Pemahaman Petikan Umum
Tingkatan 4-TEMA 13
Latih amal 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Burung botak upeh atau nama saintifiknya Myceteria cinerea sedang diancam
kepupusan yang amat serius. Dahulu, burung botak upeh sering kelihatan di habitat
semula jadinya, terutamanya di kawasan hutan paya bakau. Kini, kita perlu ke Zoo
Negara dan Zoo Taiping untuk melihat dari dekat.
Terdapat pelbagai faktor utama ancaman burung botak upeh iaitu perubahan
ekosistem akibat hakisan pantai berlumpur menyebabkan burung botak upeh sukar
mendapat makanan. Selain itu, burung botak upeh dianggap sebagai ancaman kepada
kolam-kolam akuakultur yang berdekatan dengan Kuala Gula, Perak.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memelihara burung
botak upeh yang semakin berkurang bilangannya. Perhililitan dan Zoo Negara pada
tahun 2007 telah menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Botak Upeh di Kuala
Gula, Perak bagi membantu meningkatkan populasi burung ini di habitat semula jadi.
Namun, kemandirian burung botak upeh di Kawasan tersebut sangat rendah kerana
kesukarannya untuk mencari habitat yang sesuai.
Dipetik dan diubah suai daripada “ Taiping biak spesies terancam”
oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri, Berita Harian, 29 Mei 2020.
Bahan 2
Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku
mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang
kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan
USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya
pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket
itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.
Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal
disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit
sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan
dan pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
140 Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud diancam kepupusan.
[2 markah]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(ii) Bahan 1 dan Bahan 2 berkaitan dengan ancaman kepada haiwan.
Berdasarkan bahan tersebut, nyatakan punca haiwan terancam dan dibunuh.
[3 markah]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(iii) Haiwan merupakan makhluk Tuhan yang harus kita pelihara.
Pada pendapat anda, kemukakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memelihara
haiwan yang terancam.
[3 markah]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(iv) Persatuan Alumni sekolah anda akan menganjurkan program pemuliharaan alam
sekitar hutan paya bakau di Taman Negara Pulau Pinang bersama-sama aktivitis
alam sekitar yang lain.
Sekiranya anda diberikan peluang sebagai penganjur program, cadangkan aktiviti-
aktiviti yang akan dilakukan sebagai usaha memelihara hutan paya bakau di kawasan
tersebut.
[4 markah]

141