The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-07403399, 2021-05-06 10:41:37

RUMUSAN : KES KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH

RUMUSAN KSSM 1

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 markah]

Bahan 1 - PETIKAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kes keracunan makanan yang sering berlaku di kebanyakan sekolah pada hari ini
disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah penyediaan dan penyimpanan makanan yang
tidak bersih. Pihak pengusaha kantin tidak memastikan bahan-bahan mentah yang tidak
dimasak, dicuci sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Tempat penyediaan makanan yang tidak
bersih seperti tempat memasak yang kotor dan udara yang tercemar oleh habuk juga boleh
menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, minuman dalam tin atau kotak yang mudah basi
juga menjadi penyebab berlakuknya permasalahan ini jika minuman ini dibiarkan terdedah
tanpa disimpan di tempat yang sewajarnya.

Di samping itu, keadaan persekitaran kantin yang kotor menjadi punca kepada
keracunan makanan. Lantai kantin tidak pernah dibasuh dan terlalu kotor, terutamanya di
bahagian tempat memasak. Makanan yang disediakan pula jarang sekali ditutup atau disimpan
di tempat yang lebih sesuai dan bersih. Kawasan longkang dan persekitaran kantin yang kotor
pula menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit seperti lalat, lipas, dan tikus.

Keracunan makanan di sekolah amat berbahaya dan boleh membawa maut kepada
murid-murid. Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil untuk menangani masalah ini. Pengusaha-
pengusaha kantin perlu mematuhi syarat-syarat penyediaan makanan yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengusaha-pengusaha kantin harus memastikan
makanan dan minuman disimpan dalam keadaan yang bersih. Selain itu, pihak kantin perlu
sentiasa membersihkan kawasan kantin, terutamanya di bahagian tempat memasak. Tindakan
yang tegas tanpa kompromi harus dikenakan kepada pengusaha-pengusaha kantin yang ingkar
kepada arahan tersebut.

Sumber : Internet

Bahan 2 - GRAFIK

Disediakan oleh;
Meganathan Lachimanan

SMK Sungai Karangan


Click to View FlipBook Version