The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-07403399, 2022-04-15 07:00:58

KATA GANDA DAN AKRONIM

KATA GANDA DAN AKRONIM

NOTA TATABAHASA BUKU TEKS BM TINGKATAN 5 KSSM CIKGU ROHAIZA

TEMA 3: KERJAYA MENITI JAYA
KATA GANDA DAN AKRONIM (BUKU TEKS M/S 34-35)

5.1.3 Mengaplikasi bentuk kata ganda dan akronim dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut
konteks.

KATA GANDA (TATABAHASA DEWAN -halaman 77-79)

1. Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar.
2. Terdapat tiga jenis penggandaan dalam bahasa Melayu, iaitu:

(i) Penggandaan penuh
(ii) Penggandaan separa
(iii) Penggandaan berentak

Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu

mengandungi imbuhan ataupun tidak.

Penggandaan Penuh Penggandaan Penuh
Kata Dasar Tiada Imbuhan Kata Nama Berimbuhan

pulau-pulau pemimpin-pemimpin
cantik-cantik pelatih-pelatih

mata-mata persatuan-persatuan
sungguh-sungguh kehendak-kehendak

Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata

tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Penggandaan Separa Penggandaan Separa Penggandaan Separa
Di belakang Kata Dasar Di hadapan Kata Dasar
Kata Dasar Tunggal
berlari-lari kasih-mengasihi
laki lelaki berturut-turut bantu-membantu
sepandai-pandai kejar-mengejar
jari jejari cinta-mencintai
terdiri-diri
rambut rerambut

langit lelangit

Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata

dasar itu. Terbahagi kepada tiga jenis:
(i) Penggandaan berentak pengulangan vokal ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi
vokal tertentu
(ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada
bunyi-bunyi konsonan tertentu
(iii) Penggandaan berentak bebas ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal
atau konsonan

8

NOTA TATABAHASA BUKU TEKS BM TINGKATAN 5 KSSM CIKGU ROHAIZA

Penggandaan Berentak Penggandaan Berentak Penggandaan Berentak
Pengulangan Vokal Pengulangan Konsonan Bebas
sayur-mayur
selok-belok mandi-manda anak-pinak
gotong-royong simpang-siur saudara-mara
hingar-bingar kayu-kayan lintang-pukang
bukit-bukau titik-bengik

AKRONIM (TATABAHASA DEWAN – halaman 68-69)

1. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf
awal dan suku kata daripada satu rangkai kata.

2. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut iaitu:

(i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. Keseluruhannya ditulis dengan huruf besar jika
kata nama khas
• LUTH (Lembaga Urusan dan Tabung Haji)
• ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

(ii) Gabungan huruf awal dan/ atau suku kata – ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya jika bukan kata nama
khas
• tabika (taman bimbingan kanak-kanak)
• ubahsuai (ubah suai)
• kugiran (kumpulan gitar rancak)
• purata (pukul rata)

(iii) Gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi kata nama khas – kata itu ditulis bermula dengan huruf
besar
• Bernama (Berita Nasional Malaysia)
• Pernas (Perbadanan Nasional)
• Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
• Mara (Majlis Amanah Rakyat)
• Petronas (Petroleum Nasional)
• Proton (Perusahaan Otomobil Nasional)

9


Click to View FlipBook Version