Latihan Pemahaman Novel Tirani M12
Nyatakan prosedur awal sehingga pembedahan muka selesai. [4 markah]
Jawapan Latihan Pemahaman Novel Tirani
(i) Prosedur awal sehingga pembedahan muka selesai ialah Setelah
selesai mengatur rangka, kulit pun dilitupi di atasnya semula.
Seterusnya pembedahan tersebut akan selesai dalam tempoh dua
hingga tiga jam jika tiada komplikasi lain.
(ii) Saya telah mempelajari novel Tirani.
Peristiwa menarik yang terdapat dalam novel ini pada bahagian
permulaan cerita ialah peristiwa Waheeda termenung mengenangkan
zaman kanak-kanaknya. Waheeda teringatkan bahawa dia sentiasa
diejek oleh rakan-rakan sekolahnya disebabkan rupanya yang tidak
cantik. Peristiwa ini menarik perhatian pembaca kerana pengarang
menggambarkan watak utama seorang yang tabah menghadapi ujian
hidup sejak kecil hingga berjaya apabila dewasa.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Waheeda
diserang oleh seekor monyet Belanda ketika berada di chalet Tajau
Emas milik keluarganya. Wajah Waheeda menjadi luka parah akibat
dicakar oleh binatang itu. Peristiwa ini menarik perhatian pembaca
kerana menimbulkan suasana tegang dan perasaan ingin tahu yang
lebih lanjut akan peristiwa yang seterusnya yang akan berlaku
selepas itu.