The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-07403399, 2022-05-16 06:54:19

CONTOH KARANGAN A UJIAN BULANAN 1

CONTOH KARANGAN A UJIAN BULANAN 1

Contoh Jawapan

Gejala demam denggi masih berlaku di negara kita bagai tiada
berkesudahan. Antara bulan Januari hingga September 2020 sahaja
terdapat 48, 584 kes demam denggi dilaporkan. Apakah
langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini?

Langkah yang paling penting ialah kesedaran masyarakat untuk
membersihkan persekitaran rumah. Persekitaran rumah yang bersih
mampu menghapuskan tempat nyamuk Aedes membiak. Misalnya,
kita perlu meluangkan masa 10 minit pada setiap minggu untuk
melakukan aktiviti pembersihan kawasan rumah. Tegasnya,
kesedaran masyarakat untuk sentiasa membersihkan kawasan
persekitaran rumah mampu mencegah demam denggi.

Seterusnya, masyarakat perlu peka pada saranan tindakan
pencegahan selaras norma baharu yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa. Langkah ini penting bagi memastikan segala tindakan
pencegahan yang dilakukan betul-betul berkesan dan mematuhi
arahan keselamatan seperti yang disyorkan. Contohnya, pemilik atau
penyewa perlu membuat pembersihan di dalam dan luar kawasan
premis pada setiap minggu. Individu yang bergejala pula perlulah
segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
Ternyata, pematuhan kepada saranan tindakan pencegahan selaras
norma baharu ini penting dalam mencegah demam denggi.

Kesimpulannya, masyarakat tidak wajar berlepas tangan dalam
mencegah demam denggi yang sentiasa menjadi ancaman ini.
Langkah yang proaktif ini perlu dilakukan secara berterusan bagi
memastikan demam denggi angkara nyamuk Aedes ini bukan lagi
ancaman yang berbahaya. Bersama-samalah kita berganding bahu
kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

204 Perkataan

*Panduan Warna Ayat:

Perenggan Pendahuluan:
1. Ayat Situasi/Senario
2. Ayat huraian
3. Ayat kata kunci/kehendak soalan

Perenggan Isi:
1. Idea utama
2. Ayat huraian
3. Ayat Contoh
4. Ayat penegas

Perenggan penutup
1. Ayat penutup
2. Ayat cadangan
3. Ayat harapan + ungkapan menarik


Click to View FlipBook Version