TEKS DOA MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN PUAN
SABSAH
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Karim ,
Pada hari yang mulia dan penuh istimewa ini, kami hamba-hamba-Mu berhimpun
dan berkumpul di dewan ini bagi meraikan “Majlis Persaraan guru kanan bahasa
sekolah kami yang dikasihi, Puan Sabsah binti Md Lazin”. mudah-mudahan dengan
kesempurnaan majlis ini, kami akan sentiasa berada di bawah naungan-Mu Ya
Allah dan dapat meneruskan lagi tali silaturahim di antara kami.
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Kami menyeru dan berdoa kepada-Mu Ya Allah agar Puan Sabsah binti Md Lazin
yang dirai pada hari ini sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat-Mu
sepanjang masa, kekal sehingga hari akhirat. Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah
kepadanya dengan ganjaran, keberkatan rezeki, syafaat nabi-Mu Muhammad SAW
dan keredaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru, barokah-Mu itu kami pohon sebagai
ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dalam
memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, mendidik anak bangsa dari
awal perkhidmatan hingga akhir perkhidmatannya. Mudah-mudahan segala jasa,
pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik dan murid-murid di sekolah ini.
Ampunkanlah segala dosa-dosanya, serta dosa kami yang hadir pada hari ini, dan
jadikan kami dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa bertaubat.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalali Wal Ikram ,
Ya Allah pada kesempatan ini juga kami memohon agar Engkau kurniakanlah
kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan berkatilah ilmu yang kau kurniakan
itu. Hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kasih sayang dan kesihatan jasmani
serta rohani.
َ َولا، َو َت َف ُّر َقـَ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقاً َم ْع ُص ْو ًما، اَللَّ ُه َّم ا ْج َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َولاَ َم َع َنا َولاَ َم ْن َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا َولاَ َم ْط ُر ْو ًدا َولاَ َم ْح ُر ْو ًما.
اللَّ ُه َّم ا ْج َع ْل َخ ْي َر َأ ْع َما ِر َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك ِف ْي ِه
ًّاللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوِإل ْخ َوا ِن َنا الَّ ِذ ْي َن َس َبقُ ْو َنا ِباِإل ْي َما ِن َولاَ َت ْج َع ْل ِف ْي قـُلُ ْو ِب َنا ِغلا
لِلَّ ِذ ْي َن َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو ٌف َر ِح ْي ٌم
ِ َر َّب َنا َءا ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َو ِفي الأ ِخ َر ِة َح َس َنة ً َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنار
َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعا َل ِم ْي َن، َو َصلَّى اللهُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو َص ْح ِب ِه َو َسلَّ َم