The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-07403399, 2021-10-23 09:42:34

Karangan E-Mel M36

Karangan E-Mel M36

TEMA 6: DUNIA PELANCONGAN

Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu
daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel and aitu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda
hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Subjek: Faedah melancong dalam negara

Salam sejahtera, Raj.

Apa khabar? Semoga kamu dan keluarga dalam keadaan sihat. Bagaimana
pencapaian akademik kamu? Sudah pasti cemerlang, bukan? Saya ingin
mengucapkan terima kasih atas kiriman e-mel kamu baru-baru ini.

Pada masa ini, saya agak sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan
pertengahan tahun yang akan dijalankan pada minggu hadapan. Saya dan
sekeluarga bercadang untuk melancong dalam negara kita sebaik sahaja
peperiksaan saya tamat. Saya berminat untuk mengetahui tempat-tempat yang
menarik di negara kita yang sememangnya antara destinasi pelancongan.

Pernahkah kamu melancong dalam negara kita? Bolehkah kamu berkongsi sedikit
tentang kebaikan melancong dalam negara?

Saya menantikan respons daripada kamu.

Sahabatmu,

Malar

Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Subjek: Kegiatan ekopelancongan

Salam sejahtera, Amirul.

Gembiranya saya terima e-mel anda. Apa khabar awak di sana? Untuk pengetahuan
awak, saya berpindah ke sekolah yang baharu kerana mengikut ayah yang
ditugaskan di sini. Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyak
tanggungjawab.

Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Miri dalam Tingkatan
Lima. Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini.Syukur
alhamdulilah, setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti
pembelajaran.

Baru-baru ini, saya sibuk dengan tugasan e-projek anjuran Kelab Alam Sekitar yang
diberikan oleh guru. Tajuk tugasan e-projek saya ialah ekopelancongan. Bolehkah
awak berkongsi maklumat tentang langkah-langkah memajukan kegiatan
ekopelancongan?

Saya menantikan respons daripada awak.

Sahabatmu,

Lisa


Click to View FlipBook Version