The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-07403399, 2021-05-06 04:26:44

MODUL 4.0 BM Ting 4

MODUL 4.0 BM Ting 4

1

Modul PdPR 4.0 2021
Bahasa Melayu Tingkatan 4

Peranan Ibu bapa/Penjaga/Murid

1. Ibu bapa/penjaga memastikan anak mereka menyempurnakan modul PdPR 4.0
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2. Murid perlu menyempurnakan tugasan dengan merujuk kepada buku teks/
bahan PdPR/ ‘PowerPoint’ atau bertanya kepada guru mata pelajaran.

Tajuk : Latihan Berdasarkan Format Baharu BM SPM

Kemahiran : Menulis

Tarikh Latihan: Tarikh Hantar: Tarikh LATIHAN 1-9

Standard Semakan:
Kandungan 3.3 Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.
Standard
Pembelajaran 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan
mengikut situasi dan keperluan
Hasil
Pembelajaran Pada akhir modul ini, murid dapat :
✓ Menjawab soalan latihan dengan lengkap.

Tahap Penilaian Penilaian Lisan
PBD (TP:1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6)*

STANDARD PRESTASI KESELURUHAN

Latihan Tahap Penguasaan (TP) Tarikh Semakan &
1 Tandatangan guru

2

LATIHAN 1
Karangan Bahagian A

Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan demam denggi. Huraikan
pendapat anda tentang demam denggi. Panjangnya huraian anda hendaklah antara
150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1

Bahan 2

Sikap Masyarakat Punca Kes Denggi Meningkat

Oleh itu: Mohd Zin Ali

Selagi ada tempat pembiakan nyamuk, selagi itu akan terdapatnya nyamuk Aedes.
Apabila pegawai dari jabatan kesihatan datang melakukan semburan kabus, orang
ramai sepatutnya membuka pintu tetapi kebanyakannya bertindak menutup pintu
dan tingkap rumah. Mereka juga tidak memberikan kerjasama terhadap kakitangan
berkenaan untuk mendekati rumah mereka. Walhal, nyamuk Aedes Aegypti ada di
dalam rumah.

Apabila kita tidak membuka pintu dan tingkap untuk membolehkan semburan
kabus memasuki rumah, ini antara sebab semburan itu ‘gagal’. Semua ini berpunca
daripada kesalahan sendiri.

(Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian

Online, 3 Februari 2016)

3

LATIHAN 2
Karangan Bahagian B

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Domain Pendidikan

Kebaikan penggunaan e-dompet ialah kemudahan ini berupaya meningkatkan
kualiti kehidupan dalam rutin harian masyarakat siber pada masa ini. Proses
kerjanya berbeza-beza mengikut aplikasi e-dompet.

(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Kosmik, Bil. 07/2019)

Petikan majalah di atas menunjukkan maklumat tentang e-dompet.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan penggunaan e-dompet.

LATIHAN 3 – Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganti nama tunjuk dan
dua kata ganti nama diri. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Pendidikan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing pada peringkat universiti agak
berbeza daripada situasi pembelajaran bahasa itu di sekolah menengah atau
sekolah rendah. Kelainan yang jelas ialah pelajar menara gading lebih matang dan
memiliki penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua yang lain. Sebagai
pelajar yang membayar yuran pendidikan, mereka ini berpengaruh besar dalam
perancangan kursus pendidikan. Sememangnya komunikasi bertimbal balik antara
pensyarah dengan pelajar yang berterusan tentang keberkesanan kurikulum
sesuatu modul dapat menggiatkan proses pemantapan kualiti bagi modul tersebut
secara dinamik. Kita harus memberikan maklum balas untuk mewujudkan
perkembangan yang positif.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Bahasa Melayu untuk
Penutur Asing” oleh Jyh Wee Sew, Pelita Bahasa, Bil. 6/2015)

4

LATIHAN 4 – Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada
ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Cabaran sebagai remaja memang kritikal. Kesilapan menguruskannya akan
menjadikan remaja hilang arah dan tertewas. Hal ini akan membantutkan usaha
pembangunan negara yang bercita-cita menjadi negara maju pada masa akan
datang. Remaja pada hari ini harus memahami mereka akan mentadbir negara ini
pada masa hadapan. Kesan kegagalan remaja menangani perkara ini dengan baik
amat besar kepada bangsa serta negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Aman Dunia di
Tangan Kita”, Dewan Siswa, Bil. 6/2014)

LATIHAN 5 – Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
Sembilan kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan
tersebut

Langkah mengamalkan gaya hidup sihat dapat mengelakan tekanan. Secara
umumnya, kesibukan dan kurang senam menyebabkan pembunuh senyap, iaitu
tekanan darah yang banyak atau hipertensi, yang menjejaskan kehidupan dan
kesihatan fizikal manusia moden di seluruh dunia. Hal ini juga tidak terkecuali
berlaku pada penduduk negara ini. Tekanan boleh berlaku di mana sahaja,
antaranya termasuk ketika berada dalam kesesakkan jalan raya atau tekanan di
tempat kerjaja apabila kerja terlalu banyak dan tidak dapat disiapkan pada waktu
yang ditetapkan. Tekanan berpunca dari isu yang berkaitan dengan jiran tertangga
dan anak-anak dalam kehidupan berkeluarga juga boleh berlaku.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Amal Gaya Hidup
Sihat Elak Tekanan” oleh Aminudin Mansor,
Dewan Kosmik, Bil. 11/Mac 2019)

5

LATIHAN 6 – Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak
itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana
itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama
sendirinya dan kayu itu palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard
Maka Laksamana pun
menyuruh membawa segala
senjata yang banyak-banyak
itu, lembing dan tombak dan
kayu.

Maka diatur oleh Laksamana
berkeliling istana itu.

Maka dibubuhnya suatu
hikmat, radak-meradak dan
tetak-menetak sama sendirinya
dan kayu itu palu-memalu,
terlalu gemuruh bunyinya.

6

LATIHAN 7 – Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan dua peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Kes salah laku murid di sekolah hendaklah disiasat oleh guru disiplin dengan teliti agar
mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada murid yang tidak bersalah. Walaupun
murid yang melakukan kesalahan-kesalahan itu licik dan cuba mengelakkan diri
daripada sebarang hukuman, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka
pada suatu hari nanti. Murid yang menimbulkan masalah ini sepatutnya berfikir
semasak-masaknya sebelum berbuat sesuatu yang tidak menyesal.

7

LATIHAN 8 – PEMAHAMAN (Petikan Umum)
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-
soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
Bahan 1

Kebersihan merupakan suatu keperluan dalam hidup agar setiap individu kekal sihat dan
aktif. Bersih dari aspek penyakit berjangkit lebih menjurus pada amalan kebersihan diri
dan sanitasi yang tinggi. Kepincangan dari segi kebersihan dapat meningkatkan risiko
kepada penyakit berjangkit, termasuklah penyakit yang disebabkan oleh parasit usus
atau lebih dikenali sebagai organisma yang hidup pada atau dalam perumah dan
mengakibatkan kesan negative kepada perumahnya. Jangkitan parasit usus yang sering
dikaitkan dengan kebersihan ialah protozoa usus. Jangkitan ini popular dalam kalangan
kanak-kanak yang gemar bermain dengan tanah dan kurang menjaga kebersihan diri.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Jangkitan Cacing:
Penyakit atau Terapi Autoimum” oleh Noradilah Samseh

Abdullah, Dewan Kosmik, Bil.7/2019)

Bahan 2
Di Malaysia, terdapat beberapa penyakit utama yang dikategorikan dalam kumpulan
penyakit bawaan air dan makanan, iaitu demam kepialu, penyakit taun, disenteri, iaitu
cirit-birit berdarah, hepatitis A dan keracunan makanan. Penyakit-penyakit ini menjangkiti
seseorang melalui pengambilan makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman
penyakit tersebut. Kuman penyakit-penyakit ini datang dari najis manusia dan najis
binatang yang telah dijangkiti serta persekitaran yang kotor. Pengamalan kebersihan
yang lemah mengundang wabak yang kritikal ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Penyakit
Bawaan Air dan Makanan” www.enesen.com.my,

23 November 2017)

i . Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mengundang wabak.

i i . Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepincangan yang menyebabkan
meningkatnya penyakit berjangkit.

i i i . Penyakit akan menyebabkan badan seseorang itu menjadi lemah dan
tidak berupaya untuk menjalankan rutin harian. Namun begitu, masih ramai
yang tidak menitikberatkan aspek kesihatan.
Pada pendapat anda, mengapakah situasi di atas berlaku?

8

iv. Anda mendapati jiran anda dirawat di hospital kerana demam denggi. Sebagai
jiran yang prihatin, berikan langkah yang boleh diambil untuk
mengurangkan kadar jangkitan demam denggi di kawasan kediaman rumah
anda.

9

LATIHAN 9 – Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.

Bahan 1 - Petikan

Perindustrian tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan bahan kimia dalam
menghasilkan sesuatu produk. Perkara yang amat mencabar dalam perindustrian ialah
pengurusan sisa yang berbahaya. Hal ini kerana sisa buangan ini berbahaya, bersifat kompleks
dan pelupusan bahan ini amat sukar untuk dilaksanakan. Menurut Program Alam Sekitar
Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), sebanyak 400 juta tan sisa berbahaya dihasilkan di seluruh
dunia setiap tahun. Sisa berbahaya daripada aktiviti perindustrian ialah bahan buangan yang
tidak digunakan dalam aktiviti industri dan mempunyai ciri-ciri berbahaya yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Sisa-sisa berbahaya ini hadir dalam bentuk
pepejal atau cecair.

Sisa berbahaya yang bersifat menghakis ialah sisa yang mempunyai sifat asid atau
alkali. Sisa ini berupaya menghakis logam seperti tangki simpanan dan tong minyak. Bagi sisa
berbahaya yang diklasifikasikan sebagai reaktif pula dianggap sebagai sisa yang tidak stabil
yang mendorong berlakunya tindak balas yang menghasilkan letupan, pelepasan wap gas
apabila dipanaskan atau dimampatkan. Bagi sisa toksik pula, mengandungi suatu tahap
kepekatan tertentu yang melebihi had yang ditetapkan menyebabkan kesan kecederaan atau
kesakitan kepada manusia. Antara contoh sisa bahan berbahaya yang dihasilkan daripada
aktiviti industri termasuklah penghasilan enap cemar dari loji rawatan efluen, minyak pelincir
terpakai, pelarut organik, gris dan sisa elektronik yang mengandungi logam berat. Pencampuran
sisa berbahaya dengan sisa pepejal akan menyebabkan masalah pencemaran yang lebih
serius.

Sejak bermulanya revolusi perindustrian, manusia mula menerima implikasi pencemaran
disebabkan kegagalan manusia menguruskan sisa buangan industri ini. Kejadian pencemaran
tersebut termasuklah keracunan merkuri. Peristiwa yang berlaku di Pulau Minamata, Jepun
menyebabkan kehidupan akuatik di kawasan tersebut tercemar dengan keracunan yang
selanjutnya memberikan kesan kepada manusia. Di Amerika Syarikat, kejadian pelupusan
bahan kimia di kawasan Love Canal telah memberikan pengajaran yang bergunan kepada
masyarakat dunia untuk melupuskan sisa yang berbahaya dengan lebih baik. Kesan buruk
pencemaran tersebut dirasai hampir 20 tahun lamanya apabila bahan kimia tersebut dilupuskan
di situ.

Kejadian pencemaran sisa berbahaya daripada industri telah membuka mata
masyarakat dunia tentang kepentingan menguruskan sisa berbahaya industri dengan lebih
sistematik. Hal ini termasuklah mewujudkan perundangan yang boleh mengawal penghasilan,
pengurusan, rawatan dan pelupusan secara efisien. Strategi bagi mengurangkan penghasilan
sisa berbahaya harus dijayakan bersama-sama. Paradigma pengurusan sisa berbahaya perlu
diubah bagi mengatasi lambakan sisa berbahaya pada masa ini dan akan datang.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Impak Sisa Berbahaya Industri” oleh Abdul Rahman
Mahmud, Dewan Kosmik)

10

Bahan 2 – Grafik

Pelupusan sisa tidak mengikut Kegagalan menyediakan
piawai yang ditetapkan kelengkapan khas di kilang

Sikap pengusaha yang tidak Kelemahan sistem undang-
bertanggungjawab undang


Click to View FlipBook Version