke sekolah.
Hari hujan. Perlawanan bola sepak diteruskan juga. Walaupun hari hujan, perlawanan bola sepak
diteruskan juga.
(iv) Peluasan melalui Proses Komplementasi
-terjadi melalui proses komplementasi iaitu mengubah sesuatu ayat menjadi satu FN dan memancangkannya
pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut.
Ayat Peluasan melalui Proses Komplementasi
Dia memberitahu saya. Dia tidak hadir ke sekolah Dia memberitahu saya bahawa dia tidak hadir ke
esok. sekolah esok.
Wartawan melaporkan (sesuatu). Kejadian itu Wartawan melaporkan bahawa kejadian itu
berpunca daripada tanah runtuh. berpunca daripada tanah runtuh.
29