The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-07403399, 2021-12-04 16:51:53

Tugasan Cuti T4: Karangan B

Tugasan Cuti Karangan B

BAHAGIAN B
[ 70 markah ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
antara 350 hingga 500 patah perkataan.

1. Domain pendidikan

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukan lagi suatu mata pelajaran yang asing kepada
murid-murid. Sejak sekolah rendah, mereka sudah mempelajari mata pelajaran ini.
Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil
Peperiksaan Malaysia(SPM) mulai 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang
beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan
membosankan sedangkan banyak faedah yang dapat diperoleh melalui mata pelajaran ini

(Dipetik daripada buku teks tingkatan 4, halaman 107,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

Petikan di atas menerangkan tentang mata pelajaran Sejarah.
Anda telah diminta oleh guru kelas anda untuk menulis sebuah rencana untuk
disiarkan di dalam majalah sekolah anda. Tajuk rencana anda ialah “ faedah-
faedah mempelajari mata pelajaran Sejarah”
Tulis rencana anda itu selengkapnya.

BAHAGIAN B
[ 70 markah ]
Rencana – kepentingan mempelajari Sejarah
Pendahuluan
- Mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting dalam kehidupan murid.
- dengan mempelajari Sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan
tulisan, bandar, sistem pemerintahan, dan sebagainya.
- Setiap rakyat Malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang
negara kita dan pembentukan negara Malaysia itu sendiri kerana ini merupakan
sejarah negara kita.
- Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Isi-isi penting
ISI 1 - Sejarah dapat menjadi iktibar kepada kita supaya tidak melakukan kesalahan
yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu.
ISI 2 - Sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan pelajar.
ISI 3 - Generasi muda dapat menyedari kepentingan perpaduan kaum.
ISI 4 – Menghargai budaya dan warisan bangsa
ISI 5- Memelihara kedaulatan negara

Penutup
- Setiap murid harus menanamkan minat untuk mempelajari Sejarah.
- Sejarah penting bagi sesebuah negara.
- Pelbagai kepentingan yang tersurat dan tersirat apabila generasi muda
mempelajari sejarah.
- Golongan muda bakal mewarisi kepimpinan negara
- Remaja tidak harus berkelakuan umpama kacang melupakan kulit.


Click to View FlipBook Version