Karangan B M30: Domain Peribadi
Karangan Lengkap:
Pendahuluan
Pada masa ini, adab bercakap dalam kalangan masyarakat seakan-
akan tidak begitu diambil berat. Golongan muda khususnya tidak begitu
kisah akan perkara ini atas pelbagai faktor asalkan keinginan dan emosi
dapat diluahkan. Hasilnya perkataan kotor, mencarut dan ayat-ayat maki
hamun menjadi perkara biasa walaupun menyakitkan telinga
mendengarnya. Sedarkah kalian akan kepentingan adab bercakap dalam
mengisi cabaran kehidupan seharian kita?
Isi 1 ( menyampaikan maklumat yang jelas dan tersusun)
Bina sendiri
Isi 2 (menjauhi prasangka buruk dan salah faham)
(ayat topik/judul)Kepentingan adab bercakap dalam kalangan anak-
anak muda yang seterusnya ialah menjauhi prasangka buruk dan salah
faham. (ayat huraian) Apabila kita sentiasa menjaga adab sewaktu
bercakap, pihak yang mendengarnya akan lebih fokus dan tidak
mengambil reaksi secara terburu-buru. (ayat contoh)Misalnya, sekiranya
ingin menegur atau menasihati seseorang, kita perlulah menggunakan
bahasa yang sopan dan tidak menggores hati orang yang dinasihati itu.
(ayat kesan)Kesannya, orang yang ditegur itu akan dapat menerima
nasihat kita dengan senang hati tanpa wujudnya sebarang bentuk
ketegangan. (ayat penegas)Tegasnya, adab bercakap sangat penting
diamalkan agar dapat mengelakkan insiden kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Isi 3 (mengeratkan hubungan antara satu sama lain)
Amalan menjaga adab bercakap juga dapat mengeratkan hubungan
antara satu sama lain. Keadaan seperti ini mampu direalitikan apabila
sebahagian besar anggota masyarakat khususnya anak muda sentiasa
mengamalkan adab bercakap yang baik. Sebagai contoh, perbuatan
mengucapkan salam dan disertai kata-kata panggilan mesra mampu
menyenangkan hati orang yang dilawan bercakap. Hasilnya, suasana yang
mesra dan menyenangkan hati akan wujud sewaktu berkomunikasi dalam
apa jua urusan. Jelaslah bahawa suasana perhubungan yang lebih erat
mampu terhasil apabila golongan muda membiasakan diri dalam menjaga
adab sewaktu bercakap.
Penutup
Pepatah Melayu menyebut ‘kalau tidak ada angin, mana mungkin
pokok bergoyang’. Tabiat beradab semasa bercakap amat penting
dititikberatkan oleh semua pihak. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu
bapa di rumah dan guru di sekolah untuk mendidik pemimpin alaf ini agar
mengiktiraf dan memperakui perbezaan pandangan dalam agama dan
tradisi intelek. Sama ada untuk menerima, menceduk atau menolak, kita
tidak boleh lari daripada mengamalkan konsep adab dalam semua ini. Oleh
itu, ketinggian adab cerminan peribadi mulia individu.